hari yang suram kini bersinar...


assalamualaikum wbt...

Syukur yang tidak terhingga aku panjatkan kepada Allah swt atas kurniaan nikmat yang tidak terhingga atas diriku. tak lama ajer lagi aku akan bergelar seorang ayah. 9 july 2008, aku dan marlina telah ke ampang puteri untuk buat cek-up kali pertama atas kandungan dia. Alhamdulillah, dr marlik abu confirmed anak kami sihat, cukup sifat dan dia seorang baby perempuan. Aku tak kisah sama ada baby aku lelaki atau perempuan dan yang paling penting pada aku, anak yang bakal lahir tu sihat dan cukup sifat. Lega lepas aku dengar dr marlik cakap yang anak aku tak cacat dan sihat di dalam kandungan ibunya.

Buat isteriku marlina, terima kasih kerana kandungkan anak abang, dan dia adalah anak pertama kita...teringat aku kali pertama perkenalan antara aku dan marlina. Memang aku tak akan lupakan saat itu. Terlalu indah untuk di kenang dan aku pasti tidak akan melupakan perkara tu sampai bila-bila. 8 tahun lamanya hubungan antara aku dan marlina terjalin, terlalu banyak dugaan, cabaran yang kami lalui dan kami pelajari sepanjang tempoh itu. Semua itu mendidik dan mematangkan kami. Pernah kami terputus hubungan, disambung semula kemudia terputus semula dan kerana jodoh yang kuat kami ditemukan semula dan akhirnya dalam pelayaran yang begitu jauh dan memeritkan, kami tidak mahu lagi terus-terusan di permainkan oleh arus masa, orang sekeliling yang tidak memahami, kami mahu terus berlabuh.

30 November 2007 - Jumaat, tarikh paling bermakna dalam hidup kami berdua, atas restu kedua ibu bapa dan keluarga, tepat pukul 5 petang pada hari itu kami selamat diijabkabulkan. Dengan satu lafaz, marlina kini bergelar isteriku dan aku kini bergelar suami kepada insan bernama marlina.

Entahlah, suatu penantian yang panjang berakhir dengan sesuatu yang indah bergini.. ia memang suatu pengalaman yang tiada nilai dalam hidup seseorang itu. Entahlah, semuanya terlalu indah untuk dikenang..

Syukur Alhamdulillah...


Comments

Popular Posts