bang, teh tarik besar satu!

Assalamualaikum wbt,

Sekarang gua hari-hari naik kereta datang opis. Walaupun jem, tapi gua seorang yang tabah. Di sebabkan jem gua kini suka jadi pemerhati kereta-kereta rakyat malaysia disamping membuat analisis-analisis tentang penggunaan kereta oleh rakyat malaysia.

Dari analisis yang telah di buat, gua dapati dari 10 orang rakyat malaysia yang memandu kereta, 6 dari mereka adalah pengguna kereta buatan tempatan (proton, produa). Dari 6 pengguna kereta tempatan tersebut, setidak-tidaknya 2 pengguna cenderung untuk mengubah suai kereta mereka supaya kelihatan seperti kereta buatan luar. Antaranya seperti:

1- Wicer - Wira yang diubah suai dengan rim besar, ekzos bingit, ada body kit dan ada tali panjang bawah ekzos. Tidak ketinggalan ada spoiler yang mcm duri landak bagi membolehkan aliran udara lebih lancar supaya kereta lebih laju (tahyul betol) kononya seperti Mitsubitsi Lancer.

2- Kelini - Produa Kelisa yang di tukar lampu depan dan belakang, di tambah sedikit mcm body kit kat tepi tayar dan menampal pelekat 'mini's' kononya kelihatan seperti sebuah kereta mini cooper.

3- Wajevo - Waja yang telah ditukar penutup bonet, dan pakai hood depan yang ada lobang atau kaler lain dari body. Ekzos mesti bunyik garau. Wajib ada tali yang panjang sampai cecah jalan ikat kat ekzos. Cermin tinted gelap pastu pasang radio kuat-kuat mcm kelab dangdut. Sambil pemandu bersikap kurang sopan dan memakai cermin mata hitam konon kelihatan cool sambil berangan memandu Mitsubitsi EVO.

4- Myass - Myvi yang di tambah wizer, potong ekzober biar nampak rendah, spoiler tinggi dan yang paling penting mesti tampal pelekat 'Passo' kat belakang kereta.

5- Kemov - Produa Kenari yang ditambah bodykit, tayar tukar sportrim samer kaler dengan body, spoiler kena tinggi. Konon kelihatan seperti Daihatsu'MOVE'.

6- Kanira - Kancil lama yang di ubah suai supaya kelihatan seperti sebuah kereta sukan (sport car). Body kit, potong ekzober, ekzos besar, hood ada lubang dan memandu seperti orang mabuk di atas jalan raya kononya lincah sambil perasan sedang memandu Daihatsu 'MIRA'.

Itu antara kereta yang banyak kelihatan, tak tau kalau ada kereta-kereta tempatan yang diubah suai menjadi lebih canggih. Persoalannya, mengapa kereta tempatan bukan vios yang diubahsuai supaya kelihatan seperti wira, civic yang diubahsuai supaya kelihatan seperti waja dan sebagainya? Adakah kita tidak bangga dengan kereta buatan kita? Gua bangga rakyat tempatan terutama bangsa gua creative dan inovative. Malaysia boleh!

apei - budak kampung

p/s: aloo brader, anak buah gua yang darjah 2 tu pun boleh beza laa lancer dengan wira.

Comments

wow2..kalau kereta luar diubahsuai mcm kete malaysia..mcm mana wuponya ekk?..adakah lebey macho?..
arfahadnan said…
aku cukup rimas tgk org pasang tali kat bawah keter tu.. diorg kata utk mengecas.. aper yg nak dicas?
CHEDEM said…
Keta modifikasi beribu2, sangup kocek berabuk berdebu, susu anak,yuran sekolah tak tentu bayar. Lajunya pun tak pegi kemana, eksiden sama jer macam tin milo mudah hancur.Erm apei dorang tak sedar kot yg dorang tipu diri sendiri.Mcm beli 3310 pakai chsing N78...tak kemana beb hehehe
antusabun said…
Biarlah kepuasan sendiri-sendiri. Cantik pada pandangan mata sendiri boleh bikin hati sendiri tenang kot?
mrblind said…
weh cilakak..gua pun ada seekor kancil-mira? lu apa tahu..

hahahaha..
mEiZ AraNda said…
hehehehhe
kamu pakai kereta ape bro?
;p
Jard The Great said…
lagi satu aku nak tambah.. org mesia tak suka car-pooling..

satu kereta.. satu org... huhu.. tulah punca jem... alahai..
Liliyuli said…
member saya pun ada lekat 'passo' kat tepi pintu..
sharamli said…
anak buah yg dajah 1 pandai beza jgk x?
Sulela said…
Cite kete rupanya. Ingatkan cite pasal teh tarik...ahahaha. Aku masih bangga memandu kereta buatan Malaysia. Tader modified2 punyak...hehehe
Jocko said…
erkkk,,,
kenapa aku bleh terasa lak,,, hu hu hu
Basuh Baju said…
hahaha gua suka entry ni! cool..
paiseh said…
gua sangat tak into dengan mamat2 lancer wannabe kat jalan.. lagak macam bawak impreza!
@tune® said…
hihi
sib baik gua xde lam kategori tuh
kategori wa single...
xde kn?
apei said…
eiza - pastilah lebih hancuss..

arfahadnan - cas amender plak? tahyul!

chedem - bukan orang lain pun, orang kita jugak..

antusabun - mungkin ada kepuasan selepas menipu diri sendiri.. hehe.
apei said…
mrblind - siol, lu pun terlibat?!

meizaranda - ferrari sekenhand. hehe..

jard - tak 'cool' kot kalau car pool.

liliyuli - kesian member lu. suruh la dia beli passo sebijik.
apei said…
sharamli - yang darjah 1 tak pandai lagi. :)

sulela - kalau lu modified pun orang tau tu keter tempatan.

jocko - aduh, mcm mana gua boleh lupa member gua pakai daihatsu move? jgn marah bro.. tak ada niat.

basuhbaju - ini kenyataan beb..tq.

paiseh - lupa diri beb..

tuneyroonye - gua citer pasal keter bukan pasal status lu.
qishie said…
bro,ko kan lelaki.

takkan ko tak faham kehendak lelaki cemna.

huhuhu..

abang aku cepat melenting kalau aku kutuk hobi dia meng'adjust2' kereta ni.

hahaha..

simpan duit untuk kawin lagi bagus.
BudAk hijAu said…
hahahaha...myass!xley blah..

keta malaysia mmg ciplak design keta import.dats y la bleh jd cm 2..
apei said…
qishie - tak per asalkan abg lu tak mintak duit lu sudah!

budakhijau - assssss..!wahahaha...

Popular Posts