pengalaman saya duduk kat negeri orang putih

Assalamualaikum wbt,

gambar hiasan - nama kawan gua ni apai, ni gambar kat stadium stamford bridge chelsea. dia kata dia ada awek orang putih. sampai hari ni gua tak percaya!



semalam gua cuti pasal nak buat rod tax kereta, sempat gua merayap tempat sepupu gua kejer part time pasal pn marlina nak makan McD murah yang dari pukul 12 - 3pm tu. sepupu gua nama dia mamat, baru lepas amik spm. sibuk nak pergi belajar nak negeri orang putih. beberapa soklan dari mulut mamat agak sukar gua nak jawap. mungkin sakit hati gua mengeluarkan duit untuk membuat rod tax dan membayar saman had laju tak reda lagi.. rod tax 960, saman rm300 (tak leh discount!).. lu orang kira sendiri..

gua akan bercerita pengalaman gua berdasarkan soklan dari mamat (mcm style citer slumdog millionare plak!)

soklan pertama: best ke dok negeri orang putih abg apei?
jawapan: gua dok negeri orang putih masa lepas spm, bapak gua dato sri' mohd nor yang bagi duit suruh gua dok sana atas alasan pi belajar kat negeri orang putih, belajar berdikari.. gua terpaksa tinggalkan nenek dan rakan-rakan kampung... kat negeri orang putih ni mula-mula gua duduk ngan pakcik gua kat leeds, kat sana gua bosan, gua tak ada kawan, tak ada burger tepi jalan, tak ada cerita muzik-muzik, petang-petang ada 5-6 ekor anak mat saleh main bola.. mcm chelaka, belum kena bentes dah jatuh.. kalau main bola kat kampung, gua terajang kuat-kuat kaki alip pun dia tak jatuh.. pendek kata gua tak suka dok kat sana.. tambah plak sejuk semacam siang malam.. ada matahari pun rasa mcm nampak mentol jer.. tak panas..

soklan kedua: abis dok sana buat aper?
jawapan: sepupu gua iaitu anak kepada pakcik gua dia keje kat manchaster, gua amik keputusan untuk pindah ke manchaster keje kat sana. dari leeds gua ke manchester naik keretapi. keterapi tu mcm komiter jer lebih kurang.. tapi lagi bagus skit laa.. komiter ktm ni mcm hampeh, cakap kalau train sampai pukul 12 tapi sampai pukul 1230.. kalau komiter kat sana sampai mesti tepat masa.. sampai kat manchester gua keje kedai runcit. kedai runcit tu orang india punya. tugas gua ialah menjaga stok, isi barang-barang kat atas rak kalau dah nak abis dan sapu sampah. kedai gua keje tu best, hari rabu dia tutup.. gua pun tak tau kenapa.. hari-hari keje mcm ofice hour jer.. boss gua nama dia kumar, dia kata kalau ikot law gua tak leh kerja pasal pass gua untuk lawatan tapi dia kesian kat gua dia bagi gak gua keja, tapi dok dalam stor jer..

soklan ketiga: ramai tak melayu kita kat sana?
jawapan: gua dok sana bukanlah keja nak mengira orang melayu. tapi masa gua kat leeds gua rasa mcm pakcik gua jer orang melayu kat situ, tapi kalau kat manchester tu ramai jugak.. ada yang keje, ada yang belajar, ada yang shoping, ada yang lari dari hutang, ada yang jalan-jalan, ada yang abiskan duit mak bapak mcm gua.. nak cakap berapa ramai tu.. gua amik satu perumpamaan la.. kalau lu amik batu baling kuat2 atas langit pastu kalau batu tu jatuh atas bumbung mesti lu boleh dengar orang mencarut dalam bahasa melayu. amacam? ramai ke sikit?
soklan keempat: orang melayu kat sana poyo tak mcm kat sini?
jawapan: melayu kat sana gua rasa agak rapat sesama mereka, tak sama sgt la mcm kat negara yang gua cintai ni.. asalkan lu parti lain jer mesti dah tak geng.. kat sana tak pulak gua rasa mcm tu...

soklan last: abis kat sana petang-petang abg apei buat amender?
jawapan: kat sana bola sepak ni mcm diorang punya suka no satu, tambah plak belah manchester ni. petang-petang gua main bola. main bola kat sana best tak pancit pasal sejuk, matahari pun tak panas. gua memang top scorer kat sana. mat saleh ni bukalah terer sgt main bola, orang melayu lagi terer cuma diorang ni main bola sebab minat bukan sebab duit jer, tu yang bezakan.. bola kat malaysia banyak politik.. cit busuk! paling best kat sana kalau ada game bola, ramai-ramai berarak pi stadium, tiket mahal tapi mesti sold-out. lu orang tengok semangat sukan bola diorang! stadium kita asyik kosong jer.. aper citer?

kesimpulan, lama tak lama sgt la gua kat sana.. sempat la gua ada sorang awek kat sana sebelum gua balik malaysia. sepupu gua masih lagi kat sana.. gua rasa dia memang dah tak ada hati nak dok malaysia. kalau gua memang tak boleh, mana tahan tak dapat gulai tempoyak ngan sambal belacan lama-lama... bagus jugak mamat tanya gua soklan mcm ni, teringat gua melayu kat sana tak mcm melayu kat sini hari ni, bola kat sana maju tak mcm bola kat sini.. semua busuk!

apei - budak kampung

Comments

Izyan Nadirah said…
yayy! itu semangat yg aku suka. long live orang kampung! hehe.
Cik_daya said…
semangat orang kampung walaupun duk luar negeri...
mrblind said…
hebat lu brader..tabik tabikk
Jard The Great said…
proud to be a malaysian! hehe
kEy said…
adeh gua lapa bace entri lu~
padahal skit je lu tuliS,
ini menunjukkan gua sgt lapa~
✖cikin✖ said…
ngri kite xsma ngn ngri org

tp best ar de gak pglmn duk ngri omputeh tu
razor said…
tak citer pun kes awek yg masih gila kat lu walau pun lu dah balik cni..


lalala
seronok gak merantau..
byk kenangan n pengalaman
mEiZ AraNda said…
semangat laa bro..;p

pe kabar sis marlina n orked??
apei said…
miez aranda - semua baik2 dan sihat2 ajer.. orked makin nakal..pening kepala nak menjaga.. tapi enjoy besarkan baby sendiri..

Popular Posts