2 Hari yang penuh getir...

Bismillahirahmanirahim..

Assalamualaikum wbt..

19 Sept 2008 = 19 Ramadhan 1429H. Hari ni Marlina p buat check up kat ampang puteri hanya ditemani lela. aku tak dapat cuti hari ni. tak apalah nak buat mcm mana. 2 hari lepas bagi aku saat yang getir dan genting jugak lah. sepanjang marlina pregnant ni, dia tak pernah lagi sakit yang teruk, i mean demam or else. tapi mula dari hari selasa malam dia mula rasa tak sedap badan dan aku dah bawak dia ke clinic utk cek bukan apa takut effect kat baby. tapi pada hari rabu dia demam teruk. MasyaAllah, tempt badan mencecah sampai 40'. tu suhu yang merbahaya utk ibu2 mengandung. aku amik cuti pada hari tu just to take of her. Tuhan ajer yang tau gabra aku. Lepas ajer aku solat subuh hari rabu tu, aku tengok dia masih belum bangun lagi. badan masih panas! aku kejutkan dia mintak dia makan sikit ubat dan minum air. sememangnya aku akan pastikan dia banyak akan mendapat bekalan air minuman yang mencukupi. lepas aku dah suapkan dia ubat, aku biarkan dia tido. sambil tu aku tengok tv..
sampai tengahari jugak lah dia tido. lepas dia bangun tido, suhu badan dia dah turun skit. lega aku..tapi nampak dia masih lesu.. aku buatkan dia nasi goreng dan bagi dia minum energy drinks. Alhamdulillah, mlm tu dia sihat mcm biasa. cuma baby aku jer gerak kuat sgt dalam perot n kadang2 buat marlina bekerut muka menahan sakit.

Aper pun alhamdulillah, semua selamat. aku cuma risau kalau demam dia berterusan mungkin dia terpaksa deliver awal...

Comments

KiKi MIkaSa said…
keluarga hang akan lengkap dengan kehadiran anak tak lamer lagi. Tahniah!!! biler mau gi bandung??
InsyaAllah ada rezeki...doakan kebahagiaan kami..

Popular Posts