retro '95 - rumah merah

Assalamualaikum wbt,

Setelah menjalani latihan entensif selama berminggu-minggu, akhirnya hari yang ditunggu tiba, iaitu hari sukan sekolah gua. Selain dari menjadi penyerang bola sepak sekolah yang digeruni seluruh daerah, gua juga merupakan seorang pelari pecut handalan dan harapan seluruh warga rumah merah untuk merangkul pingat emas.

Acara kemuncak bagi hari sukan sekolah ialah lari pecut 100m, dan seperti yang gua cakap tadi, gua adalah peserta harapan dan perhatian.

'Diminta semua peserta acara akhir larian 100m untuk darjah 6 bersedia di garisan permulaan' suara ustaz nordin bin sadali selaku juru acara pagi tersebut membuat pengumuman pakai microfon.

Sekolah gua mempunyai 4 rumah sukan iaitu merah, kuning, hijau dan biru. Bagi acara 100m, setiap rumah akan diwakili oleh dua peserta. rumah merah diwakili oleh gua dan ghazali. Pesaing yang gua rasakan mampu menggugat ketangkasan larian gua hanyalah wan sopak dari rumah hijau dan ajem keling dari rumah biru. Peserta dari rumah kuning adalah sayur semata-mata pada pandangan gua!

Selaku peserta pilihan pertama untuk menjadi juara, gua bertindak 'cool'. Gua jeling lorong sebelah, Wan Sopak dah siap pakai spike, lorong hujung ajem keling dah bukak sluar trek panjang tinggal seluar pendek "ceh tak menjaga aurat langsung, Tuhan marah lu mesti kalah!" bisik hati gua.

Sebelum acara bermula, cikgu anuar (jurulatih rumah merah) sempat meniupkan kata-kata semangat juga sedikit strategi kepada gua dan ghazali.

"ghazali, cikgu nak awak lari gaya pecut maut 50 meter pertama biar semua orang ikot awak. apei, awak pulak lari gaya steady 50 meter pertama, lepas tu baru awak pecut paham!" kata cikgu anuar.

"kenapa cikgu, saya tak paham ni!" ghazali cuba membantah.

"bila awak lari laju-laju semua orang ikot awak, lepas tu saya dah boleh agak dah mesti orang lain yang ikot awak tu penat atau pengsan. lepas tu baru la apei akan pecut untuk menjadi juara! itu pun tak boleh pikir ke?" terang cikgu anuar.

sekali lagi suara ustaz nordin membuat pengumuman 'diminta semua peserta acara larian 100m untuk darjah 6 bersedia di garisan permulaan! Jgn buang masa matahari dah panas ni. Sopi apersal awak makan roti lagi, awak nak lari ke tak?' keras sedikit suara ustaz nordin menegur peserta dari rumah kuning yang konon kelihatan 'cool' makan roti di garisan permulaan.

gua menangalkan kasut worrior buatan cina edisi tapak hijau bagi membolehkan gua berlari dengan gaya kegemaran gua iaitu berkaki ayam "aper kelas juara lari pakai spike!"

"kegarisan, sedia, preeetttttttttttt" ustaz nordin melepaskan peserta. Macam di rancang tadi, gua berlari gaya steady untuk 50 meter pertama. masuk meter ke 60 gua nampak ghazali mula slow, begitu juga wan sopak dan ajem keling yang kelihatan pancit. "cantik tektik menjadi!" bisik gua...

Gua menghayun langkah-langkah kemenangan.. dah terbayang dalam kepala otak gua guru besar kalungkan gua pingat emas, perhhh awek toksah cakap arr semua nak amik gambar ngan gua nanti.. Gua berlari sambil senyum jer.. ketika kelajuan gua telah mencapai tahap maximum, badan gua rasa begitu ringan, biasalah rentak larian seorang juara.. gua dapat nampak cikgu anuar di garisan penamat dah siap pegang 2 cawan air sirap dan roti bun perasa kaya! 10m terakhir.. gua jeling kiri kanan, tak ada kelibat sesiapa pun.. tiada pencabar..

praappp, gedebukkk...errrgghhh (sound effect), yer bunyik tu gua tak dapat lupakan sampai hari ni.. kaki gua terpijak lopak meyebabkan gua hilang keseimbangan dan terus tersungkur dan terseret atas trek padang separa berbatu.

Wan Sopak terus menuju garisan penamat, diikuti ajem keling dan sopi.. rumah merah? kecundang mcm chilaka..

apei - budak kampung

p/s: apei, lain kali jgn belagak..

Comments

WeBViDeOKLiP said…
haahhhaa
ni confident lebeh nie
heehe
mrblind said…
strategi beb..macam mana boleh jatuh ni..hahhaa
@tune® said…
sian ghazali...
padahal dielah hero...
razor said…
kalau ghazali tu orangnya gemuk, kawan ku, kawanmu jua. haha
MeaBerry said…
Kawan saya penah cakap:


OVERCONFIDENT = EKSIDENT



memang seswai ngn situasi anda~


hahahaaaaaa
Yot | is | Yati said…
hahahahah...pengajaran ye pengajaran.
arfahadnan said…
lain kali jgn belagak..
seb baik lu sedar cepat..
haih..
Lain kali time jatuh tu..lu golek2 skit kasi smpi garisan penamat! Baru org respek..kui..kui..kui..
paiseh said…
silap besar laa lopak tu ada kat situ. kalu tak lu dah taraf2 usain bolt ni gua syak. kn?? kn?
Monkey D Luffy said…
mesti mcm nangka busuk

kakaka
antusabun said…
Pedih gak citer lu ni ye.. Ni kira lu takder rezeki la. cikgu lu tu tak bising ke bila lu buat kelakar kat trek tu?
sharamli said…
sah cikgu anuar kasi sirap ngn r0ti kt wan s0pak...

Popular Posts