Satu Lagi Keajaiban Allah ke atas ku...

Assalamualaikum wbt,

Selasa (4 Nov 2008)

Wahai Mohd Firdaus,
Apa lagi yang perlu kau bicara? Apa lagi yang sedang kau termenungkan?
Belum pun sempat matahari hari ni tegak di atas kepala satu lagi doa kau telah dimakbulkan..

Masya'Allah.. besar sungguh kuasa Allah, cepat sungguh dia mendengar apa yang aku minta, cepat sungguh dia makbulkan apa yang aku pinta...

Antara doa-doa aku subuh tadi "Ya Allah, Kau rahmatilah guru-guruku, kurniakan mereka segala kebaikkan dunia dan akhirat, kau ampunkan dosa-dosa mereka, dan kau izinkan aku mendapat khabar mereka sekiranya mereka mengingati aku...."

Pagi ni aku masuk ke pejabat seperti biasa, setelah kerja-kerja sebelah pagi ini selesai, aku membuka blog seorang sahabat lama, sekadar ingin tahu perkembangan sabahat ini dan bertanya khabar.. sungguh pula aku tak sangka ada satu pautan tertulis missnur.. aku click dan berharap miss nur yang aku cari di sana..

Alhamdulillah.. betul, Nurfakhzan Marwan, seorang dari ratusan guru-guru yang pernah mendidik aku. Aku teliti muka ke muka tulisan miss nur.. Alhamdulillah, dari tulisanya aku tahu dia sihat, gembira dan sedang di dalam rahmat Allah swt..

Apa lagi yang perlu aku ragu, memang Allah sentiasa mendengar aku.

apei - budak kampung.

p/s: Ms Nur masih di UK menghabiskan Phd beliau, aku tertanya juga sendiri, miss nur ada tak terjumpa dengan faizal abdullah yang kebetulan juga berada di Durham?

Comments

Fakhzan Marwan said…
Salam

Owh ...menitik jua setitis dua air mata saya membaca nyer..alhamdulillah..i'm happy ...cuma stress sket..biasa ler..susah bangat phd nih...

awak dapat link blog mana..?

faizal abdullah? tak kenal ler...i mean..saya tak berapa kenal sangat bebudak lelaki nih..dia amik apa...dia dari mana, uitm ka, upm ka..?

and i hope..you are extremely happy..:D
W'salam,
Saya akan doakan Ms Nur success mcm mana ms nur doakan budak2 banking masa kat jengka dulu. Dont worry... Faizal Abdullah tu dia scholar BNM ni. dia buat master ambil course corporate finance kot kalau tak silap..

Hari ni mmg saya sgt happy, ada 2 perkara buat saya happy..
Pertama sebab jumpa ms nur, kedua sebab ms nur masih ingat pada saya..
Fakhzan Marwan said…
Of course i still remember you. You are indeed, one of the coolest, as well as one of the kindest guys I've ever met.

Scholar BNM? Ehm, sini cuma ada sorang jer BNM scholar, and his name is Syahmi...takper, i'll find out later.

Eh, blog mana yang awak jumpa blog saya?

Comel nyer isteri!!! Damn sweet..tapi tak nampak sangat sebab awak tangkap dari sudut2 artistic..hahahaha...

And you definitely have flairs for photography. Very beautiful shoots.
Jgn la puji melambung miss. hehehe... saya dapat dari budak kelas sya jugak fairus nadia. dia ada link blog miss. saya pun tak tau mana dia dapat. Photography tu sebab saya minat jer. kadang-kadang ada la dapat duit poket skit dengan camera ni.

Popular Posts