Friday, July 25, 2008

Ayat-ayat cinta buat Marlina



ayat-ayat cinta

desir pasir di padang tandus
segersang pemikiran hati
terkisah ku diantara
cinta yang rumit

bila keyakinan ku datang
kasih bukan sekadar cinta
pengorbanan cinta yang agung
ku pertaruhkan

maafkan bila ku tak sempurna
cinta ini tak mungkin ku cegah
ayat2 cinta bercerita
cinta ku pada mu

bila bahagia mulai menyentuh
seakan ku bisa hidup lebih lama
namun harus ku tinggalkan cinta
ketika ku bersujud...
ketika ku bersujud...


Suami-mu, Apei...

Tuesday, July 22, 2008

Sempurna...




Marlina bergambar dengan scan baby printed picture. Hampir 7 bulan usia baby aku!

Assalamualaikum..

Minggu depan dah genap 7 bulan wife aku pregnant. Alhamdulillah semua dalam keadaan baik. Menurut wife aku tu, bby kami ni aktive. kuat bergerak, kuat menendang. asyik nak main jer dia dalam perot tu.. tak sabar nak keluar kot..hehehe... Aku pun tak sabar rasanya nak jadi bapak.

Tapi masalahnya nama anak kami ni pun tak difikirkan lagi. Marlina pun dah bising2 bila nak bagi choose nama anak. Pening la aku pasal nak pikir-pikir nama anak ni. Aper agaknya nama yang indah, mudah nak di panggil, mudah nak disebut? emm... nak kena buat homework tu, kena study skit pasal nama-nama anak ni.

Semalam aku kat office (21 julai 2008) stress giler. Kerja berlambak-lambak pastu ngan projek supplier master yang boss aku bagi tu lagi. Tapi so far aku boleh handle lah... Berkat doa dan kesabaran kot. Kalau ikot stress aku nak ajer aku 24hrs, tapi aku sayang tempat kerja ni, aku suka environment department aku keje ni. aku rasa kalau aku berenti kerja pun belum tentu aku leh dapat kerja lain yang sama mcm kat sini, benefit mcm kat sini. mungkin itu lah kot yang buat aku masih di sini. hehehe....

kat office ni 2 orang kawan baik aku dah nak blah dari sini. Si Faizal dolah tu dapat scholar buat master p durham university kat UK tu. Si Fairus tu plak berenti keje pasal dapat keje lain kat audit negara putrajaya. end of this month dia chow lah tu..all the best la kat korang. so lepas ni aku tak ada arr geng nak p bfast ngan lunch. giler boring!!!

Citer pasal si faizal ni, murah rezeki dia dapat sambung buat master kat UK. aku dulu dapat gak offer tapi hajat tak kesampaian. Lepas dip dulu dapat offer p Leeds buat degree n master. tapi ada masalah skit ngan scholar masa tu (JPA) terus aku tak jadi fly. sedih siot masa tu... lantas aku pun tercampak lah kat bnm ni sampai lah ari ni. tapi tak aper, aku percaya setiap yang terjadi ada sebab dan hikmah nyer.. mungkin kalau aku fly p UK dulu sampai laa ni pun aku tak kawin lagi kot. tapi sebab aku tak fly aku dah pun kawin, n nak dapat anak dah! alhamdulillah...

Dengan ada nyer marlina dan baby yang bakal lahir tak lama lagi tu, aku merasakan aku sudah sempurna sebagai seorang lelaki, seorang insan, seorang khalifah.. besar sungguh nikmat Allah kepada hamba-hambanya..

Aku tertarik dengan satu potongan ayat dari surah al-baqarah (2:155) yang bermaksud:

Demi sesungguhnya! kami akan pasti menguji kamu dengan sedikit perasaan takut (kepada musuh) kelaparan, dan (dengan berlakunya) kekurangan dari harta benda dan jiwa serta hasil tanaman. Dan berilah khabar gembira kepada orang-orang yang bersabar!

Wallahu'alam..

Monday, July 21, 2008

Stress Management

Assalamualaikum dan selamat sejahtera wahai diri aku..

Agak lama jugak rasanya aku tak update blog ni. aku sebenarnya menghadiri kursus stress management di hrdc pada 16 dan 17 july 2008 ari tu. The course contain was good but the presentation really bad. buat aku boring kaw-kaw punya.. yang menghadiri course tu dari jkw ni aku, fairus, kak bi and kak as. tengok masing2 punya muka aku pun naik boring di tambah plak ngan boring yang dah mmg sedia ada.

tapi aku tertarik dengan satu cerita yang diceritakan oleh speaker tu. actually the real story pasal kisah hidup dia. dia merupakan seorang pensyarah di UIA dalam fakulti psychology. jadi UIA mewajibkan senior lecturer untuk mendapat Phd bagi meneruskan career bersama-sama uia. so what he doing is meneruskanlah pengajian beliau di sebuah universiti 'sebelah UKM' (nama uni tu tak leh sebut).. 7 tahun lamanya dia meneruskan pengajian untuk mendapatkan Phd beliau, tapi malangnya tesis terakhir nya telah direject dan beliau di berhentikan.. dan lebih malang lagi sebab dia tak dapat phd-nyer itu dia pun diberhentikan dari UIA.. memang betol kata speaker tu, lelaki kalau hilang job tahap stress mmg giler punya high. hampir setahun lebih jugak dia menganggur melepak kat rumah dengan hutang keliling pinggang. dia pun ada citer gak bank kejar dia la .. and mcm2 lagi la experience dia sepanjang dia menganggur tu. tapi dia ni jenis tak putus asa dan terus usaha mendapatkan kerja dan dia buat aper ajer asalkan leh support family dia ngan dua orang anak tu. Finally dia built-up satu company dan dia run company tu alone. then sampai hari ni rezeki dia alhamdulillah.. dan dia dapat buat course ngan bnm dan dia sendiri bagi lecture kepada bnm's staff. tak mcm company2 lain dapat buat course pastu sub kepada speaker entah haper2 entah. contoh mcm aku p team building kat brogah ari tu, pakai nama company dato' fadhilah kamsah, tapi most of the lecture time orang lain yang bagi speech..

Hari sabtu ari tu, ada satu lagi kejadian yang memeningkan kepala aku terjadi. malam tu lepas aku p shopping ngan wife aku kat klcc, business partner aku si alip tu talipon. lebih kurang gini la perbualan aku ngan dia..

alip: assalamualaikum apei, ko kat mana?
aku: aku kat pandan indah ni baru balik klcc singgah umah mak aku jap.
alip: apei, aku mintak maap la banyak2 pasal tak dapat nak jumpa ko ari ni.
aku: laaa awaitnyer? (sebelum tu mmg alip janji nak jumpa aku hari sabtu lepas - 19-07-2008)
alip: ni aku kuar ngan zana!!!
aku: biar betol ko lip, kau kat mana ni?
alip: kat shah alam ni!
aku: abis bila nak jumpa ni? projek mcm mana?
alip: nanti free aku call ko kita set k. ok la apei aku chow!

giler betol la ko ni alip. ikut rasa ati aku menyesal pun ada aku call zana pakai phone aku ari tu. zana tu kawan itm aku dulu. satu hari aku guna phone business partner aku si alip ni untuk call zana pasal aku rasa zana tu good prospect. tiba2 si alip ni amik kesempatan nak berkenalan plakkkkk.. chilakak punya orang! aku marah bukan pasal aper tapi ko tu dah betunang! dah nak kawin!!! aduh la alip.. kau buat aku rasa bersalah arr kat tunang ko tu.

Alip, kalau2 ko ada terbaca blog aku ni, inilah luahan isi hati aku kat ko:

wahai sahabat aku dari kecil en alip,

sedarlah wahai alip bahawa ko sedang cuba menjerat diri ko sendiri dengan bermain cinta bersama zana, sedarlah wahai alip bahawa ko tu dah nak kawin.

Alip,
aku tak nak nanti bila sebab personal problem ko ni nanti effect business kita. bukan aku tak nak tegur ko depan2 tapi aku kenal ko ni mmg terkenal ngan sikap kuat merajuk!
ingat lagi tak masa sekolah dulu, kau buat willy depan sekolah pastu ko jatuh, aku gelakkan ko sikit jer..tapi ko merajuk ngan aku sampai setahun sedangkan zahrin gelakkan ko sampai air mata dia penuh satu besen tapi ko tak kisah pun!

Alip,
bukan aku nak dengki pasal ko kawan ngan zana tu, aku tau zana tu lagi cun dari tunang ko sekarang.. cuma aku nak bagi tau jer.. kesian lah kat tunang ko tu! aku tak lah dengki mcm ko alip! ko ingat lagi tak ari tu kau tak bagi aku beli toyota caldina idaman aku dengan alasan kereta tu kuat minyak?! lantas ko punya pasal aku pun cancel booking aku dan terus jugak pakai myvi bini aku tu. semua kerana kau alip. tau2 jer ko plak yang booking caldina baru! mmg hampeh. kalau bukan sebab bini aku nasihat aku dah lama aku gigit telinga kau sampai putus! alip aku tau jugak kau dengki pasal ko dapat tau yang income aku sekarang dah mencecah 5 angka sebulan compare ngan ko yang baru 4 angka. tapi sedarlah alip bahawa beza tak banyak pun hanya lebih kurang rm100 jer income kita. itu pun kau nak dengki ngan aku. tapi aku masih menghormati ko pasal ko business partner aku!

Alip,
bukan caldina yang aku kejar, bukan 4 atau 5 angka menjadi punca, tapi kerana zana..
alip, bukaklah mata, masih kah kau ingat mcm mana kita mula2 dulu susah nak bangunkan business kita? mcm mana kita kena maki kaw-kaw ngan customer kita? semua tu buat kita makin matang dan rapat. sekarang ko dah kaya..income dah rm9980 dari business kita (ni income bulan may, bulan june aku tak tau!) kau terus jer lupa aku.. cakap aku tak nak dengar.. pastu siap curang lagi. tunang ko tu kawan aku alip, zana tu pun kawan aku jugak!
kau pikir lah sendiri.. bak kata nabil, "lu pikir lah sendiri!!"

kalau alip baca ni biar dia sedar sikit!

sekian...

Monday, July 14, 2008

Family day JKW 2008


acara makan buah epal sampai muntah!
Assalamualaikum wbt,

12 July 2008 ari tu department kewangan (office aku la tu) telah mengadakan hari keluarga bagi tahun 2008 di resort bnm port dickson. Sungguh seronok sekali dan begitu meriah suasana. Aku selaku AJK telah di tugaskan sebagai cameraman.. selamber laaa... so banyak la jugak acara yang diadakan untuk budak-budak dan mak bapak budak. aku sempat la jugak masuk acara makan buah epal dengan marlina. acara ni memang di design untuk suami isteri. so tugas isteri ialah memegang epal dengan tali dan tugas suami ialah aper lagi ngap..ngap..ngapp.. epal tu sampai selesai laa.. memandangkan mulut aku ni tak la sebesar buah epal tu, maka agak azab jugaklah aku nak menelan epal tu. tapi abis jugak aku bedal epal tu akhirnya...

Pastu terus ke acara cabutan bertuah, aku dapat no 19 dari 30 cabutan tak silap aku. maka dapatlah aku hadiah iaitu basket tempat letak kain baju kotor (ikea). tak kisah lah apa pun hadiah yang penting happy!!!

lepas selesai acara bagi hadiah untuk pemenang sukaneka dan lucky draw, semua dijemput untuk makan tengahari, lauk pauk not bad walaupun simple. aku tak makan banyak sgt nasik pasal nak spare space dalam perot pasal lepas makan tengahari ada acara lagi menarik!!
Apa acara tu? acara makan buah-buahan tempatan.. buah2 yang 'dipersembahkan' terdiri dari longan, dokong, rambutan dan 'raja buah' durian. perh...aku punya favourite longan ngan durian ada.. aku punya lantak buah tu..tak ingat alam. sampai bini kat sebelah panggil pun tak dengar beb. kena plak dapat durian yang color kuning kunyit tu. dia punya manis..perhhhhhh... masyuk siot. dah arr malas nak citer pasal durian 'kecor' air liur aku!

settle makan buah2 perot aku pun dah kenyang giler. aku ajak la wife aku cek-in resort. aku share ngan si fairus sekeluarga di G2. oklah....

masuk bilik dah kol 3, terus membuta.. sedar2 dah kol 530pm. melompat la masing-masing bangun solat asar. selesai asar aku pun melepakkan diri aku kat tepi kolam. best jer aku tengok orang-orang yang dah ada anak. leh layan anak2 mandi kolam. aku belum lagi ada anak, insyaAllah hujung tahun ni la. Marlina pun tengah pregnant nak masuk 7 bulan dah. tak sabar rasanya nak timang anak sendiri.

Sebelah malam, aku keluar dengan marlina ke pasar malam batu 4. lapor giler perot, banyak gak kami borong makanan, nasik lemak (3), ayam percik (2), kacang kuda (1), burger (1), pizza (share ngan fairus), dan banyak lagi. sampai balik ke resort around 9pm, terus la makan..
Alhamdulillah kenyang tak terkira. pastu solat isya' dan layan cerekarama (bini aku nak tengok!) sampai kol 12am. tesengguk2 aku tengok citer tu, tak berapa paham sangat. tapi layan jer la marlina nak tengok..

lepas subuh 13 July 2008, kami keluar pergi carik breakfast.. jumpa kedai kecik kat simpang masuk resort ni, malas nak jalan jauh2.. aku makan nasik lemak, marlina makan nasik goreng dengan sambal jer. aku tapaukan fairus roti canai 3 keping untuk wife dia dan anak dia huda.
Selesai bfast, balik resort aku layan citer cartoon sponge bob kat tv3.. (wife aku mmg menyampah kalau aku tengok cartoon!).. agaknyer marlina dah boring giler tengok cartoon dia pun terus masuk bilik tido. aku layan la sorang2... lepas abis cartoon..kebooosshhh.. aku terejun kolam lagi (tapi kali ni sorang2 jer!!)..

lebih kurang kol 1100am, aku balik bilik tengok wife aku dah kemas2 beg baju, dia dah siap-siapkan baju untuk aku pakai balik lantas terus dia bersuara "cepat mandi, siap.. tak nak balik ke abang ni?".. aku capai tuala terus la aku menuju bilik air dan mandi...

pukul 1210pm, kami bertolak pulang.. alhamdulillah kami selamat sampai ke bandar mahkota cheras (rumah aku la tu) tepat kol 2pm.

tulah lebih kurang citer family day jkw 2008.

wassalam :o)

Friday, July 11, 2008

hari yang suram kini bersinar...


assalamualaikum wbt...

Syukur yang tidak terhingga aku panjatkan kepada Allah swt atas kurniaan nikmat yang tidak terhingga atas diriku. tak lama ajer lagi aku akan bergelar seorang ayah. 9 july 2008, aku dan marlina telah ke ampang puteri untuk buat cek-up kali pertama atas kandungan dia. Alhamdulillah, dr marlik abu confirmed anak kami sihat, cukup sifat dan dia seorang baby perempuan. Aku tak kisah sama ada baby aku lelaki atau perempuan dan yang paling penting pada aku, anak yang bakal lahir tu sihat dan cukup sifat. Lega lepas aku dengar dr marlik cakap yang anak aku tak cacat dan sihat di dalam kandungan ibunya.

Buat isteriku marlina, terima kasih kerana kandungkan anak abang, dan dia adalah anak pertama kita...teringat aku kali pertama perkenalan antara aku dan marlina. Memang aku tak akan lupakan saat itu. Terlalu indah untuk di kenang dan aku pasti tidak akan melupakan perkara tu sampai bila-bila. 8 tahun lamanya hubungan antara aku dan marlina terjalin, terlalu banyak dugaan, cabaran yang kami lalui dan kami pelajari sepanjang tempoh itu. Semua itu mendidik dan mematangkan kami. Pernah kami terputus hubungan, disambung semula kemudia terputus semula dan kerana jodoh yang kuat kami ditemukan semula dan akhirnya dalam pelayaran yang begitu jauh dan memeritkan, kami tidak mahu lagi terus-terusan di permainkan oleh arus masa, orang sekeliling yang tidak memahami, kami mahu terus berlabuh.

30 November 2007 - Jumaat, tarikh paling bermakna dalam hidup kami berdua, atas restu kedua ibu bapa dan keluarga, tepat pukul 5 petang pada hari itu kami selamat diijabkabulkan. Dengan satu lafaz, marlina kini bergelar isteriku dan aku kini bergelar suami kepada insan bernama marlina.

Entahlah, suatu penantian yang panjang berakhir dengan sesuatu yang indah bergini.. ia memang suatu pengalaman yang tiada nilai dalam hidup seseorang itu. Entahlah, semuanya terlalu indah untuk dikenang..

Syukur Alhamdulillah...


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...