Wednesday, December 31, 2008

saka (part 2)

Assalamualaikum wbt,

selamat menyambut awal muharram untuk semua umat Islam, gua lambat wish. moga tahun baru akan lebih baik dari tahun sebelum ni.

rentetan dari kisah sakit gigi yang gua alami 2minggu sudah di kampung...

tak puas ati gua ngan syarat yang pak ali klubi kenakan..

pak ali klubi: nak buang saka ni senang jer, esok mlm kau datang balik, bawak ayam golek perasa black paper, pulut kuning ngan rendang daging, telor rebus 3 bijik, pastu rokok daun ngan tembakau cap kuda, jgn lupa jugak pisang mas satu sisih.. sebab nenek kau kawan ngan aku, esok mlm gak aku buang saka yang lepak kat gigi kau ni!

gua senyum jer, gua syak pak ali yang nak makan semua benda yang dia sebut tadi!

esok hari, pagi2 buta gua pi town yang ada klinik gigi...

nama klinik tu, klinik pergigian lee dan keluarga.

apei: gigi saya yang gerham ni sakit la.. yang paling hujung ni..

dr lee ni amoi muda yang cun, dia pun cek gigi gua..

dr lee: oo.. ini small matter jer ni. you punya gigi garham nak tumbuh lagi. itu sebab you sakit pasal itu gigi tolak you punya gusi..
apei: oo gigi saya sakit ni bukan pasal saka ke?
dr lee: saka? -buat muka bengong-, whatever laa, i bagi you ubat, nanti u makan, and ubat yang mcm eye-mo tu you letak kat gusi. jgn letak kat mata yer..

dr lee senyum kat gua, ini mcm tak payah mkn ubat pun gua dah rasa mcm nak baik dah. mmg berbeza ngan pak ali klubi, kalau gua jumpa dia, tak sakit pun gua leh rasa mcm nak sakit.

apei - budak kampung

p/s: apa pun terpulang pada kita, pak ali klubi, sejak dulu mmg gua dah black-list.

Friday, December 26, 2008

saka?

Assalamualaikum wbt,

minggu sudah, gua balik kg. gigi gua sakit. gua mengadu kat nenek gua..

Apei: nek, sakit gigi arr..
Nenek: cuba kau pi jumpa pak ali klubi kampung sebelah..
Apei: dia tu mengarut laa..
Nenek: ish ko ni!

*pak ali klubi mmg terkenal di kalangan orang kampung gua dengan kemujaraban jampi serapah nyer. pasal tu dah 2 klinik bukak kat kampung gua ni sudahnya bungkus.. ketaksuban penduduk kampung ni mmg dah tak leh nak ubat dah! gua pun heran.

perjalanan menaiki basikal dari rumah nenek gua ke pondok mewah pak ali klubi mengambil masa 20minit.

depan rumah pak ali klubi, ada 2 orang tengah tunggu turn nak jumpa. gua pun tunggu jugak la turn. duduk kat atas kerusi panjang kayu hand-made pak ali klubi.

sampai turn gua..

Apei: assalamualaikum pak ali..
Pak ali klubi: waalaikumsalam, eh apei.. lama kome tak datang rumah teman! nenek kome sihat?
Apei: nenek sihat. saya ni tak sihat.
Pak ali klubi: aper ke hal nyer?
Apei: gigi geraham belah kanan ni haa sakit plak tadi.

pak ali klubi lantas amik limau di potong dan jatuh ke dalam mangkok air jernih. terkumat kamit mulut nyer.. dia kacau2 air dalam balang tu ngan keris karat nyer... pak ali klubi menghembus nafas panjang...

Pak ali klubi: kome ni sakit gigi ni bukan ape, kome ni ada saka?

gua ngaga tak cayer.. biar betol pak ali, takkan arr gua sakit gigi pasal saka kot!

apei - budak kampung

approved!

Assalamualaikum wbt,

gua punya cuti akhirnya approved, dengan ini rasmilah hari ni merupakan hari last gua lepak kat opis ni. maka esok bermula lah cuti-cuti malaysia gua edisi 2008-2009. gua hanya akan kembali selepas minggu pertama, bulan pertama tahun depan. kalau ada masa, ada line, gua akan update gak blog ini walaupun gua berada di lokasi percutian bersama anak bini gua..

flight pertama gua esok pagi ke pulau di utara, 3 hari ke pantai timur, dan kembali ke kl. mudah-mudahan pengalaman gua kena keracunan makanan dalam MH#### kl-kk ari tu tak akan berulang.

apei - budak kampung

p/s: 1-zam-ila, gambar kawin korang gua dah siap print dan post pun ari rabu ari tu. nanti balance payment leh masuk jer dalam acc gua.
2-mintak ampun dan maaf banyak2 untuk member2 gua yang kawin minggu ni dan minggu depan, gua tak dapat datang kawin korang..tapi dont worry, gua awal2 dah post semua korang punya hadiah!

Wednesday, December 24, 2008

nyayok ke?

Assalamualaikum wbt,

pagi ni, celik mata, hati gua berbunga riang. gua bukak pintu menuju ke balkoni rumah, menyedut udara kurniaan tuhan. sungguh nikmat terasa di segenap ruang paru2 gua.. ini semua gara-gara esok adalah public holiday.. horayyy...

semalam, lepas magrib. gua baru nak layan berita tv3.

Marlina: abg sat lagi mintak tolong pi kedai beli kelapa sebijik, asam jawa, sardin, ngan kerisik.
Apei: tulis laa sat lagi lupa..
Marlina: dah tulis dah.. nah (sambil hulur list kat gua)

bini gua mmg dah arif sgt ngan sikap nyayok gua kebelakangan ni sejak kejadian di ikea ari tu.

lepas tukar suar, gua start enjen keter.. sempat lagi bini gua pesan "abg, hehehe.. ais cream pun dah abis. tolong yer..tapi tak ada dalam list!"

gua sengeh jer.. tanda orait!

bini gua ngan ais cream coklat mmg dah mcm isi ngan kuku. dulu masa zaman sekolah gua ngorat ngan ais cream gak.. hehe.. kalau kuar dating kat pekat teluk intan pun gua ajak pekena ABC kat food court depan menara condong pun dia reject.

"aper kelas kuar dating makan ABC? kita pi pasaraya fajar laa beli ais cream baru real!" tu ayat standart bini gua..

dalam perjalanan ke kedai, gua sempat gak belek2 rambut gua.. arhh rambut gua dah tebal. patut arr petang semalam gua isi minyak kat petronas simpang tu, awek kaunter tu tak senyum pun kat gua mcm selalu, rupanya level kekacakan gua dah merosot! potong segera!

gua belok dulu kedai maniam "uncle, potong pendek mcm biasa ok"... "worait boss!" kata maniam.

selesai gunting, ok gua puas hati, level kekacakan gua kembali ke tahap asal. petang ni gua kena pi isi minyak.

gua tengok jam di tangan "arhh awal lagi, CSI-NY channel 701 start kol 9pm".. gua jalan slow2 dari kedai maniam menuju ke kedai runcit. tak jauh sgt. malas gua nak naik keter.. lalu depan kedai buku, singgah sat laa..

Apei: uncle magazine yang i order ari tu dah sampai ke?
Uncle yap (tokey kedai buku kat pekan): ada baru sampai..

gua belek2 magazine tu.. gua puas hati.. gua bayar terus chow..

tak sabar gua nak baca..

sampai rumah, gua dah tak ingat pasal CSI-NY, baring atas sofa..tekun gua belek selai-selai page magazine tu..hati gua sungguh gembira.. segeh gua tak terkira lebarnya...

Marlina dari bilik buku, mungkin baru selesai isya' "abg, mana barang2 nyer?"

gua langsung tak pegi kedai beli barang2 yang bini gua suruh tadi, padahal tujuan utama gua keluar pun pasal nak beli barang2 tu... nyayok ke gua?

mungkin tuhan nak bagi tau, gua dah semakin tua..

apei - budak kampung

p/s: gua pembaca DCM (digital camera magazine), tapi untuk bulan Dec ni gua order DCM dari UK pasal ada special review untuk canon. kalau tak gua baca DCM malaysia jer.

Tuesday, December 23, 2008

kalau lu tak alim jgn tunjuk alim

Assalamualaikum wbt,

pagi ni mood gua tak berapa cantik. 1-pagi2 buta tadi lepas subuh kucing jiran gua dah berak kat depan rumah gua. kalau kali pertama gua ampunkan, masuk ni dah 3 kali gua kena angkut najis binatang tu buang kat longkang! 2-tadi jem agak teruk gua nak datang opis, gua cukup pantang kalau orang jenis potong que kat trafic light! pantang!!! tak per gua masih cool... 3-sampai opis, baru gua perasan pas kakitangan gua tinggal kat dalam laci kat rumah! mcm mana gua nak masuk opis? ni buat gua hilang sabar!

mlm semalam meal burger sms gua "apei, gua sudah jatuh hati dengan sorang gadis. warak, tudung labuh, cute dia... perhhh.. kalau dia amik wudhuk pakai air laut, leh jadi manis air laut tu!"

gua reply "cakap arr kat dia.. confident skit"

"gua ni rasa mcm tak layak jer beb.. jahat aku ni!" jawap mael burger.

"yang penting jadi diri sendiri, tak payah nak menyamar jadi warak pasal perempuan. binasa lu nanti!" amaran gua..

gua citer kat mael burger pasal satu kejadian yang gua terbaca dalam email agar menjadi tauladan buat beliau.

gini citernyer..

Abu leman seorang mat rempit yang sgt jahat. satu hari abu leman telah terpikat dengan seorang gadis kampung yang baik, alim, warak dan sungguh cute. demi mendekati gadis kampung tersebut, abu leman telah menyamar menjadi seorang yang warak dan alim. songkok yang tak pernah dipakai melainkan untuk semayang raya kini hari2 dipakainyer.. tasbih mmg tak lekang dari jari.. arang dari bontot kuali jugak tak pernah abu leman lupa untuk disapu di dahi.. menjadikan penyamaran abu leman sempurna.

satu hari abu leman dipelawa untuk bertemu orang tua gadis kampung tersebut. berbual panjang lebar bermacam cerita sampai tak sedar dah larut mlm... akhirnya orang tua gadis kampung mempelawa abu leman agar bermalam ajer di rumah mereka.

subuh hari, atas kewarakkan abu leman setanding wali-wali, maka orang tua gadis kampung minta abu leman mengimamkan solat subuh hari itu..

selesai rakaat kedua, abu leman tidak memberi salam, lantas terus bangun untuk rakaat ketiga.

selesai rakaat ketiga, baru abu leman beri salam tanda selesai solat subuh abu leman.

bapa gadis kampung: emm ustaz abu leman, boleh pakcik tanya sikit?
abu leman: yer pakcik, silakan..
bapa gadis kampung: tadi kenapa ustaz abu leman solat subuh 3 rakaat?
abu leman: haa aper? 3 rakaat? biar betol pakcik, saya ingatkan dah 4 rakaat dah! teriak abu leman sambil menepuk dahi. terkejut benar nampak riak wajah abu leman..

mael burger terdiam dengar citer gua!

apei - budak kampung

Monday, December 22, 2008

ujian ke rahmat?

Assalamualaikum wbt,

hari: sabtu
time: lepas asar
lokasi: kampung
posisi: tengah korek isi kelapa..

truuthh.. 'hassan snake the eagle shadow' sms gua.. "gua dengar lu ada kat kampung, mlm ni gua nak jumpa lu!" gua reply, "no problem"..

time: lepas isya'
lokasi: rahsia
posisi: hirup teh o panas..

hassan snake the eagle shadow: gua nak kawin tahun depan. gua nak mintak tolong lu skit..
apei: kalau gua leh tolong gua tolong. amender?
hassan snake the eagle shadow: tolong jadi adviser gua, gua nak start belajar semayang!
apei: gulp..

mlm tu gua balik agak lewat. gua citer soal solat. gua tengok hassan snake the eagle shadow betol2 nak berubah. Alhamdulillah..

gua terdetik, ni ujian atau rahmat dari tuhan?

apei - budak kampung

Friday, December 19, 2008

apa kes gua kena tag?

Assalamualaikum wbt,

hilang hensem gua kena buat tag. dulu-dulu ada gak 2-3 rakan mengetag gua, tapi sebab gua jawap mcm sampah. sampai hari ni tak ada orang suruh gua tag lagi. hati gua berbunga riang. sampai arr pagi ni, ada plak sorang makhluk tuhan paling seksi dengan penoh sopan mengetag gua..

Sebelum gua jawap;
kata setan kiri "lu jawap jer mcm sampah sure pas ni lagi 10tahun baru lu kena getah tag ni lagi!"..kata malaikat kanan "apei, tuhan sedang berbicara soal jujur dan iklas. pasal tu lu kena tag"

Memandangkan air semayang gua yang subuh tadi tak batal lagi, so gua amik channel kanan!

Starting time:
10.01am

Nama ikot ic:
Mohd Firdaus Mohd Nor (tok gua bagi nama)

Sister:
Lela a.k.a Ms Kul (bongsu)

Brother:
Man a.k.a Mr G (bawah gua) - 3 beradik jer gua sulong!

Saiz kasut:
kasut keje saiz 8, kasut bola saiz 7.5, kasut jalan2 saiz 8.5, kasut pi jogging saiz 7.5, kasut untuk gadoh saiz 10.

Tinggi:
gua pendek bila dibandingkan ngan mat salleh, tapi gua rasa gah bila dibandingkan ngan orang nepal. tinggi gua secara official tanpa bantuan kasut tumit tinggi ialah 170cm.

Tempat tinggal:
sekarang kat cheras, kl

Penah naik kapal terbang?:
apa punya soalan ni? gua akan naik kapal terbang kalau tempat yang gua nak pi tu jauh lebih dari 4 jam driving. pasal gua tak suka bawak keter..

Berenang kat laut:
masa kecik dulu arr.. gua mmg pantang nampak air, mesti nak berenang. Lopak air depan rumah pun gua jadikan swiming pool rasmi geng2 gua. sempat gua buat business kacang ngan air sirap!

Tido dalam kelas?:
ni memang lokasi kegemaran gua untuk tido masa kat asrama dulu. pantang cikgu jepri cakap "ok take five" abis gua bantai tido sampai abis kelas.

Memecahkan hati orang?:
biasa arr saling pecah memacahkan hati.. akhirnya berpecah belah..hehe.. sakit hati bila kenang!

Penah tunggu orang call sepanjang mlm?:
bagi gua tido adalah lebih penting dari sebuah panggilan berbaur jiwang!

Simpan email?:
kalau penting gua simpan, kalau dah nama sender pun gua tak berkenan.. terus gua trash kan ajer..

Mcm mana rupa bilik ko:
rahsia arr mana leh bagi tau! bilik gua bini gua yang deco..mmg best!

Amender kat sebelah ko sekarang?:
canon dslr 40D, lense 10-22mm, external flash, 4gb SD card, cokelat toblerone orang bagi atas meja gua pagi tadi (gua pun tak tau saper), wafer milo bini gua bekalkan pagi tadi! (semuanya atas meja gua kat opis sekarang)

Last sekali benda yang ko makan?:
sarapan gua pagi ni coklat toblerone dan wafer milo..

Penah kena chiken pox:
dah 2 kali gua kena. meninggalkan parot lagi.. gua mmg benci benda ni.

gelak besau:
tak penah kot..

Patah hidung:
mematahkan hidung orang lain penah arr..

Percaya cinta pandang pertama:
perhhh.. mcm citer novel melayu arr..

Suka berkelah:
jawapan gua ialah tidak!

Dengan siapa last sekali ko menari?:
gua memang tak suka menari. last sekali gua tepaksa menari apabila bini gua ajak berpartner menari poco-poco. amender punya tarian entah!

Last sekali buat ko senyum:
pagi tadi sebelum gua pi keje orked senyum bila gua cakap dia masyam!

Hari ni ada ko cakap ngan orang ko suka:
emm ada kot.. tak ingat laa..

Kiss anyone:
anak gua..MESTI!

Sakit?:
semalam, pasal gua tak cukup tido. Doc syak gua dijangkiti sejenis penyakit nama nyer insomnia.. amender tu?

Rindu seseorang:
yer.. anak gua.. MESTI!

Saper ko paling benci:
ni la satu kelemahan gua.. gua sgt susah nak benci orang.. kalau menyampah atau meluat tu mmg selalu arr..

Suka tulisan tangan ko?: gua suka, tapi setakat ni tak ada orang pun cakap suka tulisan tangan gua. biasanya orang akan tanya gua "boleh tolong baca kau tulis aper?" mungkin terlalu cantik sampai tak sanggup nak baca..

Cat ibu jari kaki?:
pagar rumah gua yang karat tu pun gua tak cat2 lagi, ni kan pulak nak cat jari kaki.. aper kes?

Kau pakai baju kaler aper sekarang?:
kemeja biru ngan tie biru ada merah skit2.. pagi tadi bini gua cakap gua nampak kacak pakai baju biru? gua dah tak sedap ati..

Kau ni jenis 'friendly' ke?:
gua memang suka buat friendly match futsal ngan team kampung sebelah.. jadi kira gua ni friendly arr..

Ada binatang peliharaan?:
binatang tu tak ada lagi buat masa ni, tapi kalau serangga tu mmg ada. rumah gua ada nyamok, lalat sikit, dan kadang-kala ulat gonggok. diorang mmg suka join gua tengok tv sama-sama start dari lepas magrib.

Tido dengan tv terpasang?:
emm.. tv rumah gua auto shut-down kot, tapi keesokan pagi mesti bini gua bercerita tentang kepentingan penjimatan electric di rumah. gua syak bini gua shut-down tv kot..

Sekarang ko tengah buat aper?: gua banyak giler keje depan mata, tapi gua runcit2 buat tag ni.

Ko rapat ngan mak ke bapak:
jawapan gua ialah dua-dua. pasal dua-dua penting pada gua. mak gua ialah tempat untuk gua buat personal loan kalau ngah sengkek, bapak gua pulak tempat gua berkongsi citer dan gossip di kedai mamak..dan dah tentu makan gua ditaja penuh!

Adakah ko mengamalkan pemakanan sihat?:
oohh tu dah mesti. gua mengamalkan gaya hidup makan selagi boleh.. agar perot gua sihat dan tak lapor.

Kalau bad day ngan saper ko jumpa?:
mcm gua citer arr.. gua akan lepak ngan dato' sri (bapak gua), citer ngan dia pastu dia belanja gua makan kat mamak. sure gua kembali cool..

Ko senyap ke bising:
kalau lu bising, gua ada cara nak buat lu senyap!

Ko confident?:
mesti arr.. hidup kena ada confident. kalau tak ada confident susah arr nak hdup..

5 benda yang ko penah buat 10 tahun lepas:
giler banyak. jgn kata 10 tahun lepas, 10 minit lepas pun gua dah buat lebih dari 5 benda.. gua senarai arr benda yang gua ingat. 1998 - zaman samseng gua kat sekolah, ponteng sekolah tu kira mcm makanan gua jer, penah nyaris mati lemas kat sungai masa gua ponteng sekolah, keter baru cikgu low siew peng calar gara2 gua dan sahabat kantoi tido kat pusat sumber time class, samseng-samseng gua pun tapi gua sempat gak dilantik jadi pengawas, ajk pusat sumber, ketua kebersihat peringkat kelas, ketua kontigen rumah merah, dan captain team bola kelas gua.. (rasa mcm dah lebih 5 ni)..

5 benda yang ko buat kalau billionair:
1-gua beli rumah kat mekah, dok sana..hari2 gua leh buat umrah, tiap2 tahun gua leh buat haji. 2-bukak business jual unta.
3-tolong orang susah, pasal gua pun orang susah.. gua tau pedih jadi orang susah mcm mana.
4-repair lap-top gua yang rosak ari tu.
5-belanja rakan-rakan gua shopping jajan kat kedai pak akam..

5 perangai burok ko:
gua mana ada perangai burok!

5 tempat yang ko penah tinggal:
lahir kat malaysia, besar kat malaysia, sekolah kat malaysia, keje kat malaysia, kawin kat malaysia.. mmg gua anak malaysia!

Mangsa seterusnya: tak ada...

harap makhluk tuhan paling seksi berpuas hati..

apei - budak kampung

Wednesday, December 17, 2008

propaganda guna coklat!

Malam semalam, lepas berita tv3, gua melepak depan tv meneruskan tontonan siaran no 551. bini gua tarik muncung pasal dia nak tengok drama melayu.. arrhhh.. mlm ni mmg gua dah set siaran gua 'man vs wild' at siberian... dont touch the remote! amaran gua kepada marlina..
bini gua pi dapur bukak peti sejuk kuat2 tanda protes! arrhhhh.... gua tak layan!
bini gua lepak sebelah orked yang sama2 tengah layan man vs wild. ngan muka masih muncung dia patahkan satu bar cadbury, gua jeling jer.. orked tetiba melonjat2 kegembiraan pastu ngan selamber sardin dia suapkan kat orked. eh....
Tekejut gua..
Apei: sejak bila pulak budak ni makan coklat ni?
Marlina: lama dah.. abang jer tak tau!
Rupanya anak gua pun die-hard-fan coklat gak mcm bini gua.. gua tengok dia isap coklat..perhh leh abis satu bar.. biar betol.. siap leh share2 lagi ngan bini gua.. akhirnya gua hanyut dan leka tengok anak gua makan coklat. lagi best gua plak yang tolong suapkan..

wajah-wajah gumbira lepas makan coklat..

entah berapa lama gua terleka pun tak tau arr... sedar2 rancangan tv sudah bertukar menjadi drama melayu... arhhhh gua terpedaya lagi ngan propaganda bini gua... kalau dah remote dalam gengaman dia, jawapnyer malam esok arr gua dapat tengok siaran gua..

apei - budak kampung

p/s: bini gua tak tau gua pun penah bagi orked ais cream kacang..hehehe..

nama dan gelaran

Assalamualaikum wbt,

Beberapa minggu sudah ada sorang rakan dari facebook singgah ke blog aku, kemudian dia meninggalkan msg "Mcm mana kau boleh dapat nama apei? dan gelaran member2 kau dalam blog tu?"

Aku reply "Biasa laa..orang kampung mmg suka ada gelaran2 mcm ni. Mcm mana leh dapat gelaran tu? ada yang aku ingat dan ada yang aku tak ingat... kalau yang ingat tu nanti lah ada masa aku tulis dalam blog aku"

Antara rakan taulan aku:
ajed, nama panjang mohd yazed bin sudin. panggilan ajed. nama ajed tu dari kecik lagi pasal dia pelat. bila orang tanya "nama kau aper?" dia akan jawap "nama cayer yajed" so lama-lama jadi ajed. beliau masih lagi belajar sekarang menghabiskan master dan tak lama lagi nak buat phd lak.. (belajar tak abis2, bingai mcm tu gak!)

black, nama betol karim. panggilan black bukan pasal dia berkulit gelap tapi dia seorang yang berhati gelap. suka buat jenayah mencurik makanan ringan di pasaraya masa ponteng sekolah dulu. belajar sampai oversea, gaji ribu2 tapi amat takut kepada perempuan! hampeh!! dah tua pun tak kawin2 lagi..

buyong, nama sebenar Ismail Rashid, nama buyong tu adaptasi dari fizikal mamat ni yang besar dan bersikap buruk lantak. berjawatan sebagai pengarah urusan di sebuah kedai buku agama di puduraya.

mail burger, nama betol dia pun Ismail gak. Dulu masa kecik dia tolong bapak dia meniaga burger sampai hari ni dia telah mengambil alih business bapak dia, berjawatan sebagai CEO stall burger bapak dia.

osman kobis, dia ni rakan satu asrama aku dulu, kebetolan jugak dilahirkan satu kampung ngan aku. nama dia Osman Zainuddin. nama osman kobis tu datang sebab dia amat menyampah dengan sayur kobis. kalau kat hostel dulu masak lauk sayur kobis, maka rakan-rakan lah terpaksa menghabiskan kobis beliau! kalau mak dia masak sayor kobis, dia sanggup tak makan, merajuk dok bawah pokok binjai..

kijel top, nama dia khaizir, dia ni rakan merangkap sepupu aku gak. nama kijel top tu lahir seiring dengan kelahiran sebuah kedai cyber cafe bernama 'top connection'. minat kijel yang mendalam terhadap komputer mendorong beliau banyak menghabiskan masa di top connection dari berada di rumah mahupun sekolah.. maka dia dikenali sebagai kijel top. berjawatan sebagai penjaga paking di dayabumi..

Antara jiran tetangga aku:
Abang loan, nama dia Abdul Rani. dia keje kat bank dan menguruskan permohonan personal loan. jadi kami ramai2 menggelarkan dia abg loan. so saper2 nak buat personal loan leh lah berurusan terus dengan abg loan.

Pak Abu PAS, nama dia abu. dikenali sebagai pak abu. AJK surau, pengerusi JKKK tempat aku, dan anak dia baru kawin ari tu. Penyokong kuat PAS dan kalau bercerita mcm dia ni seorang menteri besar. tapi tak ada apa2 jawatan pun dalam PAS di peringkat pusat mau pun bahagian..

Apis lembut, nama betol Mohd Hafiz Abd Kadir. baru abis belajar kat ireland. sekarang jadi doktor pelatih kat klinik kerajaan. mulut sgt celupah. suka mengutuk aku dan rakan2.. bersikap lembut dan ala2 maknyah! maka kami gelarkan dia apis lembut.

Abg BM, nama dia Zainuddin, agak kerek sebab dia pakai BMW 3series yang tahun 80-an punya tu. Kadang2 join aku main bola. tapi ada lebih baik dia jgn main sebab kalau main pun tak sampai 5 minit sembur ubat asma, lari lagi 2 minit sembur lagi ubat asma, lari lagi 3 minit sembur lagi.. bikin panas arr...

Itu antara yang sempat aku ingat dan flashback pagi2 ni... ramai lagi sebenarnya..tapi memang unik kan.. aku rasa dalam dunia ni, bangsa melayu ajer yang mcm ni.. dalam blog abg mamat khalid pun baru2 ni ada citer pasal isu nama dan gelaran ni.. itulah unik budaya kita..

apei - budak kampung

p/s: mana datang nama apei? nantilah aku tulis dalam entri lain..hehe..

Tuesday, December 16, 2008

aku mcm sibuk sampai ujung tahun..

Assalamualaikum wbt,

2-3 hari ni aku amat sibuk. soal personal, soal kerja, soal kutu-kutu kampung, dan soalan-soalan cepu mas dari bini aku.. semua aku harus pikirkan dalam satu masa..

15 hari lagi masuk tahun 2009. Dalam 15 hari ni jugak aku harus menyelesaikan:
1- menyusun semula jadual cuti-cuti malaysia aku yang musnah gara-gara pikah ketiga
2-menyelesaikan segala keje2 tertunggak, tutup akaun untuk 2008
3-mecarik jersi baru team futsal aku..
4-terlalu banyak kad kawin aku terima sepanjang minggu lepas dan minggu ni, yang tak bukak lagi pun ada.. jadi aku kena buat schedule. jadi bini aku tak perlu masak tengahari untuk 2-3 minggu akan datang..
5-gambar kawin azim-ila aku tak edit lagi... minggu ni mesti submit untuk print!
6-ooo yer... nenek aku buat kenduri sabtu ni.. ok noted.. aku dah update jadual aku..
7-aku kena call ampang puteri buat appointment untuk orked punya check-up. Anak aku nak masuk 3 bulan dah..
8-citer supernatural season 4 aku tak abis download lagi, gara2 dolpin rosakkan laptop aku!
9-slide meeting esok baru siap separuh jalan! arhhh...
10- keter patut service minggu ni.. KM dah lebih..
11- marlina pesan "bang, nanti tolong beli toster ngan microwave ujung bulan ni.. nak panas lauk n bakar roti senang!"
12-majalah dalam bilik buku aku berselerak, sejak kami ada baby ni, marlina dah malas nak kemas bilik buku aku.. mlm ni aku mesti kemas!!! MESTI!!!
13-pulangkan lense 22mm yang dipinjam dari che mad.. (che mad, bila nak makan sate?)

Ini yang ada dalam list aku setakat hari ni.. aku harap esok lusa list ni akan berkurang dan bukan bertambah!!!

apei - budak kampung

Friday, December 12, 2008

cuti-cuti malaysia gua musnah!

Assalamualaikum wbt,

perancangan cuti hujung tahun gua musnah gara-gara pihak ketiga.. sebagai balasan pihak ketiga telah bersetuju menaggung segala perbelanjaan cuti-cuti malaysia gua yang terpaksa di tunda ke awal tahun depan.

setelah berbincang ngan marlina, beliau akhirnya ajak gua dating ke taman burung dan taman rama-rama di lake garden ajer ujung tahun ni.

apei - budak kampung

p/s: pihak ketiga, gua nak pesan kat lu.. kalau cakap sila jgn putar belit... hard-disk gua gagal nak translate lu punya bahasa!

Thursday, December 11, 2008

screen saver api cool ke tak cool?

Assalamualaikum wbt,

Bahu gua yang kena sondol ngan lembu isnin ari tu masih lagi bengkak, jari2 gua pun masih lagi kebas.. tapi tak per.. at least itu pun kira satu pengorbanan gak..
Malam semalam omar kobis sms gua "dude, aper kes lu dah lama tak online YM malam2? kesian anak lu tu kecik lagi. takkan nak bagi dia adik dah kot?"

Gua tak reply, hati gua masih pedih..

-suatu petang, hujung november-

Abg loan: Apei, ko tolong tengok2 kan anak abang ni jap. Abang nak kuar pi amik kak siti.
Apei: tengok jer ke?
Abg loan: kau ni, suruh tengok budak kejap pun nak upah.. leceh arr..
Apei: masuk jamban pun 50sen sekarang bang...
Abg loan: balik kang arr citer..
anak abg loan nama dia shafiq a.k.a dolpin (pasal gemok), umur 4 tahun dan suka abiskan biskut rumah gua!

'dolpin' masuk rumah gua dengan patung gaban dia.. gua lepak balik tengok astro..
Dolpin: abg apei, shapiq nak tengok katon..
Apei: kang mak kau balik suruh mak kau pasang..
Dolpin: nak sekarang! sambil ulur kat aku DVD Shark Tale yang dibekalkan oleh abg loan.
Aku pasang lap-top kat bilik buku aku..
Apei: shapiq tengok kat lap-top ni jer tau.. abg apei nak tengok tv. kalau nak roti cakap k..
Dolpin senyum sambil peluk gaban dia tu..

10 minit berlalu.. terasa aman dan makmur rumah gua.. tetiba..
Dolpin: abg apei, api dah pinish (finish)
Apei: Api? mana api? -melompat gua bangun-

tinggal kenangan - nilah screen saver lap-top gua yang berapi tu..

Dolpin tunjuk kat lap-top gua yang dah tak menyala lagi... sebelah lap-top gua ada spray air untuk streka baju bini gua punya.. gua tengok lap-top gua dah becak!

Bermula dari hari tu, waktu malam gua banyak di habiskan dengan mendengar ceramah umum bini gua dan menonton cerita drama melayu...

apei - budak kampung

p/s: gua belum ada modal nak repair lap-top tu.. abg loan tak nak bertanggungjawap!

Wednesday, December 10, 2008

keter gua hilang kat ikea?

Aku sampai dari kampung Selasa petang (9 Dec) kira lebih kurang kol 3pm.. masa tu perot aku pun dah kenyang lantaran aku belasah 2 ketol burger kat burger king hentian sg buloh. Sampai rumah, aku dengkor. letih giler drive.. perjalanan patutnya 3 jam dah bertukar jadi 5 jam sebab bini aku cakap jgn bawak laju, nanti orked terkejut kalau langgar lobang. Oklah.. pemanduan yang tak lebih dari 80km/j di atas hi-way memang satu pengalaman yang mengerikan..

pukul 6pm - Marlina kejut kan aku "sudah tido tu, bangun mandi, semayang!"

pukul 630pm - Marlina mempelawa aku "bang, makanlah skit tu ada air panas ngan roti bakar tu"aku terdetik dalam hati "ait, mithali lain macam jer bini aku petang ni"

sambil aku makan roti, baru aku mendapat jawapan atas kemithalian marlina tu..

Marlina: Bang, ikea sekarang ada sale lah..
Apei: emmm...
Marlina: Tengok catalogue ni.. murah giler pasu ni..
Apei: EMMMM...
Marlina: Saya ngan Orked dah siap ni.. abang pi la siap... lepas magrib kita pi jap ek!
Apei: HAAA???

pukul 830pm - aku sampai kat ikea. Orang tak ramai. Aku paking cantik2 kat depan enterance.

pukul 1000pm - apa yang marlina nak semua dia dah rembat, siap beli bear untuk Orked lagi! kopak!!!

pukul 1015pm - di parking lot, bini aku tunggu jer kat pintu enterence jaga barang. aku pi amik keter. kesian plak dia ngan stroller orked lagi.. 10 minit aku pusing carik keter tak jumpa. aku memang confident keter aku lah paling dekat ngan pintu masuk.. bila aku tengok lot parking aku dah ada keter kelisa plak! arhhh..damn.. keter gua hilang.. memang confirm hilang!

kebetulan ada security yang dari tadi dok perati aku, menghampiri aku..

En sukuriti nepal: What's wrong sir?
Apei yang nak nangis: I just lost my car lah..
En sukuriti nepal: May I see your parking ticket please?!
Apei yang nak nangis: Aku tengah susah ati kau lagi nak tengok tiket aku plak.. ingat aku masuk tak bayar ker? nah.. (sambil ulur tiket parking)
En sukuriti nepal: ooo.. your car at level P2 sir.. this is P1..
Apei: Ooo yer ke?

sepanjang perjalanan Marlina gelakkan aku..

apei - budak kampung..

p/s: bahu aku masih sakit dalam kejadian di tanduk lembu. aku, uda daud, alang yaakob and co. dapat kontrak menumbangkan lembu..

kesal..

Assalamualaikum wbt,

Jumaat lepas hp member aku hilang. Kesal giler aku.. aku lah manusia last sekali yang membelek2 hp dia pastu aku letak jer atas meja tempat asal aku jumpa hp tu.. last2 petang aku dapat call hp tu dah gone!!!

apei - budak kampung

Friday, December 5, 2008

snow vs flood

Best korang yer meriah kemain aku tengok main salji kat sana! Jeles aku!!! kat sini hari2 hujan dan banjir di pantai timur dan tanah runtuh di lembah kelang.. teruskanlah bermain salji tu. jaga kesihatan.. doa-doakan aku dapat pi sana plak sambung belajar lagi kat sana!



atas kiri: faizal ngan sofea (durham)
atas kanan: miss nur (durham)
bawah: aiza n geng (london)
not in pic: saipol ngan muez (liverpool n leeds)

apei - budak kampung

kurang asam punya apis lembut!

Assalamualaikum wbt,

Hari ni aku balik kampung lagi, beraya aidiladha di bagan dato', selesaikan kenduri dan aqeqah untuk cik orked yang makin nakal tu.. (berita terkini - orked dah pandai merajuk!)

Malam semalam, lepas isya' aku pi mesyuarat AJKKK penduduk tempat aku. meeting pasal gotong-royong anak pak abu PAS nak kawin. Anak dia nama Hamidah, tapi kitorang panggil dia midah senget! ok tak? hehehe...

-dalam meeting-

Pak abu: Apei, aku nak ko nanti jaga budak2 kompang, dari training sampai hari sanding sok.
Apei: Saya bangkang, mana sesuai saya jaga budak kompang. Main kompang pun saya tak reti. Pelempang orang saya reti laa..
Pak Abu: Kau jer paling layak sekarang. Apis, kau nanti tolong jaga bab kelengkapan pingan, mangkok, cawan, sudip dan segala yang berkaitan. Nanti ko tolong tengok dalam store dewan ni, aku rasa mangkok kita tak ada.. tu nanti kau uruskan..
Apis lembut: Alaaaa pak abu, pasal mangkok tu jgn la pak abu susah ati... kita kan dan memang ada mangkok kat sini (cara cakap style mak nyah!)
Pak Abu: Mana mangkok kau?!
Apis lembut: Tuuuuu.. (sambil tunjuk kat aku!)

satu dewan gelakkan aku!

apei - budak kampung

Thursday, December 4, 2008

kau bukan ada keje pun!!!

-Lunch hour-hari ni-

greeett.. vibrate hp aku bunyik..fairus call..

Fairus: Woi cepat arr turun.. aku dah lama tunggu kat bawah ni..
Apei: Ko ngan saper?
Fairus: Mokzani..
Apei: 5minit!
Fairus: Kau buat aper lagi? dah kol 1 lebih ni.
Apei: Buat keje laa..
Fairus: Kau ada keje ke? bukan kau makan gaji buta ke?

atas kanan: aku, bawah kanan: fairus, kiri: workstation aku.

-ikot pirasat korang laa bila tengok workstation aku ni, rasa-rasa aku ada keje ke tak?
-suka kau jer ek fairus cakap aku tak ada keje.. ingat company ni abah aku yang punya?

apei - budak kampung

p/s: balik awal skit arr ari ni.. lepas magrib ada meeting AJKKK untuk gotong-royong anak pak abu PAS nak kawin..

Mithali

Assalamualaikum wbt,

Lokasi: Restoran Ashraff Pandan Indah - kl
Time: Baru balik dari surau lepas isya'
Tarikh: Malam semalam
Tujuan aktiviti: Discussion terbuka antara aku ngan buyong
Tajuk Discussion: Apei Mithsali

Buyong: Tadi petang kat padang telinga gua ada terganggu arr bila lu cakap lu bapak mithali?
Apei: Aper salah ke?
Buyong: Kau tau kan menipu tu berdosa?!
Apei: Aku cakap aku bapak mithsali tu bukan satu kenyataan, tapi pendapat jer..
Mail Burger: Pendapat pun tak leh.. syirik!
Apei: Syirik jadahnyer..
Buyong: Mail, lu jgn nyampok orang tua tengah bincang! Apei, mcm ni arr.. kalau lu leh buktikan yang lu ni bapak mithsali gua sanggup basuh kasut bola lu yang bau longkang tu..
Apei: Tu jer? takat basuh kasut bola jer, dobi pun leh buat..
Buyong: ok arr dengan stokin lu yang bau taik lembu tu sekali!
Apei: Baru real...
Buyong: Macam mana cara lu nak buktikan, itu ikot creativiti lu..

Tujuan entri ini: Nak buktikan berapa mithali diri aku ni.. sila lihat gambar dibawah

Pesanan untuk Buyong: 1- tu baru sebahagian kecik jer tu dari koleksi gambar mithali gua.
2- petang ni lepas main bola lu leh terus bawak kasut gua balik rumah. esok gua off!! balik kg raya..

apei - budak kampung

Wednesday, December 3, 2008

chow..

Assalamualaikum wbt,

Alhamdulillah, hingga petang ini, aku masih lagi dapat bernafas seperti biasa, masih lagi berada di tempat duduk aku kat opis yang indah dan sejuk mcm kutub ni dan yang paling penting aku masih lagi ingat nama aku siapa..

Kerja-kerja menyediakan report ni nampaknya terpaksa aku tangguhkan dulu untuk hari ni. aku dah tak bleh tahan dah ni.. aku nak balik. nak main bola. kepala lutut aku pun dah ok dah.

ajed, black, ajis gemok, mail burger, budak2 kompang taman perumahan aku, dan kutu-kutu yang baru join team bola aku.. tungguuu.. hari ni aku akan mengentel korang seko-seko..

apei - budak kampung

HELP ME.. URGENT!

Tolong bagi tau aku satu tempat yang aku tak akan nampak NOMBOR??? aku nak muntah tengok nombor!!!

apei - budak kampung

p/s: penyakit ni akan datang setiap hujung dan awal bulan bila aku nak siapkan report! tapi kali ni aku memang betol2 tak tahan..

Tuesday, December 2, 2008

baju panas warna biru..

-minggu sudah, lepas isya-
Puan Sri: Apei, nanti ada masa tolong mama carik sarung cadar lama kat dalam setor.
Apei: Nak buat mender? sedekah rumah anak yatim ke?
Puan Sri: Buat jer laa bila orang suruh tu..
Apei: Ok boss! (sambil sibuk main fifa 2008 ps2)..

-Malam tadi, lepas isya-
Puan Sri: Dah amik dah sarung cadar tu?
Apei: Dah hilang laa..
Puan Sri: Jgn menipu boleh tak?
Apei: Yer laa orang carik la ni.. (aku tengah sibuk baca berita sukan paper kosmo)

Kotak tinggi sampai siling. nak carik mcm mana.. aduh..

Satu-satu kotak aku bukak.. sampai satu kotak siap ber-seal rapi tertulis tulisan tangan yang aku kira buruk. "Please do not open, belongs to apei!"

"ait bila plak aku ada khazanah ni?" sebab kotak tu tertulis nama aku, aku bukak. Ada beberapa helai pakaian, cenderamata, gambar, nota dan entah haper2 lagi entah..

aku capai baju panas warna biru tu...

-lama dulu-
baju panas tu dihadiahkan oleh dia masa hari jadi aku ke-19. waktu tu aku masih menuntut nun jauh dari keluarga. tak sangka baju panas tu masih dalam keadaan elok.. aku senyum sorang-sorang.

-hari ini-
aku gunakan baju panas tu untuk menutup badan aku dari sejuk aircorn kat opis ni. kalau dia baca blog aku ni, aku cuma nak dia tau..baju panas tu masih mcm baru! walaupun dah 6 tahun dengan aku. terima kasih untuk baju panas ni..

apei - budak kampung

surat untuk En Alip lagi..

Assalamualaikum wbt,

Sabahat sekampung ku en alip,
Malam kelmarin tok alang meninggal. aku tau kau tau tapi apersal kau tak balik?

en alip,
Aku call kau sampai kong beteri handpon aku, balik2 awek kau jugak yang angkat cakap "no yang anda dail sedang sibuk!" aper citer ni alip? aku sms pun kau tak reply.

en alip,
Kau ingat kau dah pakai keter caldina tu kau dah kaya arr? jgn sampai aku bakar keter kau tu..

en alip,
Nek Alang Intan, Uda daud, Tok Chek, Yong Timah, bahkan Ayol yang sindromdown tu pun tanya mana kau tak balik. Giler kejam lu bro! gua sedih arr bro lu buat mcm ni. Lu leka arr bro ngan arus... Lu lupa bro asal lu.. nak menitik ooo air mata gua semua orang tanya apersal lu tak balik.. aper citer ni? Arwah tu punya laa baik ngan lu bro.. masa lu kecik, penah lu mintak jajan kat dia, dia tak bagi lu? aduh... sedih beb..

en alip,
Kalau lu baca blog gua ni, gua harap sgt dalam masa2 terdekat ni lu baik arr jauhkan diri lu dari gua.. lu anggap arr bila lu nampak gua mcm lu nampak malaikat maut. gua bukan aper bro takut ada yang ngikut tok alang sok!

apei - budak kampung

p/s: alip, semua kirim salam kat kau..

teruja (part 2)

Assalamualaikum wbt,

Alhamdulillah, pagi ni cuaca sgt cerah, matahari melimpahi cahaya ke segenap ruang bumi Allah. Moga kita semua juga mendapat rahmat Allah pagi ni.

Terima kasih kepada rakan-rakan blogger aku yang mana sempat komen dan meneka apa yang buat aku teruja sgt menunggu hari ahad 30 Nov 2008 lepas. Walaupun jawapan korang salah tapi aku tetap hargai. Aku akan bagi jugak hadiah kepada semua yang komen. (dengar hadiah cepat jer korang komen ek!)

Sebenarnya ahad ari tu ulangtahun perkahwinan aku yang pertama. tu jer.. saja bikin suspen. wahahaha.. tak penting pun untuk korang..

apei - budak kampung

p/s: 1- sape yang komen dalam entri 'teruja', sila tinggalkan alamat email korang dalam komen entri 'teruja (part2)' ni. nanti aku emailkan hadiah tu..
2-al-fatihah buat arwah tok alang (1938-2008)..
3-timer kasih abg sodek sebab gantikan pokok atas meja aku yang mati ni ngan pokok baru.

Friday, November 28, 2008

teruja

Mungkin ini entri aku yang terakhir untuk minggu ni.. dan InsyaAllah kalau panjang umur aku akan update plak lagi minggu depan. Hari ni aku akan balik kg. Jumpa Marlina dan Orked. Yahoo..

Ketahuilah dunia bahawa aku amat teruja untuk menanti ketibaan hari ahad ni..

Saper yang tau kenapa sila bagi jawapan korang dalam ruangan komen. Sape teka betol aku bagi hadiah.. ni betol punya ni..

apei - budak kampung nak balik kampung

Quran Link

Iklan sat - kepada rakan-rakan aku yang mana ber-sms, bertanya mcm mana nak dapatkan ayat Quran lagi cepat dan senang dan siap ada makna sekali. Haa ni aku link kan.

Web ini membolehkan kita mendengar, membaca dan memahami terjemahan ayat-ayat suci Al-Quran! Laman web ini percuma sahaja dan tidak memerlukan sebarang pendaftaran. Hanya layari laman web berkenaan dan gunakan semua tools yang disediakan. Lebih menarik lagi, ada disediakan tools untuk menukar font, terjemahan dalam bahasa pilihan, pilihan juzuk, qari yang membaca Al-Quran dan banyak lagilah! ok selamat mengaji..

apei - budak kampung

p/s: thank you ummi..

"Cik, nasik lemak lauk ayam satu!"

Assalamualaikum wbt,

Alhamdulillah, Allah masih bagi aku nikmat bernafas, memandang, berdengar, berkata-kata, berjalan dan menulis lagi... doa aku pagi ni, agar seluruh umat manusia juga dapat terus merasai nikmat Allah juga sama seperti aku.

Malam tadi agak lewat aku balik dari opis, keje sgt banyak. Kat opis aku ni selain dari keje-keje mengawal selia payment dalam dan luar negara aku jugak di pertanggungjawapkan untuk membuat keje-keje berkaitan dengan IT. Tak kira arr apa keje pun asalkan ada kaitan ngan kompiter, maka itu adalah keje aku. Tapi penah ke orang amik kira? Jawapanya ialah TIDAK!

Semalam kol 8 setengah baru aku beredar kuar dari opis, hantu kat opis aku biasanya memulakan shift keje diorang kol 9 mlm. Aku memang tak berapa berminat nak bermesra main bukak tutup lampu dengan diorang ni.. so baik aku blah! (bukan aku takut tapi tak minat!)

Sepanjang perjalanan naik LRT ke rumah, aku memikirkan amender aku nak makan mlm ni. Perot ni pun satu hal, tadi petang tadi tak nak plak lapar dah mlm buta baru nak kruuukkk.. kraakkk.. Sampai Pandan Indah. Nampak ada stall kecik jual nasik lemak.

Apei: Cik, nasik lemak satu. Lauk ayam. Nak yang paling besar. Nasik extra ek!
Makcik: Orait..

-nasik dah dibungkus-

Apei: How much? (cakap orang putih plak)
Makcik: Disebabkan ko customer makcik yang pertama mlm ni, makcik bagi kau discount, semua sekali rm4.50, percuma plastik ngan sudu. ok..

Aku selok poket nak amik wallet aku.. gullppp... wallet aku tinggal kat opis!!!

aarrrrrrrrrrhhhh.....

apei - budak kampung

p/s: kebelakangan ni daya ingatan aku mmg sgt lemah. Apahal entah. Aku sms Buyong mlm tadi (kwn aku yang jual buku agama kat puduraya tu). sms aku: buyong, kismis minda yang Ismail Kamus punya berapa harga kalau aku nak amik pukal? aku nak yang Ismail Kamus punya jer!..

Thursday, November 27, 2008

Kepala lutut (2) & Orked bukan Huda

Assalamualaikum wbt,

Moga Allah merahmati kita semua..

Petang semalam sumpah memang aku tak nak main bola, aku dah janji kat diri aku sendiri, aku datang sekadar untuk tengok rakan-rakan aku beraksi seperti berok, gajah, kambing dan memerang sarkas di atas padang tu. Tapi aku tak tau, mcm mana tetiba bila aku sedar aku juga sedang berada di atas padang bermain bola sama mcm diorang semua. Itu mmg kelemahan aku, pantang tengok orang main bola nanti aku pun akan main, pasal tu bini aku tak bagi aku tengok bola pasal di khuatiri aku akan menendang tv kalau team Arsenal aku kalah lagi!..(ahh merepek plak). Bila time aku atas padang, aku rasa badan aku sihat, kembali muda dan cergas, jgn kata sakit kepala lutut, sakit hati pun leh hilang kalau aku main bola.

Menjelang malam, dikala aku keseorangan, denyut kepala lutut aku datang perlahan-lahan dan makin lama makin sakit. sms ngan bini aku pun layan tak layan jer.. (sakit ooo padan muka aku!)
kalau aku citer kat bini aku, aku pi main bola..confirm.. mmg confirm lagi sgt confirm bateri hp aku dari full sampai abis di kejekan gara-gara akan mendengar ceramah percuma! jadi ada lebih baik aku diam..

-Pagi 27 nov 2008- di clinic dekat tempat keje aku..

Apei: Puan doctor, kepala lutut saya sakit
Puan doc: Apersal?
Apei: 3-4 hari lepas, time semayang, salah duduk kot. meletop! (salahkan semayang plak!)
Puan doc: Ada sport? Main bola lepas dah sakit ni?
Apei: Eh.. mana ada.. dah sakit dok rumah diam-diam jer..
Puan doc: Yer ke?
Apei: Betol.. tak caya tanya la bini saya..
Puan doc: -- senyum aje -- saya bagi awak ubat makan dan sapu. lepas seminggu tak ok datang lagi! dalam 2-3 minggu ni stop dulu main bola, jogging, main basikal, main galah-panjang (double meaning!) dan sebarang aktiviti lasak! ada paham?! eh nak knee guard tak?
Apei: Bagilah apa yang ada doc, InsyaAllahhhhhh....

--Orked bukan Huda--

-Semalam-

Bosan giler dok sorang2 kat rumah, Orked dan Marlina masih di teluk intan.. fuhh.. dugaan..

greeettttt... vibrate hp aku (aku suka silentkan hp dan tinggalkan dalam mood vibrate)

sms dari marlina "Abang Orked ni pandai dengar cakap tau, orang suruh senyum dia senyum"

aku reply "bagus la tu.. cuba suruh dia ngaji muqaddam plak boleh tak?"

-----------------------------

-Hari ni-

Lunch hour Fairus (officemate aku) ajak pi medan mara dia nak makan sate kajang plak. Ngidam katanya.. ikotkan ajer.. kebetulan aku pun nak pi tabung haji kat Maju Junction Mall.

Sambil makan, teringat sms Marlina malam semalam.

Apei: dude, anak lu masa baya-baya mcm anak gua paham bahasa tak bila orang cakap ngan dia? (saje nak buat perbandingan, anak fairus - nurul huda, setahun lebih tua dari Orked)

Fairus: dah besar pun tak paham bahasa! (pandang aku ngan muka sadin sambil kunyah sate)

-----------------------------

Harap Orked bukan Huda!

apei - budak kampung

p/s: aperhal dah pukul 8 suku aku kat opis lagi ni? mana semua orang pi? mesti dah balik!! chow arr... masuk kol 9 hantu plak nak masuk opis aku. ceh...

Wednesday, November 26, 2008

tie

Aku memang tak suka tie sejak dari aku tadika lagi.. kadang-kadang aku pun tak paham apersal aku nak kena pakai tie? masa tadika aku memang kena pakai tie tapi pakai suar pendek (dah mmg uniform tadika aku mcm tu), masuk sekolah rendah aku bebas dari tie hanya 3 tahun. masuk darjah 4 cikgu aku pandai2 jadikan aku pengawas, dengan rasminya aku memang kena pakai tie sepanjang hari sampai aku darjah 6. Masuk sekolah menengah, nasib aku baik skit pasal aku hanya murid biasa di kelas paling belakang dan tak ada jawatan apa-apa kat sekolah. aku bebas dari tie kejap.. tetiba masuk jer form 2, lagi sekali cikgu aku pandai-pandai jadikan aku pengawas pusat sumber plak.. aper citer ni cikgu jepri?! sampailah form 4 aku dipindahkan ke sekolah asrama penuh plak... kena pakai tie lagi hari2 sampai la abis SPM. Aku ingat bila aku masuk Uni, aku bebas berpakaian t-shirt dan jeans.. oh tidak sama sekali.. aku tetap kena pakai tie (setiap hari isnin) aper punya undang-undang aku pun tak tau! (miss nur tolong jawap)

Lepas abis Uni, aku keje kat tempat aku keje sekarang ni.. lagi laaa aku kena pakai tie hari-hari, 9 jam sehari.. giler aper.. disebabkan tiada pengecualian, aku telah menetapkan undang-undang untuk diri aku sendiri.. setiap hari sharp 5.30, tie aku akan auto-ketat.. dan aku akan bukak tie aku sebagai tanda 'kebebasan'... wahahahaha...

lepas aku congak tolak campur, aku rasa aku lagi banyak abiskan masa hidup aku ni dengan tie-tie aku dari dengan adik-beradik aku sendiri.. adil ke?

apei - budak kampung

p/s: aku rasa nak muntah bila orang hadiahkan aku tie bila hari jadi aku.. sila hadiahkan aku psp untuk hari jadi aku yang akan datang. sekian timer kasih.

kepala lutut

Assalamualaikum wbt,


Rabu (26 nov 2008) - Dah 3 hari kebelakangan ni kepala lutut aku belah kanan ni sakit giler. Sampai menggangu perjalanan aku. Dah la sekarang aku pi balik keje naik lrt, Nak berjalan dari opis aku ke lrt tu satu hal lah, pastu dari lrt ke rumah pun lagi satu hal.
Bila aku ingat-ingat balik, aku rasa puncanya 3 hari lepas, duduk antara dua sujud dalam asar aku, kepala lutut aku meletop.. aduh.. rasa nak menitik gak air mata tahan sakit. Aku selesaikan jugak asar tu. Sejak tu pergerakkan aku dah mcm rupa orang pakai kaki kayu. Sebelah kepala lutut aku boleh lipat, sebelah lagi keras jer...

Berkongsi cerita penderitaan aku dengan haris, menurut haris:
Apei: 2-3 hari ni kepala lutut aku sakit arr.. mcm mana ek? (haris juga pernah lalui masalah yang sama)
Haris: pi cek laa.. x-ray ke..
Apei: aku pun ingat mcm tu gak.. tapi tak tau arr bila nak pi..
Bukan tak nak pi clinic, aku malas kalau dia refer ke specialist.. mesti check-up berlarutan berminggu-minggu, berulang-alik ke hospital, kalau kena buat fisio ok lagi, kalau kena operate? ish.. tak nak aku.. saper nak jadi scorer kat padang nanti kalau aku tak ada?!
apei - budak kampung
p/s: harga hadiah yang aku bagi sempena hari jadi mak aku semalam tak sampai 1% pun dari harga kasih sayang dia bagi kat aku dari hari pertama aku bernafas. Love u mama..

Tuesday, November 25, 2008

aper citer kepala otak gua sebu ni? (part 2)

aper jadah gua leh lupa ari ni hari jadi mak gua... patut arr mcm ada benda tak kena jer...

"Selamat hari jadi mama, moga panjang umur, murah rezeki.. amin..."

apei - budak kampung

p/s: mak gua punya ari jadi sama arr mcm hari gaji gua.. aper maksudnyer ni?!

aper citer kepala otak gua sebu ni?

Assalamualaikum wbt,

Selasa (25 nov 2008) - gua tak tau aper dah jadi ngan kepala otak gua pagi ni... rasa sebu semacam jer.. mcm tak leh nak pikir.. pick-up pun dah mcm honda c70 jer... aduh.. nasib baik hari ni kesibukan kat opis ni pada kadar minimum.. gua rasa mcm ada tak kena hari ni.. amender ni...

apei - budak kampung

Sunday, November 23, 2008

Orked dan 'kegilaan' barunya..

Bismillahirahmanirrahim...
Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi penyayang

Ahad (23 nov 2008) - Orked sekarang dah kurang tido. Masa tidur dia pun dah bertukar semula seperti manusia normal yang lain (siang berjaga, mlm tido). Jadi marlina pun dah boleh kembali kepada masa tidor dia yang asal.. Alhamdulillah..

Tapi ada satu lagi.. walaupun Orked kurang tidor siang sekarang, dia sgt suka merengek, menangis, menendang perot aku (kalau aku dokong dia) dan mcm2 lagi aksi 'stunt' dia.. hinggalah aku terjumpa satu formula mudah untuk bagi Orked senyum sorang-sorang dan tido ngan senyuman kecik dia tu, dan cara ni dah jadi 'kegilaan' baru dalam daily life dia.. Alhamdulillah..

aku/marlina akan baringkan dia atau pelok dia rapat-rapat sambil bersalawat, zikir atau membaca surah-surah pendek dari al-quran. Alhamdulillah... dia nampak sgt sgt sgt tenang.. bila dibacakan ayat2 tersebut, dia akan pandang jer kat kami (mcm paham jer dia aper yang kita baca). Sekarang ni, sebelum tidor dia 'mesti' diperdengarkan yassin.. baru dia leh tidor dengan aman damai nyeyak sampailah ke pagi walaupun terdapat sedikit gangguan nyamuk!
(kadang-kadang kalau aku letih, aku bukak jer mp3 yassin.. nampak orked layan jugak!)

Budak kecik pun tenang dengan ayat-ayat Allah.. mcm mana dengan kita?

apei - budak kampung

p/s: satu lagi kuasa Allah yang Dia tunjukkan, tepat kena batang hidung aku..

mati?

Assalamualaikum wbt,

Ahad (23 nov 2008) - Pokok atas meja kat opis aku semakin hari semakin layu. dah nazak ke pokok ni.. dah hampir 4 tahun pokok tu ada atas meja kat opis aku ni. memang aku sengaja bela pokok ni, orang kata kalau dah penat tengok screen komputer kena lah plak tengok benda2 hijau(bukan biru!!!). tapi sekarang pokok aku ni dah tak hijau lagi, sekarang dah pun bertukar kepada kuning + coklat daun-daunnyer.. aku tak tau nak buat mcm mana lagi. air hari2 aku sembur, baja pun aku bagi mcm biasa.. tapi semakin hari semakin layu, mcm tunggu masa jer nak mati.. emm...

mengingatkan aku...

setiap yang hidup pasti akan mati.. kalau dah sampai janji dengan sang Pencipta.. tidak di cepatkan atau dilambatkan walau sesaat..

apei - budak kampung

p/s: arwah atok aku penah pesan, jgn suka berhutang, nanti dah mati tak tenang.. aku ada hutang ajis gemok 2 ringgit pasal nak beli rojak tak cukup duit minggu lepas. sat lagi arr pi rumah dia bayar... manalah tau esok lusa aku mati!

Thursday, November 20, 2008

jangan marah...

Assalamualaikum wbt,


Di office - dalam perjalanan aku balik dari surau di tingkat 2 bangunan office aku ni, aku menggunakan lif. Office aku berada di tingkat bawah sekali. Sebaik pintu lift dibuka, aku pun masuk, ada seorang staff perempuan sedia ada berada di dalam lift tersebut juga ingin ke 'ground floor'.. di tingkat satu aku terbau seolah-olah ada bangkai dalam lift itu, aku toleh kiri kanan, tengok tapak kasut aku, kot-kot aku ada terpijak taik kucing ke? tak ada..

Aku pandang muka staff perempuan tadi, dia kerut kan dahi dia pandang kat aku, seolah-olah aku punca segala kebusukkan yang semakin membelenggu segenap ruang lingkup lift tu..
terus aku jadi marah, "kalau lu dah kentot tak payah arr nak buat2 kerut dahi kat gua plak.. muka jer cantik, kentot bau bangkai!" (aku cakap dalam hati jer)..
ting..tong.. pintu lift terbuka menandakan dah sampai ground floor. pompuan tu keluar tergopoh gapah sambil menutup hidung dan memandang-mandang aku. beberapa staff lain yang sedia ada menunggu lift dari ground floor untuk ke tingkat atas turut memandang aku seolah aku lah punca segala onar di dalam lift tu..
arrrhhhhhh...... bukan aku yang kentot lah bahlol... nak ajer aku menjerit!
maruah aku tercalar!
apei - budak kampung
p/s: wahai mohd firdaus, sesungguhnya pahala menahan amarah itu sama seperti berjihad!

Alhamdulillah, Orked dah dapat adik!

Assalamualaikum wbt,



Khamis (20 Nov 2008) - Setelah sekian lama aku berkira-kira, servey sana-sini, akhirnya dapat gak aku memiliki tv idaman aku. Kerana gumbira yang amat sgt, aku call marlina..


Apei: Abg nak beli tv leper yang abg nak tu, abg dah jumpa.
Marlina: Berapa harga?
Apei: Murah dari yang sebelum-sebelum ni. Harga dah tahap mcm jual longgok jer ni.
Marlina: Tv second-hand kot? tak pun tv display kot?
Apei: Tak arr baru lagi ni.
Marlina: Tv lama nak letak mana?
Apei: Sedekah rumah anak yatim lah.. hehehe..
Marlina: Suka ati abg la. Esok lusa jgn nak ngadap tv tu jer main game!
Apei: Suka ati orang arr... hehehe..
Marlina: Yer.. nanti ngan tv leper abg tu pun ayang hantar rumah anak yatim..
Apei: Ok arr.. chow! Assalamualaikum
Marlina: Adios! Waalaikumsalam


Setelah greenlite diperolehi oleh 'board of director' aku pun ngan muka senyum kambing membeli tv tu.. Alhamdulillah.. termakbul satu lagi wish list aku..


apei - budak kampung


p/s: terima kasih untuk, 1- en faizi sbg tuan penasihat dalam proses pemilihan tv. nanti kau tolong belikan aku hdmi cabel yang ko cakap tu. utk astro nanti aku cucuk 'S'-cabel jer lah. 2- marlina yang memahami hati nurani laki dia yang cerewet ni!

http://www.samsung.com/my/consumer/detail/gallery.do?group=television&type=television&subtype=lcdtv&model_cd=LA40A450C1XXM

Tuesday, November 18, 2008

asal petang jer ujan, asal petang jer ujan.. mcm mana aku tak gemok!

Sekarang ni tiap-tiap petang ujan. Semalam ada rakan-rakan yang perihatin terhadap pembangunan perot aku telah komplen, "Perot kau semakin hari semakin maju kedepan, esok lusa mungkin akan jatuh mencecah tanah plak!"

sungguh biadap kata-kata tu.. tujuan entri ni untuk bagi tau rakan-rakan yang sunggu prihatin terhadap diri aku..

"mcm mana aku tak gemok, tiap-tiap petang ujan. nak main bola pun tak boleh! abis aper lagi aku leh buat. Balik keje makan nasik, main game.. tu jer laa yang mampu aku buat. Wahai rakan-rakan ku, doakanlah supaya aku lebih kuat semangat untuk bersenam selepas ini!"

apei - budak kampung

p/s: malam ni alip nak ajak aku makan air batu campur kat kampung baru!

tahniah...

Assalamualaikum wbt,


Selasa (18 Nov 2008) - Mungkin sebab terlampau gembira faizal dollah yang baru sahaja mendapat baby boy telah menelifon aku..

"Aku baru dapat baby lelaki, 3.25kg, pukol 3.05pm durham time.. Alhamdulillah semua selamat...Allahuakbar" katanya..

"Dude, tahniah lah.. Bini lu bersalin kat mana?"

"University Hospital of North Durham, nak datang meh arr.. kat Suite no 7, wad 8, tingkat 1"

"Nanti arr ada rezeki aku datang arr melawat kat spital"

"Tak payah arr..sikit lagi nak discharge dah!"

"Buduh..kalau mcm tu tak payah arr ajak!"

"Tahniah sekali lagi lah dude..Kem salam kat wife kau..mcm mana kau gumbira pun tolong tengok-tengok gak time malaysia. Kau tau sekarang kol berapa? Kol 3pagi dude.. ari tu pun kau call aku time mcm ni gak! aduuhhh..."

"suka ati aku arr talipon aku!"

apei - budak kampung

p/s: lepas faizal call, aku tak leh tido lagi, buat tahjud dan hajad, terus mengadap pc sampai pagi. bertanya khabar 2-3 rakan di london dan liverpool. Alhamdulillah semuanya baik..

Monday, November 17, 2008

Web design vs html coding..

Assalamualaikum wbt,


Isnin (19 Zulkaedah 1429h) - Moga Allah swt sentiasa merahmati semua umat manusia di seluruh alam. Sesungguhnya tanpa redha dan rahmat Allah swt, tak dapat aku bayangkan mcm mana hidup ni. Setinggi-tinggi tahniah jugak aku ucapkan kepada para tetamu Allah yang sudah mula berkumpul di tanah suci, moga kalian semua mendapat haji yang mabrur.. amin...





Aku masih terfikir-fikir desing web portal aku tu.. tapi benda tu rumit. Aku perlu faham html code, java script untuk aku design. Ada jugak aku tanya Mr G, tetiba dia mengigatkan aku sesuatu dan tentang seseorang...


Apei: weh.. aku dah nak muntah dah tengok benda ni (nak buat flashing dengan html code)
Man: em.. kita perlukan kepakaran seseorang aku rasa.. kau dah try tanya kijel?
Apei: ha'a mcm mana dia leh terlepas dari senarai talian hayat aku ni...


Kijel - sepupu aku, kitorang panggil dia 'raja top'.. mcm mana dapat nama tu nanti arr aku citer. dia sejak dari sekolah lagi banyak menghabiskan masa kat depan computer, sampai bapak dia terpaksa menghempas computer pasal dia tak nak pi sekolah. Kemudia dia sambung pelajaran dia pun dalam bidang computer, di sana (kolej) dia yang mengajar cikgu dia pasal computer.. sebab dah boring pasal asyik kena ajar cikgu ajer, dia pun berenti kolej. Soal web desing, html code dan hack meng-hack system ni.. memang dah kerja dia dari dulu lagi... sekarang bertugas sebagai seorang penjaga parking keter di dayabumi. Kijel.. hehehe.. aku ada job untuk kau!!!


Man: Tak per, kijel tu nanti aku contact.
Apei: Kau nak pakai hacker ke?
Man: Nak buat aper?
Apei: Mana tau nanti future requirement. Saje nak try web security...
Man: Tak payah dulu arr...
Apei: Kalau kau nak aku ada kawan, buyong!


Buyong - Sorang lagi kawan aku yang sangat jahat perangai nyer... kalau dia cerita kat aku pasal computer, sepatah haram pun aku tak paham. Mungkin sebab kepakaran dia ialah mengodam dan menjahanamkan system orang lain. Menghantar virus kepada orang yang dia benci melalui email tu dah kira mcm hobi! Dia ni tak mendapat pendidikan formal pun mengenai computer ni, cuma minat dan belajar sendiri2 aje.. satu petang lepas main bola tahun lepas, buyong penah tanya aku, aku ada account maybank tak? aku ngan muka sardin cakap..ada pasal gaji aku kat situ.. esok harinya buyong mintak aku halalkan 20sen yang dia curik dari account maybank aku! Lihatlah kejahatan buyong, merompak 20sen dari accout maybank aku hanya melalui maybank2u. Mcm mana dia buat, dia tak nak bagi tau!! Sekarang bertugas sebagai penjual buku-buku agama di puduraya. Jgn tertipu dengan wajah buyong, dia kelihatan alim, tapi AWAS!!


Aku rasa soal web design aku tak payah risau sgt. Mungkin kijel boleh tolong sebagai penasihat, Buyong pun mungkin leh tolong jadi penasihat merangkap penyebok.


Cuma satu lagi, input web portal tu.. apa aku nak buat?


apei - budak kampung

Portion pemakanan Orked mula berubah..

Assalamualaikum wbt,

Isnin (17 Nov 2008) - Marlina call aku berkali-kali semalam. Risau sgt dia.

"Abg, kenapa Orked ni tak nak menyusu badan pulak ni. Puas dah bagi dia tak nak jugak.. tapi nampak mcm dia lapar. Abis sarung tangan dia basah dia isap!"

"emmm..... kita try la susu formula"

Walaupun sebenarnya aku tak berapa setuju untuk Orked mendapatkan susu formula, tapi dari Orked terus lapar...

Marlina membeli Infalac (new born).. Elok Orked minum. Alhamdulillah tak ada masalah... Tapi pada aku, susu badan tetap yang terbaik sebab aku tengok pembesaran Orked cepat dan dia lebih cerdas dari anak kawan-kawan aku yang memang dari lahir diberikan susu formula. Aku harap Marlina akan lebihkan susu badan dari susu formula tu walaupun nampak Orked favor kepada susu formula.

apei - budak kampung

Saturday, November 15, 2008

terima kasih dato' sri mohd nor

Assalamualaikum wbt,

aku dan mr G sedang memerah otak mencari idea...

Sabtu (15 Nov 2008) - Man a.k.a Mr G' ada tanya aku mcm mana nak buat duit dari internet. Kami pun berbincang dari view masing2 mcm mana cara terbaik. Aku dengan pengalaman dan cara aku, dia dengan pengalaman dan cara dia. Dia ajak aku 'collabrate' nak buat sama-sama. Bagus jugak! Temujanji di buat dengan dato' sri mohd nor.

Pagi tadi aku breakfast meeting dengan dato' sri mohd nor kat food court taman maluri (kedai makan kesukaan dato sri mohd nor ni). Sambil ber-breakfast, aku, mr G dan dato' sri mohd nor pun berbicang. masa tu dato' sri tak tau lagi hajat aku dan mr G jumpa dia. Selepas berbual2 akhirnya kami pun berterus teras,

Man: kitorang nak bincang pasal modal skit arr...
Apei: Kitorang nak set-up kitorang punya web page..
Dato' Sri: Berapa?
Man: tak tau lagi, tapi semua transaction thru internet using credit card.
Apei: Pinjam credit card!
Dato' Sri: kau nak buat aper ngan credit card aku?
Man: Nak beli tapak web page arr, takkan nak joli kat tesco kot?!
Apei: Entah..amender arr...
Dato' Sri: Aku ada satu web portal, tak activate lagi.. korang nak, korang amik jer laa.. sewa semua aku bayar!

Aku ngan mr.G tercengang? biar betik orang tua ni?! aku mintak web page jer..sampai web portal dia nak bagi!!! giler aper?!

Apei: Berapa dato' cost web portal tu?
Dato Sri: Kau set-up dulu. Carik core business kau, nak pi course ke aper ke cakap kat aku. nanti aku call member2 aku... kau set jer bila time kau free.. aku bayar arr..

Aku ngan mr G tercengang lagi... aku ingat nak buat kecik2 jer pakai lending page, pop-up ngan adword via clickbank, tapi... amik kau.. nak sangat kan?! Mintak modal nak bukak mini market, sekali suria klcc dia bagi...

web portal, amender business aku nak buat ni?

apei - budak kampung

notes: Mr. G = adik aku mohd firman, Dato' Sri Mohd Nor = Bapak aku. Dia memang dari dulu suruh aku serius ngan business internet (pasal dia dah taicoon), tapi aku tak nak..baik aku keje... sekarang bapak aku mungkin dah boleh senyum! terima kasih ayah..

Thursday, November 13, 2008

hobi baru Orked..

Assalamualaikum wbt,


Alhamdulillah, pagi yang indah di sini hari ni walaupun pagi tadi selepas subuh sedikit hujan. Moga-moga hujan pagi ni membawa rahmat kepada kita semua, InsyaAllah...

Khamis (13 Nov 2008) - Seperti biasa sebelum aku keluar rumah untuk ke office, aku akan call marlina. Marlina akan membuat 'laporan' tentang Orked malam sebelumnya.

"Abg nak tau, malam semalam satu malam Orked tak tidor. Sibuk nak main acah-acah. Kalau orang tak layan dia merengek... "

Tulah hobi dan kegemaran baru Orked, tidor di siang hari, berjaga dan bermain acah-acah sepanjang malam.. arrhh apa nak jadilah ngan anak aku sorang ni. Nak jadi batman ke?
Marlina pun dah terikut macam tu jadual tidornya. Bila siang dia tidor, malam dia pun berjaga main bersama Orked. Melayan Orked, menyusukan Orked sampailah ke pagi...

Terima kasih yang tak terhingga untuk Marlina, bagi aku besar sungguh pengorbanan itu. Pengorbanan seorang ibu. Memang patut syurga itu di bawah telapak kaki ibu...

"Terima kasih ayang untuk segalanya, terima kasih dari hari pertama ayang kandungkan Orked, Terima kasih untuk melahirkan Orked, Terima kasih untuk setiap titik air susu yang Orked teguk dari badan ayang, Terima kasih menjaga Orked lebih baik dari diri sendiri, Terima kasih atas belayan kasih sayang untuk Orked, Terima kasih untuk segalanya. Abg doakan hanya Syurga Allah mampu membalas semua ini...."

apei - budak kampung..

Wednesday, November 12, 2008

futsal punya pasal..

Assalamualaikum wbt,


Rabu (12 Nov 2008) - Semalam lepas ajer waktu keje aku bergegas balik. Demi memenuhi permintaan rakan-rakan sepasukan aku turun jugak ke padang MPAJ bermain bola. Ujan rintik-rintik pun aku redah gak! Lepas game, Yazed memulakan campaign liga futsal anjuran pemuda PKR tak lama ajer lagi. Cakap ala-ala mcm gaya 'Sir' pengurus MU yang tewas ngan Arsenal baru-baru ni.

Yazed: Apei, mcm biasa aku letak kan kau kat line-up simpanan utama. Ada orang injured je kau terus masuk!

Aku buat muka pot-tak-pot jer... Perjalanan balik ke rumah, kepala otak aku teringat-ringat kemalangan ngeri 6 bulan lepas dalam gelangang futsal.

Jelas lagi dalam ingatan aku mcm mana aku di-injured-kan oleh pihak lawan gara-gara aku berjaya 'mengentel' pertahanan lawan dengan gaya skil bodoh mcm c.ronaldo (MU)... sebaik aku dah one-by-one ngan goly, aku menarik langkah dan mengumpulkan sepenuh tenaga untuk melepaskan satu rembatan padu maut, belum sempat rembatan di lepaskan, kaki aku di bentes kejam oleh pihak lawan menyebabkan aku jatuh terduduk dan terus tuuuttttt*** (malu nak cakap beb..terus black-out!)... nasib baik mamat tu bentes aku sampai pengsan. Kalau aku tak pengsan masa tu, aku bersumpah aku akan pastikan dia yang pengsan!!!

Sedar-sedar kat luar court, mail burger renjis muka aku ngan air sambil mulut terkumat-kamit mungkin tengah jampi air tu kot. Aku rasa seluruh kaki aku kebas, arr aku ingat aku dah lumpuh. tetiba ingatan aku pada marlina. Pesan dia sebelum aku pi main futsal "tak payah la main futsal tu, dok rumah jer la... esok nak keje lagi.." aku jawap " alaaa kejap jer.. demi sebuah kesihatan!"

Lantaran aku dah langsung tak mampu nak bangun, aku terpaksa di papah ke clinic idzham pandan jaya. Di sana aku di beri suntikan penahan sakit, tapi aku rasa masih sakit jugak. Esoknya, baru aku di bawa ke Ampang Puteri. Kat sana barulah aku mendapat rawatan, di buat MRI, dan mcm2 laa.. akhirnya di dapati tulang belakang aku, T5 sedikit retak. Giler aper main futsal sampai retak pinggang?! Aku ingat lagi muka mamat yang bentes aku tu.. aku jumpa dia aku langgar dia...

4 minggu aku merengkok atas katil. Dah rasa mcm orang kena stroke plak... nyesal tak ikot cakap marlina. tu lah kali terakhir aku main futsal tahun ni..

Yazed ajak aku join lagi futsal tournament plak.. patut ke aku join?

apei - budak kampung

Tuesday, November 11, 2008

Baby car sit (2)..

Assalamualaikum wbt,

Selasa (11 Nov 2008) - Akhirnya semalam aku berjaya membawa pulang baby car sit tu ke rumah. Perhh.. sampai ajer rumah tetiba aku rasa badan aku dah mcm incredible huck. Ketol sana ketol sini. Tak perlah mungkin kesan dari megangkat barang tu keluar dari sogo kot... (bayangkanlah betapa beratnya!)...

Lepas isya' aku bersenang-lenang bersantai di depan tv sambil menonton berita tv3. Hand phone aku berbunyi aku tengok no Alip.. arhhh mamat ni lagi. aku mintak tolong cakap sakit perot. Ni call mesti nak ajak kau keluar ni!! Aku tak layan... selang 2 minit alip sms aku,
"Apei, kuar jom.. teringin arr nak makan roti canai yang kau belanja"... aku reply "aku sakit perot pasal makan ais cream expired! tak boleh keluar..." puas hati aku..

Pukul 9pm, sengal badan aku angkat baby car sit tadi tak abis lagi. Yazed call aku (rakan bola),

Yazed: Apei mlm ni main futsal nak? kita tak trainng lagi ni! minggu depan kau nak join tak pemuda PKR ada buat futsal tournament?
Apei: Mana?
Yazed: Black dah book sport planet pukol 10pm. Dia book sejam. Fees kita tong-tong arr..
Apei: Malas arr.. aku nak bangun pi dapur amik air pun aku tak larat. Ni kau nak ajak aku main futsal plak... Next time beb!
Yazed: Aduuuhhh.. kalau lu star tak per bro, tapi lu tahap star shit (taik bintang) pun tak capai lagi.. jom arr training..
Apei: Malas...
Yazed: Ok tak per.. malam ni aku ampunkan kau, tapi esok petang kau turun padang MPAJ!
Apei: Aku doakan esok petang hujan!
Yazed: arrrhhh kau tak turun, aku bakar rumah mak kau! Chow..

Aku masuk bilik aku bukak buku yang aku baru beli siang tadi 'Menjadi ibu bapa Genius - berdasarkan nasihat Luqman al-hakim' .. Buku yang bagus walaupun aku baru baca pendahuluan... harap-harap aku dapat habiskan buku ni dengan jayanya!

1030pm, mata aku dah mengantuk sgt, aku pun tak tau bila aku terlelap. 430am, tersedar, aku sms marlina, sajer tanya dia dah tido ke belum. Pada kiraan aku mestilah dah tido. Rupanya belum lagi, dia dok melayan Orked dari pukul 12mlm tadi. Orked meragam tak nak tido.. aku bangun buat tahjud dan aku sambung lagi sms dengan marlina sampailah pukul 5am Orked tido akhirnya... Marlina pun nak tidolah, maka mata aku terkebil-kebil dah tak boleh tido.. Aku sambung lagi baca buku tadi. Lepas subuh, baru lah mata aku ni 'gatal' nak ngantok. Aku baring jugaklah kejap. Sedar dah pun pukul 730am. Mengelupur aku bersiap nak ke office pagi ni. Arrr mamai kepala aku ni sampai lunch tadi pun tak abis lagi. Patutlah orang kata tak elok tido lepas subuh dan asar.. rupanya ada sebab....

Petang ni aku nak pi main bola ke? emm....

apei - budak kampung

Monday, November 10, 2008

Baby car sit..

Assalamualaikum wbt,

Isnin (12 Zulkaedah 1429H) - Jumaat lepas beberapa rakan department aku telah membelikan baby car sit untuk Orked di sebuah pasaraya berhampiran office aku ni. Kemudian resit diberikan kepada aku supaya aku boleh menuntut barang tersebut dari pasaraya tu. Hajat di hati lepas kerja hari ni aku nak pergi ambil lah.. sampai di sana, aku tengok... alamak besar sagat lah pulak benda tu. Memang tak terlarat aku nak angkat sorang. Aku mengatur strategi, terus aku dail nombor kawan-kawan yang mempunyai kenderaan.. Dan inilah hasilnya:

***Aku call Alip***

Apei: Assalamualaikum wahai sahabat-ku (cakap kena lembut pasal nak mintak tolong)
Alip: Waalaikumsalam, apei.. tolong aku...
Apei: Aku call kau ni pasal aku nak mintak tolong kau, tapi belum sempat aku cerita kau dah mintak tolong kat aku dulu..
Alip: Kau nak mintak tolong aper pulak?
Apei: Aku kat S#G# ni (nama pasaraya tu), aku nak amik car baby sit anak aku. Tolong amik aku kat sini boleh tak.
Alip: Aduh Apei.. aku tak dapat arr.. aku sakit perot ari ni.. dah seratus lapan puluh lima kali aku masuk jamban ari ni.. tu tak kira lagi semalam..
Apei: Aperhal plak kau ni?
Alip: Aku semalam tetiba teringin nak makan ais cream, aku pi la pasaraya the store kat pandan indah ni, aku beli la ais cream. Kedekut punya pasal, lepas beli aku terus bawak masuk dalam bilik aku bedal sorang-sorang satu balang. Sedap bukan main lagi..puas aku! Lepas aku dah abis jilat sudu semua, sajer-sajer la aku gatal nak belek-belek balang ais cream tu, aku tengok dah 2 minggu lepas tarikh expired nyer.. perhhh jam-jam tu gak perot aku mcm ada tsunami...
Apei: Ok arr... kau rehat arr kat rumah. tu arr lain kali makanan tu kongsi.. kedekut tak abis-abis!!! Tuhan tu marah..
Alip: Arrhhh nak kutbah tunggu ari jumaat arr...
Apei: Suka ati aku arr mulut aku, aku nak kutbah ari aper pun..
***talian putus, alip letak talipon (merajuk arr tu)****

Aku call sorang lagi kawan aku yang aku fikirkan sesuai untuk membantu aku dalam usaha membawa pulang barang yang dibeli tersebut.

***Aku call Sharil***

3 kali panggilan di buat, tapi balik-balik awek dia yang jawap.. Aku naik feed-up. Aku nak mencarut jer rasa kat awek dia tu..

Antara dialog yang awek sharil ulangi bila aku call hp dia:

"Nombor yang anda dail tidak dapat dihubungi, sila cuba sebentar lagi!"

Mengarut betol!

Dan akhirnya setelah aku termenung kat tepi escalator S#G# sambil memikirkan saper lagi aku nak call ni.. tetiba terlintas seorang lagi manusia. Man nama dia. Aku call Man.

Apei: Kau kat mana? Balik kol berapa ari ni?
Man: Aku kat opis lagi, sikit lagi balik arr.. aper citer?
Apei: Nak mintak tolong kau ni. Kang kau nak balik kang kau datang S#G# jap. Aku ada barang nak bawak balik sekali.
Man: Barang mender plak? Sejak bila plak kau pandai main 'barang' ni?
Apei: Gila bongok.. bukan 'barang' tu.. aku nak bawak balik car baby sit anak aku ni!
Man: Woi berat tu... nak tolong boleh, pengeras mesti ada arr..
Apei: Kau kalau tak ada pengeras tak boleh ke?
Man: Kalau tak ada pengeras tak mujarab beb!!!
Apei: Kau nak aper:
Man: KFC Zinger Burger dah arr.. tu kira ala kadar jer tu..
Apei: Pttuuiihhh.. berkira!
Man: Ok arr.. kang nak sampai aku roger kau!
Apei: Kol berapa?
Man: 640pm kau stand-by!
Apei: Roger-out!
Man: Adios!!!

Akhirnya ada jugak manusia yang sudi membantu aku, tapi kalau dia tak nak bantu aku pun aku akan tetap suruh dia bantu aku. Kalau dia tak nak jugak, malam nanti aku akan tomoi perot dia!!! (Man a.k.a Mr Gar adalah adik aku!)

Moral: kawan mcm mana kamcing pun, bila susah, adik beradik jugak yang akan tolong kita. Bak kata orang lama, air dicincang takan putus!

apei - budak kampung

Dulu lain, sekarang lain...

Assalamualaikum wbt,



Isnin (10 Nov 2008) - Sekarang lunch hour di office, tapi aku rasa malas nak keluar. Cuaca panas terik kat luar sana. Mau terbakar kulit. Berbekalkan 2 keping sandwich, aku rasa cukup la untuk perut aku sampai petang ni..

Fuhhhh... hari minggu yang sungguh mengembirakan. Walaupun sedikit penat, tapi Alhamdulillah semua berjalan lancar. Memang ada perbezaan kalau berjalan dengan wife dan berjalan-jalan bersama baby. banyak beza... hehe.. dulu kalau nak makan leh jer makan sama-sama serentak! sekarang hanya baca doa makan jer serentak, tapi makan gilir-gilir.. sorang makan, sorang lagi jaga Orked. hehehe.. tapi best! dulu boleh pi scuba diving sama-sama, sekarang jgn kata nak scuba diving, nak mandi laut pun dah tak dapat pasal dua-dua tak nak tinggalkan Orked..hehe.. tapi best! dulu masa awal-awal kawin jalan leh peluk-peluk pinggang, sekarang aku tolak stroler Orked, marlina jer laa peluk pinggang aku..tapi best! Dulu kalau lepas breakfast leh baca paper dan berbual isu-isu dalam surat khabar, sekarang aku sorang jer baca marlina sibuk layan Orked.. tapi best!

Betul lah orang cakap, anak penyeri hubungan suami isteri... sebab semua yang kita lakukan bersama isteri dan anak kita semuanya best!!!

Tak cayer? berani cubalah!!!

apei - budak kampung

p/s: rakan-rakan blogger yang dihormati, gambar lain di pangkor saya upload di dalam folder 'Outing bersama Marlina dan Orked' di dalam facebook - harap maklum.

Friday, November 7, 2008

Pangkor, here I come!

Assalamualaikum wbt,



Jumaat (7 Nov 2008) - Resort dan pengangkutan telah diuruskan. Alhamdulillah semua berjalan lancar. InsyaAllah esok, aku, marlina dan orked akan ke pangkor.

apei - budak kampung

En Alif Dijumpai...

Assalamualaikum wbt,



Akhirnya malam tadi (lebih kurang kol 10pm) Alip menghubungi aku.

Alip: As'kum, apei. Ni aku ni ko kenal tak?

Apei: Waalaikumsalam, mesti arr kenal. Mana kau pegi ha? mak kau carik ko, aku pun carik kau, jiran sebelah rumah kau pun carik kau, shan kedai runcit tu pun carik kau. kalau aku pi je kedai tu mesti dia tanya mana kau pegi? kalau ko tak ada jajan kedai dia tak laku!

Alip: aku mintak maaf la kat ko apei, aku blah tak bagi tau saper2.. Aku ada masalah sekarang ni! aku pun pening tak tau nak buat aper ni..

Apei: sejak bila pulak ko ada masalah ko jadi terer main nyorok-nyorok ni?

Alip: aku bukan main nyorok-nyorok la mangkok, aku nak menenangkan perasaan..

Apei: kau kat mana?

Alip: Aku kat rumah sekarang..

pei: Kau jgn bergerak pi mana-mana, 5 minit aku sampai rumah kau!

*****talian putus*****

Sampai di rumah Alip, aku ajak dia keluar lepak kedai mamak kegemaran kami. Disana perbualan bersambung...

Apei: Apa nak jadi ngan ko ni alip? muka dah mcm orang utan, bejambang bagai. Mcm berat sgt jer masalah kau ni?

Alip: Apei, aku malu arr nak jumpa kau ni. Aku nyesal tak dengar cakap kau pasal budak zana tu.

Apei: Dah kenapa plak ngan budak zana tu?

Alip: Waaaaaaaa... (Alip meraung di kedai mamak kegemaran kami itu), bodoh siot aku cayer kat dia... habis licin duit aku dia kejekan, dia nak aper semua aku beli, punyalah aku jaga dia.. last-last dia leh cakap dia nak bertunang ngan ex-boypren dia..waaaaaa.... hinanya aku..

Apei: Abis ko nak suruh aku gelak ke nangis ni? aku tengah conpius ni..??

Alip: Suka ati ko laa...

Apei: oklah.. aku gelak laa.. wahahahahaha... kau ni leh masuk raja lawak astro tu arr.. lagi lawak dari beruk sarkas ko ni.. tak sangka aku kau ada bakat buat lawak spontan mcm ni..

Alip: paler hotak kau! aku tomoi perot ko jap lagi ko nak?

(demi menjaga hati, muka aku kembali serius...)

Apei: pastu?

Alip: kau ingat malam yang kita makan roti canai tu, esoknya tu aku kuar pi midvalley nak pi kedai 'pet' pasal zana kata dia nak kura-kura ngan bekas ngan makanan kura-kura sekali. Aku pun pi la beli, pastu aku sajer jalan-jalan dalam midvalley tu konon nak pi carik teddy bear plak, tetiba aku nampak zana ngah makan kat food court ngan mamat jongang mana entah. Aku call dia, time tu gak, tapi aku dok dari jauh jer.. aku tanya dia kat mana.. dia leh cakap dia kat rumah beb.. aduhhh... bikin panas... nak ajer aku makan kura-kura yang aku baru beli tadi.. aku terus gerak balik rumah. Kat rumah memang aku dah tebakar abis arr.. lepas asar zana call aku, dia kata dia nak tunang ngan mamat jongang tu.. arr... stress aku.. tu yang aku menghilangkan diri tu.. nak carik ketenangan jiwa..

Apei: Abis ko pi mana?

Alip: rahsia arr.. aku pi pulau.. satu pulau best kat selatan semenanjung..

Apei: suka ati kau arr.. asalkan ko sihat. aku ingat ko dah arwah kena cekik ngan hantu raya pak mail burger, kau kan suka skodeng anak dia.

Alip: Ngarut arr... weh apei, nanti kita pi balik pulau tu nak tak? 2 minggu aku kat sana, aku ada kenal ngan sorang awek ni...perhhh cun beb...

Apei: Abis tunang kau mcm mana? kau jadi ke tak kawin ujung tahun ni?

Alip: Entah la apei... kita pi pulau tu weekend ni nak tak? kita jumpa awek tu..

Apei: arrhhh... tak payah.. aku dah tak nak telibat lagi ngan kau punya masalah 'percintaan' letih aku.. aku pun nak bawak bini aku pi pangkor minggu ni.. kau pi la sorang-sorang.. selama ko hilang ni, tunang ko tak carik ko ke?

Alip: entah..tak ada pun..

****aku termenung mendengar jawapan Alip****

Apei - budak kampung
p/s: kisah ini adalah rentetan dari surat aku untuk alip (sila lihat entri july di bawah tajuk 'stress management' )

Thursday, November 6, 2008

Kenapa Pangkor?

Assalamualaikum wbt,



Dengan izin Allah swt, aku masih lagi bernafas dan mampu lagi menulis dalam blog ni. Aku selalu mengingatkan diri aku, tiada undang-undang yang aku tetapkan atas diri aku ketika aku menulis blog ini, tulis aper sahaja yang aku mahu asalkan tulisan itu tidak membuatkan aku tergelincir dari jalan aku hari ini.

Khamis (6 Nov 2008) - Tulisan kedua dalam hari yang sama.. nampak sgt aku tak ada keje! Awal minggu ni, ketika marlina call aku, dia ada bertanya, mana nak pergi hujung minggu ni? Seorang yang pemalas seperti aku sentiasa akan mengeluarkan jawapan yang ringkas dan padat;

Apei: aper lagi, lepak rumah tengok astro laa sport channel banyak siaran bola..
Marlina: kita pi pangkor jom bang...
Apei: Naper Pangkor? panas laa.. Cameroon Highland tak nak? sejuk skit..
Marlina: Pangkor laaa...
Apei: Suka ati laa... nanti abang try carik kalau ada hotel/chalet/resort kosong.. takkan nak walk-in jer kan.. kalau tak ada room vacant cian kat orked..

Soalan aku... Kenapa Pangkor????
Aku teringat, last sekali aku pi pangkor ngan marlina masa awal-awal bertunang dulu. Day trip jer.. (takkan nak tido sana ngan anak dara orang, giler aper!) rasa tak cukup-cukup plak masa. Sampai sana pun dah tengahari, yerlaaa aku ada janji ngan marlina nak datang pangkor lagi lepas kawin.. ceh.. aku lupa.. Oklah..oklah kita p pangkor yer...

Apei - budak kampung

Aku deman..

Assalamualaikum wbt,


Buat diri aku sendiri dan rakan-rakan atau blogger-blogger yang tersingah disini. Moga kita semua sentiasa berada dalam rahmat Allah swt.

Khamis (6 Nov 2008) - Petang semalam aku balik keje dalam hujan, mengelak mcm mana pun aku tetap kena hujan. Tak per lah hujan tu membawa rahmat.. Sampai rumah aku mandi dan get ready untuk solat magrib kat surau depan rumah ni. Dah lama plak aku tak pi surau tu. Dulu masa kecik-kecik surau tu antara 'pot' kegemaran aku dan rakan-rakan ponteng sekolah. Lepas solat magrib di surau aku pi tapau makanan kat gerai burger sebelah surau ni. Lepas makan aku start rasa badan aku mcm nak demam... Lepas abis tengok berita tv3 badan aku terasa letih, lesu, flat... mcm bateri hp aku yang selalu kong ni. Terus aku membaringkan diri. rasa nak muntah pun ada, tapi mana leh muntah, aku baru makan burger ayam special ngan black paper sos..kalau muntah rugi arr aku!!! ceh..

5 minit aku baring, rakan aku masa kat itm call, Sharil nama dia. antara perbualan kami yang sempat aku recall lebih kurang mcm ni arr...

Sharil: Bro, lu kat mana?
Apei: Bumi.. aper hal?
Sharil: Ok arr tak jauh sgt ngan aku, aku kat marikh. Lepak jom mlm ni..
Apei: Kol berapa?
Sharil: tunggu aku balik keje dalam kol 1030pm waktu bumi!
Apei: Ok arr.. aku pun nak baring dulu, aku rasa mcm nak demam (jam baru kol 9pm)
Sharil: Kau ni, bini jauh jer mesti nak demam! Ok sayang, chow!

Kurang asam, dah lah tekak aku rasa nak muntah dia leh panggil aku sayang plak..nasib baik aku tak termuntah atas katil. Aku letak phone aku, mata aku pejamkan.. sedar-sedar dah pukul 10. arr berat betol kepala aku, aku sms sharil "bro, mintak maaplah aku betol-betol tak larat la nak kuar mlm ni. demam aku mcm makin teruk jer... cuaca bumi makin teruk laa.."
sharil reply "tarak hal, next time..."

Aku bangun langsaikan hutang Isya' aku, terus aku tido... Arrr...pening..

Apei - budak kampung

p/s: Alip masih belum ditemui..

Wednesday, November 5, 2008

Warkah untuk En Alif..

Assalamualaikum wbt,

Kehadapan En Alif yang dihormati,

Aku menulis warkah ini adalah untuk bertanya khabar engkau di sana?

Wahai En Alif yang sentiasa diingati,
Mana kau pergi sepanjang 2 minggu ni? aku call kau tak angkat, aku sms kau tak reply, aku pergi rumah kau mak kau cakap kau tak ada. Aku pun dah tak tau mcm mana nak carik kau.
Kat mana kau berada sekarang? Yang aku pelik, mak kau pun tak tau mana kau pergi!
Sejak bila pulak kau ni pandai main sorok-sorok ni? seingat aku wahai alip, masa kita di bangku sekolah dulu pun, kaulah manusia yang paling tak pandai main sorok-sorok. Baik nak menyorok dari cikgu atau pun dari pengawas. Ingat masa kita kantoi ponteng kelas sama-sama dalam surau dulu kau lah jugak puncanya pasal kau memang tak pandai menyorok!
Tapi aku dah lama lupakan itu semua wahai en alip.

Sahabat-ku En Alip,
Sepanjang aku kenal dengan engkau, dari kita tak ada misai sampai la hari ni bukan ajer misai, janggut pun kita dah ada..kau tak penah pun menghilang sebegini lama.. Misteri betul aku bila kau tetiba menghilang mcm ni? Perlu ke aku report pada polis? Bomba? Ambulan? atau Ketua Kampung kita kat Sg Burung, Bagan Dato' nun? Arrhhh kusut aku bila sahabat aku hilang ni.

Wahai En Alip,
Adakah aku membuat kesalahan kepada engkau? Aku ingat lagi malam sehari sebelum kau menghilangkan diri, kau ada marah aku pasal aku amik sikit roti canai kau yang kita makan kat restoran ariff pandan indah.. Ingat tak? Mungkin kah pasal tu kau marah kat aku dan menghilang sehingga hari ini? Jika itulah sebabnya, maafkanlah aku wahai sahabat... Aku sanggup ganti balik dengan 3 keping roti telor 'banjir' dan air 7-up kegemaran kau tu.

En Alip yang sentiasa diingatan,
Tahukah engkau, tanpa rakan kongsi perniagaan sejujur kau, mcm mana untuk aku meneruskan business kita ini? aku tak mampu nak handle sorang2.. Kau ingat lagi tak dulu masa kau outstation dan kau tinggalkan aku sorang-sorang buat semua benda dalam business ni, lepas jer seminggu kau balik, soklan pertama kau tanya kat aku "Apei, apersal muka kau dah jadi mcm tengkorak???" aku harap kau mengerti betapa strees aku bergerak secara solo tanpa kau..

En Alip,
Adakah juga pasal kau sudah dicolek oleh makhluk asing yang kau selalu cerita dalam mimpi-mimpi kau tu? takkan makhluk asing tu nak colek kau kot? aper faedah nyer... (ah aper aku merepek ni???)

Sahabat-ku En Alip,
Aper lagi yang perlu aku buat? kat mana perlu aku carik kau lagi? Aku ada jugak tanya budak Yeepi tu masa aku main bola semalam kalau-kalau dia ada ternampak kau? emm tapi dia kata dia tak nak amik tau pasal kau lagi sebab masa dia datang raya rumah kau ari tu kau tak bagi pun dia duit raya! buat business ribu-ribu, duit banyak, tapi sikap kedekut kau tu memang dari dulu tak penah berubah! Tu lah yang kadang-kadang buat aku marah kat kau ni... Kau ingat lagi tak masa aku tumbuk muka kau kat Sg Wang masa kita 'serong' tusyen sama-sama masa form 3 dulu? ada ker patut nak masuk jamban pun kau nak pau duit budak pompuan kat tangga. Malu aku masa tu!!! Tercemar nama baik kumpulan kita! tapi kau tak pernah peduli semua tu, yang kau tau kau boleh masuk jamban secara percuma!

Dah la alip, aku dah penat arr tulis, kalau kau ada masa, kau baca arr surat untuk kau dalam blog aku ni. Pastu kau balik arr rumah. Mak kau pun dah risau dah tu. Kalau yer pun nak merajuk jgn la lama-lama.. buruk orang tua merajuk! mcm muka lipas kau tau tak?!
Nanti kalau kau dah balik, kau miss call aku, nanti aku call kau balik! (aku tau kau kedekut credit)

Yang benar,
Sabahatmu - Apei

Apei - budak kampung.

Tuesday, November 4, 2008

Satu Lagi Keajaiban Allah ke atas ku...

Assalamualaikum wbt,

Selasa (4 Nov 2008)

Wahai Mohd Firdaus,
Apa lagi yang perlu kau bicara? Apa lagi yang sedang kau termenungkan?
Belum pun sempat matahari hari ni tegak di atas kepala satu lagi doa kau telah dimakbulkan..

Masya'Allah.. besar sungguh kuasa Allah, cepat sungguh dia mendengar apa yang aku minta, cepat sungguh dia makbulkan apa yang aku pinta...

Antara doa-doa aku subuh tadi "Ya Allah, Kau rahmatilah guru-guruku, kurniakan mereka segala kebaikkan dunia dan akhirat, kau ampunkan dosa-dosa mereka, dan kau izinkan aku mendapat khabar mereka sekiranya mereka mengingati aku...."

Pagi ni aku masuk ke pejabat seperti biasa, setelah kerja-kerja sebelah pagi ini selesai, aku membuka blog seorang sahabat lama, sekadar ingin tahu perkembangan sabahat ini dan bertanya khabar.. sungguh pula aku tak sangka ada satu pautan tertulis missnur.. aku click dan berharap miss nur yang aku cari di sana..

Alhamdulillah.. betul, Nurfakhzan Marwan, seorang dari ratusan guru-guru yang pernah mendidik aku. Aku teliti muka ke muka tulisan miss nur.. Alhamdulillah, dari tulisanya aku tahu dia sihat, gembira dan sedang di dalam rahmat Allah swt..

Apa lagi yang perlu aku ragu, memang Allah sentiasa mendengar aku.

apei - budak kampung.

p/s: Ms Nur masih di UK menghabiskan Phd beliau, aku tertanya juga sendiri, miss nur ada tak terjumpa dengan faizal abdullah yang kebetulan juga berada di Durham?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...