Thursday, January 29, 2009

tokoh maal-hijrah.

Assalamualaikum wbt,

minggu lepas, sabtu malam ahad. kat kampung. lepas isya kat surau, gua lepak kat kedai kopi akob koboi. hassan snake the eagle shadow, osman kobis, kolong dan wan sopak pun ada sama.

kami boikot pamper (fun fair) tokey wong kat pekan! pasal tu kami lepak kedai akob koboi jer. tokey wong buat pamper untuk tabung amal palestin. kalau ikot jadual, malam minggu show paling grand pasal ada konsert rock ngan magic show. badut jual belon terapung pun ada khabor nyer. (lanjut tentang pamper disini)

tapi gua tak layan semua tu!

gua tanya hassan snake the eagle shadow,

apei: mana pegi orang tua kg ni, sorang pun gua tak nampak? gua tengok papan dam pun tak berusik.
hassan snake: semua lepak pondok mewah pak ali klubi.
apei: ada kenduri ke?
hassan snake: malas gua nak citer. bapak gua pun dah sangkut kat sana. esok kita pi tengok lu tau la sendiri.

ahad malam isnin, gua, hassan snake the eagle shadow, dan wan sopak kumpul kat depan balai raya. gua naik motor honda C70 hassan snake yang dah modify ekzos bunyik garau. wan sopak naik honda fame color marron. no plat pun tak ada. tulis pakai kertas kotak jer pastu gantung pakai dawai. chilakak wan sopak, no plat pun tak mampu nak buat baru. nasib baik gua bukan polis trafik, kalau tak memang gua dah saman.

10 minit, tiba di pondok mewah pak ali klubi, memang ramai orang tua kat situ.

apei: Assalamualaikum, pak ali...
pak ali klubi: Waalaikumsalam.. malam ni dah full kalau nak esok datang awal skit.

(sahut pak ali klubi dari bilik)

apei: amender yang full?

pak ali tak jawap. tetiba awang buntal (cucu pak ali) keluar dari bilik.

awang buntal: abg apei kalau nak urut jugak, tulis nama dalam list ni lepas tu amik nombor. kira mcm booking tempat lah. tapi esok la. hari ni dah penuh. esok abang apei datang awal skit.

terdiam gua.

apei: atok lu dah tak ubat orang lagi ke?
awang buntal: ubat jugak. tapi sekarang dah kurang orang nak berubat. tu yang atok buat business urut. lagi pun ekonomi dah meleset. harga sawit pun jatuh.

gua memang kagum dengan pak ali klubi, kepala business dia memang best. dari pemerhatian gua, modus operandi pak ali klubi senang jer, dia menarik perhatian orang2 tua kampung tu dengan memasang tape wrestling. sambil2 tengok wrestling pak ali klubi mengurut orang. boleh tahan gak charge pak ali. siap ada package. lu nak mcm mana cakap jer!

selain service urut yang di selengara oleh pak ali klubi, awang buntal turut buat business. sewa vcd wrestling! amacam?

gua syak pak ali klubi boleh jadi tokoh maal-hijrah peringkat kampung tahun ni. melayu kuat business mcm ni gua mmg tabik!

apei - budak kampung

gua cukup pantang!

Assalamualaikum wbt,

amaran: ini adalah entri serius. sila jgn gelak, senyum pun tak boleh!

semalam, kat opis. keje banyak. gua di perkulikan tahap mcm kunta-kinte. chilakak. Petang, dahi gua dah rasa kebas semacam. tanda stress!

jam ditangan, 540pm. dengan lafaz bismillah, gua tutup pc, merangkak bawah meja menuju pintu dan cabot.

hi-way grandsaga cheas-kajang sungguh clear. hati gua berbunga riang. matahari juga cerah seolah menterjemahkan perasaan ini. "kan bagus hari-hari mcm ni!" bisik gua.

dengan mata kuyu (tanda cool) sambil layan lagu seksefon kenny-g, keter ferari buatan tempatan milik gua meluncur dengan lancar pada kelajuan standard hi-way 100-110km/h.

tiba di simpang nak masuk kawasan perumahan setinggan mewah berhampiran kediaman gua, ada traffic light, sebijik kereta BMW 3series dengan gaya mewah, driver pakai cermin mata hitam parking sebelah keter gua nak tunggu lampu hijau. ferari gua line kiri, BMW line kanan.

trafic light simpang tiga, rumah gua masuk ke kiri, bandar tun hussein onn masuk kanan.

lampu hijau.

gua tengok BMW bagi signal kanan, gua bagi signal kiri. gua dan BMW seiring dan sejalan. meter kelajuan pada takat 40km/h. sampai kat simpang tetiba BMW masuk kiri.

gua tekan brek secara emergency! kalau leka, memang gua tak update lagi blog hari ni! atau mungkin sampai bila-bila......

apei - budak kampung

p/s: gua pun ada masalah dengan daya ingatan gak, tapi gua masih boleh beza kiri ngan kanan. pesanan gua, jgn ingat lu orang pakai cermin mata hitam sambil bawak keter, lu orang boleh buat suka hati abah lu jer.

Friday, January 23, 2009

lembu..

Assalamualaikum wbt,





gua tak pikir lembu pandai membaca. aper punya lembu la manusia yang letak signboard ni atau gua yang blur tak pandai menilai sebuah hasil seni?

apei - budak kampung

Wednesday, January 21, 2009

takder tajuk

Assalamualaikum wbt,

malam semalam gua balik dari opis lambat.. kelam-kabut giler. badan gua tak payah cakap arr bau dah mcm kencing kucing. sampai gua sendiri pun tak tahan. kepala pun dah pening. letih mengalahkan orang keje kontrak buat banggunan beb.

lepas mandi, gua pun santai tengok tv, tapi ada tak kena. penglihatan gua jadi kelabu. arrhh aperhal plak ni? gua syak mesti gua lupa nak pakai spek ni. gua naik bilik tingkat atas, carik spek tak jumpa. dalam bilik air pun tak jumpa. dalam bilik buku pun tak jumpa. dalam kereta pun tak jumpa. arrhh haru takkan gua tinggal spek kat opis kot. rasanya gua pakai spek masa balik dari opis tadi.

tak syak lagi, sah angkara bini gua. dia memang suka menyakat gua, sorokkan spek la, sorokkan remote tv la, sorokkan kunci keter la, sorokkan camera la..

gua jeling, tengok dia tengah layan drama melayu aper entah sambil makan ais cream coklat. sardin jer tingkah laku dia... gua menghampiri dengan sopan (time ni penglihatan gua makin kelabu, anytime jer gua rasa leh pitam ni)

"yang, jgn arr mcm ni.. spek abang mana?"

bini gua pandang gua, pastu dia tengok balik tv sambil makan ais cream.. tak ada respon.
gua tanya lagi..

"yang, sorok la benda lain, tapi spek jgn la sorok. kelabu mata ni mcm mana nak tengok ayang yang cun ni"

masih tak ada respon..

"ok laa.. bak balik spek abang, pastu abang tak kacau tv. promise.."

akhirnya bini gua jawap, "abang nak buat lawak ek? tu yang abang pakai tu aper?"

chilakak, rupanya spek mata gua yang kelabu pasal gua mandi pakai spek tadi..

apei - budak kampung

p/s: bini gua dah set appointment jumpa pakar otak kat ampang puteri, katanya penyakit nyayok gua dah makin serius. kalau gua tak update blog ni maknanyer gua kena tahan kat hospital, senang-senang korang datang la melawat.

Tuesday, January 20, 2009

gua tak leh terima teori jenis mcm ni!

Assalamualaikum wbt,

gua baca komen mrblind dalam entri gua yang lepas, gua terpikir balik apersal kalau orang kawin mesti perot auto boroi? boroi bukan sikit-sikit weh... saiz pinggang gua naik seinci sebulan, aper citer ni?

gua tanya pakcik google, aper punca boroi? jawapan pakcik google entah haper-haper entah. tak logik pun ada. gua betol-betol nak tau. gua call member gua seorang doktor kat klinik kesihatan. nama dia hafiz, gua panggil dia apis lembut. walaupun mulut dia agak laser, tapi hati dia baik pasal tu masa kecik-kecik gua suka paw dia jajan kat kedai akam.

apei: apis, gua tanya lu, tapi lu mesti jawap pakai teori sain dan logik agar akal gua leh terima.
apis lembut: yer sayang, tanya laaa... demi you i sanggup buat aper jer.. (cakap ala-ala mak nyah)
apei: apersal lelaki lepas kawin jadi boroi?
apis lembut: you ask to right person dear, tu memang bidang i tu.. lepas you kawin bini you pregnant kan? betol tak? sebab tu mengikut kajian i, tuhan sengaja memboroikan perot lelaki-lelaki yang tak sedar diri macam you agar you pun boleh merasai beban yang di tanggung oleh ibu-ibu mengandung. agar you boleh menghargai ibu-ibu mengandung. tuhan tu adilkan dear?
apei: tapi bini gua dah tak pregnant dah, bini gua dah slim, tapi gua masih lagi boroi. aper citer?
apis lembut: pasal tuhan nak bagi lu sentiasa ingat, lu tu dah kawin.. ok arr aku bayak patient.

tuutthhh.. apis lembut memutuskan talian

apis, gua langsung tak leh gelak ngan lawak lu kali ni..

apei - budak kampung

Monday, January 19, 2009

nicolas bolt

Assalamualaikum wbt,

gua tak tau aper mimpi gua hari jumaat lepas tetiba teringin nak mandi kolam renang. mungkin dah lama sgt tak berendam dalam lopak air kat kampung gua kot. pukul 6 tepat gua bergegas ke kolam renang berhampiran opis gua. siap dengan dengan dressing berenang gua terejun kolam. perhh rasa segar badan. gua pun mulakan gaya renangan ala2 mcm orang olimpik tu. kocakan gua memang menarik perhatian sekeliling, rasa laju mcm motorbot dah gua kayuh ni.. gua kuak ngan penuh perasaan sambil tutup mata. penat berkayuh, gua stop. gua agak-agak mesti dah nak dekat sampai tebing seberang sana. rupanya gua tak bergerak lagi dari tempat gua terjun tadi. chilakak! nasib baik tak ada awek perasan!

kesan perot gua yang makin memboroi, kayuhan gua makin pelahan. tak mcm zaman2 muda remaja masa mandi sungai dulu. gua tak puas hati, gua terus berkayuh. tak sedar diri dah tua tapi buat perangai mcm muda remaja. nah amik kau, kaki gua kejang, terus gua lemas. banyak gila gua telan air kolam. leh nampak arr surut air kolam tu! sakit hidung gua tersedak air buat mood gua spoil. terus gua tukar baju dan bersiap balik. mood gua memang tak berapa cantek. kena plak jalan jem petang tu!

lepas tol, ada sebijik keter mitsubishi lense remp belakang gua kuat2, pastu cocok keter gua rapat giler siap beam lampu tinggi. hangin gua naik serta-merta, gua impit mamat tu sampai rapat ke tepi belah kiri jalan, gua bagi signal suruh dia berhenti. lepas gua stop dia pun stop.
gua kuar keter, tapi mamat dalam lenser tu tak kuar. dalam hati gua cakap "salah satu jer perkataan lu sebut, patah batang hidung lu!" memang darah gua time tu hit level paling tinggi dah. dengan hidung sakit lagi, dengan jem lagi..mmg cukup buat gua stress....

sampai kat tepi driver lenser gua hentak cermin dia, cermin tinted gelap giler mcm ketua samseng kongsi gelap punya keter.

apei: aper citer beam2 lampu brother? lu nak gua pecah lampu keter lu ke?

mamat dalam keter lenser keluar.

mamat keter lenser: hek eleee.. lu ke? gua ingat mamat nerd mana tadi?!
apei: @#$%^ nasib baik lu. kalau tidak tadi, memang gua dah masuk lokap dah malam ni pukol orang sampai mati. (panjang carutan gua!)

petang tu gua sembang panjang ngan ustaz haji nicolas bolt. member gua masa darjah satu sampai darjah enam. lepas darjah enam, nicolas pi sekolah pondok, pastu sambung belajar kat negera arab, balik malaysia jadi ustaz kat syarikat swasta yang top gak sambil tu carik duit poket buat ceramah bebas. baru beli lanser second-hand dari kawan dia kat labuan. nicolas orang sabah tapi dia beragama islam. sebab masa sekolah dia sangat bengap pasal agama, kitorang semua panggil dia kafir quraisy di tambah plak ngan nama dia tak mcm orang islam lain. kesian nicolas. tapi 14 tahun kemudia gua jumpa dia kat tepi high-way dia dah jadi ustaz haji nicolas bolt. Allah berhak menjadikan aper sahaja dia kehendaki atas kita...

sebab gua ngan nicolas sembang tepi jalan, high-way yang jem tu jadi makin jem pasal semua orang nak tengok gua ngan nicolas sembang. yer gua tau, rakyat malaysia memang perihatin.

apei - budak kampung

Friday, January 16, 2009

gua bukan nak mengajar..

Assalamualaikum wbt,

baru-baru ni gua menghadiri kenduri di rumah nenek gua. kenduri arwah. tenaga muda gua memang amat ditagih ketika ada event-event seperti kenduri atau keje kawin dan lain-lain. sebab menurut nenek gua, dalam line-up cucu-cucu dia, gua jer yang paling lurus bendol pasal tak pandai nak ngelak kalau di suruh buat kejer. yer gua ngaku, gua jadi lurus bendol pasal yang suruh buat keje tu ialah nenek gua yang dah besarkan gua, cuba kalau adik gua yang bagi arahan suruh gua buat kerja, silap2 gua lempang jer pakai selipar jamban Tat Seng saiz sepuluh.

selesai kenduri, mcm biasa, gua telah diarahkan oleh nenek untuk membasuh segala pingan mangkok, periok belanga, sudu garpu, sudip dan segala benda yang boleh dibasuh. semua di campak kepada gua.. yer terima kasih semua..

tengah gua hebat diperkulikan, datang sorang sepupu gua, ahmad lutfi nama dia. gua panggil dia mamat.

mamat: abg apei, sorang jer ke membasuh.
apei: eh tak arr ngan jin belaan gua. amender?
mamat: tak arr ingat nak tolong.
apei: kang baju melayu lu kotor kang.. marah mak lu.
mamat: no hal. mamat ada benda nak tanya ni.
apei: lu amik sabun tu masuk dalam besen dulu, pastu bukak pili. lu basuh sudu garpu dulu. gua nak tengok lu punya bakat membasuh. kalau ok gua upgrade lu basuh gelas plak. nak tanya aper?
mamat: dulu abg apei dok asrama penah kena buli?

gua berenti menyental bontot periok..senyum gua dengar soklan tu..

apei: kalau lu tak leh kena buli, ada lebih baik lu dok dalam peti ais kat rumah jer. tapi buli yang mcm mana?
mamat: senior mamat selalu suruh amik kan air diorang time makan, lepas makan kena basukan tray diorang.
apei: lagi aper diorang buat?
mamat: tu jer..

gua gelak. mengikut pengalaman gua yang dok asrama bertahun-tahun ni, itu belum lah dikira buli. tu kira mcm menyakat jer baru tu.. tapi mamat memang anak mak yang dikasihi.. gua mengajar mamat.

apei: dulu masa kat asrama pun gua kena mcm tu gak. bila senior suruh basuh tray gua basuh. bila senior suruh amik air gua amik, tapi........ (gua stop, masih teragak-agak nak ckap)
mamat: tapi amender?
apei: tapi gua ludah dulu dalam air tu, kasi kacau sampai sebati baru arr bagi kat senior gua. puas hati gua tengok diorang tegok air campur kahak gua!

apei - budak kampung

p/s: untuk senior2 gua, gaban, chalok, op, adek, ali, arin, gua mintak ampun atas ketelanjuran meracun lu orang semua. tapi penerajang lu orang kat perot gua masih terasa sampai hari ni beb.

Wednesday, January 14, 2009

citer pagi tadi..

Assalamualaikum wbt,

Pagi tadi gua breakfast sorang jer. member2 gua ada yang pi meeting, pi course, pi briefing. semua outstation. pendek kata gua keseorangan pagi ni.

tengah layan nasik lemak rendang daging (biasa arr perot melayu beb) sorang sahabat, lama betol gua tak berbual dengan dia. faisal nama dia.

"Assalamualaikum sheikh, boleh ana join?" sapa faisal.

berkelulusan negara orang putih, tinggi pangkat, tapi rendah diri. itu kelebihan faisal.

lepas habis makan, lama gua sembang dengan dia. mcm-mcm cerita. sampai satu bab, kami sembang soal 'kejayaan'. apa itu 'kejayaan'? soal gua pada faisal. gua tertarik dengan definasi 'kejayaan' dan nasihat dia.

1-"sheikh, kejayaan yang hakiki pada ana bila kita mampu solat dengan cara nabi iaitu solat 5 waktu berjemaah pada awal waktu. kita mampu berzikir dan membaca al-quran setiap masa yang terluang dan bersedekah bila Allah uji kita dengan rezeki yang lebih, kejayaan bukan diukur dengan pangkat yang tinggi, harta yang banyak, sijil pelajaran yang bagus sebab orang yang Allah murka juga ada pangkat yang tinggi, harta yang banyak dan sijil"

2-"sheikh, bila kita jaga solat 5 waktu dengan sempurna Allah akan mengurniakan 5 perkara.
1- Allah akan permudahkan segala urusan kehidupan kita dunia.
2- Lapang dari seksaan kubur selama 40ribu tahun. kita rasa seperti berada di alam barzakh hanya seperti 2 rakaat solat sunat.
3- Lepas dari seksaan padang makhsyar selama 50ribu tahun
4- Terus ke syurga tanpa di hitung
5- Meniti ke syurga sepantas kilat, bagi orang biasa akan mengambil masa 1500tahun."

3-"sheikh, jgn ada sikit pun dalam hati kita mengatakan ada kuasa lain selain Allah, itu syirik. contohnya, gua banyak duit pasal tu hidup gua senang! yang bagi kita senang bukan duit tapi Allah. kalau kita mati dalam keadaan itu, jgn kata syurga, bau syurga pun tak dapat. tapi walaupun sebesar biji sawi dalam hati kita yakin Allah yang menetukan segalanya, Allah akan mengurniakan syurga 10 kali luas dunia"

4-"sheikh, menurut hadith nabi, 500 tahun sebelum kita sampai ke pintu syurga kita dah boleh bau wanginya syurga tu"

Wallahu'alam..

apei - budak kampung

p/s: orked gelak buat kali pertama malam tadi. kuat betol gelaknya masa gua timang2 dia. Alhamdulillah, 3 bulan 2 minggu sudah dia membesar dengan sihat.

Tuesday, January 13, 2009

amal?

Assalamualaikum wbt,

gua sedih. dalam rakyat palestin berperang untuk agama dan bangsa mereka, ada sekor-dua kutu amik kesempatan atas tiket kesengsaraan palestin ni. gua dah lama tak balik kg. balik pun mungkin raya cina sok. sajer tanya kabar 2-3 rakan sekampung mlm tadi.

perbualan gua ngan kodi,

apei: aper citer kampung?
kodi: happening bro.
apei: amender?
kodi: dah mcm bukit bintang beb kat sini tak lama lagi. kau mesti balik raya cina nanti. poster sumer dah tampal.
apei: pesta aper?
kodi: ada buat pamper (fun-fair). ada konsert rock amal, dangdut amal, show magic amal pun ada. pasal nak kutip derma palestin. lu mesti balik raya cina ni, tokey wong kuar modal buat semua ni..
apei: gua mmg balik. gua nak bakar itu pamper amal.

gua tak taulah aper orang lain pikir. gua rasa, niat bukan tiket untuk menghalalkan cara. dah tu bukan orang seagama plak yang menganjurkan. leh lu pikir ke?

"huh, pamper amal? rock amal? dangdut amal? magic amal? AMAL ABAH LU!!!" bisik hati gua..

apei - budak kampung

p/s: gua mmg sedikit emosi bila disentuh berkaitan palestin. dulu gua tak mcm ni, tapi lepas ada anak emosi gua lebih sensitip. lagi2 bila tengok gambar budak2 kena bom. rasa mcm anak sendiri.

Monday, January 12, 2009

matang tu aper?

Assalamualaikum wbt,

tadi, lunch break. gua lepak kat sogo. on the way nak ke food court, ada satu couple tengah gaduh kat luar sogo. awek dia bingit betol tengking2 boyfriend dia. mamat tu gua jeling, sardin jer muka dia sambil isap rokok. mungkin berpura-pura cool...

sempat gua terdengar awek dia cakap "you ni tak matang langsung, perangai mcm budak2!"

"matang?" bisik hati gua. amender sebenarnya yang kita maksudkan dengan matang?

isap rokok sambil pakai cermin mata hitam, matang ke? atau,
pakai cap terbalik sambil menari hip-hop kat depan klcc, matang ke? atau,
jalan-jalan kat mid velly sambil pegang tangan awek lu, matang ke? atau pun,
bawak basikal jipang sambil lepas tangan?

soal matang atau tidak seseorang tu terlalu subjektif bagi gua. tapi gua tertarik dengan jawapan arwah atok tentang matang.

masa gua baru2 lepas sunat, gua tanya atok. Matang tu aper?

jawapan atok gua "bila kau boleh makan biskut kering sambil cicah kopi 'o' dengan tenang walaupun bini kau tengah berleter. itulah matang!"

apei - budak kampung

lahanat Israel.. show your support!

Assalamualaikum wbt,
Dengan nama Allah yang maha Pemurah lagi maha Penyayang
Gua terlalu beremosi bila tengok nasib umat Islam Palestin.
apei - budak kampung

Friday, January 9, 2009

nostalgia - ramadhan 2004

Assalamualaikum wbt,

azam baru gua nak buat puasa sunat isnin-khamis tahun ni. paling tidak sebulan sekali. semalam khamis, gua mmg berniat nak puasa. tapi puasa gua terbatal pasal opis mate gua belanja mee rebus pagi semalam. lepas dah makan mee rebus sampai kenyang, baru perasaan menyesal menyelubungi gua.. gua janji isnin depan gua mesti puasa. perot gua pun boleh tahan boroi kebelakangan ni...

teringat gua citer ramadhan 2004. masa tu gua baru balik study. walaupun gua pelajar tajaan JPA, tapi tak semestinyer balik belajar gua terus dapat keje gomen. terus gua carik keje. sementara nak dapat keje tetap, gua keje rencam-rencam. salah satu tempat keje gua ialah kedai buku yang paling besar kat klcc. gua syak lu orang pun leh tau kedai buku aper.

supervisor gua, biar gua namakan mr.m. seorang pemerintah kuku besi. zalim dan kejam. selain menjual buku, gua juga ditugaskan sebagai pembeli makanan lunch mr.m, menjadi budak penghantar dan pengambil barang dari kereta mr.m ke kedai buku, menjadi budak pengcover line kalau mr.m mengulat/berdating ngan awek dia time keje. dan mcm2 lagi keje2 di luar bidang kuasa gua terpaksa gua buat atas arahan mr.m. pendek kata, hati gua mmg dah lama terguris dengan corak pemerintahan mr.m..

akhirnya ramadhan 2004 gua amik keputusan untuk berenti. gua betol2 putus asa ngan sikap lahanat mr.m tersebut. gua ni mmg pendendam kesumat orang nyer.. takkan nak blah gitu jer.. gua mesti merancang pembalasan. mula gua ingat nak boom kan keter proton wira second-hand mr.m jer, tapi gua belum cukup zalim seperti mr.m. tak per lah..

15 ramadhan 2004, (tak silap gua ni la datenya), judgement day gua kira buat mr.m. masuk keje pagi kol 9. gua senyum lebar kat mr.m..

mr.m: lu aper hal senyum? jap lagi tolong amik buku2 dalam keter gua.
apei: baik boss..

selesai amik buku, gua tengok mr.m tengah lepak kat area casher, gayut pakai tepon tempat keje. mcm biasa call awek dia. gua selok poket amik hp gua.. gua dail..selesai pesanan gua senyum..

20minit berlalu,

seorang delivery boy menjengah kedai buku yang time tu boleh gua kira pick-hour. ramai giler orang..

sardin jer muka budak delivery tu bertanya seorang staff perempuan..

deliveryboy (db): cik tumpang tanya, saper mr.m (db sebut nama betol), ni tadi dia ada order pizza.

hari tu abis kecoh satu tempat keje gua, mr.m order pizza, mr.m tak puasa, mr.m perangai terok mcm setan, mr.m ahli neraka, mr.m budak jahat! dan mcm2 lagi.. hati gua sgt puas!

apei - budak kampung

Wednesday, January 7, 2009

pelawat dari NY..

Assalamualaikum wbt,

3 bulan lalu, gua noticed seorang pelawat beralamat ip dari NY. gua noticed, dia akan melawat blog karut gua ni setiap pagi dan malam. mungkin pelawat biasa sangka gua mulanya.

2 bulan lalu, gua mula tertarik untuk terus memerhati pergerakkan pelawat dari NY. dia tidak pernah meniggalkan sebarang komen. sekadar singgah untuk melihat. waktu lawatan masih sama setiap pagi dan malam.

bulan lalu, gua minta tolong beberapa rakan gua yang arif. gua sekadar ingin tahu siapa.

gua mintak tolong kijel top:
apei: kijel, lu masuk blog gua pukul #:##am, dan #:##pm, gua nak mintak tolong lu trace siapa pelawat dari NY ni boleh?
kijel top: no problem, asal ada ongkosnya.. hehehe..
apei: no hal. asal result lu gua puas hati!

gua mintak tolong buyong:
apei: mintak tolong trace orang pakai ip address dari NY ni leh?
buyong: brape lu nak bayar gua?
apei: gua beli buku agama kat kedai lu selama setahun!
buyong: deal! siap kejer gua sms result!

penghujung december, kijel sms gua. gua kenal nama yang kijel sebut dalam sms tu. beberapa hari berselang, buyong memberi jawapan yang sama.

gua memang kenal pelawat tu.

tahun ni, gua belum lagi nampak kelibat pelawat dari NY. gua tak tau mana dia menghilang.

pelawat dari NY, terima kasih sebab masih sudi ambil tau cerita-cerita gua. yang dah lepas, biar lepas. gua tak kisah untuk berkawan ngan lu, kalau lu masih mau berkawan. sekadar kawan.

apei - budak kampung

p/s: doa gua, biar lu terus mampu senyum mcm dulu-dulu.

jgn cakap lu orang tak penah buat!

Assalamualaikum wbt,

semalam mcm biasa, lepas isya', gua ngan marlina akan tengok tv. semalam turn marlina tengok tv. gua terpaksa menonton rancangan pilihan marlina. rancangan pilihan beliau ialah trek selebriti pasal ekin. gua pun tak berapa kenal ekin ni saper, bini gua cakap ekin ni lah yang kawin ngan mawi. gua angguk jer..

setengah jam berlalu, minda gua terasa kosong tengok rancangan bosan tu. gua melangkah menuju toilet. arhh janggut ngan misai gua dah tebal balik. patut arr orked buat muka menyampah bila gua cium dia. mesti kena shave..

gua basuh muka pakai air panas yang gua rembat dari plas susu orked. perhh segar rasa muka gua. rasa mcm rawatan di spa berbintang lima..

lepas cuci muka, mcm biasa gua sapu buih pencukur kat pipi, dagu, dan misai. ada terkena skit kat hidung. gua lap kasi nampak smart. gua capai pisau cukur cap gillet match3 (mcm nama minyak hitam keter plak), slow2 gua kasi shave misai, janggut sampai selesai.

gua bilas muka.. lama gua tenong muka gua kat cermin...

tetiba hati gua berbisik "kacak gak gua ni rupanya!"

apei - budak kampung.

p/s: lu jgn gelak, gua serius!

Tuesday, January 6, 2009

tragedi dalam hujan..

Assalamualaikum wbt,

petang semalam kl hujan. gua paking kereta kat padang merbok. kalau nak harap parking kat basement opis gua ni, jgn harap arr... manjang penuh jer..

apei: dude, keter lu kat mana?
reyes: gua lucky hari ni, dapat paking kat basement.
apei: cantek, tumpangkan gua pi padang merbok, gua nak rushing balik. ada hal skit.
reyes: no hal!

reyes member gua satu tempat keje tapi bukan satu opis ngan gua. gua tumpang keter reyes sampai kat padang merbok.

reyes: mana keter ferari hitam lu?
apei: tu depan sana.

gua ingat nak bawak payung kuar opis tadi, tapi tak cun plak... tak berapa kena ngan style gua. reyes stop kat sempang hampir ngan posisi keter gua. lepas cakap terima kasih (budi bahasa gak gua ni!) gua kuar dan berlari menuju ke keter, gaya larian gua mmg mcm pelari professional, perhhh..saper nampak gua semalam kira bertuah arr.. jarang aksi mcm tu gua pertontonkan kepada umum..lepas drop-kan gua, reyes terus memecut laju, rushing nak berak katanya! sampai kat keter, gua teraba-raba poket..

mana plak kunci keter gua, badan gua nak kuyup dah ni..

baru gua sedar, kunci keter gua tinggal atas meja kat opis!

apei - budak kampung

Monday, January 5, 2009

seman gajah

Assalamualaikum wbt,

letih badan gua balik bercuti tak abis lagi.. dari ari tu seman gajah nak sgt jumpa gua..
petang semalam gua mendarat di kl, lepas selesai semua urusan kat rumah, lepas magrib gua jumpa seman gajah.

apei: aper citer brother nak sgt jumpa gua, tak nyempat2 gayanyer?
seman gajah: ari tu gua ingat nak jumpa lu kat langkawi jer, carik lu tak jumpa pun.
apei: gua yang elak tak nak jumpa lu.
seman gajah: ari tu gua pi langkawi ngan jue, bukan pasal gua outstation.. gua bercuti ngan jue.
apei: gua tau.. lu memang lahanat bro. kesian bini lu!

seman gajah diam.. tunduk jer.. dia sambung lagi,

seman gajah: gua nak kawin dengan jue, aper lu pikir?
apei: mampu ke lu? makan minum anak bini lu sekarang? makan minum jue? bukan gua nak cakap lu tak mampu, tapi lu kena pikir banyak bro... jgn pikir nak sedap jer..
seman gajah: gua tau tu.. jue pun keje, ada income sendiri.
apei: abis lu nak suruh bini lu sponser hidup lu ke?
seman gajah: itulah nama nyer kerjasama dalam rumahtangga..
apei: kerjasama abah lu! bini tanggung laki - dayus bro! tak cium bau syurga lelaki dayus ni..
seman gajah: gua tau.. tapi dari gua buat dosa? baik gua kawin.
apei: lagi satu soal agama pun lu kena pikirkan jugak. gua pun bukan la baik sgt. sama gak mcm lu.. lu ni semayang raya pun 3 tahun sekali, mcm mana? semayang fardu lu gua malas nak tanya la.. lu ada pikir tak?
seman gajah: gua nak berubah ni bro.. pasal tu gua nak kawin. jue banyak nasihat gua pasal agama ni.. nabi pun kawin lebih dari satu bro? hehehe..

gua memang dah panas ngan seman gajah. dah la mood gua time tu tak berapa cantik.. dengan letih badan gua lagi, ngan anak gua kat rumah meragam lagi...

apei: itu nabi bro, lu aper? babi!

apei - budak kampung

p/s: awas makhluk chelaka ni>> http://adibahahmed.blogspot.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...