Baby car sit..

Assalamualaikum wbt,

Isnin (12 Zulkaedah 1429H) - Jumaat lepas beberapa rakan department aku telah membelikan baby car sit untuk Orked di sebuah pasaraya berhampiran office aku ni. Kemudian resit diberikan kepada aku supaya aku boleh menuntut barang tersebut dari pasaraya tu. Hajat di hati lepas kerja hari ni aku nak pergi ambil lah.. sampai di sana, aku tengok... alamak besar sagat lah pulak benda tu. Memang tak terlarat aku nak angkat sorang. Aku mengatur strategi, terus aku dail nombor kawan-kawan yang mempunyai kenderaan.. Dan inilah hasilnya:

***Aku call Alip***

Apei: Assalamualaikum wahai sahabat-ku (cakap kena lembut pasal nak mintak tolong)
Alip: Waalaikumsalam, apei.. tolong aku...
Apei: Aku call kau ni pasal aku nak mintak tolong kau, tapi belum sempat aku cerita kau dah mintak tolong kat aku dulu..
Alip: Kau nak mintak tolong aper pulak?
Apei: Aku kat S#G# ni (nama pasaraya tu), aku nak amik car baby sit anak aku. Tolong amik aku kat sini boleh tak.
Alip: Aduh Apei.. aku tak dapat arr.. aku sakit perot ari ni.. dah seratus lapan puluh lima kali aku masuk jamban ari ni.. tu tak kira lagi semalam..
Apei: Aperhal plak kau ni?
Alip: Aku semalam tetiba teringin nak makan ais cream, aku pi la pasaraya the store kat pandan indah ni, aku beli la ais cream. Kedekut punya pasal, lepas beli aku terus bawak masuk dalam bilik aku bedal sorang-sorang satu balang. Sedap bukan main lagi..puas aku! Lepas aku dah abis jilat sudu semua, sajer-sajer la aku gatal nak belek-belek balang ais cream tu, aku tengok dah 2 minggu lepas tarikh expired nyer.. perhhh jam-jam tu gak perot aku mcm ada tsunami...
Apei: Ok arr... kau rehat arr kat rumah. tu arr lain kali makanan tu kongsi.. kedekut tak abis-abis!!! Tuhan tu marah..
Alip: Arrhhh nak kutbah tunggu ari jumaat arr...
Apei: Suka ati aku arr mulut aku, aku nak kutbah ari aper pun..
***talian putus, alip letak talipon (merajuk arr tu)****

Aku call sorang lagi kawan aku yang aku fikirkan sesuai untuk membantu aku dalam usaha membawa pulang barang yang dibeli tersebut.

***Aku call Sharil***

3 kali panggilan di buat, tapi balik-balik awek dia yang jawap.. Aku naik feed-up. Aku nak mencarut jer rasa kat awek dia tu..

Antara dialog yang awek sharil ulangi bila aku call hp dia:

"Nombor yang anda dail tidak dapat dihubungi, sila cuba sebentar lagi!"

Mengarut betol!

Dan akhirnya setelah aku termenung kat tepi escalator S#G# sambil memikirkan saper lagi aku nak call ni.. tetiba terlintas seorang lagi manusia. Man nama dia. Aku call Man.

Apei: Kau kat mana? Balik kol berapa ari ni?
Man: Aku kat opis lagi, sikit lagi balik arr.. aper citer?
Apei: Nak mintak tolong kau ni. Kang kau nak balik kang kau datang S#G# jap. Aku ada barang nak bawak balik sekali.
Man: Barang mender plak? Sejak bila plak kau pandai main 'barang' ni?
Apei: Gila bongok.. bukan 'barang' tu.. aku nak bawak balik car baby sit anak aku ni!
Man: Woi berat tu... nak tolong boleh, pengeras mesti ada arr..
Apei: Kau kalau tak ada pengeras tak boleh ke?
Man: Kalau tak ada pengeras tak mujarab beb!!!
Apei: Kau nak aper:
Man: KFC Zinger Burger dah arr.. tu kira ala kadar jer tu..
Apei: Pttuuiihhh.. berkira!
Man: Ok arr.. kang nak sampai aku roger kau!
Apei: Kol berapa?
Man: 640pm kau stand-by!
Apei: Roger-out!
Man: Adios!!!

Akhirnya ada jugak manusia yang sudi membantu aku, tapi kalau dia tak nak bantu aku pun aku akan tetap suruh dia bantu aku. Kalau dia tak nak jugak, malam nanti aku akan tomoi perot dia!!! (Man a.k.a Mr Gar adalah adik aku!)

Moral: kawan mcm mana kamcing pun, bila susah, adik beradik jugak yang akan tolong kita. Bak kata orang lama, air dicincang takan putus!

apei - budak kampung

Comments

ezrina said…
hahahaha :D lawak arr apei ni...
Sogo dia gi eja mcm nak cover2..ckp jelah sogo...apa nak risaunya... tp bila pasaraya The Store..terang2 pulak dia sebut ahaahahahah :D
hehehe... sajer je tu...
Ammal said…
Makin lama awak hidup, makin ramai kawan yg kononnya 'kawan', makin awak mengenal erti kehidupan!

Selamat berkenalan!
Ammal - Terima kasih atas peringatan. Salam perkenalan :)
ABU LUQMAN said…
Assalamualaikum,
Salam Ukhuwah (Persahabatan).Saya tinggal di Kg Tasek( Ampang Campuran) Ampang- tau kot tempat tu Tahniah dengan kedatangan orang baru buat apei dan isteri dan tahniah juga atas kejayaan membawa pulang baby car sit untuk orked.
abu luqman - terima kasih kerana singgah. terima kasih atas ucapan tahniah. Ampang - saya tahu tempat tu. saya kini di pandan indah.
Fakhzan Marwan said…
Salam

tahniah dapat baby car seat..berat ker? hahhaha...nampak cam ringan kat sini...tak pernah plak saya mengangkatnyer...

how true...memang kalau adik2 saya ada problem jer...saya la orang pertama di cari..bukan mak, bukan ayah...ni now kat UK pon masih cari...penat hati saya yang pikir their prob plak...hahahha...macam la saya bleh contribute aper2...:D

hope en.alip dah belajar dri kesilapan ~ tgk expired date!

Popular Posts