Friday, November 28, 2008

teruja

Mungkin ini entri aku yang terakhir untuk minggu ni.. dan InsyaAllah kalau panjang umur aku akan update plak lagi minggu depan. Hari ni aku akan balik kg. Jumpa Marlina dan Orked. Yahoo..

Ketahuilah dunia bahawa aku amat teruja untuk menanti ketibaan hari ahad ni..

Saper yang tau kenapa sila bagi jawapan korang dalam ruangan komen. Sape teka betol aku bagi hadiah.. ni betol punya ni..

apei - budak kampung nak balik kampung

Quran Link

Iklan sat - kepada rakan-rakan aku yang mana ber-sms, bertanya mcm mana nak dapatkan ayat Quran lagi cepat dan senang dan siap ada makna sekali. Haa ni aku link kan.

Web ini membolehkan kita mendengar, membaca dan memahami terjemahan ayat-ayat suci Al-Quran! Laman web ini percuma sahaja dan tidak memerlukan sebarang pendaftaran. Hanya layari laman web berkenaan dan gunakan semua tools yang disediakan. Lebih menarik lagi, ada disediakan tools untuk menukar font, terjemahan dalam bahasa pilihan, pilihan juzuk, qari yang membaca Al-Quran dan banyak lagilah! ok selamat mengaji..

apei - budak kampung

p/s: thank you ummi..

"Cik, nasik lemak lauk ayam satu!"

Assalamualaikum wbt,

Alhamdulillah, Allah masih bagi aku nikmat bernafas, memandang, berdengar, berkata-kata, berjalan dan menulis lagi... doa aku pagi ni, agar seluruh umat manusia juga dapat terus merasai nikmat Allah juga sama seperti aku.

Malam tadi agak lewat aku balik dari opis, keje sgt banyak. Kat opis aku ni selain dari keje-keje mengawal selia payment dalam dan luar negara aku jugak di pertanggungjawapkan untuk membuat keje-keje berkaitan dengan IT. Tak kira arr apa keje pun asalkan ada kaitan ngan kompiter, maka itu adalah keje aku. Tapi penah ke orang amik kira? Jawapanya ialah TIDAK!

Semalam kol 8 setengah baru aku beredar kuar dari opis, hantu kat opis aku biasanya memulakan shift keje diorang kol 9 mlm. Aku memang tak berapa berminat nak bermesra main bukak tutup lampu dengan diorang ni.. so baik aku blah! (bukan aku takut tapi tak minat!)

Sepanjang perjalanan naik LRT ke rumah, aku memikirkan amender aku nak makan mlm ni. Perot ni pun satu hal, tadi petang tadi tak nak plak lapar dah mlm buta baru nak kruuukkk.. kraakkk.. Sampai Pandan Indah. Nampak ada stall kecik jual nasik lemak.

Apei: Cik, nasik lemak satu. Lauk ayam. Nak yang paling besar. Nasik extra ek!
Makcik: Orait..

-nasik dah dibungkus-

Apei: How much? (cakap orang putih plak)
Makcik: Disebabkan ko customer makcik yang pertama mlm ni, makcik bagi kau discount, semua sekali rm4.50, percuma plastik ngan sudu. ok..

Aku selok poket nak amik wallet aku.. gullppp... wallet aku tinggal kat opis!!!

aarrrrrrrrrrhhhh.....

apei - budak kampung

p/s: kebelakangan ni daya ingatan aku mmg sgt lemah. Apahal entah. Aku sms Buyong mlm tadi (kwn aku yang jual buku agama kat puduraya tu). sms aku: buyong, kismis minda yang Ismail Kamus punya berapa harga kalau aku nak amik pukal? aku nak yang Ismail Kamus punya jer!..

Thursday, November 27, 2008

Kepala lutut (2) & Orked bukan Huda

Assalamualaikum wbt,

Moga Allah merahmati kita semua..

Petang semalam sumpah memang aku tak nak main bola, aku dah janji kat diri aku sendiri, aku datang sekadar untuk tengok rakan-rakan aku beraksi seperti berok, gajah, kambing dan memerang sarkas di atas padang tu. Tapi aku tak tau, mcm mana tetiba bila aku sedar aku juga sedang berada di atas padang bermain bola sama mcm diorang semua. Itu mmg kelemahan aku, pantang tengok orang main bola nanti aku pun akan main, pasal tu bini aku tak bagi aku tengok bola pasal di khuatiri aku akan menendang tv kalau team Arsenal aku kalah lagi!..(ahh merepek plak). Bila time aku atas padang, aku rasa badan aku sihat, kembali muda dan cergas, jgn kata sakit kepala lutut, sakit hati pun leh hilang kalau aku main bola.

Menjelang malam, dikala aku keseorangan, denyut kepala lutut aku datang perlahan-lahan dan makin lama makin sakit. sms ngan bini aku pun layan tak layan jer.. (sakit ooo padan muka aku!)
kalau aku citer kat bini aku, aku pi main bola..confirm.. mmg confirm lagi sgt confirm bateri hp aku dari full sampai abis di kejekan gara-gara akan mendengar ceramah percuma! jadi ada lebih baik aku diam..

-Pagi 27 nov 2008- di clinic dekat tempat keje aku..

Apei: Puan doctor, kepala lutut saya sakit
Puan doc: Apersal?
Apei: 3-4 hari lepas, time semayang, salah duduk kot. meletop! (salahkan semayang plak!)
Puan doc: Ada sport? Main bola lepas dah sakit ni?
Apei: Eh.. mana ada.. dah sakit dok rumah diam-diam jer..
Puan doc: Yer ke?
Apei: Betol.. tak caya tanya la bini saya..
Puan doc: -- senyum aje -- saya bagi awak ubat makan dan sapu. lepas seminggu tak ok datang lagi! dalam 2-3 minggu ni stop dulu main bola, jogging, main basikal, main galah-panjang (double meaning!) dan sebarang aktiviti lasak! ada paham?! eh nak knee guard tak?
Apei: Bagilah apa yang ada doc, InsyaAllahhhhhh....

--Orked bukan Huda--

-Semalam-

Bosan giler dok sorang2 kat rumah, Orked dan Marlina masih di teluk intan.. fuhh.. dugaan..

greeettttt... vibrate hp aku (aku suka silentkan hp dan tinggalkan dalam mood vibrate)

sms dari marlina "Abang Orked ni pandai dengar cakap tau, orang suruh senyum dia senyum"

aku reply "bagus la tu.. cuba suruh dia ngaji muqaddam plak boleh tak?"

-----------------------------

-Hari ni-

Lunch hour Fairus (officemate aku) ajak pi medan mara dia nak makan sate kajang plak. Ngidam katanya.. ikotkan ajer.. kebetulan aku pun nak pi tabung haji kat Maju Junction Mall.

Sambil makan, teringat sms Marlina malam semalam.

Apei: dude, anak lu masa baya-baya mcm anak gua paham bahasa tak bila orang cakap ngan dia? (saje nak buat perbandingan, anak fairus - nurul huda, setahun lebih tua dari Orked)

Fairus: dah besar pun tak paham bahasa! (pandang aku ngan muka sadin sambil kunyah sate)

-----------------------------

Harap Orked bukan Huda!

apei - budak kampung

p/s: aperhal dah pukul 8 suku aku kat opis lagi ni? mana semua orang pi? mesti dah balik!! chow arr... masuk kol 9 hantu plak nak masuk opis aku. ceh...

Wednesday, November 26, 2008

tie

Aku memang tak suka tie sejak dari aku tadika lagi.. kadang-kadang aku pun tak paham apersal aku nak kena pakai tie? masa tadika aku memang kena pakai tie tapi pakai suar pendek (dah mmg uniform tadika aku mcm tu), masuk sekolah rendah aku bebas dari tie hanya 3 tahun. masuk darjah 4 cikgu aku pandai2 jadikan aku pengawas, dengan rasminya aku memang kena pakai tie sepanjang hari sampai aku darjah 6. Masuk sekolah menengah, nasib aku baik skit pasal aku hanya murid biasa di kelas paling belakang dan tak ada jawatan apa-apa kat sekolah. aku bebas dari tie kejap.. tetiba masuk jer form 2, lagi sekali cikgu aku pandai-pandai jadikan aku pengawas pusat sumber plak.. aper citer ni cikgu jepri?! sampailah form 4 aku dipindahkan ke sekolah asrama penuh plak... kena pakai tie lagi hari2 sampai la abis SPM. Aku ingat bila aku masuk Uni, aku bebas berpakaian t-shirt dan jeans.. oh tidak sama sekali.. aku tetap kena pakai tie (setiap hari isnin) aper punya undang-undang aku pun tak tau! (miss nur tolong jawap)

Lepas abis Uni, aku keje kat tempat aku keje sekarang ni.. lagi laaa aku kena pakai tie hari-hari, 9 jam sehari.. giler aper.. disebabkan tiada pengecualian, aku telah menetapkan undang-undang untuk diri aku sendiri.. setiap hari sharp 5.30, tie aku akan auto-ketat.. dan aku akan bukak tie aku sebagai tanda 'kebebasan'... wahahahaha...

lepas aku congak tolak campur, aku rasa aku lagi banyak abiskan masa hidup aku ni dengan tie-tie aku dari dengan adik-beradik aku sendiri.. adil ke?

apei - budak kampung

p/s: aku rasa nak muntah bila orang hadiahkan aku tie bila hari jadi aku.. sila hadiahkan aku psp untuk hari jadi aku yang akan datang. sekian timer kasih.

kepala lutut

Assalamualaikum wbt,


Rabu (26 nov 2008) - Dah 3 hari kebelakangan ni kepala lutut aku belah kanan ni sakit giler. Sampai menggangu perjalanan aku. Dah la sekarang aku pi balik keje naik lrt, Nak berjalan dari opis aku ke lrt tu satu hal lah, pastu dari lrt ke rumah pun lagi satu hal.
Bila aku ingat-ingat balik, aku rasa puncanya 3 hari lepas, duduk antara dua sujud dalam asar aku, kepala lutut aku meletop.. aduh.. rasa nak menitik gak air mata tahan sakit. Aku selesaikan jugak asar tu. Sejak tu pergerakkan aku dah mcm rupa orang pakai kaki kayu. Sebelah kepala lutut aku boleh lipat, sebelah lagi keras jer...

Berkongsi cerita penderitaan aku dengan haris, menurut haris:
Apei: 2-3 hari ni kepala lutut aku sakit arr.. mcm mana ek? (haris juga pernah lalui masalah yang sama)
Haris: pi cek laa.. x-ray ke..
Apei: aku pun ingat mcm tu gak.. tapi tak tau arr bila nak pi..
Bukan tak nak pi clinic, aku malas kalau dia refer ke specialist.. mesti check-up berlarutan berminggu-minggu, berulang-alik ke hospital, kalau kena buat fisio ok lagi, kalau kena operate? ish.. tak nak aku.. saper nak jadi scorer kat padang nanti kalau aku tak ada?!
apei - budak kampung
p/s: harga hadiah yang aku bagi sempena hari jadi mak aku semalam tak sampai 1% pun dari harga kasih sayang dia bagi kat aku dari hari pertama aku bernafas. Love u mama..

Tuesday, November 25, 2008

aper citer kepala otak gua sebu ni? (part 2)

aper jadah gua leh lupa ari ni hari jadi mak gua... patut arr mcm ada benda tak kena jer...

"Selamat hari jadi mama, moga panjang umur, murah rezeki.. amin..."

apei - budak kampung

p/s: mak gua punya ari jadi sama arr mcm hari gaji gua.. aper maksudnyer ni?!

aper citer kepala otak gua sebu ni?

Assalamualaikum wbt,

Selasa (25 nov 2008) - gua tak tau aper dah jadi ngan kepala otak gua pagi ni... rasa sebu semacam jer.. mcm tak leh nak pikir.. pick-up pun dah mcm honda c70 jer... aduh.. nasib baik hari ni kesibukan kat opis ni pada kadar minimum.. gua rasa mcm ada tak kena hari ni.. amender ni...

apei - budak kampung

Sunday, November 23, 2008

Orked dan 'kegilaan' barunya..

Bismillahirahmanirrahim...
Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi penyayang

Ahad (23 nov 2008) - Orked sekarang dah kurang tido. Masa tidur dia pun dah bertukar semula seperti manusia normal yang lain (siang berjaga, mlm tido). Jadi marlina pun dah boleh kembali kepada masa tidor dia yang asal.. Alhamdulillah..

Tapi ada satu lagi.. walaupun Orked kurang tidor siang sekarang, dia sgt suka merengek, menangis, menendang perot aku (kalau aku dokong dia) dan mcm2 lagi aksi 'stunt' dia.. hinggalah aku terjumpa satu formula mudah untuk bagi Orked senyum sorang-sorang dan tido ngan senyuman kecik dia tu, dan cara ni dah jadi 'kegilaan' baru dalam daily life dia.. Alhamdulillah..

aku/marlina akan baringkan dia atau pelok dia rapat-rapat sambil bersalawat, zikir atau membaca surah-surah pendek dari al-quran. Alhamdulillah... dia nampak sgt sgt sgt tenang.. bila dibacakan ayat2 tersebut, dia akan pandang jer kat kami (mcm paham jer dia aper yang kita baca). Sekarang ni, sebelum tidor dia 'mesti' diperdengarkan yassin.. baru dia leh tidor dengan aman damai nyeyak sampailah ke pagi walaupun terdapat sedikit gangguan nyamuk!
(kadang-kadang kalau aku letih, aku bukak jer mp3 yassin.. nampak orked layan jugak!)

Budak kecik pun tenang dengan ayat-ayat Allah.. mcm mana dengan kita?

apei - budak kampung

p/s: satu lagi kuasa Allah yang Dia tunjukkan, tepat kena batang hidung aku..

mati?

Assalamualaikum wbt,

Ahad (23 nov 2008) - Pokok atas meja kat opis aku semakin hari semakin layu. dah nazak ke pokok ni.. dah hampir 4 tahun pokok tu ada atas meja kat opis aku ni. memang aku sengaja bela pokok ni, orang kata kalau dah penat tengok screen komputer kena lah plak tengok benda2 hijau(bukan biru!!!). tapi sekarang pokok aku ni dah tak hijau lagi, sekarang dah pun bertukar kepada kuning + coklat daun-daunnyer.. aku tak tau nak buat mcm mana lagi. air hari2 aku sembur, baja pun aku bagi mcm biasa.. tapi semakin hari semakin layu, mcm tunggu masa jer nak mati.. emm...

mengingatkan aku...

setiap yang hidup pasti akan mati.. kalau dah sampai janji dengan sang Pencipta.. tidak di cepatkan atau dilambatkan walau sesaat..

apei - budak kampung

p/s: arwah atok aku penah pesan, jgn suka berhutang, nanti dah mati tak tenang.. aku ada hutang ajis gemok 2 ringgit pasal nak beli rojak tak cukup duit minggu lepas. sat lagi arr pi rumah dia bayar... manalah tau esok lusa aku mati!

Thursday, November 20, 2008

jangan marah...

Assalamualaikum wbt,


Di office - dalam perjalanan aku balik dari surau di tingkat 2 bangunan office aku ni, aku menggunakan lif. Office aku berada di tingkat bawah sekali. Sebaik pintu lift dibuka, aku pun masuk, ada seorang staff perempuan sedia ada berada di dalam lift tersebut juga ingin ke 'ground floor'.. di tingkat satu aku terbau seolah-olah ada bangkai dalam lift itu, aku toleh kiri kanan, tengok tapak kasut aku, kot-kot aku ada terpijak taik kucing ke? tak ada..

Aku pandang muka staff perempuan tadi, dia kerut kan dahi dia pandang kat aku, seolah-olah aku punca segala kebusukkan yang semakin membelenggu segenap ruang lingkup lift tu..
terus aku jadi marah, "kalau lu dah kentot tak payah arr nak buat2 kerut dahi kat gua plak.. muka jer cantik, kentot bau bangkai!" (aku cakap dalam hati jer)..
ting..tong.. pintu lift terbuka menandakan dah sampai ground floor. pompuan tu keluar tergopoh gapah sambil menutup hidung dan memandang-mandang aku. beberapa staff lain yang sedia ada menunggu lift dari ground floor untuk ke tingkat atas turut memandang aku seolah aku lah punca segala onar di dalam lift tu..
arrrhhhhhh...... bukan aku yang kentot lah bahlol... nak ajer aku menjerit!
maruah aku tercalar!
apei - budak kampung
p/s: wahai mohd firdaus, sesungguhnya pahala menahan amarah itu sama seperti berjihad!

Alhamdulillah, Orked dah dapat adik!

Assalamualaikum wbt,



Khamis (20 Nov 2008) - Setelah sekian lama aku berkira-kira, servey sana-sini, akhirnya dapat gak aku memiliki tv idaman aku. Kerana gumbira yang amat sgt, aku call marlina..


Apei: Abg nak beli tv leper yang abg nak tu, abg dah jumpa.
Marlina: Berapa harga?
Apei: Murah dari yang sebelum-sebelum ni. Harga dah tahap mcm jual longgok jer ni.
Marlina: Tv second-hand kot? tak pun tv display kot?
Apei: Tak arr baru lagi ni.
Marlina: Tv lama nak letak mana?
Apei: Sedekah rumah anak yatim lah.. hehehe..
Marlina: Suka ati abg la. Esok lusa jgn nak ngadap tv tu jer main game!
Apei: Suka ati orang arr... hehehe..
Marlina: Yer.. nanti ngan tv leper abg tu pun ayang hantar rumah anak yatim..
Apei: Ok arr.. chow! Assalamualaikum
Marlina: Adios! Waalaikumsalam


Setelah greenlite diperolehi oleh 'board of director' aku pun ngan muka senyum kambing membeli tv tu.. Alhamdulillah.. termakbul satu lagi wish list aku..


apei - budak kampung


p/s: terima kasih untuk, 1- en faizi sbg tuan penasihat dalam proses pemilihan tv. nanti kau tolong belikan aku hdmi cabel yang ko cakap tu. utk astro nanti aku cucuk 'S'-cabel jer lah. 2- marlina yang memahami hati nurani laki dia yang cerewet ni!

http://www.samsung.com/my/consumer/detail/gallery.do?group=television&type=television&subtype=lcdtv&model_cd=LA40A450C1XXM

Tuesday, November 18, 2008

asal petang jer ujan, asal petang jer ujan.. mcm mana aku tak gemok!

Sekarang ni tiap-tiap petang ujan. Semalam ada rakan-rakan yang perihatin terhadap pembangunan perot aku telah komplen, "Perot kau semakin hari semakin maju kedepan, esok lusa mungkin akan jatuh mencecah tanah plak!"

sungguh biadap kata-kata tu.. tujuan entri ni untuk bagi tau rakan-rakan yang sunggu prihatin terhadap diri aku..

"mcm mana aku tak gemok, tiap-tiap petang ujan. nak main bola pun tak boleh! abis aper lagi aku leh buat. Balik keje makan nasik, main game.. tu jer laa yang mampu aku buat. Wahai rakan-rakan ku, doakanlah supaya aku lebih kuat semangat untuk bersenam selepas ini!"

apei - budak kampung

p/s: malam ni alip nak ajak aku makan air batu campur kat kampung baru!

tahniah...

Assalamualaikum wbt,


Selasa (18 Nov 2008) - Mungkin sebab terlampau gembira faizal dollah yang baru sahaja mendapat baby boy telah menelifon aku..

"Aku baru dapat baby lelaki, 3.25kg, pukol 3.05pm durham time.. Alhamdulillah semua selamat...Allahuakbar" katanya..

"Dude, tahniah lah.. Bini lu bersalin kat mana?"

"University Hospital of North Durham, nak datang meh arr.. kat Suite no 7, wad 8, tingkat 1"

"Nanti arr ada rezeki aku datang arr melawat kat spital"

"Tak payah arr..sikit lagi nak discharge dah!"

"Buduh..kalau mcm tu tak payah arr ajak!"

"Tahniah sekali lagi lah dude..Kem salam kat wife kau..mcm mana kau gumbira pun tolong tengok-tengok gak time malaysia. Kau tau sekarang kol berapa? Kol 3pagi dude.. ari tu pun kau call aku time mcm ni gak! aduuhhh..."

"suka ati aku arr talipon aku!"

apei - budak kampung

p/s: lepas faizal call, aku tak leh tido lagi, buat tahjud dan hajad, terus mengadap pc sampai pagi. bertanya khabar 2-3 rakan di london dan liverpool. Alhamdulillah semuanya baik..

Monday, November 17, 2008

Web design vs html coding..

Assalamualaikum wbt,


Isnin (19 Zulkaedah 1429h) - Moga Allah swt sentiasa merahmati semua umat manusia di seluruh alam. Sesungguhnya tanpa redha dan rahmat Allah swt, tak dapat aku bayangkan mcm mana hidup ni. Setinggi-tinggi tahniah jugak aku ucapkan kepada para tetamu Allah yang sudah mula berkumpul di tanah suci, moga kalian semua mendapat haji yang mabrur.. amin...





Aku masih terfikir-fikir desing web portal aku tu.. tapi benda tu rumit. Aku perlu faham html code, java script untuk aku design. Ada jugak aku tanya Mr G, tetiba dia mengigatkan aku sesuatu dan tentang seseorang...


Apei: weh.. aku dah nak muntah dah tengok benda ni (nak buat flashing dengan html code)
Man: em.. kita perlukan kepakaran seseorang aku rasa.. kau dah try tanya kijel?
Apei: ha'a mcm mana dia leh terlepas dari senarai talian hayat aku ni...


Kijel - sepupu aku, kitorang panggil dia 'raja top'.. mcm mana dapat nama tu nanti arr aku citer. dia sejak dari sekolah lagi banyak menghabiskan masa kat depan computer, sampai bapak dia terpaksa menghempas computer pasal dia tak nak pi sekolah. Kemudia dia sambung pelajaran dia pun dalam bidang computer, di sana (kolej) dia yang mengajar cikgu dia pasal computer.. sebab dah boring pasal asyik kena ajar cikgu ajer, dia pun berenti kolej. Soal web desing, html code dan hack meng-hack system ni.. memang dah kerja dia dari dulu lagi... sekarang bertugas sebagai seorang penjaga parking keter di dayabumi. Kijel.. hehehe.. aku ada job untuk kau!!!


Man: Tak per, kijel tu nanti aku contact.
Apei: Kau nak pakai hacker ke?
Man: Nak buat aper?
Apei: Mana tau nanti future requirement. Saje nak try web security...
Man: Tak payah dulu arr...
Apei: Kalau kau nak aku ada kawan, buyong!


Buyong - Sorang lagi kawan aku yang sangat jahat perangai nyer... kalau dia cerita kat aku pasal computer, sepatah haram pun aku tak paham. Mungkin sebab kepakaran dia ialah mengodam dan menjahanamkan system orang lain. Menghantar virus kepada orang yang dia benci melalui email tu dah kira mcm hobi! Dia ni tak mendapat pendidikan formal pun mengenai computer ni, cuma minat dan belajar sendiri2 aje.. satu petang lepas main bola tahun lepas, buyong penah tanya aku, aku ada account maybank tak? aku ngan muka sardin cakap..ada pasal gaji aku kat situ.. esok harinya buyong mintak aku halalkan 20sen yang dia curik dari account maybank aku! Lihatlah kejahatan buyong, merompak 20sen dari accout maybank aku hanya melalui maybank2u. Mcm mana dia buat, dia tak nak bagi tau!! Sekarang bertugas sebagai penjual buku-buku agama di puduraya. Jgn tertipu dengan wajah buyong, dia kelihatan alim, tapi AWAS!!


Aku rasa soal web design aku tak payah risau sgt. Mungkin kijel boleh tolong sebagai penasihat, Buyong pun mungkin leh tolong jadi penasihat merangkap penyebok.


Cuma satu lagi, input web portal tu.. apa aku nak buat?


apei - budak kampung

Portion pemakanan Orked mula berubah..

Assalamualaikum wbt,

Isnin (17 Nov 2008) - Marlina call aku berkali-kali semalam. Risau sgt dia.

"Abg, kenapa Orked ni tak nak menyusu badan pulak ni. Puas dah bagi dia tak nak jugak.. tapi nampak mcm dia lapar. Abis sarung tangan dia basah dia isap!"

"emmm..... kita try la susu formula"

Walaupun sebenarnya aku tak berapa setuju untuk Orked mendapatkan susu formula, tapi dari Orked terus lapar...

Marlina membeli Infalac (new born).. Elok Orked minum. Alhamdulillah tak ada masalah... Tapi pada aku, susu badan tetap yang terbaik sebab aku tengok pembesaran Orked cepat dan dia lebih cerdas dari anak kawan-kawan aku yang memang dari lahir diberikan susu formula. Aku harap Marlina akan lebihkan susu badan dari susu formula tu walaupun nampak Orked favor kepada susu formula.

apei - budak kampung

Saturday, November 15, 2008

terima kasih dato' sri mohd nor

Assalamualaikum wbt,

aku dan mr G sedang memerah otak mencari idea...

Sabtu (15 Nov 2008) - Man a.k.a Mr G' ada tanya aku mcm mana nak buat duit dari internet. Kami pun berbincang dari view masing2 mcm mana cara terbaik. Aku dengan pengalaman dan cara aku, dia dengan pengalaman dan cara dia. Dia ajak aku 'collabrate' nak buat sama-sama. Bagus jugak! Temujanji di buat dengan dato' sri mohd nor.

Pagi tadi aku breakfast meeting dengan dato' sri mohd nor kat food court taman maluri (kedai makan kesukaan dato sri mohd nor ni). Sambil ber-breakfast, aku, mr G dan dato' sri mohd nor pun berbicang. masa tu dato' sri tak tau lagi hajat aku dan mr G jumpa dia. Selepas berbual2 akhirnya kami pun berterus teras,

Man: kitorang nak bincang pasal modal skit arr...
Apei: Kitorang nak set-up kitorang punya web page..
Dato' Sri: Berapa?
Man: tak tau lagi, tapi semua transaction thru internet using credit card.
Apei: Pinjam credit card!
Dato' Sri: kau nak buat aper ngan credit card aku?
Man: Nak beli tapak web page arr, takkan nak joli kat tesco kot?!
Apei: Entah..amender arr...
Dato' Sri: Aku ada satu web portal, tak activate lagi.. korang nak, korang amik jer laa.. sewa semua aku bayar!

Aku ngan mr.G tercengang? biar betik orang tua ni?! aku mintak web page jer..sampai web portal dia nak bagi!!! giler aper?!

Apei: Berapa dato' cost web portal tu?
Dato Sri: Kau set-up dulu. Carik core business kau, nak pi course ke aper ke cakap kat aku. nanti aku call member2 aku... kau set jer bila time kau free.. aku bayar arr..

Aku ngan mr G tercengang lagi... aku ingat nak buat kecik2 jer pakai lending page, pop-up ngan adword via clickbank, tapi... amik kau.. nak sangat kan?! Mintak modal nak bukak mini market, sekali suria klcc dia bagi...

web portal, amender business aku nak buat ni?

apei - budak kampung

notes: Mr. G = adik aku mohd firman, Dato' Sri Mohd Nor = Bapak aku. Dia memang dari dulu suruh aku serius ngan business internet (pasal dia dah taicoon), tapi aku tak nak..baik aku keje... sekarang bapak aku mungkin dah boleh senyum! terima kasih ayah..

Thursday, November 13, 2008

hobi baru Orked..

Assalamualaikum wbt,


Alhamdulillah, pagi yang indah di sini hari ni walaupun pagi tadi selepas subuh sedikit hujan. Moga-moga hujan pagi ni membawa rahmat kepada kita semua, InsyaAllah...

Khamis (13 Nov 2008) - Seperti biasa sebelum aku keluar rumah untuk ke office, aku akan call marlina. Marlina akan membuat 'laporan' tentang Orked malam sebelumnya.

"Abg nak tau, malam semalam satu malam Orked tak tidor. Sibuk nak main acah-acah. Kalau orang tak layan dia merengek... "

Tulah hobi dan kegemaran baru Orked, tidor di siang hari, berjaga dan bermain acah-acah sepanjang malam.. arrhh apa nak jadilah ngan anak aku sorang ni. Nak jadi batman ke?
Marlina pun dah terikut macam tu jadual tidornya. Bila siang dia tidor, malam dia pun berjaga main bersama Orked. Melayan Orked, menyusukan Orked sampailah ke pagi...

Terima kasih yang tak terhingga untuk Marlina, bagi aku besar sungguh pengorbanan itu. Pengorbanan seorang ibu. Memang patut syurga itu di bawah telapak kaki ibu...

"Terima kasih ayang untuk segalanya, terima kasih dari hari pertama ayang kandungkan Orked, Terima kasih untuk melahirkan Orked, Terima kasih untuk setiap titik air susu yang Orked teguk dari badan ayang, Terima kasih menjaga Orked lebih baik dari diri sendiri, Terima kasih atas belayan kasih sayang untuk Orked, Terima kasih untuk segalanya. Abg doakan hanya Syurga Allah mampu membalas semua ini...."

apei - budak kampung..

Wednesday, November 12, 2008

futsal punya pasal..

Assalamualaikum wbt,


Rabu (12 Nov 2008) - Semalam lepas ajer waktu keje aku bergegas balik. Demi memenuhi permintaan rakan-rakan sepasukan aku turun jugak ke padang MPAJ bermain bola. Ujan rintik-rintik pun aku redah gak! Lepas game, Yazed memulakan campaign liga futsal anjuran pemuda PKR tak lama ajer lagi. Cakap ala-ala mcm gaya 'Sir' pengurus MU yang tewas ngan Arsenal baru-baru ni.

Yazed: Apei, mcm biasa aku letak kan kau kat line-up simpanan utama. Ada orang injured je kau terus masuk!

Aku buat muka pot-tak-pot jer... Perjalanan balik ke rumah, kepala otak aku teringat-ringat kemalangan ngeri 6 bulan lepas dalam gelangang futsal.

Jelas lagi dalam ingatan aku mcm mana aku di-injured-kan oleh pihak lawan gara-gara aku berjaya 'mengentel' pertahanan lawan dengan gaya skil bodoh mcm c.ronaldo (MU)... sebaik aku dah one-by-one ngan goly, aku menarik langkah dan mengumpulkan sepenuh tenaga untuk melepaskan satu rembatan padu maut, belum sempat rembatan di lepaskan, kaki aku di bentes kejam oleh pihak lawan menyebabkan aku jatuh terduduk dan terus tuuuttttt*** (malu nak cakap beb..terus black-out!)... nasib baik mamat tu bentes aku sampai pengsan. Kalau aku tak pengsan masa tu, aku bersumpah aku akan pastikan dia yang pengsan!!!

Sedar-sedar kat luar court, mail burger renjis muka aku ngan air sambil mulut terkumat-kamit mungkin tengah jampi air tu kot. Aku rasa seluruh kaki aku kebas, arr aku ingat aku dah lumpuh. tetiba ingatan aku pada marlina. Pesan dia sebelum aku pi main futsal "tak payah la main futsal tu, dok rumah jer la... esok nak keje lagi.." aku jawap " alaaa kejap jer.. demi sebuah kesihatan!"

Lantaran aku dah langsung tak mampu nak bangun, aku terpaksa di papah ke clinic idzham pandan jaya. Di sana aku di beri suntikan penahan sakit, tapi aku rasa masih sakit jugak. Esoknya, baru aku di bawa ke Ampang Puteri. Kat sana barulah aku mendapat rawatan, di buat MRI, dan mcm2 laa.. akhirnya di dapati tulang belakang aku, T5 sedikit retak. Giler aper main futsal sampai retak pinggang?! Aku ingat lagi muka mamat yang bentes aku tu.. aku jumpa dia aku langgar dia...

4 minggu aku merengkok atas katil. Dah rasa mcm orang kena stroke plak... nyesal tak ikot cakap marlina. tu lah kali terakhir aku main futsal tahun ni..

Yazed ajak aku join lagi futsal tournament plak.. patut ke aku join?

apei - budak kampung

Tuesday, November 11, 2008

Baby car sit (2)..

Assalamualaikum wbt,

Selasa (11 Nov 2008) - Akhirnya semalam aku berjaya membawa pulang baby car sit tu ke rumah. Perhh.. sampai ajer rumah tetiba aku rasa badan aku dah mcm incredible huck. Ketol sana ketol sini. Tak perlah mungkin kesan dari megangkat barang tu keluar dari sogo kot... (bayangkanlah betapa beratnya!)...

Lepas isya' aku bersenang-lenang bersantai di depan tv sambil menonton berita tv3. Hand phone aku berbunyi aku tengok no Alip.. arhhh mamat ni lagi. aku mintak tolong cakap sakit perot. Ni call mesti nak ajak kau keluar ni!! Aku tak layan... selang 2 minit alip sms aku,
"Apei, kuar jom.. teringin arr nak makan roti canai yang kau belanja"... aku reply "aku sakit perot pasal makan ais cream expired! tak boleh keluar..." puas hati aku..

Pukul 9pm, sengal badan aku angkat baby car sit tadi tak abis lagi. Yazed call aku (rakan bola),

Yazed: Apei mlm ni main futsal nak? kita tak trainng lagi ni! minggu depan kau nak join tak pemuda PKR ada buat futsal tournament?
Apei: Mana?
Yazed: Black dah book sport planet pukol 10pm. Dia book sejam. Fees kita tong-tong arr..
Apei: Malas arr.. aku nak bangun pi dapur amik air pun aku tak larat. Ni kau nak ajak aku main futsal plak... Next time beb!
Yazed: Aduuuhhh.. kalau lu star tak per bro, tapi lu tahap star shit (taik bintang) pun tak capai lagi.. jom arr training..
Apei: Malas...
Yazed: Ok tak per.. malam ni aku ampunkan kau, tapi esok petang kau turun padang MPAJ!
Apei: Aku doakan esok petang hujan!
Yazed: arrrhhh kau tak turun, aku bakar rumah mak kau! Chow..

Aku masuk bilik aku bukak buku yang aku baru beli siang tadi 'Menjadi ibu bapa Genius - berdasarkan nasihat Luqman al-hakim' .. Buku yang bagus walaupun aku baru baca pendahuluan... harap-harap aku dapat habiskan buku ni dengan jayanya!

1030pm, mata aku dah mengantuk sgt, aku pun tak tau bila aku terlelap. 430am, tersedar, aku sms marlina, sajer tanya dia dah tido ke belum. Pada kiraan aku mestilah dah tido. Rupanya belum lagi, dia dok melayan Orked dari pukul 12mlm tadi. Orked meragam tak nak tido.. aku bangun buat tahjud dan aku sambung lagi sms dengan marlina sampailah pukul 5am Orked tido akhirnya... Marlina pun nak tidolah, maka mata aku terkebil-kebil dah tak boleh tido.. Aku sambung lagi baca buku tadi. Lepas subuh, baru lah mata aku ni 'gatal' nak ngantok. Aku baring jugaklah kejap. Sedar dah pun pukul 730am. Mengelupur aku bersiap nak ke office pagi ni. Arrr mamai kepala aku ni sampai lunch tadi pun tak abis lagi. Patutlah orang kata tak elok tido lepas subuh dan asar.. rupanya ada sebab....

Petang ni aku nak pi main bola ke? emm....

apei - budak kampung

Monday, November 10, 2008

Baby car sit..

Assalamualaikum wbt,

Isnin (12 Zulkaedah 1429H) - Jumaat lepas beberapa rakan department aku telah membelikan baby car sit untuk Orked di sebuah pasaraya berhampiran office aku ni. Kemudian resit diberikan kepada aku supaya aku boleh menuntut barang tersebut dari pasaraya tu. Hajat di hati lepas kerja hari ni aku nak pergi ambil lah.. sampai di sana, aku tengok... alamak besar sagat lah pulak benda tu. Memang tak terlarat aku nak angkat sorang. Aku mengatur strategi, terus aku dail nombor kawan-kawan yang mempunyai kenderaan.. Dan inilah hasilnya:

***Aku call Alip***

Apei: Assalamualaikum wahai sahabat-ku (cakap kena lembut pasal nak mintak tolong)
Alip: Waalaikumsalam, apei.. tolong aku...
Apei: Aku call kau ni pasal aku nak mintak tolong kau, tapi belum sempat aku cerita kau dah mintak tolong kat aku dulu..
Alip: Kau nak mintak tolong aper pulak?
Apei: Aku kat S#G# ni (nama pasaraya tu), aku nak amik car baby sit anak aku. Tolong amik aku kat sini boleh tak.
Alip: Aduh Apei.. aku tak dapat arr.. aku sakit perot ari ni.. dah seratus lapan puluh lima kali aku masuk jamban ari ni.. tu tak kira lagi semalam..
Apei: Aperhal plak kau ni?
Alip: Aku semalam tetiba teringin nak makan ais cream, aku pi la pasaraya the store kat pandan indah ni, aku beli la ais cream. Kedekut punya pasal, lepas beli aku terus bawak masuk dalam bilik aku bedal sorang-sorang satu balang. Sedap bukan main lagi..puas aku! Lepas aku dah abis jilat sudu semua, sajer-sajer la aku gatal nak belek-belek balang ais cream tu, aku tengok dah 2 minggu lepas tarikh expired nyer.. perhhh jam-jam tu gak perot aku mcm ada tsunami...
Apei: Ok arr... kau rehat arr kat rumah. tu arr lain kali makanan tu kongsi.. kedekut tak abis-abis!!! Tuhan tu marah..
Alip: Arrhhh nak kutbah tunggu ari jumaat arr...
Apei: Suka ati aku arr mulut aku, aku nak kutbah ari aper pun..
***talian putus, alip letak talipon (merajuk arr tu)****

Aku call sorang lagi kawan aku yang aku fikirkan sesuai untuk membantu aku dalam usaha membawa pulang barang yang dibeli tersebut.

***Aku call Sharil***

3 kali panggilan di buat, tapi balik-balik awek dia yang jawap.. Aku naik feed-up. Aku nak mencarut jer rasa kat awek dia tu..

Antara dialog yang awek sharil ulangi bila aku call hp dia:

"Nombor yang anda dail tidak dapat dihubungi, sila cuba sebentar lagi!"

Mengarut betol!

Dan akhirnya setelah aku termenung kat tepi escalator S#G# sambil memikirkan saper lagi aku nak call ni.. tetiba terlintas seorang lagi manusia. Man nama dia. Aku call Man.

Apei: Kau kat mana? Balik kol berapa ari ni?
Man: Aku kat opis lagi, sikit lagi balik arr.. aper citer?
Apei: Nak mintak tolong kau ni. Kang kau nak balik kang kau datang S#G# jap. Aku ada barang nak bawak balik sekali.
Man: Barang mender plak? Sejak bila plak kau pandai main 'barang' ni?
Apei: Gila bongok.. bukan 'barang' tu.. aku nak bawak balik car baby sit anak aku ni!
Man: Woi berat tu... nak tolong boleh, pengeras mesti ada arr..
Apei: Kau kalau tak ada pengeras tak boleh ke?
Man: Kalau tak ada pengeras tak mujarab beb!!!
Apei: Kau nak aper:
Man: KFC Zinger Burger dah arr.. tu kira ala kadar jer tu..
Apei: Pttuuiihhh.. berkira!
Man: Ok arr.. kang nak sampai aku roger kau!
Apei: Kol berapa?
Man: 640pm kau stand-by!
Apei: Roger-out!
Man: Adios!!!

Akhirnya ada jugak manusia yang sudi membantu aku, tapi kalau dia tak nak bantu aku pun aku akan tetap suruh dia bantu aku. Kalau dia tak nak jugak, malam nanti aku akan tomoi perot dia!!! (Man a.k.a Mr Gar adalah adik aku!)

Moral: kawan mcm mana kamcing pun, bila susah, adik beradik jugak yang akan tolong kita. Bak kata orang lama, air dicincang takan putus!

apei - budak kampung

Dulu lain, sekarang lain...

Assalamualaikum wbt,



Isnin (10 Nov 2008) - Sekarang lunch hour di office, tapi aku rasa malas nak keluar. Cuaca panas terik kat luar sana. Mau terbakar kulit. Berbekalkan 2 keping sandwich, aku rasa cukup la untuk perut aku sampai petang ni..

Fuhhhh... hari minggu yang sungguh mengembirakan. Walaupun sedikit penat, tapi Alhamdulillah semua berjalan lancar. Memang ada perbezaan kalau berjalan dengan wife dan berjalan-jalan bersama baby. banyak beza... hehe.. dulu kalau nak makan leh jer makan sama-sama serentak! sekarang hanya baca doa makan jer serentak, tapi makan gilir-gilir.. sorang makan, sorang lagi jaga Orked. hehehe.. tapi best! dulu boleh pi scuba diving sama-sama, sekarang jgn kata nak scuba diving, nak mandi laut pun dah tak dapat pasal dua-dua tak nak tinggalkan Orked..hehe.. tapi best! dulu masa awal-awal kawin jalan leh peluk-peluk pinggang, sekarang aku tolak stroler Orked, marlina jer laa peluk pinggang aku..tapi best! Dulu kalau lepas breakfast leh baca paper dan berbual isu-isu dalam surat khabar, sekarang aku sorang jer baca marlina sibuk layan Orked.. tapi best!

Betul lah orang cakap, anak penyeri hubungan suami isteri... sebab semua yang kita lakukan bersama isteri dan anak kita semuanya best!!!

Tak cayer? berani cubalah!!!

apei - budak kampung

p/s: rakan-rakan blogger yang dihormati, gambar lain di pangkor saya upload di dalam folder 'Outing bersama Marlina dan Orked' di dalam facebook - harap maklum.

Friday, November 7, 2008

Pangkor, here I come!

Assalamualaikum wbt,



Jumaat (7 Nov 2008) - Resort dan pengangkutan telah diuruskan. Alhamdulillah semua berjalan lancar. InsyaAllah esok, aku, marlina dan orked akan ke pangkor.

apei - budak kampung

En Alif Dijumpai...

Assalamualaikum wbt,



Akhirnya malam tadi (lebih kurang kol 10pm) Alip menghubungi aku.

Alip: As'kum, apei. Ni aku ni ko kenal tak?

Apei: Waalaikumsalam, mesti arr kenal. Mana kau pegi ha? mak kau carik ko, aku pun carik kau, jiran sebelah rumah kau pun carik kau, shan kedai runcit tu pun carik kau. kalau aku pi je kedai tu mesti dia tanya mana kau pegi? kalau ko tak ada jajan kedai dia tak laku!

Alip: aku mintak maaf la kat ko apei, aku blah tak bagi tau saper2.. Aku ada masalah sekarang ni! aku pun pening tak tau nak buat aper ni..

Apei: sejak bila pulak ko ada masalah ko jadi terer main nyorok-nyorok ni?

Alip: aku bukan main nyorok-nyorok la mangkok, aku nak menenangkan perasaan..

Apei: kau kat mana?

Alip: Aku kat rumah sekarang..

pei: Kau jgn bergerak pi mana-mana, 5 minit aku sampai rumah kau!

*****talian putus*****

Sampai di rumah Alip, aku ajak dia keluar lepak kedai mamak kegemaran kami. Disana perbualan bersambung...

Apei: Apa nak jadi ngan ko ni alip? muka dah mcm orang utan, bejambang bagai. Mcm berat sgt jer masalah kau ni?

Alip: Apei, aku malu arr nak jumpa kau ni. Aku nyesal tak dengar cakap kau pasal budak zana tu.

Apei: Dah kenapa plak ngan budak zana tu?

Alip: Waaaaaaaa... (Alip meraung di kedai mamak kegemaran kami itu), bodoh siot aku cayer kat dia... habis licin duit aku dia kejekan, dia nak aper semua aku beli, punyalah aku jaga dia.. last-last dia leh cakap dia nak bertunang ngan ex-boypren dia..waaaaaa.... hinanya aku..

Apei: Abis ko nak suruh aku gelak ke nangis ni? aku tengah conpius ni..??

Alip: Suka ati ko laa...

Apei: oklah.. aku gelak laa.. wahahahahaha... kau ni leh masuk raja lawak astro tu arr.. lagi lawak dari beruk sarkas ko ni.. tak sangka aku kau ada bakat buat lawak spontan mcm ni..

Alip: paler hotak kau! aku tomoi perot ko jap lagi ko nak?

(demi menjaga hati, muka aku kembali serius...)

Apei: pastu?

Alip: kau ingat malam yang kita makan roti canai tu, esoknya tu aku kuar pi midvalley nak pi kedai 'pet' pasal zana kata dia nak kura-kura ngan bekas ngan makanan kura-kura sekali. Aku pun pi la beli, pastu aku sajer jalan-jalan dalam midvalley tu konon nak pi carik teddy bear plak, tetiba aku nampak zana ngah makan kat food court ngan mamat jongang mana entah. Aku call dia, time tu gak, tapi aku dok dari jauh jer.. aku tanya dia kat mana.. dia leh cakap dia kat rumah beb.. aduhhh... bikin panas... nak ajer aku makan kura-kura yang aku baru beli tadi.. aku terus gerak balik rumah. Kat rumah memang aku dah tebakar abis arr.. lepas asar zana call aku, dia kata dia nak tunang ngan mamat jongang tu.. arr... stress aku.. tu yang aku menghilangkan diri tu.. nak carik ketenangan jiwa..

Apei: Abis ko pi mana?

Alip: rahsia arr.. aku pi pulau.. satu pulau best kat selatan semenanjung..

Apei: suka ati kau arr.. asalkan ko sihat. aku ingat ko dah arwah kena cekik ngan hantu raya pak mail burger, kau kan suka skodeng anak dia.

Alip: Ngarut arr... weh apei, nanti kita pi balik pulau tu nak tak? 2 minggu aku kat sana, aku ada kenal ngan sorang awek ni...perhhh cun beb...

Apei: Abis tunang kau mcm mana? kau jadi ke tak kawin ujung tahun ni?

Alip: Entah la apei... kita pi pulau tu weekend ni nak tak? kita jumpa awek tu..

Apei: arrhhh... tak payah.. aku dah tak nak telibat lagi ngan kau punya masalah 'percintaan' letih aku.. aku pun nak bawak bini aku pi pangkor minggu ni.. kau pi la sorang-sorang.. selama ko hilang ni, tunang ko tak carik ko ke?

Alip: entah..tak ada pun..

****aku termenung mendengar jawapan Alip****

Apei - budak kampung
p/s: kisah ini adalah rentetan dari surat aku untuk alip (sila lihat entri july di bawah tajuk 'stress management' )

Thursday, November 6, 2008

Kenapa Pangkor?

Assalamualaikum wbt,



Dengan izin Allah swt, aku masih lagi bernafas dan mampu lagi menulis dalam blog ni. Aku selalu mengingatkan diri aku, tiada undang-undang yang aku tetapkan atas diri aku ketika aku menulis blog ini, tulis aper sahaja yang aku mahu asalkan tulisan itu tidak membuatkan aku tergelincir dari jalan aku hari ini.

Khamis (6 Nov 2008) - Tulisan kedua dalam hari yang sama.. nampak sgt aku tak ada keje! Awal minggu ni, ketika marlina call aku, dia ada bertanya, mana nak pergi hujung minggu ni? Seorang yang pemalas seperti aku sentiasa akan mengeluarkan jawapan yang ringkas dan padat;

Apei: aper lagi, lepak rumah tengok astro laa sport channel banyak siaran bola..
Marlina: kita pi pangkor jom bang...
Apei: Naper Pangkor? panas laa.. Cameroon Highland tak nak? sejuk skit..
Marlina: Pangkor laaa...
Apei: Suka ati laa... nanti abang try carik kalau ada hotel/chalet/resort kosong.. takkan nak walk-in jer kan.. kalau tak ada room vacant cian kat orked..

Soalan aku... Kenapa Pangkor????
Aku teringat, last sekali aku pi pangkor ngan marlina masa awal-awal bertunang dulu. Day trip jer.. (takkan nak tido sana ngan anak dara orang, giler aper!) rasa tak cukup-cukup plak masa. Sampai sana pun dah tengahari, yerlaaa aku ada janji ngan marlina nak datang pangkor lagi lepas kawin.. ceh.. aku lupa.. Oklah..oklah kita p pangkor yer...

Apei - budak kampung

Aku deman..

Assalamualaikum wbt,


Buat diri aku sendiri dan rakan-rakan atau blogger-blogger yang tersingah disini. Moga kita semua sentiasa berada dalam rahmat Allah swt.

Khamis (6 Nov 2008) - Petang semalam aku balik keje dalam hujan, mengelak mcm mana pun aku tetap kena hujan. Tak per lah hujan tu membawa rahmat.. Sampai rumah aku mandi dan get ready untuk solat magrib kat surau depan rumah ni. Dah lama plak aku tak pi surau tu. Dulu masa kecik-kecik surau tu antara 'pot' kegemaran aku dan rakan-rakan ponteng sekolah. Lepas solat magrib di surau aku pi tapau makanan kat gerai burger sebelah surau ni. Lepas makan aku start rasa badan aku mcm nak demam... Lepas abis tengok berita tv3 badan aku terasa letih, lesu, flat... mcm bateri hp aku yang selalu kong ni. Terus aku membaringkan diri. rasa nak muntah pun ada, tapi mana leh muntah, aku baru makan burger ayam special ngan black paper sos..kalau muntah rugi arr aku!!! ceh..

5 minit aku baring, rakan aku masa kat itm call, Sharil nama dia. antara perbualan kami yang sempat aku recall lebih kurang mcm ni arr...

Sharil: Bro, lu kat mana?
Apei: Bumi.. aper hal?
Sharil: Ok arr tak jauh sgt ngan aku, aku kat marikh. Lepak jom mlm ni..
Apei: Kol berapa?
Sharil: tunggu aku balik keje dalam kol 1030pm waktu bumi!
Apei: Ok arr.. aku pun nak baring dulu, aku rasa mcm nak demam (jam baru kol 9pm)
Sharil: Kau ni, bini jauh jer mesti nak demam! Ok sayang, chow!

Kurang asam, dah lah tekak aku rasa nak muntah dia leh panggil aku sayang plak..nasib baik aku tak termuntah atas katil. Aku letak phone aku, mata aku pejamkan.. sedar-sedar dah pukul 10. arr berat betol kepala aku, aku sms sharil "bro, mintak maaplah aku betol-betol tak larat la nak kuar mlm ni. demam aku mcm makin teruk jer... cuaca bumi makin teruk laa.."
sharil reply "tarak hal, next time..."

Aku bangun langsaikan hutang Isya' aku, terus aku tido... Arrr...pening..

Apei - budak kampung

p/s: Alip masih belum ditemui..

Wednesday, November 5, 2008

Warkah untuk En Alif..

Assalamualaikum wbt,

Kehadapan En Alif yang dihormati,

Aku menulis warkah ini adalah untuk bertanya khabar engkau di sana?

Wahai En Alif yang sentiasa diingati,
Mana kau pergi sepanjang 2 minggu ni? aku call kau tak angkat, aku sms kau tak reply, aku pergi rumah kau mak kau cakap kau tak ada. Aku pun dah tak tau mcm mana nak carik kau.
Kat mana kau berada sekarang? Yang aku pelik, mak kau pun tak tau mana kau pergi!
Sejak bila pulak kau ni pandai main sorok-sorok ni? seingat aku wahai alip, masa kita di bangku sekolah dulu pun, kaulah manusia yang paling tak pandai main sorok-sorok. Baik nak menyorok dari cikgu atau pun dari pengawas. Ingat masa kita kantoi ponteng kelas sama-sama dalam surau dulu kau lah jugak puncanya pasal kau memang tak pandai menyorok!
Tapi aku dah lama lupakan itu semua wahai en alip.

Sahabat-ku En Alip,
Sepanjang aku kenal dengan engkau, dari kita tak ada misai sampai la hari ni bukan ajer misai, janggut pun kita dah ada..kau tak penah pun menghilang sebegini lama.. Misteri betul aku bila kau tetiba menghilang mcm ni? Perlu ke aku report pada polis? Bomba? Ambulan? atau Ketua Kampung kita kat Sg Burung, Bagan Dato' nun? Arrhhh kusut aku bila sahabat aku hilang ni.

Wahai En Alip,
Adakah aku membuat kesalahan kepada engkau? Aku ingat lagi malam sehari sebelum kau menghilangkan diri, kau ada marah aku pasal aku amik sikit roti canai kau yang kita makan kat restoran ariff pandan indah.. Ingat tak? Mungkin kah pasal tu kau marah kat aku dan menghilang sehingga hari ini? Jika itulah sebabnya, maafkanlah aku wahai sahabat... Aku sanggup ganti balik dengan 3 keping roti telor 'banjir' dan air 7-up kegemaran kau tu.

En Alip yang sentiasa diingatan,
Tahukah engkau, tanpa rakan kongsi perniagaan sejujur kau, mcm mana untuk aku meneruskan business kita ini? aku tak mampu nak handle sorang2.. Kau ingat lagi tak dulu masa kau outstation dan kau tinggalkan aku sorang-sorang buat semua benda dalam business ni, lepas jer seminggu kau balik, soklan pertama kau tanya kat aku "Apei, apersal muka kau dah jadi mcm tengkorak???" aku harap kau mengerti betapa strees aku bergerak secara solo tanpa kau..

En Alip,
Adakah juga pasal kau sudah dicolek oleh makhluk asing yang kau selalu cerita dalam mimpi-mimpi kau tu? takkan makhluk asing tu nak colek kau kot? aper faedah nyer... (ah aper aku merepek ni???)

Sahabat-ku En Alip,
Aper lagi yang perlu aku buat? kat mana perlu aku carik kau lagi? Aku ada jugak tanya budak Yeepi tu masa aku main bola semalam kalau-kalau dia ada ternampak kau? emm tapi dia kata dia tak nak amik tau pasal kau lagi sebab masa dia datang raya rumah kau ari tu kau tak bagi pun dia duit raya! buat business ribu-ribu, duit banyak, tapi sikap kedekut kau tu memang dari dulu tak penah berubah! Tu lah yang kadang-kadang buat aku marah kat kau ni... Kau ingat lagi tak masa aku tumbuk muka kau kat Sg Wang masa kita 'serong' tusyen sama-sama masa form 3 dulu? ada ker patut nak masuk jamban pun kau nak pau duit budak pompuan kat tangga. Malu aku masa tu!!! Tercemar nama baik kumpulan kita! tapi kau tak pernah peduli semua tu, yang kau tau kau boleh masuk jamban secara percuma!

Dah la alip, aku dah penat arr tulis, kalau kau ada masa, kau baca arr surat untuk kau dalam blog aku ni. Pastu kau balik arr rumah. Mak kau pun dah risau dah tu. Kalau yer pun nak merajuk jgn la lama-lama.. buruk orang tua merajuk! mcm muka lipas kau tau tak?!
Nanti kalau kau dah balik, kau miss call aku, nanti aku call kau balik! (aku tau kau kedekut credit)

Yang benar,
Sabahatmu - Apei

Apei - budak kampung.

Tuesday, November 4, 2008

Satu Lagi Keajaiban Allah ke atas ku...

Assalamualaikum wbt,

Selasa (4 Nov 2008)

Wahai Mohd Firdaus,
Apa lagi yang perlu kau bicara? Apa lagi yang sedang kau termenungkan?
Belum pun sempat matahari hari ni tegak di atas kepala satu lagi doa kau telah dimakbulkan..

Masya'Allah.. besar sungguh kuasa Allah, cepat sungguh dia mendengar apa yang aku minta, cepat sungguh dia makbulkan apa yang aku pinta...

Antara doa-doa aku subuh tadi "Ya Allah, Kau rahmatilah guru-guruku, kurniakan mereka segala kebaikkan dunia dan akhirat, kau ampunkan dosa-dosa mereka, dan kau izinkan aku mendapat khabar mereka sekiranya mereka mengingati aku...."

Pagi ni aku masuk ke pejabat seperti biasa, setelah kerja-kerja sebelah pagi ini selesai, aku membuka blog seorang sahabat lama, sekadar ingin tahu perkembangan sabahat ini dan bertanya khabar.. sungguh pula aku tak sangka ada satu pautan tertulis missnur.. aku click dan berharap miss nur yang aku cari di sana..

Alhamdulillah.. betul, Nurfakhzan Marwan, seorang dari ratusan guru-guru yang pernah mendidik aku. Aku teliti muka ke muka tulisan miss nur.. Alhamdulillah, dari tulisanya aku tahu dia sihat, gembira dan sedang di dalam rahmat Allah swt..

Apa lagi yang perlu aku ragu, memang Allah sentiasa mendengar aku.

apei - budak kampung.

p/s: Ms Nur masih di UK menghabiskan Phd beliau, aku tertanya juga sendiri, miss nur ada tak terjumpa dengan faizal abdullah yang kebetulan juga berada di Durham?

Monday, November 3, 2008

Hujung Minggu Yang Penuh Sesak!

Assalamualaikum wbt...


Isnin (3 Nov 2008) - Dua hari yang penuh sesak dengan aktiviti. Hari Sabtu aku telah menyertai pertandingan Conan Photo Marathon 2008, sungguh penat sebab aktiviti bermula seawal jam 7 pagi dan berlarutan hingga 9 malam. Belum ada rezeki untuk menang, tapi alhamdulillah dapat satu pengalaman yang berharga sepanjang penyertaan. dan yang lebih penting aku telah berjaya mendapat t-shirt, tuala, cap, beg dan semuanya ada lah percuma pemberian dari organizer Canon (m) sdn bhd.



Ahad pulak, aku telah keluar membuat outdoor photoshot di klcc, sekali lagi habis air dalam badan aku diserap dek terik mentari. Hasil kerja mcm hampeh, aku tak puas hati langsung. Alasan dari hasil kerja yang hampeh itu ialah: 1- Tak cukup equipment, 2- Cuaca tak begitu cantik, 3- Aku tak cukup tidor pasal hari sebelumnya aku join photomarathon. Tapi dah janji punya pasal aku kena kuar jugak. Ni semua adalah kita namakan sebagai 'masyuukkk'...

Begitu begini, selesai semua lebih kurang kol 4 petang, sampai ajer aku kat rumah hujan pun seolah-olah merestui keletihan yang aku alami ini. Elok ajer aku baring atas katil terus hujan selebat-lebatnya dan tanpa disuruh-suruh mata aku pun terpejam rapat dan tuuu.. aku dah pun hilang...

6.30pm baru sedar, aper lagi mcm badut la aku sarung kain terus solat asar. 'Weng' kepala aku pun tak hilang lagi... hujang masih lagi renyai2 kat luar tingkap, kena plak maggi ngan kopi-o panas.. perhhh layan.. tengok balik gambar2 yang aku ambil sepanjang 2 hari ni.. tak lah boleh di banggakan.. sekadar aku boleh katakan.. "Boleh arrr....." Azan magrib aku solat, tengok berita, masuk isyak terus aku solat isyak dan kesan dari keletihan sepanjang dua hari masih lagi terasa di seluruh urat saraf dan sendi aku ni.. lepas ajer isyak, aku off kan switch lampu bilik aku..selimut ditarik dan... goodbye sunday!!

hari ni isnin aku datang ke office dengan badan yang segar walaupun mata aku sikit merah mungkin kesan tido yang berlebihan plak kot!!!!
hari ni jugak marlina bawak orked ke klinik kesihatan desa teluk intan untuk buat montly cek-up orked yang pertama, alhamdulillah kuning orked makin kurang, berat badan makin naik. Hari ni berat dia 3.6kg..perhh boleh tahan.. Alhamdulillah...
Minggu ini aku MESTI balik kg..dah rindu sgt plak aku kat Orked dan hehehe..wife aku..
Apei - budak kampung..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...