Orked dijangkiti jaundis!

Assalamualaikum wbt,

14 Oct 2008 - Tuesday, last week hari khamis 9 oct 2008, nurse dari clinic kesihatan teluk intan melawat Orked dan Marlina di rumah mertua aku. Alhamdulillah, wife aku sihat dan kesan dari jahitan pembedahan tempohari pun semakin pulih. Tapi apa yang sedikit mendukacitakan aku dan marlina ialah orked. dia disahkan dijangkiti jaundis (demam kuning). Aku terus ambil cuti kecemasan pada hari khamis tu dan pulang ke kampung serta merta. keesokkan harinya, orked aku bawa ke clinic kesihatan teluk intan untuk pemeriksaan darah. 2 kali darahnya diambil dari tumit kaki kiri dan kanan. hehehe..dah lama aku tak dengar dia menangis, hari tu dia meraung semahunya. sakit sgt agaknya bila nurse tu cucuk tumit dia utk ambil darah tu. keputusan ujian darah, alhamdulillah..memang orked menghidapi jaundis tapi tak lah seteruk yang aku sangka. kadarnya hanya pada 12.5 mg (tahap critical adalah 20mg>). nurse minta kami pulang semula dan orked tidak ditahan di wad...

Orked aku tengok walaupun usianya pada hari ini genap 15hari, tapi dia bijak. dah mula pandai senyum, dia tahu bila orang panggil nama dia.. gembira aku bila tengok dia membersar dengan sihat dan baik. terima kasih tidak terhingga untuk marlina kerana menjaga orked lebih dari diri dia sendiri. ketika usia orked genap 13 hari, dia sememangnya sudah ada jadual hidup dia yang boleh aku katakan agak teratur (jadual hidup = jadual tidur dan menyusu). Orked dia akan terjaga pagi seawal pukul 5 pagi, kemudian marlina akan menyusukan dia. Orked akan tidur semula pukul 7 pagi. Pukul 10 pagi dia akan bangun dan bersedia untuk dimandikan. selepas mandi dia akan minta di susukan lagi. orked akan tidur semula pukul 11 pagi hingga pukul 2 petang. kemudia dia akan disusukan lagi dan tidur semula pada pukul 3 hingga 5 petang. pukul 5 dia akan dimandikan dan disusukan dan dia tak akan tidur lagi sampai pukul 8 malam. kemudian dia akan bangun dan menangis pada pukul 12 tengah malam untuk menyusu lagi. selepas itu dia akan terus tidur hinggalah 5 pagi. aku perhatikan memang begitulah waktu dia berjaga dan tidur. seolah-olah ada alam clock plak kat sebelah telingga dia. tepat jer masanya dia akan bangun sendiri...

Orked, rindulah..lambatnya nak tunggu hari jumaat ni nak balik jumpa orked dengan mama lagi...

p/s-setinggi-tinggi penhargaan untuk sahabat saya Norharis Hanafi yang membelikan ubat jaundis untuk Orked. Tuhan sahaja mampu membalasnya.

apei - budak kampung.

Comments

Haris Hauzah said…
Sahabat,

Tak perlu sebut penghargaan atau terima kasih, kerana aku merasa yang aku hanya lakukan sesuatu yang sememang patut aku lakukan...
aku juga pernah merasa perit tinggal berjauhan dengan isteri...
berjauhan dengan anak, sungguh aku tak mampu...
pasti pedih mengenang anak yang tidak sihat dikejauhan kan ?... (masih teringat lagi, waktu anak aku dihospital & bos pula enggan memberi cuti bagi menguruskan hal anak & isteri...aahhhh sakit betul waktu tu)...
Haris,

Terima kasih, terharu kerana masih ada rakan-rakan yang mengambil berat tentang aku.. dan memahami aper yang aku rasa..

Popular Posts