Terima kasih wahai isteriku Marlina...


Ayang yang sedang menikmati ais cream McD Twice perisa Green Appel









Pembalut Con sebagai bukti pembelian..hehehe..













Plastic sebagai bukti pembelian..poyo siot!










Assalamualaikum wbt,

18 Aug 2008 - Monday, Alhamdulillah dengan kesihatan yang dikurniakan Allah swt kepada aku hari ini. Dapat aku menjalankan tugas-tugas dipejabat sebaiknya.

Sabtu 16 Aug 2008, aku bawak marlina buat check-up kandungan nyer. Alhamdulillah, kata doctor anak aku sihat dan marlina jugak sihat. Cuma yang merisaukan aku sedikit bila doctor kata size anak aku agak kecil. Tak per lah asalkan anak aku sihat dan tidak cacat pun dah cukup mengembirakan aku. Tak banyak activiti aku hari sabtu hari tu, sebelah malam nyer aku temankan marlina ke Tesco Ampang sebab dia kata dia nak buat biskut untuk aku, biskut aper aku pun tak tau lah. Banyak juga barang-barang yang dia beli mcm corn fleak, choclate bar, tepung penaik, serbuk choclate emm mcm-mcm lagi lah. mungkin dia nak buat biskut untuk hari jadi aku rabu ni kot atau bersamaan 20 Aug 2008. entah lah kita tunggu dan lihat lah nanti..hehehe...

Ahad 17 Aug 2008, hari ni buat aku rasa sgt dihargai, aku sgt gembira walaupun badan aku penat sikit. Pagi-pagi celik jer mata lepas aku mandi dan solat subuh marlina cakap dia nak mintak tolong kat aku banyak benda hari ini, aku pun wonder lah, tak pernah plak dia cakap mcm ni kat aku. aku pun tak kisah sgt, mana aku boleh tolong IsnyaAllah aku akan tolong. Mula dia mintak tolong bawak dia pi pasar sebab dia nak beli ikan, sayur, buah dan mcm-mcm lagi barang-barang basah keperluan dapur. Balik dari pasar, aku makan nasik lemak yang dibeli kat simpang masuk rumah aku tadi. Isteri aku tambah lagi ngan telor goreng mata separuh masak kegemaran aku..perhhhh sedap tol aku 'soru' nasik lemak tu. Marlina makan nasik goreng yang dibeli di tempat yang sama jugak lah. Elok jer lepas sarapan, masa tu lebih kurang kol 9am, aku ingat nak landing la kejap depan TV, opsss... nak mintak tolong lagi satu leh tak bang? kata dia..

emm..mintak tolong aper lagi? .... tolong lap kan lantai kat ruang tamu, pastu cuci lantai dapur, kalau abang rajin tolong jugak cuci bilik air kat bawah tu, dah kotor lah.. lantai tu pun dah rasa tak sedap jer tapak kaki ni pijak... "arrrhhhhh hari minggu aku yang indah telah dinodai dengan assingment yang bukan-bukan tu!!!!" boring gak aku.. tapi marlina memang pandai memujuk "tolong lah yer bang, ayang tak larat lah..abang cuci lantai ayang nak basuh baju keje abang jap" mengenangkan dia tengah pregnant, dan aku rasa aper salahnya aku buat kerja-kerja berat mcm tu tolong-menolong dalam rumahtangga membawa berkat dan masa nilah aku leh dapat pahala extra.. hehehe...

Bepeluh-peluh gak aku menyental lantai dapur, bilik air dan mengemop lantai ruang tamu, tambah lagi cabut rumput kat laman belakang rumah, siram pokok, dan last sekali bersihkan tempat sampah kat luar rumah. arrrhhh nak pengsan rasanyer.. selesai semua tu, aku susun balik barang-barang kat ruang tamu dan dapur. selesai jer tu, terus aku on kipas full speed dan telentang kat depan tv dengan rasa penuh nikmat aku terlelap.. tak tau arr berapa lama aku tido, sedar-sedar marlina kejutkan aku, bang bangun makan tengahari ni... memang aku pun dah lapor giler, terus arr aku mengadap meja makan..perhhhhh alhamdulillah, sedap betol bini aku masak. dia masak asam pedas ikan temenung kegemaran aku. Kenyang aku tengahari tu. Lepas makan aku terus mandi dan solat zohor. ingat lepas semayang aku nak sambung la activiti membuta aku, tapi ada lagi keje yang harus aku buat, dengan pujuk rayu aku sekali lagi tewas dengan marlina.. dia ajak aku pi jusco pasal katanya ada barang sikit nak beli. aku pun bawak jugak lah dia... tau aper yang dia nak beli??? dia belikan aku sehelai kemeja pierre cardin berharga rm199.00, sehelai seluar bernilai rm69.00. perhhh sekali lagi aku rasa terharu pun ada, gumbira pun ada.. dia kata ni semua hadiah hari jadi abang!!! Alhamdulillah.. terima kasih sayang... dah lah baru bulan lepas dia belikan aku jam tangan mahal gak rm399.00. Tapi dia tak cakap aper-aper masa beli so aku ingat tu lah hadiah hari jadi aku. Terima kasih sayang for everything. abang hargai semuanya. Lepas dah bayar semua barang2 tu, aku pun nak la amik hati dia dan nak ucap thank you. aku ajak dia makan luar ajer, tapi dia kata dia kenyang lagi, dia nak aku belanja dia satu benda jer, dia teringin nak makan ais cream twice flavour kat McD tu. aku pun belikan lah. Alhamdulillah sedap tol ais cream tu.

Hari yang memenatkan tapi sgt bermakna. Alhamdilillah syukurr....


Apei budak kampung..

Comments

Anonymous said…
I used to be suggesteԁ this blog via my
cousin. I'm now not certain whether or not this submit is written via him as nobody else understand such certain about my difficulty. You're wοnderful!
Thanκs!

Look intо my ωebpage local garden centers

Popular Posts