citer pagi tadi..

Assalamualaikum wbt,

Pagi tadi gua breakfast sorang jer. member2 gua ada yang pi meeting, pi course, pi briefing. semua outstation. pendek kata gua keseorangan pagi ni.

tengah layan nasik lemak rendang daging (biasa arr perot melayu beb) sorang sahabat, lama betol gua tak berbual dengan dia. faisal nama dia.

"Assalamualaikum sheikh, boleh ana join?" sapa faisal.

berkelulusan negara orang putih, tinggi pangkat, tapi rendah diri. itu kelebihan faisal.

lepas habis makan, lama gua sembang dengan dia. mcm-mcm cerita. sampai satu bab, kami sembang soal 'kejayaan'. apa itu 'kejayaan'? soal gua pada faisal. gua tertarik dengan definasi 'kejayaan' dan nasihat dia.

1-"sheikh, kejayaan yang hakiki pada ana bila kita mampu solat dengan cara nabi iaitu solat 5 waktu berjemaah pada awal waktu. kita mampu berzikir dan membaca al-quran setiap masa yang terluang dan bersedekah bila Allah uji kita dengan rezeki yang lebih, kejayaan bukan diukur dengan pangkat yang tinggi, harta yang banyak, sijil pelajaran yang bagus sebab orang yang Allah murka juga ada pangkat yang tinggi, harta yang banyak dan sijil"

2-"sheikh, bila kita jaga solat 5 waktu dengan sempurna Allah akan mengurniakan 5 perkara.
1- Allah akan permudahkan segala urusan kehidupan kita dunia.
2- Lapang dari seksaan kubur selama 40ribu tahun. kita rasa seperti berada di alam barzakh hanya seperti 2 rakaat solat sunat.
3- Lepas dari seksaan padang makhsyar selama 50ribu tahun
4- Terus ke syurga tanpa di hitung
5- Meniti ke syurga sepantas kilat, bagi orang biasa akan mengambil masa 1500tahun."

3-"sheikh, jgn ada sikit pun dalam hati kita mengatakan ada kuasa lain selain Allah, itu syirik. contohnya, gua banyak duit pasal tu hidup gua senang! yang bagi kita senang bukan duit tapi Allah. kalau kita mati dalam keadaan itu, jgn kata syurga, bau syurga pun tak dapat. tapi walaupun sebesar biji sawi dalam hati kita yakin Allah yang menetukan segalanya, Allah akan mengurniakan syurga 10 kali luas dunia"

4-"sheikh, menurut hadith nabi, 500 tahun sebelum kita sampai ke pintu syurga kita dah boleh bau wanginya syurga tu"

Wallahu'alam..

apei - budak kampung

p/s: orked gelak buat kali pertama malam tadi. kuat betol gelaknya masa gua timang2 dia. Alhamdulillah, 3 bulan 2 minggu sudah dia membesar dengan sihat.

Comments

razor said…
kawan gua, lan.

semalam gua ym dengan dia. tu antara ym terpanjang gua dengan dia selepas dia kawen.

sebelum kawen dulu lan lagho jugak. bercakap pung pang pung pang tapi kosong..

semalam, melalui ym gua dapat bau lain. lan dah byk berubah. kata2nya ada inspirasi.

gua rasa lu pun sama la..

mcm ni gua kena kawen la. sekarang!!
Sangat menusuk jiwa dan sangat bererti :)
mrblind said…
razor..lu kalau dah kawin pun sama juga gua syak..hahhaa
razor said…
sama warok kan mrblind kan? kan?


sebelum gua kawen, gua pukul lu dulu...

pastu gua insap!

muahaha
~mardihah~ said…
nak kawen jugak lah...kikikiki

ooo, patutlah pagi tadi, mu lewat masuk opis....jeng jeng..huhuhuhu...

sampaikan salam pd faisal yep!
razor - mungkin lepas kawin tu tuhan lembutkan skit hati kot..tu yang jadi mcm tu.

dakgilachoc - gua nak menitik air mata pagi tadi beb.. nasib baik gua tahan. kalau tak abis maskara gua.

mrblind - gua pun syak mcm tu gak. member gua seman gajah, dah kawin pun makin gampang perangai.

mardihah - cakap arr sendiri. bro yang selalu kat surau tu yang ada janggut panjang n pakai kopiah tu. dia bawak mercz.
e-leeyana said…
wah..berbeza sekali definisi 'kejayaan' itu. tapi, itulah yang sebenarnya perlu ada pada diri setiap manusia yang beragama Islam kan. cuamanya, sekarang ni, ramai orang 'penganut' agama tetapi bukan 'pengamal' agama.
~ochie~ (^_^)v said…
Salam hai apei...
wawaww.. bgusnya info ni..
elok sgt perbualan ni d post kat cini... tahniah...
syukran sudi jenguk blog oci
e-leyana - ayat lu pedas, ramai penganut tapi bukan pengamal. bagus.

ochie - thanks to revisit ochie.
~mardihah~ said…
alamaks - kalo gitu cancel lah...huuhuhu..pangkat datuk dah kots...hahaha
sharamli said…
jgn pas kawen jdik lgi ter0k sdh...
mardihah - dihah tadi tunang ko sms aku. dia kirim salam.

sharamli - gua ada member mcm tu nama dia seman gajah.
thnx 4 visiting my blog..
lawat2 laa selalu.. :D
orgbankjugak said…
aku pun bila hari2 down, aku akan tercari2 faisal kat cafe. sbb aku akan insaf diri lepas bersembang dgn dia.
Monkey D Luffy said…
bertuah dapat kawan mcm tu
Cik Zura said…
berbalik kepada entry di bawah kisah pamper tuh, gua pun sensitip tahan nangis bi;er tengok budak, baya anak2 aku kena bedil sia2 jer.. aku waserlah.. kalau aku ada kuasa heroes tangan berapi tuh dah lama aku apikan israel tuh...

berbalik kepada tpik entry nin, baru gua sedar itulah kejayaan sebenar... pas nin balanced scorecard gua wajib bertargetkan itu, bukannye amalan tuh dibuat sebagai rutin ajer..target kena ada.

Wallahuallam
huish..
entry yg menginsafkan
miss izah mohamed - thanks jugak for visit my page.

orgbankjugak - kalau ada lagi ramai orang mcm faisal kat bank pun bagus.

monkey d luffy - sebenarnya lebih dari bertuah gua rasa..

cik zura - mmg gua sgt tersentuh, lagi2 bila dah ada anak ni.

tooney rooney - hehe, gua rasa nak bukak satu lagi blog arr.. nak jadi blogger tabliqh online.
antusabun said…
Bagus betul sheikh tu ye..Sembang yang berguna kadang2. Payah nak dapat gitu
antusabun - bangsa mcm faisal tu dah makin pupus bro kat alam ni. tanda2 akhirat dah dekat tu.

Popular Posts