Apa lagi yang aku boleh kata selain dari ALHAMDULILLAH..

Assalamualaikum wbt...

Lama plak rasanya aku tak menulis dalam blog ni. sibuk ngan keje2 yang entah bila akan berakhir ni...

29 July 2008 - aku masuk wad kecemasan HUKM sebab malam tu aku sesak nafas rasa mcm dah nak mati dah.. satu badan aku menggigil dan kesejukan.. mmg aku rasa ajal akan akan sampai. sampai di hukm, doctor cek aku, amik darah, masuk air, letak mcm2 wajar atas badan aku, cek jantung aku.. bila aku sedar dari pengsan aku dah rasa badan aku mcm robocop. dengan wayar berselirat satu badan, hos oksigen yang melekat kat hidung aku, pastu dengan jarum dan dicucuk sana sini kat badan aku... arrr serik aku... tak nak aku masuk hospital lagi...

2 August 2008 - pagi-pagi lagi aku dah ke ampang puteri specialist hospital. buat check-up untuk wife and baby kami. alhamdulillah, menurut dr marlik abu, baby aku sihat, semakin membesar, wife aku pun sihat..syukur alhamdulillah..
sebelah petang hari yang sama ada kenduri kat rumah nenek aku di kg pandan. masa ni lah nak jumpa dengan makcik-pakcik-sepupu-sedaramara jauh dekat semua ada berkumpul. rasanya sejak aku kawin, jarang jumpa depa ni semua. kalau dapat jumpa pun mesti ada yang tak ada. so bila rumah nenek buat kenduri ni, semua akan turun. so dapat lah jumpa semua...

3 August 2008 - Lanai kijang dirasmikan last week, aku ambil kesempatan tu bawak wife aku ke lanai hari ini. Memang cantik tempat tu, world class beb.. rasa beruntung plak aku bermajikan BNM ni. wife aku pun puji tempat tu.. aku mandi kolam, dah lapar kami makan-makan di cafe kijang, pastu main snooker kat bilik snooker. ada jugak bilik game, bilik mini theater, bilik bacaan, gelanggang tennis and futsal (2-in-1). kebetulan pada hari aku pergi tu, kawan aku jaga tempat tu, so dia bawak kami pusing-pusing masuk bilik penginapan..fuhhh..Pendek kata memang best tempat ni.

Alhamdulillah... aku bersyukur dengan segala nikmat dari Allah swt ke atas aku..

Comments

Anonymous said…
Than╬║s for one's marvelous posting! I definitely enjoyed reading it, you happen to be a great author. I will make sure to bookmark your blog and may come back very soon. I want to encourage that you continue your great writing, have a nice weekend!

Also visit my weblog; garden centers
Also see my web site - garden center signs

Popular Posts