Baby car sit (2)..

Assalamualaikum wbt,

Selasa (11 Nov 2008) - Akhirnya semalam aku berjaya membawa pulang baby car sit tu ke rumah. Perhh.. sampai ajer rumah tetiba aku rasa badan aku dah mcm incredible huck. Ketol sana ketol sini. Tak perlah mungkin kesan dari megangkat barang tu keluar dari sogo kot... (bayangkanlah betapa beratnya!)...

Lepas isya' aku bersenang-lenang bersantai di depan tv sambil menonton berita tv3. Hand phone aku berbunyi aku tengok no Alip.. arhhh mamat ni lagi. aku mintak tolong cakap sakit perot. Ni call mesti nak ajak kau keluar ni!! Aku tak layan... selang 2 minit alip sms aku,
"Apei, kuar jom.. teringin arr nak makan roti canai yang kau belanja"... aku reply "aku sakit perot pasal makan ais cream expired! tak boleh keluar..." puas hati aku..

Pukul 9pm, sengal badan aku angkat baby car sit tadi tak abis lagi. Yazed call aku (rakan bola),

Yazed: Apei mlm ni main futsal nak? kita tak trainng lagi ni! minggu depan kau nak join tak pemuda PKR ada buat futsal tournament?
Apei: Mana?
Yazed: Black dah book sport planet pukol 10pm. Dia book sejam. Fees kita tong-tong arr..
Apei: Malas arr.. aku nak bangun pi dapur amik air pun aku tak larat. Ni kau nak ajak aku main futsal plak... Next time beb!
Yazed: Aduuuhhh.. kalau lu star tak per bro, tapi lu tahap star shit (taik bintang) pun tak capai lagi.. jom arr training..
Apei: Malas...
Yazed: Ok tak per.. malam ni aku ampunkan kau, tapi esok petang kau turun padang MPAJ!
Apei: Aku doakan esok petang hujan!
Yazed: arrrhhh kau tak turun, aku bakar rumah mak kau! Chow..

Aku masuk bilik aku bukak buku yang aku baru beli siang tadi 'Menjadi ibu bapa Genius - berdasarkan nasihat Luqman al-hakim' .. Buku yang bagus walaupun aku baru baca pendahuluan... harap-harap aku dapat habiskan buku ni dengan jayanya!

1030pm, mata aku dah mengantuk sgt, aku pun tak tau bila aku terlelap. 430am, tersedar, aku sms marlina, sajer tanya dia dah tido ke belum. Pada kiraan aku mestilah dah tido. Rupanya belum lagi, dia dok melayan Orked dari pukul 12mlm tadi. Orked meragam tak nak tido.. aku bangun buat tahjud dan aku sambung lagi sms dengan marlina sampailah pukul 5am Orked tido akhirnya... Marlina pun nak tidolah, maka mata aku terkebil-kebil dah tak boleh tido.. Aku sambung lagi baca buku tadi. Lepas subuh, baru lah mata aku ni 'gatal' nak ngantok. Aku baring jugaklah kejap. Sedar dah pun pukul 730am. Mengelupur aku bersiap nak ke office pagi ni. Arrr mamai kepala aku ni sampai lunch tadi pun tak abis lagi. Patutlah orang kata tak elok tido lepas subuh dan asar.. rupanya ada sebab....

Petang ni aku nak pi main bola ke? emm....

apei - budak kampung

Comments

~mardihah~ said…
Dihah lain cara bahasa
Apei lain cara bahasa

tak payah pening2..baca je..bagi paham sendiri. Tak paham buat-buat paham

heheheh
tu masalahnya cik dihah. semangat ingin tahu dalam diri ni makin meluap2 bila baca tulisan yang susah nak paham.. entah laaa...
en_me said…
main bola satu senaman baik untuk kesihatan.. salammmz abang itteww
Eazy Izzuddin said…
hype !...
salam singgah...
=)
en_me - terima kasih atas nasihat. tapi kemalasan untuk bersenam semakin hari semakin menjadi2. mungkin semangat tu dah tertanam bersama-sama lemak dalam badan kot!

eazy izuddin - terima kasih menyinggah..

saya listkan blog kalian berdua!

Popular Posts