Kenduri kesyukuran

Assalamualaikum wbt,

9 August 2008 - Sabtu, alhamdulillah pada hari itu aku telah mengadakan sedikit kenduri kesyukuran ke atas kurniaan Allah swt bayi yang bakal lahir. Bayi yang menjadi cinta hati aku dan marlina, bayi yang insyaallah akan membawa rezeki yang melimpah ruah, bayi yang bijak cergas dan cerdas. Semoga doa-doa yang dibaca dan di aminkan di dalam kenduri ini di terima Allah swt. Aku harap semuanya akan selamat baik marlina mahupun baby kami yang bakal lahir tidak lama lagi. Dia dijangka akan dilahirkan pada 11 Oct 2008 beberapa hari jer jarak dari hari jadi marlina.

"Ya Allah, aku bersyukur atas kurniaan nikmat dan rezeki dari-Mu ini. Kau kurniakan lah aku zuriat yang soleh dan solehah, yang sempurna, yang bijak dan sihat. Kau kurniakanlah keselamatan dan keberkatan kepada isteriku Marlina dan anak kami yang bakal lahir ini. Amin ya rabbal alamin"

Comments

ezrina said…
Apeiiii ooo Apeii..sila buat tag tu ek! sekian tima kasih :D

Popular Posts