apa kes gua kena tag?

Assalamualaikum wbt,

hilang hensem gua kena buat tag. dulu-dulu ada gak 2-3 rakan mengetag gua, tapi sebab gua jawap mcm sampah. sampai hari ni tak ada orang suruh gua tag lagi. hati gua berbunga riang. sampai arr pagi ni, ada plak sorang makhluk tuhan paling seksi dengan penoh sopan mengetag gua..

Sebelum gua jawap;
kata setan kiri "lu jawap jer mcm sampah sure pas ni lagi 10tahun baru lu kena getah tag ni lagi!"..kata malaikat kanan "apei, tuhan sedang berbicara soal jujur dan iklas. pasal tu lu kena tag"

Memandangkan air semayang gua yang subuh tadi tak batal lagi, so gua amik channel kanan!

Starting time:
10.01am

Nama ikot ic:
Mohd Firdaus Mohd Nor (tok gua bagi nama)

Sister:
Lela a.k.a Ms Kul (bongsu)

Brother:
Man a.k.a Mr G (bawah gua) - 3 beradik jer gua sulong!

Saiz kasut:
kasut keje saiz 8, kasut bola saiz 7.5, kasut jalan2 saiz 8.5, kasut pi jogging saiz 7.5, kasut untuk gadoh saiz 10.

Tinggi:
gua pendek bila dibandingkan ngan mat salleh, tapi gua rasa gah bila dibandingkan ngan orang nepal. tinggi gua secara official tanpa bantuan kasut tumit tinggi ialah 170cm.

Tempat tinggal:
sekarang kat cheras, kl

Penah naik kapal terbang?:
apa punya soalan ni? gua akan naik kapal terbang kalau tempat yang gua nak pi tu jauh lebih dari 4 jam driving. pasal gua tak suka bawak keter..

Berenang kat laut:
masa kecik dulu arr.. gua mmg pantang nampak air, mesti nak berenang. Lopak air depan rumah pun gua jadikan swiming pool rasmi geng2 gua. sempat gua buat business kacang ngan air sirap!

Tido dalam kelas?:
ni memang lokasi kegemaran gua untuk tido masa kat asrama dulu. pantang cikgu jepri cakap "ok take five" abis gua bantai tido sampai abis kelas.

Memecahkan hati orang?:
biasa arr saling pecah memacahkan hati.. akhirnya berpecah belah..hehe.. sakit hati bila kenang!

Penah tunggu orang call sepanjang mlm?:
bagi gua tido adalah lebih penting dari sebuah panggilan berbaur jiwang!

Simpan email?:
kalau penting gua simpan, kalau dah nama sender pun gua tak berkenan.. terus gua trash kan ajer..

Mcm mana rupa bilik ko:
rahsia arr mana leh bagi tau! bilik gua bini gua yang deco..mmg best!

Amender kat sebelah ko sekarang?:
canon dslr 40D, lense 10-22mm, external flash, 4gb SD card, cokelat toblerone orang bagi atas meja gua pagi tadi (gua pun tak tau saper), wafer milo bini gua bekalkan pagi tadi! (semuanya atas meja gua kat opis sekarang)

Last sekali benda yang ko makan?:
sarapan gua pagi ni coklat toblerone dan wafer milo..

Penah kena chiken pox:
dah 2 kali gua kena. meninggalkan parot lagi.. gua mmg benci benda ni.

gelak besau:
tak penah kot..

Patah hidung:
mematahkan hidung orang lain penah arr..

Percaya cinta pandang pertama:
perhhh.. mcm citer novel melayu arr..

Suka berkelah:
jawapan gua ialah tidak!

Dengan siapa last sekali ko menari?:
gua memang tak suka menari. last sekali gua tepaksa menari apabila bini gua ajak berpartner menari poco-poco. amender punya tarian entah!

Last sekali buat ko senyum:
pagi tadi sebelum gua pi keje orked senyum bila gua cakap dia masyam!

Hari ni ada ko cakap ngan orang ko suka:
emm ada kot.. tak ingat laa..

Kiss anyone:
anak gua..MESTI!

Sakit?:
semalam, pasal gua tak cukup tido. Doc syak gua dijangkiti sejenis penyakit nama nyer insomnia.. amender tu?

Rindu seseorang:
yer.. anak gua.. MESTI!

Saper ko paling benci:
ni la satu kelemahan gua.. gua sgt susah nak benci orang.. kalau menyampah atau meluat tu mmg selalu arr..

Suka tulisan tangan ko?: gua suka, tapi setakat ni tak ada orang pun cakap suka tulisan tangan gua. biasanya orang akan tanya gua "boleh tolong baca kau tulis aper?" mungkin terlalu cantik sampai tak sanggup nak baca..

Cat ibu jari kaki?:
pagar rumah gua yang karat tu pun gua tak cat2 lagi, ni kan pulak nak cat jari kaki.. aper kes?

Kau pakai baju kaler aper sekarang?:
kemeja biru ngan tie biru ada merah skit2.. pagi tadi bini gua cakap gua nampak kacak pakai baju biru? gua dah tak sedap ati..

Kau ni jenis 'friendly' ke?:
gua memang suka buat friendly match futsal ngan team kampung sebelah.. jadi kira gua ni friendly arr..

Ada binatang peliharaan?:
binatang tu tak ada lagi buat masa ni, tapi kalau serangga tu mmg ada. rumah gua ada nyamok, lalat sikit, dan kadang-kala ulat gonggok. diorang mmg suka join gua tengok tv sama-sama start dari lepas magrib.

Tido dengan tv terpasang?:
emm.. tv rumah gua auto shut-down kot, tapi keesokan pagi mesti bini gua bercerita tentang kepentingan penjimatan electric di rumah. gua syak bini gua shut-down tv kot..

Sekarang ko tengah buat aper?: gua banyak giler keje depan mata, tapi gua runcit2 buat tag ni.

Ko rapat ngan mak ke bapak:
jawapan gua ialah dua-dua. pasal dua-dua penting pada gua. mak gua ialah tempat untuk gua buat personal loan kalau ngah sengkek, bapak gua pulak tempat gua berkongsi citer dan gossip di kedai mamak..dan dah tentu makan gua ditaja penuh!

Adakah ko mengamalkan pemakanan sihat?:
oohh tu dah mesti. gua mengamalkan gaya hidup makan selagi boleh.. agar perot gua sihat dan tak lapor.

Kalau bad day ngan saper ko jumpa?:
mcm gua citer arr.. gua akan lepak ngan dato' sri (bapak gua), citer ngan dia pastu dia belanja gua makan kat mamak. sure gua kembali cool..

Ko senyap ke bising:
kalau lu bising, gua ada cara nak buat lu senyap!

Ko confident?:
mesti arr.. hidup kena ada confident. kalau tak ada confident susah arr nak hdup..

5 benda yang ko penah buat 10 tahun lepas:
giler banyak. jgn kata 10 tahun lepas, 10 minit lepas pun gua dah buat lebih dari 5 benda.. gua senarai arr benda yang gua ingat. 1998 - zaman samseng gua kat sekolah, ponteng sekolah tu kira mcm makanan gua jer, penah nyaris mati lemas kat sungai masa gua ponteng sekolah, keter baru cikgu low siew peng calar gara2 gua dan sahabat kantoi tido kat pusat sumber time class, samseng-samseng gua pun tapi gua sempat gak dilantik jadi pengawas, ajk pusat sumber, ketua kebersihat peringkat kelas, ketua kontigen rumah merah, dan captain team bola kelas gua.. (rasa mcm dah lebih 5 ni)..

5 benda yang ko buat kalau billionair:
1-gua beli rumah kat mekah, dok sana..hari2 gua leh buat umrah, tiap2 tahun gua leh buat haji. 2-bukak business jual unta.
3-tolong orang susah, pasal gua pun orang susah.. gua tau pedih jadi orang susah mcm mana.
4-repair lap-top gua yang rosak ari tu.
5-belanja rakan-rakan gua shopping jajan kat kedai pak akam..

5 perangai burok ko:
gua mana ada perangai burok!

5 tempat yang ko penah tinggal:
lahir kat malaysia, besar kat malaysia, sekolah kat malaysia, keje kat malaysia, kawin kat malaysia.. mmg gua anak malaysia!

Mangsa seterusnya: tak ada...

harap makhluk tuhan paling seksi berpuas hati..

apei - budak kampung

Comments

goasop said…
sempat gua buat business kacang ngan air sirap! <<--- ha3. pengakuan zaman kanak2 riang ribena~
1. cat kuku kaki tak perlu..cat sajerla gg yg hitam berkarat tu =P *biasanya gg lelaki kuning kehitaman sbb merokok*

2.nk buat rumah kat mekah? nk gi haji tiap2 tahun? sgt mengujakan...
n a d e a said…
hahahha
aku kah mkhluk tuhan itu??
adeiiiiii


okeh2.. puast ati
tenkiu2
agaggagga ;p
waaaa...berenang kt lopak???buat bisnes???ermm
gangster kah kamu?? gulp..
Jocko said…
Tag yg jenis panjang2 ni,,, malas betul aku nak join... byk keja la...
goasop - biasa arr side income buat beli guli..

dakgilachoc - 1-gua tak smoking, dulu ada arr zaman2 kegelapan dulu. 2-tau tak per.. gua rasa orang melayu belum ada lagi buat mcm ni..

nadea - ok welcome..

toney - hehehe.. kat kampong kalau lopak pun leh mancing puyu..

nard indi winkie - sekarang jer dah kurang skit..huahahahaaa..

jocko - tapi kalau orang dah tag lu.. kena gak buat bro.. kalau tak hilang arr macho..
antusabun said…
Baik hati boss lu. pkol 10 pagi lu buat tag..
antusabun - boss gua mmg mengasih orang nyer..

Popular Posts