pepatah orang tua..

Assalamualaikum wbt,


tadi gua makan tengahari di sekitar kawasan tunku abd rahman.. kedai makan tepi jalan jer. maklumlah gua kan baru lepas di tipu oleh samsul. mungkin kerana takdir, gua telah di pertemukan dengan seorang lelaki tua, sambil makan gua bersembang dengan beliau.

semasa muda beliau dikenali sebagai nicoly wolcofe. Beliau digelar begitu kerana keganasan dan ke-kaki botol-an beliau semasa muda. nama itu adalah adaptasi dari nama seorang gengstar Russia sezaman pakcik nicoly wolcofe.

"tapi sekarang uncle dah tua, orang pun dah tak kenal uncle. makan pun tepi jalan jer.. tak standart langsung!"

kini pakcik nicoly wolcofe mempunyai package penyakit yang lengkap iaitu darah tinggi, kencing manis, sakit jantung, buah pinggang dan buasir.

"kau tak payah lah nak jadi samseng ke, minum todi ke.. nanti jadi mcm aku.. menyesal pun tak guna!" nasihat pakcik nicoly kepada gua sambil mengeluarkan sekotak surya dari poket kemeja lusuh beliau..

"dah lama uncle isap rokok?"tanya gua
"aku hisap rokok ni lagi lama dari aku kenal bini aku!"
"uncle banyak penyakit, berenti la isap rokok. kalau bini uncle suruh berenti, uncle nak berenti tak? kalau tak dia ugut nak cerai!" nasihat gua kepada pakcik nicoly.

sambil merenung jauh beliau menjawap "biar bercerai bini, jgn bercerai rokok! kalau kau nak rokok sebatang amik dalam kotak ni!"

"boleh gak!" sambut gua. kami terus lagi bersembang...

apei - budak kampung

Comments

mEiZ AraNda said…
ape laaa....

da dengar orang tu banyak penyakit dia pun nak turut serta....
antusabun said…
tegar gak lu ye. tapi kot sampai bercerai berai tak mo la aku..haha
A a D i I ? said…
pacik tu omputih ke melayu weh?
cool abes.. =)
arfahadnan said…
haih ko ni..

nasihat org jer lebih..
Cenggitu lar aok nanti lagi 30 tahun yerk???
ilazz said…
waaa.. orng Rusia pun ada kat jln TAR ek? dasat, dasat..
qishie said…
haha..kena hulur terus diam...lol~
kEy said…
agaga~
biar bercerai bini?
lol~
meh hulur sni skali~
lalala~
Monkey D Luffy said…
ko layan rokok gak?

surya? kakaka
paiseh said…
terer lu main politik.
hahahahaa..!!

Popular Posts