Sempurna...




Marlina bergambar dengan scan baby printed picture. Hampir 7 bulan usia baby aku!

Assalamualaikum..

Minggu depan dah genap 7 bulan wife aku pregnant. Alhamdulillah semua dalam keadaan baik. Menurut wife aku tu, bby kami ni aktive. kuat bergerak, kuat menendang. asyik nak main jer dia dalam perot tu.. tak sabar nak keluar kot..hehehe... Aku pun tak sabar rasanya nak jadi bapak.

Tapi masalahnya nama anak kami ni pun tak difikirkan lagi. Marlina pun dah bising2 bila nak bagi choose nama anak. Pening la aku pasal nak pikir-pikir nama anak ni. Aper agaknya nama yang indah, mudah nak di panggil, mudah nak disebut? emm... nak kena buat homework tu, kena study skit pasal nama-nama anak ni.

Semalam aku kat office (21 julai 2008) stress giler. Kerja berlambak-lambak pastu ngan projek supplier master yang boss aku bagi tu lagi. Tapi so far aku boleh handle lah... Berkat doa dan kesabaran kot. Kalau ikot stress aku nak ajer aku 24hrs, tapi aku sayang tempat kerja ni, aku suka environment department aku keje ni. aku rasa kalau aku berenti kerja pun belum tentu aku leh dapat kerja lain yang sama mcm kat sini, benefit mcm kat sini. mungkin itu lah kot yang buat aku masih di sini. hehehe....

kat office ni 2 orang kawan baik aku dah nak blah dari sini. Si Faizal dolah tu dapat scholar buat master p durham university kat UK tu. Si Fairus tu plak berenti keje pasal dapat keje lain kat audit negara putrajaya. end of this month dia chow lah tu..all the best la kat korang. so lepas ni aku tak ada arr geng nak p bfast ngan lunch. giler boring!!!

Citer pasal si faizal ni, murah rezeki dia dapat sambung buat master kat UK. aku dulu dapat gak offer tapi hajat tak kesampaian. Lepas dip dulu dapat offer p Leeds buat degree n master. tapi ada masalah skit ngan scholar masa tu (JPA) terus aku tak jadi fly. sedih siot masa tu... lantas aku pun tercampak lah kat bnm ni sampai lah ari ni. tapi tak aper, aku percaya setiap yang terjadi ada sebab dan hikmah nyer.. mungkin kalau aku fly p UK dulu sampai laa ni pun aku tak kawin lagi kot. tapi sebab aku tak fly aku dah pun kawin, n nak dapat anak dah! alhamdulillah...

Dengan ada nyer marlina dan baby yang bakal lahir tak lama lagi tu, aku merasakan aku sudah sempurna sebagai seorang lelaki, seorang insan, seorang khalifah.. besar sungguh nikmat Allah kepada hamba-hambanya..

Aku tertarik dengan satu potongan ayat dari surah al-baqarah (2:155) yang bermaksud:

Demi sesungguhnya! kami akan pasti menguji kamu dengan sedikit perasaan takut (kepada musuh) kelaparan, dan (dengan berlakunya) kekurangan dari harta benda dan jiwa serta hasil tanaman. Dan berilah khabar gembira kepada orang-orang yang bersabar!

Wallahu'alam..

Comments

Popular Posts