4 minggu yang penuh debaran dan penantian

Assalamualaikum wbt...

10 Sept 2008 - Masuk hari ni genap 10 ramadhan. Alhamdulillah... aku sihat cuma batuk2 sikit. Perot marlina makin membesar. kalau dikira-kira due datenya lebih kurang sebulan ajer dari sekarang. Aku pulak yang rasa berdeber2 lebih. dia rileks ajer..... kelmarin dia mengadu sakit sgt perot dia, aku pun dah panik. aku suruh dia rileks dulu, pasal tanda2 tak ada pun lagi. tak lama pastu dia kembali ok..mungkin terlebih makan masa berbuka kot. hehehe...

Setakat ni tak ada apa2 pun lagi persiapan raya. Cuma ada beli sejenis dua kuih raya, itu pun dah abis wife aku makan sikit2 lepas berbuka. ari tu marlina mengidam nak makan almond london, carik punya carik jumpa gak kat tesco ampang, beli lah satu bekas.. emmm tak lah sedap sgt nak banding dengan almond london maksu, tapi boleh lah buat lepas ngidam dia.

Malam tadi dia pesan kat aku, mlm ni dia berbuka nak makan kek coklat. mungkin aku beli kat cafe ajerlah kot. mana nak beli lagi betol tak? emmm 4 minggu yang penuh debaran... tak sabar nak sambut baby sulung aku... makin aku terasa besarnya nikmat Allah swt ke atas aku..

Comments

Popular Posts