takder tajuk

Assalamualaikum wbt,

malam semalam gua balik dari opis lambat.. kelam-kabut giler. badan gua tak payah cakap arr bau dah mcm kencing kucing. sampai gua sendiri pun tak tahan. kepala pun dah pening. letih mengalahkan orang keje kontrak buat banggunan beb.

lepas mandi, gua pun santai tengok tv, tapi ada tak kena. penglihatan gua jadi kelabu. arrhh aperhal plak ni? gua syak mesti gua lupa nak pakai spek ni. gua naik bilik tingkat atas, carik spek tak jumpa. dalam bilik air pun tak jumpa. dalam bilik buku pun tak jumpa. dalam kereta pun tak jumpa. arrhh haru takkan gua tinggal spek kat opis kot. rasanya gua pakai spek masa balik dari opis tadi.

tak syak lagi, sah angkara bini gua. dia memang suka menyakat gua, sorokkan spek la, sorokkan remote tv la, sorokkan kunci keter la, sorokkan camera la..

gua jeling, tengok dia tengah layan drama melayu aper entah sambil makan ais cream coklat. sardin jer tingkah laku dia... gua menghampiri dengan sopan (time ni penglihatan gua makin kelabu, anytime jer gua rasa leh pitam ni)

"yang, jgn arr mcm ni.. spek abang mana?"

bini gua pandang gua, pastu dia tengok balik tv sambil makan ais cream.. tak ada respon.
gua tanya lagi..

"yang, sorok la benda lain, tapi spek jgn la sorok. kelabu mata ni mcm mana nak tengok ayang yang cun ni"

masih tak ada respon..

"ok laa.. bak balik spek abang, pastu abang tak kacau tv. promise.."

akhirnya bini gua jawap, "abang nak buat lawak ek? tu yang abang pakai tu aper?"

chilakak, rupanya spek mata gua yang kelabu pasal gua mandi pakai spek tadi..

apei - budak kampung

p/s: bini gua dah set appointment jumpa pakar otak kat ampang puteri, katanya penyakit nyayok gua dah makin serius. kalau gua tak update blog ni maknanyer gua kena tahan kat hospital, senang-senang korang datang la melawat.

Comments

razor said…
agak2 a. mandi pakai spek. baca buku ke apa dalam bilik air. hehe.
ABANG AN-DY said…
Nak lawat lu kena pakai spek tak? ;p
eliza said…
insyaallah akan di lawat..hehehe
lorh mandi pn pakai spek??
camne leh xsedar?? pelik+kompius.. aduyai...
Izyan Nadirah said…
hahaha.. lawak ar lu. thank u singgah. wa bole add ar?
lasat nih...
bukan g saket mate ke?
gee said…
kihkihkih...lawak ler..
wawa pucca said…
romantiknya bini.
main sorok2 barang
hehehe
huahuahuahuahua *gelak guling2 dulu*

bro, lu mmg pelupa tahap kronikla bro..kalau gi melawat lu,leh berjangkit ke penyakit tu? huahuahua..
paiseh said…
gua syak lu dh byk kali jadi mcm ni.. sbb tadak langsung lagak humor dari bini lu.. kan?? kan..??
mrblind said…
lu dah tua la tu..hahaha
~mardihah~ said…
eeeeeee...patutla ko kek opis hari ni mcm mereng-mereng semacam je...

konpius aku...
e-leeyana said…
kuang3...adusss..alzhimer ke ape ni..isk isk isk..mkn kismis byk2 la
lela said…
Hahahaha...kelakar tahap gaban!
thaliana_damia said…
jangan ko kena diagnose alzheimer dah la ...chronic ni aku rasa ...
sharamli said…
huh..dahsyat gk r..tp kal0 xsilap kal0 spek basah lg nmpk clear..ni apsl klabu lak?tggl wap k0t kt cermin tu..hua3...
razor - gua mmg suka berak smbil baca paper.

abang an-dy - kalau lu rabun gak mcm gua kena pakai beb.

eliza - terima kasih. bawak bunga tau!

miss izah - tu la kalau kepala pun dah lalok mcm tu arr..

izyan nadira - mana ada gua buat lawak?

monkey d luffy - gua pun tak tau arr aper nak jadi.

tooney rooney - entah tak rasa sakit pun.

gee - gua mana ada buat lawak.

wawa pucca - romatik?

dakgilachoc - gua rasa penyakin ni bukan pesen berjangkit mcm kurap.

pasieh - tak sampai 10kali lagi bro.

mrblind - gua dah ada uban 2 helai!

mardihah - letih beb balik malam hari2.. nanti turn ko rasa arr.. dasat..

e-leeyana - ada gak suruh makan kismis, gua dah makan kismis minda ustaz ismail kamus dah. tapi tak ada perubahan. mcm mana?

lela - ni entri serius. jgn gelak.

thaliana-damia - gua pun risau gak. takut doc gegaji tempurung otak, kuarkan otak pastu cuci pakai kelorok!

sharamli - kalau basah clear, kalau kering kelabu..
vidadarisakura said…
tanda2 menopos ni..
haha
Lina said…
da 2 kli gua baca entry ko ni...gua asyk ketawa jek......
smpai custermer gua dtg nak top up bleh pggil gua org gila lak.......
panas jekkkkk

Popular Posts