Monday, November 23, 2009
Gua terguris! - Pompuan jangan baca.
Friday, November 20, 2009
misteri kehilangan barang-barang rumah saya.

Tuesday, November 17, 2009
Ni entri cinta-cinta gua yang last. Sumpah!
Memandangkan gua seorang yang berbadan kecil dan comel-comel ajer ketika kecil. Gua masih lagi di dokong oleh Dato' sri ketika hari pertama gua melangkah ke sekolah darjah satu pada usia 6 tahun. "Woi dah darjah satu pun bapak dokong lagi ke?" cilaka sungguh mulut Wan Sopak pada hari tersebut. Sehari suntuk gua di ejek oleh rakan-rakan sekelas 1 hijau. Palat sungguh perasaan gua sepanjang hari. Tu belum kira lagi perasaan kucar-kacir dengan botol air rebena gua tumpah dalam beg. Ah dem, pengalaman hari pertama persekolahan yang memang tak best!
Pasal tu sampai tingkatan 5 gua tak suka sekolah. Semuanya kerana pengalaman hari pertama gua itu.
Hari pertama persekolahan darjah satu tamat termasuk kelas 1 Hijau. Semua mak bapak tunggu anak-anak di luar sekolah. Dari jauh gua nampak Dato' Sri pun ada sama. Terus gua belok amik jalan belakang dan balik rumah jalan kaki.
**********
"Mana kamu pergi, ayah tunggu depan sekolah kamu tak ada?"
"Balik jalan kaki"
"Kenapa?"
"Malas nak balik ngan ayah. Nanti ayah dokong"
"Salah ke ayah dokong kamu?"
"Kawan-kawan semua ejek kat sekolah, wan sopak, puad, man keli. Semua ajek. Petang ni malu la apei nak main bola"
"Biarlah depa nak ejek. Depa tu dengki yang benornyer"
"Kenapa ayah nak dokong apei? Apei dah besar lah. Dah darjah satu, dah pandai jalan, dah pandai main bola, dah pandai nyayi lagu isabella, makan nasik pun dah ada sambal belacan"
Dato' Sri hanya tersenyum.
**********
Malam tadi Dato' Sri singgah rumah gua di Cheras.
"Sajer singgah rumah kau. Sihat ke? senyap je 2-3 hari ni. Ayah talipon pun kau tak jawap"
"Mana ada ayah talipon! tak ada misskol pun. Weekend lepas pi Terengganu tu yang tak ada kat rumah"
"Wah..makin semangat badan cucu atok ni"
"Ha'a.. tak larat nak dokong dah" jawap gua yang ketika itu sedang mendokong Orked.
"Kau kata tak larat tapi kau dokong jugak, lagi pun dia dah pandai berjalan kan. Kenapa kau nak dokong dia lagi biar ajerlah dia berjalan?"
"emmm...." gua tak dapat jawap.
Dato' Sri senyum sekali lagi. Senyuman yang serupa macam 20 tahun dulu.
apei - budak kampung
p/s: "Kenapa papa suka dokong Orked?" - Orked
"Hati kita akan dekat bila papa dokong dan peluk Orked.. kan?"- Gua.
for sales!
Assalamualaikum wbt,
Gua ada terbaca satu page yang boleh menilai value bagi sesebuat website (USD). Dan ada juga aplikasi di sediakan di page tersebut yang boleh menilai harga page/website/blog lu orang.
Dalam page tu kata harga google.com $8.37Billion, yahoo.com $6.70Billion, facebook.com $5.00Billion, youtube $4.86Billion, blogger.com $2.27Billion, myspace.com $1.20Billion, microsoft.com $1.05Billion dan apei-kampungboy.blogspot.com $4,500.30.
Gua tengah pokai, kalau ada saper-saper yang berminat nak beli apei-kampungboy.blogspot.com. Gua nak jual. Harga boleh adjust lagi. Pembeli yang serius sahaja - SMS gua.
apei - budak kampung
p/s: cek value blog lu orang http://bizinformation.org/
Monday, November 16, 2009
Dan kamu ialah...
Assalamualaikum wbt,"Hoi kamu. Ada nampak mak aku?"
"Manalah saya nampak!"
"Selalu aku nampak dia berbual ngan kamu kalau kamu tengah sidai baju mcm sekarang ni"
"Saya tak tau, tak nampak pun mak awak tu!"
"Boleh aku tanya sikit? kau ni siapa?"
"Saya adik tuan rumah ni. Kalau cuti sekolah saya akan datang rumah kakak saya ni"
"Apersal kalau kau nampak ajer aku cepat-cepat kau lari masuk rumah kelam-kabut?"
"Muka awak macam samseng. Kepala botak, ada parut kat dahi, hitam dan selalu marah-marah ajer. Cakap sikit-sikit nak tengking. Petang-petang main bola kat padang belakang rumah ni pun saya nampak awak asyik nak gaduh ajer"
"Ah merepek ajerlah kamu ni. Nama aku...."
"Nama awak firdaus, mak ayah awak panggil apei. anak sulung, sekolah asrama, pengawas, AJK Pengakap, suka main bola dan rugbi, minat melukis tapi tak cantik, pakai minyak rambut jenama code-10, tak suka lipas dan pinggang saiz 29"
"Woi lebih-lebih kau ni. Mana kau tau?"
"Saya duduk rumah 24jam sehari dan 7 hari seminggu. Awak rasa-rasa siapa yang banyak tau pasal awak yang duduk rumah 24jam sehari dan 7 hari seminggu?"
"Mak aku?"
"Agaknyalah kot!"
"Nama kau?"
"eh dah hujan..saya nak ambik kain" dan dia terus berlari meninggalkan aku. Keseorangan di laman petang itu. Hujan turun, aku lencun. Pintu rumah berkunci sehingga Dato dan Datin Sri pulang.
**********
Aku tak pernah tahu nama sebenar selain nama panggilan kamu walaupun setelah 5 tahun aku mengenali kamu ketika itu. Sejak perbualan itu, hari demi hari aku ingin terus mengenali kamu. Dan dia terus merobos ke daerah paling dalam di hati aku dan terus bersembunyi di situ. Tidak mungkin ada orang lain mampu merobos ke daerah itu selain kamu. Aku tak tahu bagaimana kamu mampu sampai ke sana. Mungkin atas bantuan Tuhan yang maha kaya. Mungkin..
Beberapa hari lagi, genap 10 tahun aku mengenali kamu, kita berkawan, ada masa kita bergaduh, kita ketawa, ada masa kita menangis, kita saling mengejek, kita saling merindu, kita saling menyayangi, kita berkongsi segala cerita tapi masih ada sempadan. Dan beberapa hari lagi genap sudah 2 tahun kita berkongsi segala-galanya. Dia mata aku... kamu teman, kamu lawan, kamu bidadari, dan kamu juga isteri.
Ya Marlina, kamu. Aku bercakap tentang kamu. Terima kasih kerana masih sudi meminjamkan hati kamu untuk aku. 10 tahun sudah usia persahabatan kita, 2 tahun sudah usia perkahwinan kita. Apa lagi yang boleh aku katakan selain dari Terima kasih dan tiada siapa mampu merampas syurga itu dari kamu kerana hingga saat ini, redha aku masih tetap milik kamu. Ya, hanya kamu.
apei - budak kampung
p/s: "lu aniversary atas kapal yang ada nama cruise-cruise tu mesti best beb" - fairus
"gua kat rumah pun boleh aniversary, tak payah cruise-cruise" - gua
Friday, November 13, 2009
nostalgia malam akhir
Assalamualaikum wbt,

Dari kiri: Said Ismu Azam, gua dan Sharil. Bawah: Zul - Gambar diambil pada suatu malam sekitar October, 2004. Malam terakhir kami melepak sebilik setelah 4 tahun bersama menghabiskan zaman-zaman belajar di Universiti.
Entah aperhal 2-3 hari ni gua dok terkenang lu orang. Mana lu orang semua pi? Ada pun Shahril ajer yang talipon gua minggu lepas kabor awek dia dah kawin ngan orang lain. Gua talipon Zul, asyik masuk operator suruh tinggal pesanan suara. Said Ismu plak gua call adik dia yang jawap kata dia dah kerja jadi Pegawai luluskan pinjaman peribadi kat sebuah bank di Australia. Ada adik dia bagi nombor talipon opis kat Australia. Aper jadah plak gua nak talipon sampai Australia. Bil gua siapa nak tolong bayar. Celcom bukan pikir nak bagi diskaun kat orang-orang berpendapatan biasa-biasa mcm gua ni.
Zul dah jadi pegawai buat ubat batuk kat syarikat buat ubat nama CCM. Kalau lu orang pi klinik pasal batuk, lepas tu doktor tu bagi ubat batuk ada tulis nama syarikat CCM, ha tu kawan gua la yang buat ubat tu. Zul masa kat universiti dulu belajar pasal kimia. Selain makmal di fakulti, bilik kitorang jugak kerap dijadikan makmal kedua beliau. Selain katak dan tikus putih, gua, sharil dan said kerap kali jugak menjadi bahan eksperimen beliau. Kabornya zul tengah sibuk dengan projek nak buat ubat orang kena stroke.
Sharil pulak ialah seorang pegawai sebuah bank cawangan kuala lipis yang tukang sain surat pinjaman perumahan yang telah lulus. Kalau tak bayar instalment rumah pun dia jugak yang sain surat suruh lelong rumah orang. Tapi sekarang gua dengar kabor dia sibuk melobi nak bertanding jadi adun area-area lipis pasal katanya kerja bank susah nak dapat rasuah.
Gua pulak masih sibuk main blog tanpa banyak memikirkan soal masa depan.
apei - budak kampung
p/s: ketika gambar diambil, gua masih lagi mengekalkan imej retro dengan rambut kembang dan cermin mata bingkai besi bulat.



