nicolas bolt

Assalamualaikum wbt,

gua tak tau aper mimpi gua hari jumaat lepas tetiba teringin nak mandi kolam renang. mungkin dah lama sgt tak berendam dalam lopak air kat kampung gua kot. pukul 6 tepat gua bergegas ke kolam renang berhampiran opis gua. siap dengan dengan dressing berenang gua terejun kolam. perhh rasa segar badan. gua pun mulakan gaya renangan ala2 mcm orang olimpik tu. kocakan gua memang menarik perhatian sekeliling, rasa laju mcm motorbot dah gua kayuh ni.. gua kuak ngan penuh perasaan sambil tutup mata. penat berkayuh, gua stop. gua agak-agak mesti dah nak dekat sampai tebing seberang sana. rupanya gua tak bergerak lagi dari tempat gua terjun tadi. chilakak! nasib baik tak ada awek perasan!

kesan perot gua yang makin memboroi, kayuhan gua makin pelahan. tak mcm zaman2 muda remaja masa mandi sungai dulu. gua tak puas hati, gua terus berkayuh. tak sedar diri dah tua tapi buat perangai mcm muda remaja. nah amik kau, kaki gua kejang, terus gua lemas. banyak gila gua telan air kolam. leh nampak arr surut air kolam tu! sakit hidung gua tersedak air buat mood gua spoil. terus gua tukar baju dan bersiap balik. mood gua memang tak berapa cantek. kena plak jalan jem petang tu!

lepas tol, ada sebijik keter mitsubishi lense remp belakang gua kuat2, pastu cocok keter gua rapat giler siap beam lampu tinggi. hangin gua naik serta-merta, gua impit mamat tu sampai rapat ke tepi belah kiri jalan, gua bagi signal suruh dia berhenti. lepas gua stop dia pun stop.
gua kuar keter, tapi mamat dalam lenser tu tak kuar. dalam hati gua cakap "salah satu jer perkataan lu sebut, patah batang hidung lu!" memang darah gua time tu hit level paling tinggi dah. dengan hidung sakit lagi, dengan jem lagi..mmg cukup buat gua stress....

sampai kat tepi driver lenser gua hentak cermin dia, cermin tinted gelap giler mcm ketua samseng kongsi gelap punya keter.

apei: aper citer beam2 lampu brother? lu nak gua pecah lampu keter lu ke?

mamat dalam keter lenser keluar.

mamat keter lenser: hek eleee.. lu ke? gua ingat mamat nerd mana tadi?!
apei: @#$%^ nasib baik lu. kalau tidak tadi, memang gua dah masuk lokap dah malam ni pukol orang sampai mati. (panjang carutan gua!)

petang tu gua sembang panjang ngan ustaz haji nicolas bolt. member gua masa darjah satu sampai darjah enam. lepas darjah enam, nicolas pi sekolah pondok, pastu sambung belajar kat negera arab, balik malaysia jadi ustaz kat syarikat swasta yang top gak sambil tu carik duit poket buat ceramah bebas. baru beli lanser second-hand dari kawan dia kat labuan. nicolas orang sabah tapi dia beragama islam. sebab masa sekolah dia sangat bengap pasal agama, kitorang semua panggil dia kafir quraisy di tambah plak ngan nama dia tak mcm orang islam lain. kesian nicolas. tapi 14 tahun kemudia gua jumpa dia kat tepi high-way dia dah jadi ustaz haji nicolas bolt. Allah berhak menjadikan aper sahaja dia kehendaki atas kita...

sebab gua ngan nicolas sembang tepi jalan, high-way yang jem tu jadi makin jem pasal semua orang nak tengok gua ngan nicolas sembang. yer gua tau, rakyat malaysia memang perihatin.

apei - budak kampung

Comments

Monkey D Luffy said…
1. aku pun berenang bulan lalu kat port dickson dah semput gila... hilang dah stamina zaman kanak2. hehehe

2. nasib baik member kan... kalau x nahas
lor.. kwn sdiri ke..??
sib baik gk lew..
klu x, da pecah hidung mamat tu.. hehehhe
kot ye pon g la kedai bersembang...tau la prihatin
lela said…
Huhuhuhu...betul2 suspens la. Ingatkan apei nak cite apei belasah budak nicolas tu. Nak tahu gak la apei gunakan jurus ape...hahaha

p/s: dari bengap pasal agama boleh jadi ustaz ekkk...Subhanallah...
isk...baca tajuk tadik ingatkan mat salleh manalah yg nak kena belasah dgn bro ni...rupanya ustaz haji daaa...sib baik gak ler..tp apsal ustaz haji pun leh bawak kete impit2 siap lampu tggi? isk isk isk....musykil ni...:p
eliza said…
la..jalan jem disebabkan kamu berdua pula rupanya...suspen ja..hehe
mrblind said…
hahah..kalau dah kawin..perut memang jadi auto boyot la wei..hahaha
monkey d luffy - 1-gua tak suka berenang kat laut pasal kalau haus tak leh minum.2-gua ni cakap jer besar, tapi kalau mamat lenser tu lagi besar dari gua mesti gua senyum jer.

miss izah mohamed - hehehe.. tu lah.

tooney rooney - ecxited giler dah lama tak jumpa, tepi jalan pun jadi sembang.

lela - kalau kena belasah tu pun mesti pakai jurus kupu-kupu jer. yer, tuhan maha kaya.

dakgilachoc - gua tanya nicolas "aper kes lu impit pastu beam lampu kat gua?" jawap nicolas "pasal lu bawak keter mcm orang mabok laut!"

eliza - hehehe.. buka kami yang buat jem, rakyat malaysia yang sibuk nak tengok kami bersembang yang buat jalan jadi jem.

mrblind - gua pun tak pasti aper punca. padahal gua makan sikit jer. kalau tambah nasik pun 2 kali jer.

Popular Posts