Friday, October 31, 2008

Buah cinta kami..

Assalamualaikum wbt..

Jumaat (31 Oct 2008) - 3hari lepas (29 Oct 2008), maka genap sudah Orked berusia satu bulan. Alhamdulillah dia sihat, tak ada banyak masalah sepanjang aku dan marlina bersama dengan dia. Semakin hari sayang kami kepada Orked semakin bertambah.

Nurul Orked Qistina, terima kasih kerana hadir dalam hidup kami dan membahagiakan hari-hari kami. Moga kamu akan menjadi seorang yang mendapat redha dari Allah swt di dunia dan akhirat. Amin....

Apei - budak kampung.

Thursday, October 30, 2008

Adakah kau milik-ku?

Bismillahhirahmanirrahim...

Assalamualaikum wbt..



Caldina, bila lah aku boleh dapatkan ko ni?!

khamis (30 Nov 2008), aku dah tiga hari cuti sebab sakit mata. dah lama aku tak sakit mata rasanya kali teakhir aku sakit mata masa seminggu sebelum spm 8 tahun lepas. Tapi best gak pasal dapat gak aku dok rumah berehat dan melepak sambil tengok TV.

Hari ni ada citer best pasal caldina, tahukah anda bahawa (chewah..) sepanjang percutian aku selama 3 hari di rumah mak aku di pandan indah ini, aku telah melenjan kereta caldina kawan aku gara-gara dia nak p oversea. Jadi lepas gak gian aku nak bawak caldina. nak beli sendiri bini tak bagi, so dapat pakai member punya pun jadilah... Masuk hari ni dah 3 hari aku melenjan keter ni, mmg best! semalam dalam keadaan mata yang sakit pun sempat aku 'remp' atas hi-way, pi putrajaya, patah balik pi selayang, pastu pi sentul terus ke cheras dan balik semula ke ampang. Minyak pun save walaupun 2.0cc. Memang best tapi kalau bawak atas hi-way agak ngantok skit pasal keter ni tak gegar, senyap dan enjin pun smooth jer... Aku saja merisik khabar kat kedai toyota kat ampang (sebelah starbuck) berapa current price caldina sekarang, ngan muka sardin layan tak layan sales person tu jawap, 135k jer! perhhh tak sampai 3 bulan harga turun 10 ribu? biar betol!!! masa aku book dulu (yang aku cancel balik pasal bini aku suruh aku pikir balik!) harganya 145k tapi tu aku p toyota kat cheras.

Aku mula terpikir dan berkira-kira semula... wajar ker aku pakai keter besar? dalam town yang jem tak sudah2 ni.. berapa laju aku boleh 'lari' pun?!!! anak baru sorang.. emm ada betul cakap marlina tu... biarlah myvi tu dulu.. pakai la sampai barai dulu. leh simpan duit skit. Ahad ni baru kawan aku tu amik balik keter dia, ada lagi 3 hari untuk aku lenjan.. emm mana lagi aku nak p ek? hehehhehe...

Apei - budak kampung.

Friday, October 24, 2008

Minggu yang penuh dengan dugaan dan ujian...

Assalamualaikum wbt..



Jumaat 24 Oct 2008 - Alhamdulillah, aku mampu lagi bernafas hingga saat aku menulis dalam blog ni. Dari Isnin yang lalu (20 Oct 08), satu demi satu dugaan, ujian, masalah, ditimpa di atas aku. Namun aku mesti terima dengan kesyukuran bukan keluhan kerana setiap ujian ke atas hamba-Nya pasti diiringi dengan rahmat. Bila aku rasa terlalu sakit, pedih yang amat sgt aku akan cakap "Alhamdulillah Allah uji aku kerana dia mendengar doa-doa aku"...
Isnin 20 Oct 08, Masalah di office, kerja-kerja tertunggak kerana mengunggu orang lain menyelesaikan. akhirnya aku dipersalahkan kerana KONONNYA aku yang lambat..Alhamdulillah..

Selasa 21 Oct 08, Aku terpaksa melupakan satu tawaran fotography gara-gara aku lambat skit jumpa client..Alhamdulillah..
Rabu 22 Oct 2008, aku tak hantar slip rentas yang patutnya aku hantar pada 21 Oct.. Alhamdulillah..
Khamis 23 Oct 2008, aku terpaksa cancel last minit temujanji business ngan Alip yang nak p jumpa client dia. " Aku mintak maaf banyak kat ko Alip, aku bukan sengaja.." nak tau kenapa aku cancel? pasal aku kena adjust balik slide meeting department aku yang dah bercelaru hasil kerjatangan orang lain..walapun bukan keje aku, tapi aku kena buat gak..kol 9pm baru aku balik rumah..Alhamdulillah..
Jumaat 24 Oct 2008, Hari ni aku kena jadi 'badut' untuk meeting dept aku. Aku kena jadi MC sebab tak ada orang lain nak jadi. Tak aperlah... Alhamdulillah..
Dan yang paling aku sedih aku tak boleh nak balik kg hari ini sebab tiket bas semua dah abis. Yang aku dapat hanya esok (sabtu - 25 Oct 08) pukul 4pm. "Orked, sabar yer esok papa balik, mama selalu cakap Orked mesti start buat ragam kalau dah jumaat petang. Mama kata Orked rindu papa! Papa pun rindu Orked, sebelum tido mesti bukak camera dulu tengok gambar mama ngan orked."

emm.. hujung tahun ni ada beberapa perancangan telah diatur, harap-harap semua berjalan lancar. dalam perancangan tu termasuklah cuti-cuti malaysia bersama wife aku (sejak dari dia pregnant 6 bulan dah stop berjalan-jalan) yang dah lama tak bercuti ngan dia dan yang paling aku tak sabar nak bawak orked sama. walaupun dia terlalu kecil untuk mengerti apa itu bercuti, tapi aku tahu dia happy bila setiap aku nampak aku ngan marlina ada depan mata dia..

Dia pun dah pandai senyum sekarang..hehehe...

InsyaAllah minggu depan aku akan join Canon Photomarathon ngan Joko, sajer je nak carik contact nak carik experience.. kalau kalah pun tak apa asalkan berbayar ngan experience yang aku dapat masa join compatition ini..

Apei - budak kampung..

Tuesday, October 14, 2008

Orked dijangkiti jaundis!

Assalamualaikum wbt,

14 Oct 2008 - Tuesday, last week hari khamis 9 oct 2008, nurse dari clinic kesihatan teluk intan melawat Orked dan Marlina di rumah mertua aku. Alhamdulillah, wife aku sihat dan kesan dari jahitan pembedahan tempohari pun semakin pulih. Tapi apa yang sedikit mendukacitakan aku dan marlina ialah orked. dia disahkan dijangkiti jaundis (demam kuning). Aku terus ambil cuti kecemasan pada hari khamis tu dan pulang ke kampung serta merta. keesokkan harinya, orked aku bawa ke clinic kesihatan teluk intan untuk pemeriksaan darah. 2 kali darahnya diambil dari tumit kaki kiri dan kanan. hehehe..dah lama aku tak dengar dia menangis, hari tu dia meraung semahunya. sakit sgt agaknya bila nurse tu cucuk tumit dia utk ambil darah tu. keputusan ujian darah, alhamdulillah..memang orked menghidapi jaundis tapi tak lah seteruk yang aku sangka. kadarnya hanya pada 12.5 mg (tahap critical adalah 20mg>). nurse minta kami pulang semula dan orked tidak ditahan di wad...

Orked aku tengok walaupun usianya pada hari ini genap 15hari, tapi dia bijak. dah mula pandai senyum, dia tahu bila orang panggil nama dia.. gembira aku bila tengok dia membersar dengan sihat dan baik. terima kasih tidak terhingga untuk marlina kerana menjaga orked lebih dari diri dia sendiri. ketika usia orked genap 13 hari, dia sememangnya sudah ada jadual hidup dia yang boleh aku katakan agak teratur (jadual hidup = jadual tidur dan menyusu). Orked dia akan terjaga pagi seawal pukul 5 pagi, kemudian marlina akan menyusukan dia. Orked akan tidur semula pukul 7 pagi. Pukul 10 pagi dia akan bangun dan bersedia untuk dimandikan. selepas mandi dia akan minta di susukan lagi. orked akan tidur semula pukul 11 pagi hingga pukul 2 petang. kemudia dia akan disusukan lagi dan tidur semula pada pukul 3 hingga 5 petang. pukul 5 dia akan dimandikan dan disusukan dan dia tak akan tidur lagi sampai pukul 8 malam. kemudian dia akan bangun dan menangis pada pukul 12 tengah malam untuk menyusu lagi. selepas itu dia akan terus tidur hinggalah 5 pagi. aku perhatikan memang begitulah waktu dia berjaga dan tidur. seolah-olah ada alam clock plak kat sebelah telingga dia. tepat jer masanya dia akan bangun sendiri...

Orked, rindulah..lambatnya nak tunggu hari jumaat ni nak balik jumpa orked dengan mama lagi...

p/s-setinggi-tinggi penhargaan untuk sahabat saya Norharis Hanafi yang membelikan ubat jaundis untuk Orked. Tuhan sahaja mampu membalasnya.

apei - budak kampung.

Wednesday, October 8, 2008

Nurul Orked Qistina Binti Mohd Firdaus














Perjalanan baru sebuah kehidupan...



Bismillahirahmanirrahim...
Assalamualaikum wbt,

oct 8,2008 - Rabu, 8 Syawal 1429H, lama betul rasanya aku tak menulis kat sini. Ada satu berita gembira yang teramat gembira sampai aku tak tau nak cakap mcm mana..

29 Sept 2008, Isteri aku dah selamat melahirkan anak sulung kami, kami namakan dia Nurul Orked Qistina. Alhamdulillah, kami dikurniakan seorang cahayamata perempuan yang sempurna sifatnya, yang sihat tubuh badannya. Itu cukup mengembirakan aku...

Maka dengan kelahiran ini, bermulalah satu lagi perjalanan baru dalam sebuah kehidupan hamba Allah bernama Orked. Aku sentiasa akan mendoakan dia menjadi anak yang solehah, patut pada agama, menjadi insan yang baik akhlaknya, bijak dan pintar. Biarlah dia menjadi manusia yang sempurna, dan bahagia di dunia dan akhirat.

2 hari sebelum raya, aku bawa marlina untuk check-up di Ampang Puteri, Doctor Kupuvellu mintak marlina buat pemeriksaan CTG kerana menurutnya keadaan bby agak lemah. Lebih kurang jam 10am, kami berjumpa semula dengan doct dan dari laporan CTG itu menunjukkan baby dalam keadaan lemah. Doct mencadangkan agar pembedahan segera dilakukan untuk mengeluarkan bby. Urusan wad semua telah dilakukan, marlina di tempatkan di Single Private Suite no 326.

11.30am, marlina di minta bersiap2 untuk masuk ke bilik pembedahan, semua dah sedia, dia pun ditolak ke bilik pembedaha. Alahmdulillah, aku dibenarkan masuk untuk menyaksikan pembedahan itu.

1230pm, marlina dan aku dah berada di dalam bilik pembedahan, berdebar aku tengok bila doc belah perot isteri aku..Ya, Allah... nak muntah pun ada, tapi tahan jugak..kalau muntah mau batal puasa aku!

12.48pm, Orked selamat dilahirkan. Meleleh air mata aku bila tengok besarnya kuasa Allah swt di depan mata aku, bergema bilik pembedahan tu dengan suara tangisan orked. Lepas orked di bersihkan, doc terus menghulurkan dia kepada aku untuk di Qamadkan, sekali lagi berlinang air mata aku bila melihat anak yang aku dakap depan mata aku ni ialah anak aku sendiri. Aku Qamad dan aku mengucap di telinga Orked, tersenyum dia seolah-olah dia paham setiap butir perkataan yang keluar dari mulut aku. Marlina pun turut meleleh air mata, kami terlalu gembira dengan kehadiran buah cinta kami, Nurul Orked Qistina!!!

Apei - Budak kampung...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...