Thursday, May 28, 2009

Nepal

Assalamualaikum wbt,

Balik dari opis semalam gua dah siap2 beli ais cream coklat untuk puan marlina. Sambil-sambil layan drama orang putih malam tadi, gua hulur ais cream letak dalam cawan. Bukan main lebar senyum.

apei: Abg ingat nak pi nepal laa hujung tahun ni.
marlina: buat aper?
apei: ada keje skit
marlina: tak payah!


apei - budak kampung

Wednesday, May 27, 2009

tiuuuuniama..

Assalamualaikum wbt,

Entah aper mimpi malam tadi puan marlina menyuruh gua ke kedai membeli arang. Katanya ingin menjemput kaum keluarga ber-BBQ di resort minggu ni. Demi mengelak leteran panjang, gua ke kedai runcit berhampiran dengan segera.

'tokey, arang ada?!'

'ada sana belakang'

gua ke belakang mencari arang yang dikata..

'mana ada tokey, lu main-main laaaa?!'

'ada sana, lu tarak nampak ka? itu dalam freezer'

'ayaaaa tokey gua tanya lu arang bukan arak... tiuniama lu!'

'ayaak, soli bos gua ingat lu cina.'

apei - budak kampung

Tuesday, May 26, 2009

papapapapapapapaaa...

Assalamualaikum wbt,

Gua harap puan marlina tidak marah atau berkecil hati dengan sikap cik orked. Gua jadi gelak sampai tahap keluar air mata bila dengan selamba malam tadi cik orked memanggil gua...

'papapapapapapaaa...'

dan berulang untuk beberapa kali. Nampaknya dia pandai panggil papa dulu.

Gua dengar khabar hari ni puan marlina nak ajar cik orked sebut mama pulak.

Good luck laa..

hehehehe...

apei - budak kampung

Monday, May 25, 2009

boss saya mau cuti boleh ke?

Assalamualaikum wbt,

Hari ni gua tak cukup tido, kepala pening. Roti bakar sapu kaya yang bini gua buat pagi tadi pun gua tolak tepi. Minum milo pun rasa mcm minum air paip. Malam tadi start dari pukul 2 pagi sampai azam subuh Orked tak nak tidor. Meragam.. gua bukak tv citer karton disney diam pulak.

Aduh....

"boss, nak cuti hari ni boleh tak? mau tidooo!"

apei - budak kampung

Friday, May 22, 2009

Hang Zam..



"Woi Hang Nizar, lebih baik kau turun, kalau kau tak nak turun, kau tunggu sana sampai aku datang. Kau bukan tak tau itu kerusi MB aku yang punya!"

wahahahahaha... Perak oh Perak...

apei - budak kampung


Thursday, May 21, 2009

Raja Fatin Farhana

Assalamualaikum wbt,



1995, Darjah 6 Berlian (kelas no 1)

'Awak nak coklat ni? saya beli untuk awak kat koperasi tadi' tanya raja fatin farhana raja azlan kepada gua.

'eh tak perlah, dah kenyang makan nasik lemak kat kantin tadi'

'saya buang ajerlah'

'eh jgn bazir. bagilah. tapi nanti kat rumah baru saya makan'

Raja Fatin Farhana, budak kelas gua, juga yang ter-cun di seluruh darjah 5 sekolah gua. Anak orang kaya, bapak pakai mercedes benz, ladang sawit ratus-ratus ekar. Gua? pensel pun pinjam kat sopi. Lepas gua dinobatkan sebagai penyerang terbaik dalam pertandingan bola sepak bawah 12 tahun MSSD yang diumumkan Guru Besar dalam perhimpunan, Raja Fatin Farhana secara auto hendak merapatkan diri dengan gua. Maklum saja, gua pelajar yang berjaya dalam bidang pelajaran, sukan dan tambahan pula sejak dari kecil kecomelan gua memang terserlah.

Selain dari coklat, raja fatin farhana juga suka memberi gua hadiah seperti buku cerita orang putih, gameboy, dan kasut bola 6 stat. Orang dah bagi, gua amik jer.. nenek gua cakap rezeki jgn tolak.

Satu hari gua bertanya 'kenapa awak baik dengan saya? suka bagi mcm-mcm?'

'emm tak ada aper, sajer'

'jgn bagi lagi, ajem keling kata awak ni makwe dia'

'eh tak adalah.. semua orang dah tau saya ni makwe awak lah?'

'aper?'

Gua suka berkawan dengan raja fatin sebab dia selalu bagi gua hadiah. Paling best kalau bapak dia balik dari negeri orang putih, dia mesti bagi gua coklat mahal-mahal. Tak main la makan coklat yang sekupang dapat 3 kat kedai akam tu. Gua balik sekolah pun tak payah lagi jalan kaki, naik mercedes benz beb. Permainan gua pun dah bertukar lebih berteknologi seperti gameboy. Aper kelas gua nak join main guli.

*****
1996 - Tingkatan 1

Gua ditawakan masuk asrama. Raja Fatin pun mcm tu. Tapi sekolah lain.

'awak belajar rajin-rajin yer, nanti kita jadi doctor sama-sama'kata Raja Fatin sebelum gua naik kereta sewa untuk ke Pekan sebelum amik bas untuk ke Sekolah Asrama.

Itu kali terakhir gua jumpa Raja Fatin Farhana, cuti penggal sekolah gua tengok rumah dia dah kosong. Ikot cerita nenek, lepas fatin ke sekolah asrama keluarganya terus pindah ke Kolumpor. Hubungan kami terputus di situ.

*****
20 May 2009 - 13 tahun kemudian...

Tesco kajang, sementara Pn Marlina sedang sibuk memilih sayur gua menuju ke rak roti.

'awak nak coklat ni?' Raja Fatin Farhana menghulur bar coklat kesukaan gua.

'oh, terima kasih. tapi, wife saya dah belikan untuk saya'

'awak dah kawin?'

'yer, anak sorang'

'tahniah, anyway ini kad saya. kalau ada masa nanti kita keluar makan ajak wife awak sekali.'

'InsyaAllah'

'Coklat ni untuk awak, saya akan bayar' Raja fatin menghulurkan coklat kepada gua.

'Terima kasih'

'Ok, i got to go, ada masa jgn lupa call!'

gua tengok kad nama tu, Dr Raja Fatin Farhana Raja Azlan. Kini bertugas di sebuah Hospital Kerajaan.

'emmm... DOKTOR.. dia dah tunai janji dia. Gua nak jadi aper? doctor? hehehe' gua tergelak sorang-sorang bila tengok kad tu.

apei - budak kampung

Wednesday, May 20, 2009

Jeram Perlus - Siri 2

Assalamualaikum wbt,


Sumpah memang gua dah tak nak cerita pasal naik bukit hari tu, tiap kali kalau gua bukak cerita mesti hati gua naik panas semacam memikirkan berapa botol darah gua disedut pacat. Penat gua makan biskut mery, kerepek pedas, kuih bangkit. Minum air milo, 100 plus, air mineral. Perot gua dah proses jadi darah, dia senang ajer datang nak isap. Samseng betol perangai!

Jeram Perlus siri 2 gua publish dengan perasaan penuh berat hati. Nasib baik gua ada mimpi orang tua janggut panjang pegang tongkat suruh gua publish gambar yang gua tangkap. Kalau tak jangan harap gua nak tunjuk.

Saper komen cakap gambar ni tak cantik, gua terajang terus kat dada.

sebaik sampai terus gua pasang kemah yang kaler silver tu. gua amik grand stand dekat skit ngan air terjun nak berak pun senang. itu semua strategi. gua berak kat atas, faizi mandi kat bawah..wahahaha..

pool dia tak dalam sgt la.. average 4 kaki.


air yang mengalir tenang setenang hati gua. Ni pot rasmi aktiviti gua.


Air terjun jeram perlus

air terjun jeram perlus


air terjun jeram perlus


air terjun jeram perlus - tinggi dalam 200m ++

apei - budak kampung

p/s: faizi, lu jgn kasi sebar gambar gua tengah berkemban. nanti terjejes plak periuk nasik jehan miskin.

Tuesday, May 19, 2009

nasihat samsul kepada kita

Assalamualaikum wbt,

Tarikh: Malam tadi
Tempat: Tembok tepi simpang mamak ABC Mydin
Time: Lepas balik surau semayang isya'
Perkara: Siri ceramah motivasi bersama Samsul

'ajed cakap lu ada blog yang suka maki orang betol ke?' tanya samsul

'maki tu tak la maki sgt tapi berat ke merapu ajer'

'aper faedah nyer lu main benda-benda kurafat mcm tu, buat fitnah sana-sini, maki orang sana-sini, cerita yang bukan-bukan. syirik semua ni...'

'mana ada gua fitnah orang!'

'orang yang tulis blog ni orang yang tak ada arah tujuan hidup, tak ada pedoman, jiwa tu kosong, mcm lu la contohnya. tak takut ke masuk neraka?' berkerut-kerut muka samsul motivasikan gua.

Gua syak samsul dah mabuk, harap janggut je panjang mulut mcm setan. Sebelum gua tumbuk perot dia baik gua chow.

apei - budak kampung

Monday, May 18, 2009

Jeram Perlus

Assalamualaikum wbt,


Gua selamat kembali malam semalam, patut hari ni gua cuti. Tapi boss cakap "apei, lu jgn nak cuti. Kerja lu banyak!". Gua akur, kalau gua mencarut dalam hati pun ada boss gua tau?!

Sepanjang pendakian 4 jam untuk sampai ke puncak perlus. Gua merupakan ahli expidisi yang paling banyak serba-serbi..

1- Paling banyak bawak air (air milo, air 100 plus, air mineral) semata-mata bagi memastikan gua sampai ke destinasi dengan bekalan air yang mencukupi.
2- Paling banyak bawak makanan (roti, biskut mery, kerepek ubi pedas dan kuih bangkit) supaya gua tidak keputusan makanan sepanjang perjalanan ke puncak.
3- Paling banyak berenti pasal rasa nak pengsan. (terima kasih che lan bagi gua pall mall lu)
4- Paling banyak tergelincir pasal tak pakai lutut besi mcm pak din
5- Dressing paling handsome mcm nak pi KLCC
6- Paling last sampai ke camp site
7- Paling banyak kena gigit pacat - pacat ni pun satu hal, sampai kat leher gua pun dia nak gigit. nanti bini gua ingat aper pulak!

Air terjun di perlus memang terbaik, gua ada shoot gambar tapi tak cantik. Rasa mcm malas nak upload.

Hari ni gua tak boleh update banyak pasal tengah sibuk nak main facebook. Ada awek cakap nak berkenalan ngan gua. Leceh betol. Gua cakap dah kawin pun dia tak percaya.

apei - budak kampung

p/s: gua 'up' satu gambar. lu orang rasa ok, boleh ikot gua pi naik gunung nanti.

Friday, May 15, 2009

Mendaki gunung..

Assalamualaikum wbt,

Pagi tadi gua telan telor separuh masak 2 bijik, tengahari gua makan nasik beryani kambing, malam ni mesti bini gua masak sedap-sedap pasal besok gua akan bertolak dalam ekspidisi panjat gunung.

Tinggi tak tinggi sgt, rendah pun tak la rendah sgt. kira-kira kena bermalam jugaklah atas gunung tu sebelum puncak ditawan.

Minggu depan gua balik. Doakan gua selamat.

apei - budak kampung

p/s: Che Mad, kasi bawak tong oksigen lebih, Abg Me sleeping bag ngan mess tin kena bawak.

Thursday, May 14, 2009

tekak gua.

Assalamualaikum wbt,

Tengah-tengah bulan ni tekak gua jadi auto mengada nak makan MekD tiap-tiap hari. Cilakak betol, sikit tak perihatin dengan keadaan ekonomi semasa!

Dulu kat kampung nasik ngan sambal tempoyak pun tekak gua boleh telan hari-hari.

apei - budak kampung

Wednesday, May 13, 2009

genap 40

Assalamualaikum wbt,

Hari ni genap 40 tahun tragedi 13 mei 1969. Orang melayu, pahamkan dan semat dalam kepala otak elok-elok. Jgn sibuk nak shuffle kat depan KLCC 24 jam. Gua rembat kaki seko-seko karang!

Tak nampak gua tengah serius ni..

apei - budak kampung

Monday, May 11, 2009

shift malam.

Assalamualaikum wbt,

Kalau gua sebut shift malam mesti lu orang terpikir security guard, curik tulang, makan meggi kat pantry, tidor tak ingat dunia time kerja dan sebagainya. Aper lu orang ingat security ajer kerja shift malam ke? kerja bank tak boleh shift malam ke?

Hari ni gua kerja shift malam... tapi shift malam kat bank ni tak la balik lewat sgt, nak kata balik awal sgt pun tak jugak. Kira sedap-sedap embun nak menitik tu gua balik laa.

Aper best kerja shift malam?
1- Boleh main game sambil kerja
2- Chating ngan kutu-kutu kat UK dan US (hari ni gua dah suruh faizal dollah kat durham on-line)
3- Baca blog dengan senang hati
4- Talipon rakan-rakan seluruh malaysia (saper nak suruh gua talipon sila tinggalkan no talipon)
5- Pasang lagu kuat-kuat mcm kelab dangdut
6- Bukak pintu pakai kaki
7- Tak payah pakai tie
8- Pakai sliper jamban sambil buat kerja
9- Lipat baju sampai lengan, pakai baju kat luar
10- Cakap sorang-sorang dan nyayi kuat-kuat
11- Tak payah tunggu turn nak masuk jamban dan banyak lagi

Aper tak best kerja shift malam?
1- Sorang-sorang dan seram
2- Tak ada geng
3- Gua rasa tak best sebab duduk sorang-sorang ajer. Lain semua ok. Seram sikit ajer. Tapi gua steady.

Apersal kena kerja shift? aper siang tak boleh kerja ke?
Kerja gua ialah menjaga system yang dinamakan SWIFT (aper maksud swift lu tanya pakcik google). Opis gua ialah back office bagi segala trade luar negara dan semua transaction mestilah melalui SWIFT system. Setiap jam beratus-ratus transaction perlu diperhatian dan dipantau agar semuanya berjalan lancar dan selamat. Setiap transaction melibatkan hingga jutaan pound dan dollar (cakap nada sombong!). tak aper, gua tabah orangnya.. jika sebarang masalah berlaku, gua adalah orang pertama yang boleh ditujukan muncung senapang ke kepala. Jika ada masalah juga, gua lah orang pertama yang akan ambik tiko bantal untuk tido kat opis hingga masalah selesai. Di sebabkan trading banyak dilakukan dengan negara-negara eropah dan america, pasal tu gua kena melepek kat opis ni sampai trading habis...

Malam ni gua akan bersendirian di opis hingga tengah malam. Lu orang jgn nak pandai-pandai buat-buat miscall gua, main-main suis lampu pastu menyamar jadi hantu, main-main flush jamban, buat-buat bisik belakang telinga, Gua lempang ajer sorang-sorang karang!

apei - budak kampung.

Wednesday, May 6, 2009

bang, teh tarik besar satu!

Assalamualaikum wbt,

Sekarang gua hari-hari naik kereta datang opis. Walaupun jem, tapi gua seorang yang tabah. Di sebabkan jem gua kini suka jadi pemerhati kereta-kereta rakyat malaysia disamping membuat analisis-analisis tentang penggunaan kereta oleh rakyat malaysia.

Dari analisis yang telah di buat, gua dapati dari 10 orang rakyat malaysia yang memandu kereta, 6 dari mereka adalah pengguna kereta buatan tempatan (proton, produa). Dari 6 pengguna kereta tempatan tersebut, setidak-tidaknya 2 pengguna cenderung untuk mengubah suai kereta mereka supaya kelihatan seperti kereta buatan luar. Antaranya seperti:

1- Wicer - Wira yang diubah suai dengan rim besar, ekzos bingit, ada body kit dan ada tali panjang bawah ekzos. Tidak ketinggalan ada spoiler yang mcm duri landak bagi membolehkan aliran udara lebih lancar supaya kereta lebih laju (tahyul betol) kononya seperti Mitsubitsi Lancer.

2- Kelini - Produa Kelisa yang di tukar lampu depan dan belakang, di tambah sedikit mcm body kit kat tepi tayar dan menampal pelekat 'mini's' kononya kelihatan seperti sebuah kereta mini cooper.

3- Wajevo - Waja yang telah ditukar penutup bonet, dan pakai hood depan yang ada lobang atau kaler lain dari body. Ekzos mesti bunyik garau. Wajib ada tali yang panjang sampai cecah jalan ikat kat ekzos. Cermin tinted gelap pastu pasang radio kuat-kuat mcm kelab dangdut. Sambil pemandu bersikap kurang sopan dan memakai cermin mata hitam konon kelihatan cool sambil berangan memandu Mitsubitsi EVO.

4- Myass - Myvi yang di tambah wizer, potong ekzober biar nampak rendah, spoiler tinggi dan yang paling penting mesti tampal pelekat 'Passo' kat belakang kereta.

5- Kemov - Produa Kenari yang ditambah bodykit, tayar tukar sportrim samer kaler dengan body, spoiler kena tinggi. Konon kelihatan seperti Daihatsu'MOVE'.

6- Kanira - Kancil lama yang di ubah suai supaya kelihatan seperti sebuah kereta sukan (sport car). Body kit, potong ekzober, ekzos besar, hood ada lubang dan memandu seperti orang mabuk di atas jalan raya kononya lincah sambil perasan sedang memandu Daihatsu 'MIRA'.

Itu antara kereta yang banyak kelihatan, tak tau kalau ada kereta-kereta tempatan yang diubah suai menjadi lebih canggih. Persoalannya, mengapa kereta tempatan bukan vios yang diubahsuai supaya kelihatan seperti wira, civic yang diubahsuai supaya kelihatan seperti waja dan sebagainya? Adakah kita tidak bangga dengan kereta buatan kita? Gua bangga rakyat tempatan terutama bangsa gua creative dan inovative. Malaysia boleh!

apei - budak kampung

p/s: aloo brader, anak buah gua yang darjah 2 tu pun boleh beza laa lancer dengan wira.

Tuesday, May 5, 2009

Adab sembahyang.

Assalamualaikum wbt,

Salah satu adab dalam solat ialah berpakaian kemas dan bersih. Lagi digalakkan pakai baju tak ada tulisan supaya mata orang lain tak sibuk nak baca tulisan kat baju lu.

Semalam ada kutu sudah hantar gambar ni pakai surat elektronik terus kepada gua. Nasib baik gua tak ada di tempat kejadian. Kalau tak memang gua tomoi dada mamat dalam gambo ni!

3 hari sebelum jumpa awek dah gosok baju, bila jumpa pakai baju kemeja butang sampai atas, minyak wangi satu botol. Nak jumpa tuhan, mcm cilake jer gayanyer. Gua peduli aper, kalau gua nampak lu orang mcm ni pun gua tomoi jugak.


Dapat terajang dari belakang sedap ni!
apei - budak kampung

p/s: semalam unit surat opis gua talipon cakap ada orang hantar surat nak kena sain. bergegas gua lari ingat bapak gua kirim duit dari hong kong buat joli. Dalam sampul biru bau wangi tu ada satu voucher duduk kat hotel legand cherating 2h 1m. alasan kutu bagi voucher pasal nak suruh gua bawak bini dan anak gua jalan-jalan kat kuantan (kat mana ada makan sedap/murah kat kuantan?) dia kata lagi dia tau gua keje mana pasal dia baca entri ni. terima kasih, tapi kalau lu kelepet, memang gua mogok tulis blog 7 hari!

Monday, May 4, 2009

cukai pendapatan, wakil rakyat, tv3 dan lopak air

Assalamualaikum wbt,

30 April gua dah langsaikan hutang-piutang gua dengan kerajaan. Marbawi, lu tak payah nak sms gua lagi suruh hantar borang tax. Menyampah betol gua nengok. Gua dah e-filling dah!

Walaupun gua seorang pembayar cukai yang baik, tak pernah kelepet (tipu) dalam mengisi borang cukai, walaupun cukai gua mencecah banyak angka gua membayar dengan pasrah melalui maybank2u tapi sampai hari ni gua tak tau aper kerajaan buat dengan duit cukai yang gua bayar? (saper tau tolong kasi tau gua!). Dulu masa sekolah, gua telah dipahamkan oleh cikgu rosli yang mengajar mata pelajaran perdagangan, beliau berkata duit cukai yang di bayar oleh masyarakat akan disalurkan untuk membangunkan insfrastruktur seperti sekolah, balai polis, balai bomba, bayar gaji/elaun polis supaya mereka lebih rajin buat 'road block' supaya jalan menjadi lebih sesak, buat jalan dan membuat projek-projek 'gajah putih' yang lain.

Dan sampai hari ni jugak gua masih tak paham-paham dah dekat setahun setengah gua duduk cheras ni apersal lopak depan simpang rumah gua tak bertampal? Takkan gua nak panggil tv3 baru wakil rakyat nak turun buat-buat amik cangkul tampal lobang? cilakak. Duit cukai gua lesap, wakil rakyat gua tido, tv3 berita dah mcm sampah hari-hari merapu, tayar keter gua pulak tiap-tiap bulan nak kena buat 'balancing' pasal langgar lobang yang dah besar mcm swiming pool! semua tak boleh harap.

apei - budak kampung

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...