En Alif Dijumpai...

Assalamualaikum wbt,


Akhirnya malam tadi (lebih kurang kol 10pm) Alip menghubungi aku.

Alip: As'kum, apei. Ni aku ni ko kenal tak?

Apei: Waalaikumsalam, mesti arr kenal. Mana kau pegi ha? mak kau carik ko, aku pun carik kau, jiran sebelah rumah kau pun carik kau, shan kedai runcit tu pun carik kau. kalau aku pi je kedai tu mesti dia tanya mana kau pegi? kalau ko tak ada jajan kedai dia tak laku!

Alip: aku mintak maaf la kat ko apei, aku blah tak bagi tau saper2.. Aku ada masalah sekarang ni! aku pun pening tak tau nak buat aper ni..

Apei: sejak bila pulak ko ada masalah ko jadi terer main nyorok-nyorok ni?

Alip: aku bukan main nyorok-nyorok la mangkok, aku nak menenangkan perasaan..

Apei: kau kat mana?

Alip: Aku kat rumah sekarang..

pei: Kau jgn bergerak pi mana-mana, 5 minit aku sampai rumah kau!

*****talian putus*****

Sampai di rumah Alip, aku ajak dia keluar lepak kedai mamak kegemaran kami. Disana perbualan bersambung...

Apei: Apa nak jadi ngan ko ni alip? muka dah mcm orang utan, bejambang bagai. Mcm berat sgt jer masalah kau ni?

Alip: Apei, aku malu arr nak jumpa kau ni. Aku nyesal tak dengar cakap kau pasal budak zana tu.

Apei: Dah kenapa plak ngan budak zana tu?

Alip: Waaaaaaaa... (Alip meraung di kedai mamak kegemaran kami itu), bodoh siot aku cayer kat dia... habis licin duit aku dia kejekan, dia nak aper semua aku beli, punyalah aku jaga dia.. last-last dia leh cakap dia nak bertunang ngan ex-boypren dia..waaaaaa.... hinanya aku..

Apei: Abis ko nak suruh aku gelak ke nangis ni? aku tengah conpius ni..??

Alip: Suka ati ko laa...

Apei: oklah.. aku gelak laa.. wahahahahaha... kau ni leh masuk raja lawak astro tu arr.. lagi lawak dari beruk sarkas ko ni.. tak sangka aku kau ada bakat buat lawak spontan mcm ni..

Alip: paler hotak kau! aku tomoi perot ko jap lagi ko nak?

(demi menjaga hati, muka aku kembali serius...)

Apei: pastu?

Alip: kau ingat malam yang kita makan roti canai tu, esoknya tu aku kuar pi midvalley nak pi kedai 'pet' pasal zana kata dia nak kura-kura ngan bekas ngan makanan kura-kura sekali. Aku pun pi la beli, pastu aku sajer jalan-jalan dalam midvalley tu konon nak pi carik teddy bear plak, tetiba aku nampak zana ngah makan kat food court ngan mamat jongang mana entah. Aku call dia, time tu gak, tapi aku dok dari jauh jer.. aku tanya dia kat mana.. dia leh cakap dia kat rumah beb.. aduhhh... bikin panas... nak ajer aku makan kura-kura yang aku baru beli tadi.. aku terus gerak balik rumah. Kat rumah memang aku dah tebakar abis arr.. lepas asar zana call aku, dia kata dia nak tunang ngan mamat jongang tu.. arr... stress aku.. tu yang aku menghilangkan diri tu.. nak carik ketenangan jiwa..

Apei: Abis ko pi mana?

Alip: rahsia arr.. aku pi pulau.. satu pulau best kat selatan semenanjung..

Apei: suka ati kau arr.. asalkan ko sihat. aku ingat ko dah arwah kena cekik ngan hantu raya pak mail burger, kau kan suka skodeng anak dia.

Alip: Ngarut arr... weh apei, nanti kita pi balik pulau tu nak tak? 2 minggu aku kat sana, aku ada kenal ngan sorang awek ni...perhhh cun beb...

Apei: Abis tunang kau mcm mana? kau jadi ke tak kawin ujung tahun ni?

Alip: Entah la apei... kita pi pulau tu weekend ni nak tak? kita jumpa awek tu..

Apei: arrhhh... tak payah.. aku dah tak nak telibat lagi ngan kau punya masalah 'percintaan' letih aku.. aku pun nak bawak bini aku pi pangkor minggu ni.. kau pi la sorang-sorang.. selama ko hilang ni, tunang ko tak carik ko ke?

Alip: entah..tak ada pun..

****aku termenung mendengar jawapan Alip****

Apei - budak kampung
p/s: kisah ini adalah rentetan dari surat aku untuk alip (sila lihat entri july di bawah tajuk 'stress management' )

Comments

Fakhzan Marwan said…
erkk..nak gelak ker nak nangis nih...? :D

nih kisah benar kah?
dan en.faizal dah pon dijumpai...i mean..dah tau dia wujud disni dan duduk mana...orang nyer tak jumpa lagik...
hehehe..kisah benar. banyak cerita saya dengan En Alip ni sebenarnya. dah alang-alang ada blog ni rasa sayang plak tak tulis sikit2 pasal dia. ooo really, good news. selamat berkawan la di bumi durham. dia tinggal mana saya pun tak sure tapi dengan wife n sofea (anak faizal).dia baru beli merz dengar citer? miss pun pakai merz jugak ke kat sana?
n a d e a said…
hahhaha
kelakar kwn ko ni weh..
xserik2..
adehhhhhhhhhhh
tau tak per.. penat dah aku..
Fakhzan Marwan said…
Faizal dah bli merc? wow..baru sampai dah bli....hebat nyer...tak..saya tak bli kete kot...and will never buy merc..i rather use the money for travel around the world!

how's en.alif?
Setakat semalam (9 Oct 2008), masih lagi berada di kl. melalui perbualan talipon ketika saya di pangkor dia tak ada sebarang perancangan untuk menghilangkan diri lagi. baru sahaja kehilangan kerja sebab dah 2 minggu tak datang kerja tanpa notis. alip..alip...

Popular Posts