futsal punya pasal..

Assalamualaikum wbt,

Rabu (12 Nov 2008) - Semalam lepas ajer waktu keje aku bergegas balik. Demi memenuhi permintaan rakan-rakan sepasukan aku turun jugak ke padang MPAJ bermain bola. Ujan rintik-rintik pun aku redah gak! Lepas game, Yazed memulakan campaign liga futsal anjuran pemuda PKR tak lama ajer lagi. Cakap ala-ala mcm gaya 'Sir' pengurus MU yang tewas ngan Arsenal baru-baru ni.

Yazed: Apei, mcm biasa aku letak kan kau kat line-up simpanan utama. Ada orang injured je kau terus masuk!

Aku buat muka pot-tak-pot jer... Perjalanan balik ke rumah, kepala otak aku teringat-ringat kemalangan ngeri 6 bulan lepas dalam gelangang futsal.

Jelas lagi dalam ingatan aku mcm mana aku di-injured-kan oleh pihak lawan gara-gara aku berjaya 'mengentel' pertahanan lawan dengan gaya skil bodoh mcm c.ronaldo (MU)... sebaik aku dah one-by-one ngan goly, aku menarik langkah dan mengumpulkan sepenuh tenaga untuk melepaskan satu rembatan padu maut, belum sempat rembatan di lepaskan, kaki aku di bentes kejam oleh pihak lawan menyebabkan aku jatuh terduduk dan terus tuuuttttt*** (malu nak cakap beb..terus black-out!)... nasib baik mamat tu bentes aku sampai pengsan. Kalau aku tak pengsan masa tu, aku bersumpah aku akan pastikan dia yang pengsan!!!

Sedar-sedar kat luar court, mail burger renjis muka aku ngan air sambil mulut terkumat-kamit mungkin tengah jampi air tu kot. Aku rasa seluruh kaki aku kebas, arr aku ingat aku dah lumpuh. tetiba ingatan aku pada marlina. Pesan dia sebelum aku pi main futsal "tak payah la main futsal tu, dok rumah jer la... esok nak keje lagi.." aku jawap " alaaa kejap jer.. demi sebuah kesihatan!"

Lantaran aku dah langsung tak mampu nak bangun, aku terpaksa di papah ke clinic idzham pandan jaya. Di sana aku di beri suntikan penahan sakit, tapi aku rasa masih sakit jugak. Esoknya, baru aku di bawa ke Ampang Puteri. Kat sana barulah aku mendapat rawatan, di buat MRI, dan mcm2 laa.. akhirnya di dapati tulang belakang aku, T5 sedikit retak. Giler aper main futsal sampai retak pinggang?! Aku ingat lagi muka mamat yang bentes aku tu.. aku jumpa dia aku langgar dia...

4 minggu aku merengkok atas katil. Dah rasa mcm orang kena stroke plak... nyesal tak ikot cakap marlina. tu lah kali terakhir aku main futsal tahun ni..

Yazed ajak aku join lagi futsal tournament plak.. patut ke aku join?

apei - budak kampung

Comments

Fakhzan Marwan said…
salam..

:D pinggang nak pakai seumur idup...:D main futsal umur 40 pon bleh lagi....:D

take care yer.
~mardihah~ said…
hmmm...sekrg apei, rajin update blog.tahniah ye...ermmm ikutkan pinggang nak guna akhir hayat. Main futsal boleh, takut injured nanti...kes naya..

semoga selamat sahabat!
Miss nur dan mardihah - thanks for nasihat dan ambil berat. itulah yang marlina selalu nasihat saya jugak. tapi degil saya ni memang tak abis2.. lagi-lagi pasal bola ni.. emm entahlah. mungkin lepas ni gantung kasut terus kot.
LaNk said…
Salam... Just nak share blog... bungatanjungteam.blogspot.com
Be follower if u like... TQ.. Sumimasen due to interuption.. Maap :)

Popular Posts