tokoh maal-hijrah.

Assalamualaikum wbt,

minggu lepas, sabtu malam ahad. kat kampung. lepas isya kat surau, gua lepak kat kedai kopi akob koboi. hassan snake the eagle shadow, osman kobis, kolong dan wan sopak pun ada sama.

kami boikot pamper (fun fair) tokey wong kat pekan! pasal tu kami lepak kedai akob koboi jer. tokey wong buat pamper untuk tabung amal palestin. kalau ikot jadual, malam minggu show paling grand pasal ada konsert rock ngan magic show. badut jual belon terapung pun ada khabor nyer. (lanjut tentang pamper disini)

tapi gua tak layan semua tu!

gua tanya hassan snake the eagle shadow,

apei: mana pegi orang tua kg ni, sorang pun gua tak nampak? gua tengok papan dam pun tak berusik.
hassan snake: semua lepak pondok mewah pak ali klubi.
apei: ada kenduri ke?
hassan snake: malas gua nak citer. bapak gua pun dah sangkut kat sana. esok kita pi tengok lu tau la sendiri.

ahad malam isnin, gua, hassan snake the eagle shadow, dan wan sopak kumpul kat depan balai raya. gua naik motor honda C70 hassan snake yang dah modify ekzos bunyik garau. wan sopak naik honda fame color marron. no plat pun tak ada. tulis pakai kertas kotak jer pastu gantung pakai dawai. chilakak wan sopak, no plat pun tak mampu nak buat baru. nasib baik gua bukan polis trafik, kalau tak memang gua dah saman.

10 minit, tiba di pondok mewah pak ali klubi, memang ramai orang tua kat situ.

apei: Assalamualaikum, pak ali...
pak ali klubi: Waalaikumsalam.. malam ni dah full kalau nak esok datang awal skit.

(sahut pak ali klubi dari bilik)

apei: amender yang full?

pak ali tak jawap. tetiba awang buntal (cucu pak ali) keluar dari bilik.

awang buntal: abg apei kalau nak urut jugak, tulis nama dalam list ni lepas tu amik nombor. kira mcm booking tempat lah. tapi esok la. hari ni dah penuh. esok abang apei datang awal skit.

terdiam gua.

apei: atok lu dah tak ubat orang lagi ke?
awang buntal: ubat jugak. tapi sekarang dah kurang orang nak berubat. tu yang atok buat business urut. lagi pun ekonomi dah meleset. harga sawit pun jatuh.

gua memang kagum dengan pak ali klubi, kepala business dia memang best. dari pemerhatian gua, modus operandi pak ali klubi senang jer, dia menarik perhatian orang2 tua kampung tu dengan memasang tape wrestling. sambil2 tengok wrestling pak ali klubi mengurut orang. boleh tahan gak charge pak ali. siap ada package. lu nak mcm mana cakap jer!

selain service urut yang di selengara oleh pak ali klubi, awang buntal turut buat business. sewa vcd wrestling! amacam?

gua syak pak ali klubi boleh jadi tokoh maal-hijrah peringkat kampung tahun ni. melayu kuat business mcm ni gua mmg tabik!

apei - budak kampung

Comments

perghhh...nama hassan snake the eagle shadow tu yg paling takleh blah...:P

mmg otak bisnes pak ali klubi tu..berurut sambil nengok wrestling pn leh wat duit..bijak2...sib baik tak mintak upah ayam black pepper lagi..=P
harga sawit jatuh orang kg dah tak mampu nak bagi dia makan ayam black paper dah kot.
razor said…
honda fame color maroon tu.

haha. lama x tengok.



suh dia beli mesen tekan2 nombor tu ha. sekali klua suara mcm kat bank 'satu satu dua dua kaunter dua'
hehe

*kalau aku kerja rumah urut tayang vid jugak, agak2 dapat tak tokoh maal hijrah? lalala
Monkey D Luffy said…
bagus gak kalau nak belajar urut2 ni... bukan nak bisnes lah... untuk keluarga dan rakan2
aKu..DiA...kAmU said…
Aku ada cadangan ler. Tolong propose kat pak ali kelubi maybe dia bleh mesin urut OSIM tu. Memang ble buat duit. Tenaga pun x payah kuar byk! Klu nak order aku ada member.

Dun wori..kawan2...harga ble runding..kui..kui..kui..
ABANG AN-DY said…
Urut je ke? Lelain xde?
rose emely said…
bini pak ali klubi tak wat bisnes urut utk ladies kew???
hmm...
lasat ar die...

da reg die lom?
Fakhzan Marwan said…
salam,

hahahahhahaha! kelakar nyer...nih kampung kat mana nih? best nyer...nak balik kampung gak la...walopon now dah dok kampung, kampung kat msia tetap di hati okeh..

sawit jatuh ka? ke saham sawit jer jatuh? harga pon jatuh?
paiseh said…
ni bukan tokoh maal hijrah.. ni dah tokoh usahawan berjaya ni gua bubuh.!
mrblind said…
memang geliga kepala hotak pak ali klubi..
sharamli said…
awang buntal leh ganti at0k dia lak pasni

Popular Posts