Golden Dream..

Assalamualaikum wbt..

26 Sept 2008 -Jumaat, kebelakangan ni aku tak berapa sihat. mungkin sebab marlina pun tak berapa sihat. jadi aku pun turut serta dalam acara 'mari sakit bersama-sama' ini. Batuk marlina tak baik2 lagi.. risau aku. Minggu ni genap sudah masuk minggu ke 38 kandungan marlina. Aku boleh katakan sekarang ni detik-detik daruratlah.. Panas bontot aku kat opis ni. Mana tak nyer, marlina mungkin bila-bila masa ajer tu.. talipon tok sah cakap lah, kalau boleh nak ajer aku amik tali ikat talipon ni kat leher aku, so aku boleh alert everytime dia call aku... fuh..fuh..fuh.. tarik napas..lepas...tarik...lepas... sabar firdaus..tenang......

Rasanya masa berlalu terlalu pantas, tak dapat aku nak tulis setiap detik-detik yang aku lalui semasa marlina mengandungkan anak sulung kami ni. Tapi yang mana sempat tu aku akan tuliskan jugak kat sini, mudah-mudahan boleh menjadi kenangan di hari esok..

Golden dream.. aku bercita-cita utk menjadi photographer yang bertahap pro. tapi aku tahu dan pasti memang sukar bagi aku untuk mencapai tahap itu. Tapi insyaAllah dengan semangat dan iltizam yang aku ada, aku akan cuba mencapai hasrat itu. dengan bantuan dan sokongan isteri tercinta, aku telah berjaya membuka syarikat aku sendiri. Alhamdulillah... buat masa ni, masih terlalu awal utk aku war-warkan. Nature of business nyer mestilah berkaitan minat aku iaitu photography. Nama syarikat pun terpaksa aku 'senyapkan' dulu. berbekalkan sedikit modal yang aku ada, aku akan bergerak dengan beberapa rakan-rakan dalam minat yang sama ini. dalam masa terdekat ini, mungkin aku akan melancarkan blog pertama berkaitan syarikat aku ini, dan aku akan beritahu rakan-rakan terdekat aku berkaitan ini (utk tujuan promosi)... aku harap dengan adanya syarikat kecik ini, ia akan menjadi satu platform utk aku terus mengejar golden dream aku!

Ok stop dulu citer golden dream, emm kalau ikot bilangan jari aku ni, InsyaAllah kita semua akan menyambut Syawal dalam masa 4 hari. Jadi kepada semua rakan dan taulan atau blogger yang tersesat membaca blog aku ni, aku dan isteri ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir dan Batin.

InsyaAllah, doakan kebahagiaan kami...amin...

Apei-budakampung!

Comments

Popular Posts