bila dah 10 tahun tak jumpa!

Assalamualaikum wbt,

Hari sabtu lepas member asrama gua kawin, dia duduk kat port dickson. Memang grand dia kawin, tak payah buat kat hotel pun gua dah rasa grand pasal ada cendol leman dawi yang free leh makan banyak kali tu. gua pi kawin dia makan cendol jer...

Kat majlis kenduri tu semua member-member satu asrama berkumpul. giler dah dekat 10 tahun tak jumpa. masing-masing dah bergaya tak mcm masa kat asrama dulu, gigi pun kuning!

antara member asrama yang gua jumpa:

1-maulud - budak dok satu katil double decker ngan gua. maulud katil bawah gua katil atas. masa kat asrama bertugas sebagai alarm clock aku.. tiap-tiap pagi pukul 6 gua mesti dengar suara dia "apei bangun semayang subuh!".. hari ni dia kejer kat audit firm kat seremban.

2-popoi - budak satu dorm ngan gua. tidor berdengkor satu dorm leh dengar. selain kat dorm popoi jugak kerap berdengkor dalam kelas, terutama subjek sejarah dengan cikgu 'undertaker' dan subjek matematik. hari ni popoi bekerja sebagai tukang pasang camera CCTV kat pasaraya. sesuai ngan hobi beliau yang suka skodeng aspuri (asrama pompuan) masa sekolah dulu.

3- lanun - ketua kelas gua juga budak satu dorm gua. manusia paling kedekut tentang makanan terutama maggi dan biskot yang ada cream. menjadi rakan se-tido popoi ketika dalam kelas. hari ni lanun dah jadi pilot jet askar. selalu bawak kapal terbang untuk pertunjukan masa hari kebangsaan.

4- apai - rakan dorm gua yang paling suka main daun trop, suka isap rokok, suka tido dan makan maggi pakai bekas gua pastu tak reti nak basuh balik. beliau tak suka tidor dalam kelas tetapi suka ponteng kelas dan tidor kat dorm. didapati sering tidor selepas subuh dan bangun selepas zohor. hari ni apai ada kedai jual keter recon kat kl. katanya share partner ngan pakcik dia..

5- apei - iaitu gua.. arhh takan gua nak citer perihal gua kat asrama. gua budak baik!

member-member gua semua dah berjaya. gua aper citer?

apei - budak kampung

Comments

bukan ko pn dh berjaya ke bro? keje banking gaji 4/5 angka kire berjaya la tu..:)
mrblind said…
lu dah berjaya ada anak sorang kan..bila lagi no 2..hahaha
antusabun said…
Lu kira dah berjaya la ni. Kalau tak lu takda blog. Diaorang ada blog? haha
Jard The Great said…
hahaha.. aku sokong pendapat antusabun... diorg ade blog ker???
Sulela said…
Apei kan dah berjaya jugak. Kalau tak, takde la bayar income tax sampai 4 angka...kekekeke
apei said…
dakgilachoc - mana lu tau gaji gua 4-5 angka? memandai jer lu ni.. kalau orang income tax dengar ni nahas gua!

mrblind - lu membangkitkan semangat juang gua! ni lu letak gambar budak jambu mana lak ni bro?

antusabun - diorang cakap orang tak ada pedoman jer ada blog ni! chelakak!

jard - diorang tak ada blog, tapi diorang baca blog gua pakai henpon canggih diorang jer.. aper citer?

vidadarisakura - lu tak cayer lu tanya la gua sendiri...

sulela - gua rasa income tax salah orang kot...
pelik arr name kwn² lu nih!
apei said…
biasa arr budak2 hostel memang nama pelik2...

Popular Posts