Thursday, February 26, 2009

woi aperhal nak pow gua?

Assalamualaikum wbt,

setiap tahun, yer awal tahun... telinga gua tak berapa sedap dengar perkataan ni. Mula dengan 'T' dan akhir dengan 'X'.. pendek jer perkataan ni. 3 huruf jer... tapi bisanyer... perhhh.. menusuk ke dalam hati, lukanya berpanjangan sampai hujung tahun. Chilakak lu Tax! aperhal lu nak pow gua sampai 4 angka? lu ingat gua anak raja ke? 2-3 tahun gua diam ajer.. tengok gelagat lu.. makin bertambah tahun, makin bertambah tinggi nilai lu pow gua. tahun ni gua memang dah hilang sabar.. lu tunggu tengok gua kelepet lu orang mcm mana. gua pastikan lu orang yang kena bayar gua! amacam?!

apei - budak kampung

p/s: woi mohd marbawi bin abdul halim, lagi sekali lu citer pasal tax gua potong tali ikat leher helmet baru lu!

Tuesday, February 24, 2009

soalan.

Assalamualaikum wbt,

gua ada satu soalan. saper boleh tolong jawap.

apersal pompuan kalau shopping leh berdiri/berjalan sampai 3-4 jam tak makan tak minum steady jer?

gua memang buntu!

apei - budak kampung

Monday, February 23, 2009

buyong di ganggu perasaan aneh.

Assalamualaikum wbt,

gua dah lama tak turun padang main bola. sibuk sgt kerja. sampai rumah pun 5 minit lagi nak azan magrib. tapi rakan-rakan tetap gua jumpa jugak kalau ada kelapangan.

isya semalam gua ke surau, buyong ada tapi black, ajed, mail burger tak ada. mungkin dok rumah tengok cerita mcm-mcm aznil kot.

lepas isya lepak kat kedai brader appa. nasik lemak dia nangkap gak!

buyong: mana lu pegi, lama tak nampak. ingat dah mati.
apei: sibuk brader. kejar urusan dunia yang tak abis-abis ni.
buyong: orang tua lu sihat?
apei: dato' sri ngan datin sri alhamdulillah. semua sihat. aper citer lu?
buyong: seminggu dua ni gua di ganggu perasaan aneh la bro. makan pun tak selera.
apei: perasaan mcm mana?
buyong: entah la.. rasa mcm nak mati pun ada. rasa mcm nak nangis tetiba pun ada.
apei: aper punca?
buyong: gua ingat gua kena buatan orang la!
apei: saper?!
buyong: depan kedai buku gua tu ada awek cun baru keje. gua syak dia laa..
apei: ooo.. tak per bro, biasa jer tu.. kalau lu dah rasa mcm tu start la kumpul duit sebab gua rasa seru lu untuk berumahtangga dah sampai.

muka buyong naik merah semacam.

apei - budak kampung

gangguan makhluk belaan jiran..

Assalamualaikum wbt,

2-3 hari kebelakangan gua memang tak senang hati dengan ganguan dari mahluk belaan jiran depan rumah gua. gua dah penah cakap dulu yang gua tak suka makhluk belaan dia menggangu rumah gua. reda lah sebulan dua dari gangguan. kehidupan gua sekeluarga terasa kembali bermakna. sekarang gua dapat rasakan mahkluk tu kembali menggangu hinggalah pagi tadi masa gua nak keluar pergi kerja gua terserempak ngan mahkluk tersebut. sardin jer gua tengok muka dia membuat onar dihalaman rumah.

terus gua maki "anjing betol la anjing ni, berak kat rumah gua plak. lu ingat ni jamban awam ke? petang ni lu ngan tuan lu dua-dua gua simbah asid!"

terpaksa lagi gua lipat lengan baju, amik penyodok dan buang sisa anjing belaan en wong.

apei - budak kampung

p/s: amaran juga kepada jiran sebelah rumah gua, sila pastikan kucing makcik tak kencing lagi kat payung saya. kejadian semalam tu saya ampunkan.

Friday, February 20, 2009

tuhan sedang berbicara dengan mu tentang sabar.

Assalamualaikum wbt,



minggu ini gua sedang menikmati rahmat dari Tuhan.. orked masuk ke hopital KPJ Kajang kerana astma dan pn marlina demam selsema yang teruk.

Alhamdulillah..

apei - budak kampung

p/s: ada sedikit gambar yang sempat gua rakam. nanti gua upload.

Wednesday, February 18, 2009

untuk beberapa ketika sahaja

Assalamualaikum wbt,



untuk beberapa ketika ini, gua nak berehat.. tarik nafas dalam-dalam.. tutup mata rapat-rapat.. krooohhh.. ada mimpi yang masih belum selesai..


apei - budak kampung

awas lu..

lu ingat lu pakai spot rim kaler merah lu boleh bawak keter mcm orang gila ke? awas lu jgn sampai gua nampak lu lagi!

Tuesday, February 17, 2009

nostalgia - janji nenek..

Assalamualaikum wbt,

satu petang, lepas asar, nenek termenung depan jendela sambil belai king (kucing gua di kampung). gua dok sebelah nenek..

apei: nek, apei dapat kerja kat kolumpor. tadi jenal postman hantar surat.
nenek: kerja aper?
apei: kerja bank, bank besau.
nenek: eloklah, pi tempat orang, belajar hidup sendiri. jgn buat tak senonoh. kau tu perangai buruk!
apei: nenek doakan apei yer.. minggu depan apei berangkat.
nenek: ingat pesan nenek ni, jgn terbang tinggi sangat, nanti kalau kau jatuh sakit... jangan lari laju sgt nanti banyak benda kau tertinggal. satu lagi, pangkat, kedudukan, harta, tu semua pakaian kau di bandar, kau tetap orang kampung! janji dengan nenek jgn lupa balik kampung walaupun nenek dah tak ada..
apei: apei janji nek!

malam tadi gua ada tepon nenek, hp nenek pun gua dah top-up kan..

apei - budak kampung

Monday, February 16, 2009

sumbangan gua...

Assalamualaikum wbt,



walaupun gua bekerja di dalam pejabat (8-5), tapi tidak beerti gua tidak menyumbang kepada kehijauan bumi. sebagai bukti, tanaman pokok kacang botol secara kecil-kecilan di belakang rumah gua telah membuahkan hasil iaitu kacang botol. secara logiknyer, gua bukan sekadar membantu menghijaukan bumi tetapi juga menyediakan habitat dan makanan untuk ulat, memberi lebih banyak ruang untuk manusia bernafas dengan penghasilan oksigen dari proses photosintesis dan memberi lebih penjimatan apabila semalam bini gua telah memasak kacang botol goreng sebagai hidangan makan malam kami..

di sebabkan penjimatan telah berlaku, gua jadi auto semangat dan terus berlagak seperti petani moden. mulai semalam, gua telah menanam segala mcm tumbuhan dari dapur puan marlina iaitu sepeti, cili kering, cili api, bawang, kunyit, serai dan jugak timun..

amacam genius tak gua?

apei - budak kampung

p/s: gua ada cadang jugak nak tanam pokok manggis dan durian depan rumah.

Friday, February 13, 2009

???

Assalamualaikum wbt,

gua memang langsung tak paham..

apei - budak kampung

hantu lu..

Assalamualaikum wbt,

malam tadi, truut..truutt.. (bunyik sms)

"lu nak tengok hantu? kalau lu nak tengok hantu, lu baca ni "@#$&^*(@#$%^&", sambil tengok cermin lama-lama. Ingat jgn berhenti!"

gua yang tengah baca buku terus menuju ke cermin dan baca mentera permberian ajed.

lama gua tenung cermin.. mentera terus gua baca dengan tekun..

2 minit berlalu, gua masih membaca mentera... naik kerut dahi gua!

3 minit, tak ada pun nampak hantu..

gua sms ajed "mentera lu salah ke? gua tak nampak pun hantu. nampak muka gua jer!"

ajed reply "haa tu lah hantu nyer!"

gua ingat nak mandi bunga la.. kebelakangan ni ramai sangat yang cuba nak menjatuhkan gua!

apei - budak kampung.

p/s: ha.. aper? tak dengar? cakap kuat sikit.. happy velentine? ha'a velentine abah lu.. baik lu amik tasbih, dok diam-diam selawat banyak-banyak.. tak ada makne nyer..

Thursday, February 12, 2009

hati gua robek lagi..

Assalamualaikum wbt,

sekadar gambar hiasan.

Balik kerja petang semalam, gua singgah kedai ubat beli tisu. Tisu yang kat dalam kereta pun dah habis gua pakai. Sampai rumah, baru nak lending depan tv layan citer tom-tom bak ngan orked tetiba marlina dari dapur berbisik di telinga gua. Katanya ada rahsia nak bagi tau!

Marlina: bang, ada rahsia nak bagi tau ni. Tak leh cakap kuat-kuat. Kena bisik!
Apei: amender?
Marlina: bill astro bila nak bayar?

Ceh! gua ingat rahsia amender. Bukan tak nak bayar, maybank2u tak leh masuk (alasan).

Apei: sat lagi la lepas magrib la yer. Kali ni confirm bayar. Ikot la sekali kalau tak cayer. (gua memang meyampah bayar bill)

Lepas magrib, gua start enjin kereta, ke pejabat pos terdekat. Pejabat pos kat tesco tutup pukul 9 malam kalau kat kuala Lumpur ni. Kalau kat kampung, pejabat pos tutup pukul 4. kalau nasib tak baik pukul 3.30 pun dia dah tutup komputer. Alasan system down. Nak keluar asb pun tak boleh.

Sampai kat pejabat pos, gua menunggu giliran. Ramai pulak orang nak bayar bill malam ni. Kaunter banyak, tapi bukak dua jer! Rungut gua sorang-sorang.

Sampai giliran, gua serahkan bill dan $$$. Marlina hanya menunggu di tempat menuggu. Tetiba brader kat kaunter tu bersuara,

Brader kaunter: bill api rumah kau dah bayar dah?
Apei: dah, naper?
Brader kaunter: bill api rumah aku punyalah tinggi, anak-anak aku kuat main game. Tapi nasib baik bill air rendah jer.
Apei: oklah tu bang..
Brader kaunter: aku cakap ngan kau, kau buat tak tau jer ek. Kau dengar tak? Rilek la jgn la stress sgt.

Kata brader kaunter tu sambil cuit bahu kawan kat sebelah dia.

Chilakak, gua ingat brader ni cakap ngan gua, mentang-mentang mata lu kero, lu boleh sembang ngan kawan lu tak payah toleh. Robek hati gua. Nasib baik bini gua tak tau!

On the way balik ke rumah,

Marlina: abang sembang aper ngan brader kaunter tadi. Mcm dah lama kenal jer? Kawan ke?

Gua hanya membisu. Hati gua robek lagi…

Apei – budak kampung

p/s: weh ni entri gua yang ke 100. tak sangka gua mampu merepek sebanyak ni.

Wednesday, February 11, 2009

ada berani?

apei - budak kampung

sesi penghapusan dosa-dosa kecil

Assalamualaikum wbt,



yer.. sudah masuk 6 hari gua di serang virus selsema. kepada encik virus, terima kasih sebab lu dah buat gua amat serabut selama lu menumpang lepak kat lobang hidung ni. kepada encik tokey kedai ubat seng sei, tunggu petang ni gua borong lagi sekaton tisu kat kedai lu. kepada encik doktor, aper citer ubat lu sikit pun tak ada kesan ni? kepada encik-encik dan rakan-rakan sekalian (terutama kat opis gua) sila jgn tepon gua untuk beberapa hari akan datang sebab suara gua tidak lagi seperti rahim maarof. kepada puan marlina sila jgn berpura-pura makan ais cream depan gua. kepada cik orked, sorry papa tak leh kiss orked sekarang..


dan kepada rakan-rakan sego-blog gua, gua tak berapa ada mood nak mengupdate. doa kan gua cepat sembut.. arr tak sangup..


orang putih kata, sorry for any inconvenience.


apei - budak kampung


p/s: mood gua tak berapa chantek, gua harap karpal boleh tutup mulut sebelum gua tikam dia ngan keris arwah atok!

Friday, February 6, 2009

lawak ke?

Assalamualaikum wbt,

malam tadi, lepas magrib, mcm biasa, mcm minggu-minggu sebelum.. gua ngan marlina baca yassin. doa selamat skit untuk arwah-arwah.. (pesan arwah atok, jgn lupa baca yassin tiap minggu)

selesai semua, jam baru 815pm...

marlina: kuar jom
apei: pi mana?
marlina: lepak kat 'santai' nak makan ABC (santai tu nama kedai)
apei: saper belanja?
marlina: hehehehe... (tanda gua kena belanja)
apei: yer lah

sejak orked duduk atas baby car sit dia sendiri, marlina akan temankan orked di sit belakang. itu tandanya aku duduk depan sorang-sorang mcm driver layaknya.

dalam perjalanan, hp gua berbunyi.. malas gua nak tengok saper call, terus gua jawap..

"halo.. sapa sana cakap?"
"halo.. encik driver, singgah kat petronas depan tu jap, nak beli coklat dulu. timer kasih"

terus gua off-line..

gua syak marlina boring giler kot malam tadi.

apei - budak kampung

Thursday, February 5, 2009

their touch..

Assalamualaikum wbt,



yer, gua letih seharian di opis
yer, gua serabut dengan masalah sekeliling
yer, gua hangin dengan traffic jam
yer, gua hampir pokai hari-hari di pow oleh encik tol!
yer, kehidupan gua penuh dengan dugaan yang kadang-kadang mencabar kematangan...

tapi...

letih, serabut, hangin, tension akibat pokai dan dugaan yang terbeban seakan hilang bila gua tengok mereka...

bagaimana mereka lakukan? hanya dengan satu senyuman?

apei - budak kampung

Wednesday, February 4, 2009

gua harap loppy bahagia..

Assalamualaikum wbt,



lu tengok betol-betol selipar ni.. apa perasaan lu bila tengok selipar ni? yer.. hanya sekadar sepasang selipar yang layaknya untuk ke jamban! pada gua, lebih selipar ni lebih dari tu..


bila tengok gambar ni, gua teringat...


satu petang, lepak kat serambi bawah pokok binjai..


apei: nenek, apei dapat masuk universiti (gua memang dok ngan nenek sejak kecik)
nenek: Alhamdulillah, bebal-bebal kau pun dapat jugak masuk unibersiti.
apei: esok nak pi pekan ngan alip nak beli baju baru untuk universiti.
nenek: slipar kau tu dah buruk sangat, amik duit ni beli slipar baru (sambil hulur duit yang di seluk dari celah lipatan kain batik)
apei: terima kasih nek..
nenek: dah..dah.. meh sini kepala kau aku nak cek ada kutu lagi tak. takkan kau nak daptar universiti bawak kutu pulak! (tu dulu, sekarang rambut gua dah mcm nicolas cage!)


di pekan, gua rembat 1-2 helai baju bundle, dengan slipar baru. kasut raya masih elok. semua gua bungkus dalam beg untuk ke universiti.


yer, di universiti 4 tahun, dah habis universiti 4 tahun, kini usia slipar tu bersama gua sudah 8 tahun. kalau budak kecik tu dah masuk sekolah darjah 2. banyak kenangan suka duka gua bersama slipar ni. menjadi saksi kemana gua melangkah. yer.. nama slipar gua loppy!


minggu sebelum raya cina, gua pi semayang jumaat ngan loppy... lepas amik wudhu gua tinggalkan loppy kat tangga.."lu jgn nakal-nakal, orang semayang lu duduk diam-diam!" pesan gua pada loppy. abis semayang jumaat, gua bantai baring jap bawah kipas. memang layan.. tido time khutbah gua rasa terlalu singkat!


lepas dah membuta gua bangkit, menuju tangga. loppy dah tak ada... puas gua carik..
yer memang loppy dah hilang. hati gua terbakar... gua kenal loppy lagi awal dari gua kenal cinta!

kepada perembat loppy, lu memang chilakak!.. gua harap loppy bahagia dengan teman barunya!


apei - budak kampung

Tuesday, February 3, 2009

jiran gua di kl

Assalamualaikum wbt,

Jiran sebelah rumah gua merupakan sebuah keluarga melayu. masa mula lepas kawin gua pindah kat sini diorang memang dah ada. dah menetap lama. gua tengok mereka adalah sebuah keluarga bahagia. terdiri dari seorang ibu, seorang bapa dah 6 orang anak, 4 lelaki dan 2 perempuan. 2 perempuan tu dah kawin dan dah ada anak. 4 lelaki tu masih lagi belum berkawin dan ada yang masih sekolah.

pada mulanya gua tak syak apa-apa yang aneh pada keluarga bahagia ini. tapi selepas isteri gua bersalin, baru gua ada perasan beberapa keanehan pada keluarga ini. antaranya seperti:

1- si ibu sering menggunakan bahasa isyarat (mcm orang bisu) bila berkomunikasi dengan anak-anaknya ketika berada di luar rumah. walhal mereka langsung tak bisu.

2- si bapa sering mencabut rumput dan membakar sampah di halaman rumah ketika tengah malam.

3- satu petang lepas asar anak lelaki jirang gua tanya "brader ada golok tak? nak pinjam jap!" gua bagi pinjam, terus dia amik parang gua dan asah parang gua sampai tajam lepas tu pulangkan balik kat gua.

4- setiap 2 minggu sekali pada hari sabtu, keluarga bahagia ini akan mengeluarkan semua barang yang ada di ruang tamu rumah mereka (termasuk tv, komputer dan kabinet) dan biarkan barang-barang tu dari pagi sampai petang di garage, nak dekat magrib baru diorang bawak balik masuk semua barang-barang tu.

5- si bapa, akan sentiasa membawa sehelai tuala putih (kecik) gantung kat leher, sikat di tangan kanan dan botol air mineral 1.5L yang ada tangkai tu di tangan kiri, bawa kemana-mana sahaja walaupun sekadar duduk baca paper kat depan rumah.


6- dan yang ni paling terkini, berlaku malam tadi, mereka bergotong royong menggali lubang mcm perigi kat laman rumah. gua tak tau untuk aper.. pagi tadi gua nak pi kerja tengok lubang tu dah di kambus.

tapi mereka sebuah keluarga yang ramah-tamah dan suka buat lawak-lawak seram macam ni.

apei - budak kampung

p/s: lu orang tau kat mana ada rumah kosong. gua rasa nak pindah laa...

jumaat yang lalu..

Assalamualaikum wbt,

Jumaat lepas, gua balik lewat dari opis. nak dekat magrib gak. hujan masih lagi renyai-renyai kat luar. janji ngan bugler nak tumpangkan dia sampai lrt cheras. memang kebetulan gua lalu kat situ. 10 minit gua tunggu kat basement, bugler tak muncul. 15 minit, tak muncul, gua pi surau settlekan magrib dulu. balik dari surau, tengok bugler dah mencangkong depan keter gua.

start enjen terus gerak. hujan masih lagi tak berhenti, tapi ekon gua pasang gak, takkan nak bukak tingkap brader, masuk la hujan nanti!

sampai jalan tun sambathan, jalan jem. gua tengok bugler kepit kaki. 10 minit berlalu, bugler tutup ekon keter.

"apahal lu tutup?"
"gua sejuk!!!"

15 minit berlalu, jalan loke yuew, "gua nak kencing la dude!" kata bugler.

"tahan arr sikit, lu ni mcm budak-budak laa"
"gua serius ni"sambung bugler lagi.

jem teruk. keter tak bergerak. gua jeling tengok muka bugler dah naik merah.

"dude... gua......."
"jap laa sampai shell depan nun lu buang laa.."
"gua memang betul-betul dah tak leh dah ni.."

bugler jeling botol mineral kosong kat sit belakang keter gua, sambil senyum dia capai...

dua hari cuti gua di habiskan untuk kerja-kerja membersih dan menyucikan kembali keter.

apei - budak kampung

p/s: lepas ni kalau lu nak tumpang, pastikan lu dah selesai semua urusan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...