hati gua robek lagi..

Assalamualaikum wbt,

sekadar gambar hiasan.

Balik kerja petang semalam, gua singgah kedai ubat beli tisu. Tisu yang kat dalam kereta pun dah habis gua pakai. Sampai rumah, baru nak lending depan tv layan citer tom-tom bak ngan orked tetiba marlina dari dapur berbisik di telinga gua. Katanya ada rahsia nak bagi tau!

Marlina: bang, ada rahsia nak bagi tau ni. Tak leh cakap kuat-kuat. Kena bisik!
Apei: amender?
Marlina: bill astro bila nak bayar?

Ceh! gua ingat rahsia amender. Bukan tak nak bayar, maybank2u tak leh masuk (alasan).

Apei: sat lagi la lepas magrib la yer. Kali ni confirm bayar. Ikot la sekali kalau tak cayer. (gua memang meyampah bayar bill)

Lepas magrib, gua start enjin kereta, ke pejabat pos terdekat. Pejabat pos kat tesco tutup pukul 9 malam kalau kat kuala Lumpur ni. Kalau kat kampung, pejabat pos tutup pukul 4. kalau nasib tak baik pukul 3.30 pun dia dah tutup komputer. Alasan system down. Nak keluar asb pun tak boleh.

Sampai kat pejabat pos, gua menunggu giliran. Ramai pulak orang nak bayar bill malam ni. Kaunter banyak, tapi bukak dua jer! Rungut gua sorang-sorang.

Sampai giliran, gua serahkan bill dan $$$. Marlina hanya menunggu di tempat menuggu. Tetiba brader kat kaunter tu bersuara,

Brader kaunter: bill api rumah kau dah bayar dah?
Apei: dah, naper?
Brader kaunter: bill api rumah aku punyalah tinggi, anak-anak aku kuat main game. Tapi nasib baik bill air rendah jer.
Apei: oklah tu bang..
Brader kaunter: aku cakap ngan kau, kau buat tak tau jer ek. Kau dengar tak? Rilek la jgn la stress sgt.

Kata brader kaunter tu sambil cuit bahu kawan kat sebelah dia.

Chilakak, gua ingat brader ni cakap ngan gua, mentang-mentang mata lu kero, lu boleh sembang ngan kawan lu tak payah toleh. Robek hati gua. Nasib baik bini gua tak tau!

On the way balik ke rumah,

Marlina: abang sembang aper ngan brader kaunter tadi. Mcm dah lama kenal jer? Kawan ke?

Gua hanya membisu. Hati gua robek lagi…

Apei – budak kampung

p/s: weh ni entri gua yang ke 100. tak sangka gua mampu merepek sebanyak ni.

Comments

wakakakakakakakak....ni mcm lawak org dlm jamban yg sembang dgn kwn dia kt tipon tu je...

ampun bro...aku takleh tahan nak gelak...ampunnnn...jgn robek hatimu lagi k...kehkehkeh....
Izyan Nadirah said…
hahahhahaha. lawak bro lawak. aku paham. aku penah gak kena gini. mesti ko awal2 dah hati berbunga2 ingat mat tu nak mesra alam ngan ko kan?hahahhaha
citahrudin said…
best r puan marlina ni..pandai btl wat komedi suspen ...cyalah..kem slm kt beliau..ha, ngan brader kaunter tu skali..buleh?
miszrLina said…
hik hik hik :p

robek hatiku.... cube nyanyi2 sket gaya mas idayu... hehe

*kim salam kat puan marlina yer...
arfahadnan said…
hehehehe...

sabar yer...

leh tolong gelak jer...

huhu..
sharamli said…
brader kauter tu prasan x?
aYuNi said…
ekeke~ sian seh .. mata brader kaunter 2 truttt eh? hahaha~ aduyai.. sian betul.. xpe2..jangan dirobekkan lagi ati 2 ya..:P
wakakakkakakka..lawak siot...HA HA HA.. guling2 gelak ni....


sumpah, sakit perot gelak!!!

(^_^)
apei said…
dakgilachoc - lu sadis, lu memang sadis!

izyan - saper yang pernah kena pasti paham perasaan gua..

citahrudin - tu lawak spontan brader.

miszrlina - gua nyayi siap gelek ni.. amacam?

arfahadnan - aduh.. makin parah luka hati gua..

sharamli - gua pun tak pasti arr..

ayuni - patut kesian kat gua lebih skit..

apisz - brader ni entri serius. mana leh gelak..
antusabun said…
Sejak 2,3 menjak ni gua tengok lu ni macam ada masalah je. tertekan pasal ekonomi ke? Takder kisah yang ceria-ceria ke?
vidadarisakura said…
agak2 abg kaunter tu ada blog?


hahaha!

kompom dia pun tengah tulis pasal ko..


lallallaa
apei said…
antusabun - gua suram ikot mcm kesuraman ekonomi.

vidadarisakura - gua pun syak dia mesti buat citer pasal gua semalam.
Sulela said…
Hahaha...kesian la kat Apei...kesian tapi kelakar...hahaha
inna hayati said…
agak2 brader kaunter tu cam tak muke brader? esok lusa boleh g ajak sembang2 minm2 kopi plak...
wakakaka...
thaliana_damia said…
tolong ngaku yang gambar tu tempat lu dimalukan oleh abang kaunter pejabat pos ...
BudAk hijAu said…
hahahahahaha...sempat lagi lu kutuk mate die kn...

ke 100?tahniah! :D
Monkey D Luffy said…
hahaha... napa ko tak sambung jer cakap...
eliza said…
hati mu robek tp hati ku terhibur..

hehehe

Popular Posts