Family day JKW 2008


acara makan buah epal sampai muntah!
Assalamualaikum wbt,

12 July 2008 ari tu department kewangan (office aku la tu) telah mengadakan hari keluarga bagi tahun 2008 di resort bnm port dickson. Sungguh seronok sekali dan begitu meriah suasana. Aku selaku AJK telah di tugaskan sebagai cameraman.. selamber laaa... so banyak la jugak acara yang diadakan untuk budak-budak dan mak bapak budak. aku sempat la jugak masuk acara makan buah epal dengan marlina. acara ni memang di design untuk suami isteri. so tugas isteri ialah memegang epal dengan tali dan tugas suami ialah aper lagi ngap..ngap..ngapp.. epal tu sampai selesai laa.. memandangkan mulut aku ni tak la sebesar buah epal tu, maka agak azab jugaklah aku nak menelan epal tu. tapi abis jugak aku bedal epal tu akhirnya...

Pastu terus ke acara cabutan bertuah, aku dapat no 19 dari 30 cabutan tak silap aku. maka dapatlah aku hadiah iaitu basket tempat letak kain baju kotor (ikea). tak kisah lah apa pun hadiah yang penting happy!!!

lepas selesai acara bagi hadiah untuk pemenang sukaneka dan lucky draw, semua dijemput untuk makan tengahari, lauk pauk not bad walaupun simple. aku tak makan banyak sgt nasik pasal nak spare space dalam perot pasal lepas makan tengahari ada acara lagi menarik!!
Apa acara tu? acara makan buah-buahan tempatan.. buah2 yang 'dipersembahkan' terdiri dari longan, dokong, rambutan dan 'raja buah' durian. perh...aku punya favourite longan ngan durian ada.. aku punya lantak buah tu..tak ingat alam. sampai bini kat sebelah panggil pun tak dengar beb. kena plak dapat durian yang color kuning kunyit tu. dia punya manis..perhhhhhh... masyuk siot. dah arr malas nak citer pasal durian 'kecor' air liur aku!

settle makan buah2 perot aku pun dah kenyang giler. aku ajak la wife aku cek-in resort. aku share ngan si fairus sekeluarga di G2. oklah....

masuk bilik dah kol 3, terus membuta.. sedar2 dah kol 530pm. melompat la masing-masing bangun solat asar. selesai asar aku pun melepakkan diri aku kat tepi kolam. best jer aku tengok orang-orang yang dah ada anak. leh layan anak2 mandi kolam. aku belum lagi ada anak, insyaAllah hujung tahun ni la. Marlina pun tengah pregnant nak masuk 7 bulan dah. tak sabar rasanya nak timang anak sendiri.

Sebelah malam, aku keluar dengan marlina ke pasar malam batu 4. lapor giler perot, banyak gak kami borong makanan, nasik lemak (3), ayam percik (2), kacang kuda (1), burger (1), pizza (share ngan fairus), dan banyak lagi. sampai balik ke resort around 9pm, terus la makan..
Alhamdulillah kenyang tak terkira. pastu solat isya' dan layan cerekarama (bini aku nak tengok!) sampai kol 12am. tesengguk2 aku tengok citer tu, tak berapa paham sangat. tapi layan jer la marlina nak tengok..

lepas subuh 13 July 2008, kami keluar pergi carik breakfast.. jumpa kedai kecik kat simpang masuk resort ni, malas nak jalan jauh2.. aku makan nasik lemak, marlina makan nasik goreng dengan sambal jer. aku tapaukan fairus roti canai 3 keping untuk wife dia dan anak dia huda.
Selesai bfast, balik resort aku layan citer cartoon sponge bob kat tv3.. (wife aku mmg menyampah kalau aku tengok cartoon!).. agaknyer marlina dah boring giler tengok cartoon dia pun terus masuk bilik tido. aku layan la sorang2... lepas abis cartoon..kebooosshhh.. aku terejun kolam lagi (tapi kali ni sorang2 jer!!)..

lebih kurang kol 1100am, aku balik bilik tengok wife aku dah kemas2 beg baju, dia dah siap-siapkan baju untuk aku pakai balik lantas terus dia bersuara "cepat mandi, siap.. tak nak balik ke abang ni?".. aku capai tuala terus la aku menuju bilik air dan mandi...

pukul 1210pm, kami bertolak pulang.. alhamdulillah kami selamat sampai ke bandar mahkota cheras (rumah aku la tu) tepat kol 2pm.

tulah lebih kurang citer family day jkw 2008.

wassalam :o)

Comments

ezrina said…
gambor nyer mana? letak arr nak tengok... :D
tak reti lagi nak letak gambo..nanti ler saya update yer

Popular Posts