hari ni hari jumaat

Assalamualaikum wbt,

Hari jumaat jer gua mesti senyum, jalan jem mcm #$%^& pun gua steady jer senyum.. gua pun tak tau naper..

secara jujur sebenarnya gua ingin bertanya pendapat lu orang, mana yang terbaik?

1- bercinta sebelum kawin?
2- bercinta lepas kawin?

gua nak sangat tau pendapat orang ramai pasal isu ni.. saper-saper sajer boleh bagi pendapat tentang ni, peng-komen setia gua, follower gua, silent readers, new visitors, budak2 opis gua, orang2 kampung kat bagan dato' dan teluk intan tak lupa gak sedara-mara kat sungai sipot dan kg gajah, member2 kat jengka, k.lipis, masjid tanah, tampin, pilah, muar, jb, tok long kat singapore pun boleh bagi pendapat, readers dari UK, US, NZ dan seluruh alam.

Gua teringin sgt nak dengar pendapat lu orang..

apei - budak kampung

p/s: jgn tanya kenapa, lu orang bagi pendapat dulu nanti baru gua bagi tua kenapa gua tanya!

Comments

Jard said…
er....errr....

ntah.. hahahaha...
antusabun said…
Gua rasa bercinta dulu baru kahwin. Nak tau gak songeh2 dia macam mana. Takut tak leh terima perubahan dia pas kahwin..
arfahadnan said…
sebelom dan selepas kawin pun perlu bercinta..
qishie said…
entah.

kawan aku ada yang bercinta selepas kahwin.

dulu dia cakap dia cuma sayang laki dia sebagai suami je.

tapi sekarang dia cakap dia cinta gila2 suami dia sampai dia boleh menangis kalau fikir satu hari tuhan ambil suami dia dari dia.

tapi actually.yang penting tau tanggungjawab kot.

tak kisah la bercinta before or after.
kalau tak reti laksanakan tanggungjawab..sama je.
tak bahagia juga.

huhuhu..skema la plak.zzzzzzz
mEiZ AraNda said…
kalau saya,

kawen baru cinta..
baru thrill....;)

tp kenalah kenak sape orang tu
kenal dulu hati budi sebelum berkawin, takot nanti bile dah kawin, da takleh nak gostan balik dah.. tapi jgn le over sangat kan kan kans ?

mesti keep some sweetness after kawin ;)
Haris Hauzah said…
Sahabatku Apei,

Soalan ini subjektif, ia bergantung banyak pada apa yang seseorang itu cari atau mahukan daripada diri pasangan mereka.

Yang mana lebih baik ?, bercinta sebelum atau bercinta selepas kahwin...

Saya jawab begini, bercinta selepas kahwin itu jauh lebih utama daripada bercinta sebelum berkahwin.


Haris Hauzah
Lina said…
salam apei..
walau pun aku ni lom ke alam umh tangga...
septtnya zaman yang serba moden ni..kte kne r kenal dianya pergai,aty budi,rjin ke x...blh ke x galas tanggung jwb bersama,sush senang bersama...yg pling pnting agama dia...
tu jek pendapat aku...salam
n a d e a said…
dua2 pon ok rasanya...

tp better slps kawen sbb da sah.
hehe ;)

dunno la bro.. xkawen lg so xtaw cne rasa bercinta pas kawen.
kalo sblm pnah ar..
huhu.
DIK AN said…
Depends on how we elaborate the meaning of love.
Sulela said…
Bercinta lepas dan sebelum kawen ni ada la pro dan contranya.

Ada orang, kawen dulu pastu bercinta tapi hidup tak bahagia sebab tak kenal hati budi memasing sebelum kawen. Bila dah kawen, salah sorang dari pasangan tunjuk perangai sebenar dia. Haru la pulok sebab takleh nak patah balik ke pangkal jalan. Tapi ada orang bahagia sebab dah sah, kan. Semuanya manis je.

Ada orang becinta dulu sebelum kawen but still ada gak yang tak bahagia. Ada yang kata tak sefahaman la, tak itu la, tak ini la. Ada pulak yang sampai ke akhir hayat hidupnya setia bersama. Tapi dalam rumahtangga ni banyak la dugaannya...

Ingat satu je...perempuan baik untuk lelaki yang baik juga dan begitulah sebaliknya...;)
iLOVEspeed said…
pade pendapat aku, mak ko suh ko kawen atur (arranged marriage) hahaaha!
Saichou said…
aku suka sgt baca novel psl bcinta lps kawen..srnok sgt..sweet jer..

hope komen aku ni jwb soklan
thaliana_damia said…
both -
selepas kawen :sebab tok aku jumpa wan satu hari sebelum kawen itu pun bahagia sampai tok aku meninggal

sebelum kawen: untuk aku tahu hati budi :maksudnya tak gila, tak kaki pukul, tak drug addict, tak depression atau multiple personality disorder
Anonymous said…
tapi kan
kalau kapel dulu baru kawin pun xbleh gak.,
kadang2 time kapel sume baek,.,,
dah kawin bru tau perangai camne..

dh tuh??
Monkey D Luffy said…
aku suka cinta lepas kawen...

tp rezeki org lain2 kan
paiseh said…
hari ni hari jumaat.. kena mengena dengan malam jumaat ke??
bercinta sebelom kawen tp bukan bercinta yg bertahun² xkawen²..
at least kenal hati budi..pastu sambung sapai bercinta selepas kawen plak
mrblind said…
sikit pun gua tak heran...ahhahaha
messyremo said…
hmmm...

aku pun xpasti yang mane lebih baik...

tapi aku puas hati dengan apa yang aku ade sekarang..
saya nak bercinta...saya nak kawen..
so siapa nak bercinta dengan saya..jom kawen..
siapa nak kawen...jom bercinta dengan saya~

Popular Posts