Wednesday, August 20, 2008

Selamat Hari Jadi Firdaus..


Bersyukur atas segala kurniaan dan nikmat-Nya..

Assalamualaikum wbt,

20 Aug 2008 - Rabu, Alhamdulillah menjangkau setingkat lagi usia aku di atas muka bumi Allah swt ini. Banyak nikmat dan rahmat yang telah Dia kurniakan atas aku selama sudah 25 tahun aku bernafas di muka bumi Allah ini. Marlina buatkan aku biskut untuk hari jadi aku hari ni. Thanks dear..mmmuuuaaahhhh...

Monday, August 18, 2008

Terima kasih wahai isteriku Marlina...


Ayang yang sedang menikmati ais cream McD Twice perisa Green Appel









Pembalut Con sebagai bukti pembelian..hehehe..













Plastic sebagai bukti pembelian..poyo siot!










Assalamualaikum wbt,

18 Aug 2008 - Monday, Alhamdulillah dengan kesihatan yang dikurniakan Allah swt kepada aku hari ini. Dapat aku menjalankan tugas-tugas dipejabat sebaiknya.

Sabtu 16 Aug 2008, aku bawak marlina buat check-up kandungan nyer. Alhamdulillah, kata doctor anak aku sihat dan marlina jugak sihat. Cuma yang merisaukan aku sedikit bila doctor kata size anak aku agak kecil. Tak per lah asalkan anak aku sihat dan tidak cacat pun dah cukup mengembirakan aku. Tak banyak activiti aku hari sabtu hari tu, sebelah malam nyer aku temankan marlina ke Tesco Ampang sebab dia kata dia nak buat biskut untuk aku, biskut aper aku pun tak tau lah. Banyak juga barang-barang yang dia beli mcm corn fleak, choclate bar, tepung penaik, serbuk choclate emm mcm-mcm lagi lah. mungkin dia nak buat biskut untuk hari jadi aku rabu ni kot atau bersamaan 20 Aug 2008. entah lah kita tunggu dan lihat lah nanti..hehehe...

Ahad 17 Aug 2008, hari ni buat aku rasa sgt dihargai, aku sgt gembira walaupun badan aku penat sikit. Pagi-pagi celik jer mata lepas aku mandi dan solat subuh marlina cakap dia nak mintak tolong kat aku banyak benda hari ini, aku pun wonder lah, tak pernah plak dia cakap mcm ni kat aku. aku pun tak kisah sgt, mana aku boleh tolong IsnyaAllah aku akan tolong. Mula dia mintak tolong bawak dia pi pasar sebab dia nak beli ikan, sayur, buah dan mcm-mcm lagi barang-barang basah keperluan dapur. Balik dari pasar, aku makan nasik lemak yang dibeli kat simpang masuk rumah aku tadi. Isteri aku tambah lagi ngan telor goreng mata separuh masak kegemaran aku..perhhhh sedap tol aku 'soru' nasik lemak tu. Marlina makan nasik goreng yang dibeli di tempat yang sama jugak lah. Elok jer lepas sarapan, masa tu lebih kurang kol 9am, aku ingat nak landing la kejap depan TV, opsss... nak mintak tolong lagi satu leh tak bang? kata dia..

emm..mintak tolong aper lagi? .... tolong lap kan lantai kat ruang tamu, pastu cuci lantai dapur, kalau abang rajin tolong jugak cuci bilik air kat bawah tu, dah kotor lah.. lantai tu pun dah rasa tak sedap jer tapak kaki ni pijak... "arrrhhhhh hari minggu aku yang indah telah dinodai dengan assingment yang bukan-bukan tu!!!!" boring gak aku.. tapi marlina memang pandai memujuk "tolong lah yer bang, ayang tak larat lah..abang cuci lantai ayang nak basuh baju keje abang jap" mengenangkan dia tengah pregnant, dan aku rasa aper salahnya aku buat kerja-kerja berat mcm tu tolong-menolong dalam rumahtangga membawa berkat dan masa nilah aku leh dapat pahala extra.. hehehe...

Bepeluh-peluh gak aku menyental lantai dapur, bilik air dan mengemop lantai ruang tamu, tambah lagi cabut rumput kat laman belakang rumah, siram pokok, dan last sekali bersihkan tempat sampah kat luar rumah. arrrhhh nak pengsan rasanyer.. selesai semua tu, aku susun balik barang-barang kat ruang tamu dan dapur. selesai jer tu, terus aku on kipas full speed dan telentang kat depan tv dengan rasa penuh nikmat aku terlelap.. tak tau arr berapa lama aku tido, sedar-sedar marlina kejutkan aku, bang bangun makan tengahari ni... memang aku pun dah lapor giler, terus arr aku mengadap meja makan..perhhhhh alhamdulillah, sedap betol bini aku masak. dia masak asam pedas ikan temenung kegemaran aku. Kenyang aku tengahari tu. Lepas makan aku terus mandi dan solat zohor. ingat lepas semayang aku nak sambung la activiti membuta aku, tapi ada lagi keje yang harus aku buat, dengan pujuk rayu aku sekali lagi tewas dengan marlina.. dia ajak aku pi jusco pasal katanya ada barang sikit nak beli. aku pun bawak jugak lah dia... tau aper yang dia nak beli??? dia belikan aku sehelai kemeja pierre cardin berharga rm199.00, sehelai seluar bernilai rm69.00. perhhh sekali lagi aku rasa terharu pun ada, gumbira pun ada.. dia kata ni semua hadiah hari jadi abang!!! Alhamdulillah.. terima kasih sayang... dah lah baru bulan lepas dia belikan aku jam tangan mahal gak rm399.00. Tapi dia tak cakap aper-aper masa beli so aku ingat tu lah hadiah hari jadi aku. Terima kasih sayang for everything. abang hargai semuanya. Lepas dah bayar semua barang2 tu, aku pun nak la amik hati dia dan nak ucap thank you. aku ajak dia makan luar ajer, tapi dia kata dia kenyang lagi, dia nak aku belanja dia satu benda jer, dia teringin nak makan ais cream twice flavour kat McD tu. aku pun belikan lah. Alhamdulillah sedap tol ais cream tu.

Hari yang memenatkan tapi sgt bermakna. Alhamdilillah syukurr....


Apei budak kampung..

Friday, August 15, 2008

Satu kurniaan dari Allah swt..



Assalamualaikum wbt,

15 Aug 2008 - Jumaat, satu pagi yang indah, dingin dan segar. Alhamdulillah hari ini aku masih menghirup udara kurnian Allah swt, masih lagi diberi peluang untuk berkata-kata, berjalan, dan melakukan solat subuh pagi ini.

Sebaik ajer alarm clock atas meja sebelah katil aku berbunyi aku merunggut, kenapa aku kena bangun seawal ini, kenapa aku harus pi kerja, knp itu dan kenapa ini... betapa tak bersyukurnya aku..

Siap solat subuh, aku bersiap untuk ke pejabat. Memakai baju yang telah digosok isteriku, memakai tali leher yang telah disediakan isteriku...arrhhhh..rimas! betapa tak bersyukurnya aku..

Siap semua aku turun dari bilik terus ke meja makan, isteriku telah siapkan sarapan untuk aku. Nescafe dan roti.. "roti lagi!!! tak ada benda lain ke?" rungut aku dalam hati. aku menghirup sedikit sahaja nescafe dan makan sekeping sahaja dari 4 keping yang disediakan isteriku marlina..bazir sahaja! (terima kasih sayang sediakan abg sarapan setiap pagi) betapa tidak bersyukurnya aku...

Mungkin terlalu banyak sunggutan dari hati aku di pagi penghulu segala hari ini, dengan kuasa Allah swt dalam perjalanan ke tempat kerja, aku tersangkut dalam kesesakan dan ketika itu suatu yang benar-benar tak pernah aku terfikir terjadi di depan mata aku.. Allahuakbar!!!

Suatu pementasan drama yang tidak dirancang, sebuah realiti kehidupan yang harus ditempuh walaupun pahit...

Jam di dashboard kereta aku pukul 6.50am. Pagi lagi aku dah sangkut dalam jem sebab ada accident. Kesesakan menyebabkan kereta aku langsung tidak bergerak selama 10 minit aku kira.

Dan ketika itulah aku terlihat, seorang budak lelaki sekitar 8 tahun lengkap berpakaian sekolah rendah dengan beg yang besar dan rebeh di sandang belakangnya.. baju dia kelihatan agak lusuh.. dia berlari bersungguh-sungguh di bahu jalan dan itu menarik perhatian aku. aku tertanya aper benda yang dikejarkan? tiba-tiba budak tu berhenti dan membongkok seolah mengutip sesuatu. Dia mengutip sebiji tin coca-cola dan menjerit kepada seseorang dibelakang nya "ayah, abang jumpa satu!" gembira sungguh riaksinya seolah-olah terjumpa satu jongkong emas. lalu aku menoleh kebelakang, aku lihat sepasang suami isteri di pertengahan usia yang sedang berpegangan tangan dan berpakaian sederhana sahaja berjalan laju kearah budak lelaki itu. jelas aku lihat di tangan sebelah kiri lelaki itu ada satu beg plastik berisi beberapa lagi tin minuman kosong. Mungkin untuk dijual dan dijadikan belanja seharian mereka sekeluarga. kemudian lelaki tersebut sambil tersenyum mengambil tin dari tangan anaknya, di kemekan tin itu dan dimasukkan ke dalam plastic beg di tangannya. dia menggosok kepala budak lelaki itu dan terus melangkah bersama-sama. lelaki tersebut masih terus memimpin tangan isterinya dan budak itu berjalan dihadapan seolah-olah sedang mencari-cari lagi tin dihadapannya... mereka pun berlalu dan hilang dari pandangan aku.

Aku tak sedar, bila air mata aku menitik... aku rasa betol-betol sayu dengan 'drama' pendek hadiah dari Allah swt kepada hamba-Nya yang tak reti bersyukur ini! aku kagum dengan kegigihan mereka, semangat mereka, redha mereka, sesungguhnya mereka adalah lebih mulia dari aku yang memandu kereta besar ke pejabat, lengkap dengan tali leher dan pakaian dari jenama ratusan ringgit, tapi tidak tahu menghargai pemberian itu. Siapa aku hari ini tanpa rahmat dari-Nya??? Bagi aku, harga sebiji tin coca-cola kosong yang dipegang budak itu adalah lebih mahal dari aper yang aku ada hari ini.

"Ya Allah, ampunkan dosa-dosa ku, aku terleka seketika dengan nikmat dunia dan terlupa segala rahmat dari-Mu"

Perjalanan aku ke pejabat diteruskan, dan sepanjang perjalanan itu fikiran aku terus melayang memikirkan tentang keluarga itu. Dalam perjalanan kesekolah pun budak itu masih membantu bapanya mencari tin, begitu setia ibunya berjalan berpimpin tangan dengan seorang lelaki yang hanya bekerja sebagai seorang pencari tin, dan seorang lelaki yang masih mampu tersenyum dan bahagia hanya dengan hasil mencari tin. Cukupkah? bagaimana mereka boleh hidup begitu? dan jeritan dari budak itu betul-betul buat aku tersentuh "Ayah, abang jumpa satu!"

Teringat aku pada surah yassin ayat 82 yang aku baca dengan isteri aku malam tadi yang bermaksud; "Sesungguh-Nya, apabila Dia mengkehendaki sesuatu maka berkata kepadanya 'JADILAH' maka terjadilah ia..."

"Ya Allah, terima kasih atas 'drama' pendek yang cukup menyedarkan aku pagi ini..."

Wassalam..

Aku, Apei budak kampung di bandar besar.

Thursday, August 14, 2008

Tag pun tag lah...

Atas saranan dan pelawaaan kak erin, maka aku pun akan taglah...

5 soalan dengan 5 jawapan setiap satu.. bepeluh gak nak jawap. tapi aku cuba lah..

5 tahun lepas amender yang ko tengah buat?
Pada hari ini bersamaan 14 August 2003 (khamis), aku sedang menuntut di UiTM lagi. Mungkin pada waktu dan ketika ini (jam kat tangan kol 1515) aku sedang syok membuta kat bilik atau pun kat dalam kelas..

5 perkara yang aku buat hari ini?
Pagi tadi aku bangun tido, mandi, solat, siap nak p keje, dan drive kereta ke office.. (dah cukup arr tu tanya tadi 5 perkara jer kan?)

5 snack peberet aku?
aku suka nips
aku suka mars
aku suka mr potato
aku suka kismis
aku suka coklat caldbury

5 perkara yang aku akan buat kalau aku jadi millionair?
aku nak p mekah buat umrah/haji
aku nak tolong mak aku
aku nak tolong adik beradik aku
aku nak beli camera slr baru
aku nak simpan buat haji lagi tahun depan

5 pekerjaan yang aku pernah buat?
(kebetulan aku mmg banyak keje sebelum aku keje kat bnm ni)
aku pernah keje jadi waiter kat hotel nikko KL
aku pernah keje kat KFC Pandan Indah
aku pernah keje kat kedai jual game/pc kat Pandan Capital Pandan Indah
aku pernah keje kat kilang kaca kat cheras
aku pernah keje jual nasik lemak dari rumah ke rumah
aku jugak meniaga sendiri masa kat UiTM dulu, jual pc, amik upah repair pc, jual barang pc.
dan banyak lagi arr keje2 yang aku pernah buat dan pada 1 apr 2005 aku akhirnya mendarat di BNM ni sampai lah hari ni..

Inilah jawapan2 aku dari soalan2 di atas..

Sekian terima kasih, sila datang lagi!

Bosan di Office


wajah bosan + berlakon buat keje.

Assalamualaikum wbt,
14 Aug 2008 - ARrhhhhh.. hari ni khamis. Lambat nyer rasa masa berjalan. bosan betol aku nak keje ari ni. tak tau lah naper. pagi tadi nak kuar rumah pun berat jer kaki nak tekan minyak keter tu... Keje kat atas meja tak surut-surut pun. makin bertambah ada arr.. sampai bila arr aku akan mcm ni. emm aper nak buat selagi mkn gaji selagi tu arrr.....

Tuesday, August 12, 2008

Annual dinner BNM


Marlina and me...

10 August 2008 - Ahad, Hari ni aku telah menghadiri dinner BNM 2008. tahun ini adalah tahun pertama aku bawa marlina untuk dinner BNM. Walaupun dia agak janggal pasal tak pernah menghadiri majlis-majlis seumpama ini, tapi dia boleh control keadaan dengan baik. tambahan pulak makan satu meja dengan En Aziz (finance dept director). Aku makan chiness menu, not bad sedap jugak. Opss lupa plak nak bagi tau tempat, Majlis Makan Malam Tahunan BNM 2008 (MMMT) telah di adakan di One World Hotel, Damansara (Next of One Utama). Aku duduk kat meja no 44 dan no aku 1240. Alhamdulillah aku dapat lucky draw yang ke 82 dari 100 nombor. Oklah tu kan dari tak dapat langsung. hari ni (selasa 12 Aug 08) baru aku claim hadiah aku. Nak tau aku dapat aper? aku dapat pen drive 4gb berjenama 'PenDrive'...jadilah....
Door gift tahun ni ialah angklung.. tau tak angklung tu aper? sejenis alat muzik tradisional lah.. aku tak pernah bermimpi nak main angklung atau memegang alat muzik ni, tapi malam dinner tu aku dah berpeluang bukan sekadar memegang tapi bermain alat muzik itu bersama-sama staff lain dalam ballroom dinner tersebut. sampai rumah dah lewat giler lebih kurang kol 1230 pasal dinner pun habis dalam kol 1150pm. lepas solat isya aku dah marlina terus tertido, bak kata orang putih 'deep sleep'.......

Kenduri kesyukuran

Assalamualaikum wbt,

9 August 2008 - Sabtu, alhamdulillah pada hari itu aku telah mengadakan sedikit kenduri kesyukuran ke atas kurniaan Allah swt bayi yang bakal lahir. Bayi yang menjadi cinta hati aku dan marlina, bayi yang insyaallah akan membawa rezeki yang melimpah ruah, bayi yang bijak cergas dan cerdas. Semoga doa-doa yang dibaca dan di aminkan di dalam kenduri ini di terima Allah swt. Aku harap semuanya akan selamat baik marlina mahupun baby kami yang bakal lahir tidak lama lagi. Dia dijangka akan dilahirkan pada 11 Oct 2008 beberapa hari jer jarak dari hari jadi marlina.

"Ya Allah, aku bersyukur atas kurniaan nikmat dan rezeki dari-Mu ini. Kau kurniakan lah aku zuriat yang soleh dan solehah, yang sempurna, yang bijak dan sihat. Kau kurniakanlah keselamatan dan keberkatan kepada isteriku Marlina dan anak kami yang bakal lahir ini. Amin ya rabbal alamin"

Wednesday, August 6, 2008

Apa lagi yang aku boleh kata selain dari ALHAMDULILLAH..

Assalamualaikum wbt...

Lama plak rasanya aku tak menulis dalam blog ni. sibuk ngan keje2 yang entah bila akan berakhir ni...

29 July 2008 - aku masuk wad kecemasan HUKM sebab malam tu aku sesak nafas rasa mcm dah nak mati dah.. satu badan aku menggigil dan kesejukan.. mmg aku rasa ajal akan akan sampai. sampai di hukm, doctor cek aku, amik darah, masuk air, letak mcm2 wajar atas badan aku, cek jantung aku.. bila aku sedar dari pengsan aku dah rasa badan aku mcm robocop. dengan wayar berselirat satu badan, hos oksigen yang melekat kat hidung aku, pastu dengan jarum dan dicucuk sana sini kat badan aku... arrr serik aku... tak nak aku masuk hospital lagi...

2 August 2008 - pagi-pagi lagi aku dah ke ampang puteri specialist hospital. buat check-up untuk wife and baby kami. alhamdulillah, menurut dr marlik abu, baby aku sihat, semakin membesar, wife aku pun sihat..syukur alhamdulillah..
sebelah petang hari yang sama ada kenduri kat rumah nenek aku di kg pandan. masa ni lah nak jumpa dengan makcik-pakcik-sepupu-sedaramara jauh dekat semua ada berkumpul. rasanya sejak aku kawin, jarang jumpa depa ni semua. kalau dapat jumpa pun mesti ada yang tak ada. so bila rumah nenek buat kenduri ni, semua akan turun. so dapat lah jumpa semua...

3 August 2008 - Lanai kijang dirasmikan last week, aku ambil kesempatan tu bawak wife aku ke lanai hari ini. Memang cantik tempat tu, world class beb.. rasa beruntung plak aku bermajikan BNM ni. wife aku pun puji tempat tu.. aku mandi kolam, dah lapar kami makan-makan di cafe kijang, pastu main snooker kat bilik snooker. ada jugak bilik game, bilik mini theater, bilik bacaan, gelanggang tennis and futsal (2-in-1). kebetulan pada hari aku pergi tu, kawan aku jaga tempat tu, so dia bawak kami pusing-pusing masuk bilik penginapan..fuhhh..Pendek kata memang best tempat ni.

Alhamdulillah... aku bersyukur dengan segala nikmat dari Allah swt ke atas aku..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...