Annual dinner BNM


Marlina and me...

10 August 2008 - Ahad, Hari ni aku telah menghadiri dinner BNM 2008. tahun ini adalah tahun pertama aku bawa marlina untuk dinner BNM. Walaupun dia agak janggal pasal tak pernah menghadiri majlis-majlis seumpama ini, tapi dia boleh control keadaan dengan baik. tambahan pulak makan satu meja dengan En Aziz (finance dept director). Aku makan chiness menu, not bad sedap jugak. Opss lupa plak nak bagi tau tempat, Majlis Makan Malam Tahunan BNM 2008 (MMMT) telah di adakan di One World Hotel, Damansara (Next of One Utama). Aku duduk kat meja no 44 dan no aku 1240. Alhamdulillah aku dapat lucky draw yang ke 82 dari 100 nombor. Oklah tu kan dari tak dapat langsung. hari ni (selasa 12 Aug 08) baru aku claim hadiah aku. Nak tau aku dapat aper? aku dapat pen drive 4gb berjenama 'PenDrive'...jadilah....
Door gift tahun ni ialah angklung.. tau tak angklung tu aper? sejenis alat muzik tradisional lah.. aku tak pernah bermimpi nak main angklung atau memegang alat muzik ni, tapi malam dinner tu aku dah berpeluang bukan sekadar memegang tapi bermain alat muzik itu bersama-sama staff lain dalam ballroom dinner tersebut. sampai rumah dah lewat giler lebih kurang kol 1230 pasal dinner pun habis dalam kol 1150pm. lepas solat isya aku dah marlina terus tertido, bak kata orang putih 'deep sleep'.......

Comments

Popular Posts