nama dan gelaran

Assalamualaikum wbt,

Beberapa minggu sudah ada sorang rakan dari facebook singgah ke blog aku, kemudian dia meninggalkan msg "Mcm mana kau boleh dapat nama apei? dan gelaran member2 kau dalam blog tu?"

Aku reply "Biasa laa..orang kampung mmg suka ada gelaran2 mcm ni. Mcm mana leh dapat gelaran tu? ada yang aku ingat dan ada yang aku tak ingat... kalau yang ingat tu nanti lah ada masa aku tulis dalam blog aku"

Antara rakan taulan aku:
ajed, nama panjang mohd yazed bin sudin. panggilan ajed. nama ajed tu dari kecik lagi pasal dia pelat. bila orang tanya "nama kau aper?" dia akan jawap "nama cayer yajed" so lama-lama jadi ajed. beliau masih lagi belajar sekarang menghabiskan master dan tak lama lagi nak buat phd lak.. (belajar tak abis2, bingai mcm tu gak!)

black, nama betol karim. panggilan black bukan pasal dia berkulit gelap tapi dia seorang yang berhati gelap. suka buat jenayah mencurik makanan ringan di pasaraya masa ponteng sekolah dulu. belajar sampai oversea, gaji ribu2 tapi amat takut kepada perempuan! hampeh!! dah tua pun tak kawin2 lagi..

buyong, nama sebenar Ismail Rashid, nama buyong tu adaptasi dari fizikal mamat ni yang besar dan bersikap buruk lantak. berjawatan sebagai pengarah urusan di sebuah kedai buku agama di puduraya.

mail burger, nama betol dia pun Ismail gak. Dulu masa kecik dia tolong bapak dia meniaga burger sampai hari ni dia telah mengambil alih business bapak dia, berjawatan sebagai CEO stall burger bapak dia.

osman kobis, dia ni rakan satu asrama aku dulu, kebetolan jugak dilahirkan satu kampung ngan aku. nama dia Osman Zainuddin. nama osman kobis tu datang sebab dia amat menyampah dengan sayur kobis. kalau kat hostel dulu masak lauk sayur kobis, maka rakan-rakan lah terpaksa menghabiskan kobis beliau! kalau mak dia masak sayor kobis, dia sanggup tak makan, merajuk dok bawah pokok binjai..

kijel top, nama dia khaizir, dia ni rakan merangkap sepupu aku gak. nama kijel top tu lahir seiring dengan kelahiran sebuah kedai cyber cafe bernama 'top connection'. minat kijel yang mendalam terhadap komputer mendorong beliau banyak menghabiskan masa di top connection dari berada di rumah mahupun sekolah.. maka dia dikenali sebagai kijel top. berjawatan sebagai penjaga paking di dayabumi..

Antara jiran tetangga aku:
Abang loan, nama dia Abdul Rani. dia keje kat bank dan menguruskan permohonan personal loan. jadi kami ramai2 menggelarkan dia abg loan. so saper2 nak buat personal loan leh lah berurusan terus dengan abg loan.

Pak Abu PAS, nama dia abu. dikenali sebagai pak abu. AJK surau, pengerusi JKKK tempat aku, dan anak dia baru kawin ari tu. Penyokong kuat PAS dan kalau bercerita mcm dia ni seorang menteri besar. tapi tak ada apa2 jawatan pun dalam PAS di peringkat pusat mau pun bahagian..

Apis lembut, nama betol Mohd Hafiz Abd Kadir. baru abis belajar kat ireland. sekarang jadi doktor pelatih kat klinik kerajaan. mulut sgt celupah. suka mengutuk aku dan rakan2.. bersikap lembut dan ala2 maknyah! maka kami gelarkan dia apis lembut.

Abg BM, nama dia Zainuddin, agak kerek sebab dia pakai BMW 3series yang tahun 80-an punya tu. Kadang2 join aku main bola. tapi ada lebih baik dia jgn main sebab kalau main pun tak sampai 5 minit sembur ubat asma, lari lagi 2 minit sembur lagi ubat asma, lari lagi 3 minit sembur lagi.. bikin panas arr...

Itu antara yang sempat aku ingat dan flashback pagi2 ni... ramai lagi sebenarnya..tapi memang unik kan.. aku rasa dalam dunia ni, bangsa melayu ajer yang mcm ni.. dalam blog abg mamat khalid pun baru2 ni ada citer pasal isu nama dan gelaran ni.. itulah unik budaya kita..

apei - budak kampung

p/s: mana datang nama apei? nantilah aku tulis dalam entri lain..hehe..

Comments

antusabun said…
Gua orang panggil hantu. Dulu sebab perangai macam hantu. Tapi sabun tu sesaja tambah. bukan sebab suka main sabun..haaa.. otak jangan kuning plak ye. Tapi hati gua baik..
nama dan gelaran mengingatkan pada cerita man laksa. dlm cite tu sgt2 byk gelaran. haha..
antusabun - gua tau lu baik tak suka main sabun. tapi tokey kedai runcit kat rumah lu cakap kalau lu beli sabun 3 buku tahan 3 hari jer.. mcm mana tu bro?

nard indie winkie - man laksa contoh terbaik budaya kampung. miss it so much!
aku nak merusuh - ajed said…
chilaka lu.. bila plak aku pelat?! lu menipu masyarakat ek! lu berani turun arr sekarang tengok satu kampung libas lu!
man said…
ajed sms gua dia cakap lu menabur fitnah dalam blog! sejak bila plak gua merajuk bawah pokok binjai bro? gua lepak kat pokok koko opah lu jer.. makan buah koko.. luper ke?
black d'garang! said…
iblis lu cakap gua takut pompuan. binasa arr keting lu gua takek petang ni.. musibat!!!
ni arr gua punya rakan taulan.. pesen tak sedar diri punya manusia!

Popular Posts