kalau lu tak alim jgn tunjuk alim

Assalamualaikum wbt,

pagi ni mood gua tak berapa cantik. 1-pagi2 buta tadi lepas subuh kucing jiran gua dah berak kat depan rumah gua. kalau kali pertama gua ampunkan, masuk ni dah 3 kali gua kena angkut najis binatang tu buang kat longkang! 2-tadi jem agak teruk gua nak datang opis, gua cukup pantang kalau orang jenis potong que kat trafic light! pantang!!! tak per gua masih cool... 3-sampai opis, baru gua perasan pas kakitangan gua tinggal kat dalam laci kat rumah! mcm mana gua nak masuk opis? ni buat gua hilang sabar!

mlm semalam meal burger sms gua "apei, gua sudah jatuh hati dengan sorang gadis. warak, tudung labuh, cute dia... perhhh.. kalau dia amik wudhuk pakai air laut, leh jadi manis air laut tu!"

gua reply "cakap arr kat dia.. confident skit"

"gua ni rasa mcm tak layak jer beb.. jahat aku ni!" jawap mael burger.

"yang penting jadi diri sendiri, tak payah nak menyamar jadi warak pasal perempuan. binasa lu nanti!" amaran gua..

gua citer kat mael burger pasal satu kejadian yang gua terbaca dalam email agar menjadi tauladan buat beliau.

gini citernyer..

Abu leman seorang mat rempit yang sgt jahat. satu hari abu leman telah terpikat dengan seorang gadis kampung yang baik, alim, warak dan sungguh cute. demi mendekati gadis kampung tersebut, abu leman telah menyamar menjadi seorang yang warak dan alim. songkok yang tak pernah dipakai melainkan untuk semayang raya kini hari2 dipakainyer.. tasbih mmg tak lekang dari jari.. arang dari bontot kuali jugak tak pernah abu leman lupa untuk disapu di dahi.. menjadikan penyamaran abu leman sempurna.

satu hari abu leman dipelawa untuk bertemu orang tua gadis kampung tersebut. berbual panjang lebar bermacam cerita sampai tak sedar dah larut mlm... akhirnya orang tua gadis kampung mempelawa abu leman agar bermalam ajer di rumah mereka.

subuh hari, atas kewarakkan abu leman setanding wali-wali, maka orang tua gadis kampung minta abu leman mengimamkan solat subuh hari itu..

selesai rakaat kedua, abu leman tidak memberi salam, lantas terus bangun untuk rakaat ketiga.

selesai rakaat ketiga, baru abu leman beri salam tanda selesai solat subuh abu leman.

bapa gadis kampung: emm ustaz abu leman, boleh pakcik tanya sikit?
abu leman: yer pakcik, silakan..
bapa gadis kampung: tadi kenapa ustaz abu leman solat subuh 3 rakaat?
abu leman: haa aper? 3 rakaat? biar betol pakcik, saya ingatkan dah 4 rakaat dah! teriak abu leman sambil menepuk dahi. terkejut benar nampak riak wajah abu leman..

mael burger terdiam dengar citer gua!

apei - budak kampung

Comments

err...errrr....sy pn terdiam baca cerita ni.....=P
goasop said…
adeh.. ujian di pagi hari.. tapi bab potong que kat traffic light tu mmg tak suka..

sesuka hati dorang je nk menyelit~ iskk
sultan said…
taik kucing tu...

mmg bole membawak kpd pecah belah...
nurfairuz said…
jadi diri sendiri dan biar ikhlas niat di hati (",)
Monkey D Luffy said…
adus... nak betulkan jadi tambah salah ler plak.
dakgilachoc - naper terdiam?

goasop - tau tak per..

sultan - bukan takat pecah belah, boleh bawak perang saudara beb..

nurfairuz - yer betol..

monkey d luffy - tu la pasal. kalau tak alim jgn buat2 alim.
Ahkak said…
Kucing tuh, memang akan sentiasa buat cam tu. Dia dah tanda tu port dia untuk buang... ada bau! Tabiat kucing & anjing kan memang camtu...

Try ler cuci kawasan tu pakai sabun basuh, scrub pakai garam & last curah dettol... Kalau tak berjaya jugak, mintak maap ler... Tak dapat nak bantu dah...
ahkak - thanks for tips..

Popular Posts