The Flying Faizal...



Assalamualaikum wbt,

15 Ramadhan 1429 hijrah... Hari ni Isnin, kawan kamcing aku kat bank ni mula bercuti belajar selama setahun. dan hari ni dia akan fly ke Darham UK untuk melanjutkan master dia. Aku doakan kejayaan dia dan kesejahteraan dia di bumi orang. Ok dah stop citer pasal orang lain. now citer pasal aku plak, Masuk minggu ni ada lebih kurang 3 minggu sahaja lagi marlina akan deliver. Debaran aku makin terasa. Sedih gak aku pasal dia akan bersalin time2 nak dekat raya. tapi tak apalah.. tu semua ketentuan dan rezeki Allah... Minggu lepas 13 Sept aku dan marlina ke ampang puteri sekali lagi (weekly check-up). dan Marlina sekali lagi membuat CTG (pemeriksaan denyutan jantung bayi).. Alhamdulillah semuanya normal dah ok jer... Aku tengok Marlina pun dah semakin cepat letih, baby pun dah makin kuat menedang. Kalau sekali baby menendang atau bergerak tu, muka marlina mesti berkerut tahan sakit. Sabar yer mama... Abang doakan semuanya akan berakhir dengan selamat. Minggu ni 19 Sept 2008, InsyaAllah aku akan balik teluk intan. Pasal raya pertama aku akan berada di KL. So bagi chance lah kat marlina jumpa orang tua dia sebelum raya... Lagipun mungkin ni kali terakhir dia balik dengan perot boncit. Mungkin lepas ni dia balik dah bawak baby pulak.. hehehe.. Tak sabar rasanya..

"Ya Allah, Kau kurniakanlah kesejahteraan, kebahagiaan dan kedamaian dalam hati kami. Jauhi kami dari rasa ragu-ragu dan tidak bersyukur... Ya Allah berkatilah rezeki yang kami perolehi..Ya Allah kurniakanlah kami zuriat yang soleh dan solehah, yang bijak dan pintar, dan sihat tubuh badannya. Lembutkan hati-hati mereka agar meraka tahu bersyukur keatas setiap satu nikmat-Mu" Amin...
Apei-kampungboy..

Comments

Popular Posts