Tuesday, June 30, 2009

karipap 6

Assalamualaikum wbt,

Pagi tadi entah apahal perut gua lapar sgt. Terpaksa berhenti tepi jalan dan beli kuih. Ikut hati nak beli nasik lemak, tapi mcm mana nak makan sambil bawak kereta.

Dengan suasan pagi yang masih gelap dan keadaan gua macam masih lagi separuh sedar.

'Makcik, kuih ni satu berapa sen?'

'Satu 30sen dik, 3 seringgit'

Gua amik karipap 6 dan terus bayar dua ringgit, sampai di opis baru gua sedar ada sedikit kekeliruan dalam pengiraan urusan jual beli karipap pagi tadi.

Gua rasa dah 2 kali gua terkena mcm ni.

apei - budak kampung

Monday, June 29, 2009

edi dan black

Assalamualaikum wbt,

Sabtu petang lepas balik dari rumah meor pasal kakak dia kawin edi pulak tepon gua suruh lepak kat gerai mail burger. Katanya ada perjumpaan penting. Cilakak betol, dah sedap-sedap perut kenyang makan nasik orang kawin patutnya kenalah layan tidor sejam dua baru ada suasana cuti di hujung minggu.

'gua sibuk petang ni tak boleh lepak, nak semayang kat surau lagi' gua cuba mengelak pelawaan edi padahal nak tidor.

'ni penting brader, ada barang baik gua nak tunjuk'

'saper lagi ada?' tanya gua

'ajed, black ngan apis dah compom (confirm) pasal gua belanja diorang nescafe ais, tapi makan gua tak belanja' terang edi

'ok laa.. kalau lu sampai awal order gua capaccino blanded cream lebih!' permintaan gua pun boleh tahan.

'buduh, kedai mail mana ada benda mcm tu, paling dasyat pun milo ais aje!' terus edi memutuskan talian.

*****
Pukul 5, gua bergerak ke gerai mail. 'aper nak jadi la gua ni asyik melepak tak abis-abis. Bila nak jadi Gabenor mcm ni' padahal tak sabar nak minum milo ais free...

'Tujuan gua memanggil lu orang semua pasal gua nak tunjuk satu barang' kata edi

'lu jual sabun ke? sejak bila plak lu join jadi ahli AVON ni?' kata black

'gua nak tunjuk, gua baru beli IPod beradeerrrrrr... sound dia memang power, screen lebar boleh pilih-pilih lagu.. cuba lu dengar lagu Hari Raya Hail Amir dengan Uji Rashid ni.. gua baru masuk pagi tadi ni.. dengar arr' kata edi sambil menghulur kepada black.

'Waaa betol laa sedap la sound dia. Base pun power, bergegar lubang hidung gua!' kata black.

edi merampas semula IPod beliau dan terus melempang kepala black 'bodoh, babi lu, earphone pakai kat telinga bukan kat hidung.. bingai!'

marah betol edi, dah la dia beli cash!..

Sejak itu edi dan black tidak bertegur sapa.. dah tua-tua pun perangai mcm budak tadika. Masa main bola elok pulak berkerjasama, keluar padang gaduh balik. Setan!

apei - budak kampung

Thursday, June 25, 2009

Nornikmat Bin Selamat

Assalamualaikum wbt,

Malam kelmarin gua makan kat kedai nasik lemak sedap kat kg baru. Tak la sedap pun, tapi orang semua cakap sedap. Hipokrit betol orang KL ni, tak sedap pun cakap sedap. Atau mungkin lidah gua dah terbiasa dengan nasik lemak nenek gua yang jauh lagi sedap kot.

Di kedai nasik lemak gua terjumpa Wan Jendol (Hazwan bin Abu Hassan), dah hensem sikit dari zaman sekolah dulu. Dah pandai buang misai dengan janggut, biar nampak jambu katanya.

Kami bersembang. Cerita lama semua keluar. Pasal gua ngorat awek kat sekolah pun dia citer kat bini gua, cilakak betol. Sampailah kami bercerita tentang seorang kawan lama yang kamcing dengan kami. Nornikmat Bin Selamat nama dia. Gua panggil dia Mat.

*****
Hari pertama perkenalan gua dengan mat di tingkatan 2. Dia menghulurkan tangan. 'Nama gua nikmat tapi jgn panggil gua mat'

'apersal?' tanya gua

'Selalu mat ni orang jahat, gua pun tak paham apersal asalkan nama Mat mesti orang jahat' terang nikmat yang bersongkok hari-hari ke sekolah.

'gua tak paham'

'Ok kalau gua sebut nama kutu-kutu ni pastu lu bagi tau baik ke jahat'

'ok' gua setuju

'Mat rayau?'

'jahat!' jawab gua

'mat pit (penagih dadah)?'

'jahat!'

'mat kilang?'

'jahat pasal suka kacau anak dara orang kampung!'

'mat rempit?'

'jahat, pasal gua pun bekas mat rempit' bekerut dahi gua menjawap. padahal bawak motor pun tak reti

'Lu tengok, semua jahat. Gua tak nak lu panggil gua mat nanti gua pun jadi jahat' terang nikmat lagi.

'Abis gua nak panggil lu apa?'

'Panggil gua NIK. Nampak manja sikit. Kalau lu nak kenalkan gua kat awek-awek pun pakai nama Nik'

'Oklah nik, nama gua firdaus, mak gua panggil gua apei tapi gua nak lu panggil gua
abang ensem. PAHAM?!'

'bodoh..' jawap nikmat, pendek.

Terbahak-bahak Wan Jendol dengar cerita gua berkenalan dengan Nikmat Selamat.

Sejak tu kami berkawan hingga gua masuk universiti dan nikmat ke kolej swasta..

*****

'Lama betul gua tak jumpa dia, call asyik tak dapat. Dia dah tukar nombor ke?' tanya gua kepada Wan Jendol

Wan Jendol hanya tersenyum merenung mata gua.

'Last sekali gua jumpa dia masa korang semua datang kawin gua hari tu laa.. siol betol nikmat rembat lauk pengantin gua. Apa dia buat sekarang? Lu kan dekat dengan rumah dia takkan lu pun tak tau?' tanya gua lagi..

Wan Jendol masih lagi tersenyum tapi kali ni tawar sedikit senyuman dia...

'Wan aperhal ni?'

'Sorry bro, gua lupa bagi tau lu. Tahun ni dah 2 tahun mat tinggalkan kita, dia eksiden seminggu lepas lu kawin' Wan Jendol menepuk-nepuk bahu gua.

'Gua, apis apek, lan jongang, daud penyu dengan 2-3 orang surau lain yang sama-sama uruskan dia sampai selesai. Gua call lu tapi tak dapat, sampai time nak kebumi gua try call pun tak dapat. Last-last gua call adik lu, dia cakap lu kat Sabah. Gua tau apa lu rasa.. sorry bro' sambung Wan Jendol lagi..

Gua termenung, keluar air mata pun tak guna.

'emm nikmat, tuhan lebih sayangkan lu...' bisik gua dalam hati.

*****

'apei, nanti lu dapat anak bagi tau. Gua ada hadiah special untuk lu..hahahahaa' tetiba gua teringat kata-kata nikmat masa hari kahwin gua. Tak sangka itu kali terakhir gua jumpa nikmat dan dia antara rakan-rakan terawal gua SMS lepas Orked selamat dilahirkan. Dialah satu-satunya kawan yang tidak menjawap sms gua dan hari ni baru gua tau kenapa...




















Al-fatihah..















Nornikmat Selamat, Moga rohnya dicucuri rahmat.

apei - budak kampung

Wednesday, June 24, 2009

kodi dan orang putih

Assalamualaikum wbt,

Malam semalam lepas tengok berita pukul 11 kat tv1 talipon gua berbunyik ringtone lagu aper entah bini gua set. Sedap jugak. Kodi talipon dari kampung.

'apei, lu tak balik kampung ke?'tanya kodi

'minggu ni gua balik. Kenapa Tokey Wong ada buat pampair (fun-fair) lagi ke?'

'bukan, kampung kita ada ramai orang putih datang. Dah 2 hari dah. Gua dengar citer diorang nak buat kajian pasal ikan keli wak leman' terang kodi

'Bebulu ajer mata gua tengok wan sopak ke hulu-hilir dengan awek orang putih tu. Mentang-mentang la SPM dulu orang putih dia pass.. sombong betol' sambung kodi lagi.

'abis apa kaitan gua balik ke tak dengan perasaan jeles lu kat wan sopak?' tanya gua.

'Gua nak mintak tolong lu adjust awek orang putih tu sorang untuk gua. Lu cakaplah kat awek orang putih tu gua pun boleh bawak dia jalan-jalan pusing kampung'

'tulah dulu kat sekolah cikgu maznah ajar bahasa orang putih lu lari ponteng gi belakang bengkel kemahiran hidup isap rokok'

'babi, tak boleh harap!' terus kodi memutuskan talian. Marah betol bunyiknyer...

apei - budak kampung

gua dan makanan malam

Assalamualaikum wbt,

Sejak Puan Marlina kembali semula menjadi wanita berkerjaya setelah bercuti panjang selama setahun, rutin kehidupan gua setiap malam adalah makan di kedai. Seminggu dua ni tekak gua dah tak berapa nak ngam dengan masakan kedai. Dah boring pun iyer gak. Dari bujang makan kat kedai tak kan dah kawin pun nak makan kat kedai. Tak 'familyman' lah macam ni.

'halo puan, malam ni makan mana?' gua menalipon puan marlina menggunakan talipon opis. Prepaid dah abis.

'mana-mana laa no problem janji abg belanja'

'ok mcm ni, malam ni abg masak. kita makan kat rumah ajer. amacam?'

'suka hati laa...'

*****
Awal-awal kat opis gua dah print resepi nasik goreng kampung dari internet. Sampai rumah terus gua masak nasik, sediakan bahan-bahan.

20 minit kemudian...

'jom la kita makan kat luar' sambil gua capai kunci kereta

muka puan marlina berubah 'ait kata tadi nasik goreng kampung super special dengan air sirap bandung selasih bagai?'

Gua buat tak layan sambil terus start enjin kereta.

Entah aperhal skill masak nasik gua dah jadi skill masak bubur pulak. Leceh betol..

apei - budak kampung

Tuesday, June 23, 2009

Law of Attraction

Bismillah hir-Rahman nir-Rahim,

(al-Mukmin :60) Dan Tuhanmu berfirman: “Berdoalah kepada-Ku, nescaya akan Kuperkenankan bagimu. Sesungguhnya orang-orang yang menyombongkan diri dari menyembah-Ku akan masuk neraka Jahannam dalam keadaan hina dina”

Dan kepada sesiapa yang suka quotation, ini saya sertakan salah satu konsep dari mat salleh -
Law of Attraction:

Law of Attraction abounds, and when it is said to you, “Ask, and it is given,” there is no more powerful statement that is at the basis of what makes things happen than that. Now, how is it that you think you ask? With your words? The Universe doesn’t hear your words. You ask with your desire. The desire that is born out of the contrast. That desire. That wanting. That’s what summons the Life Force. — Abraham Hicks.

Excerpted from the workshop in Seattle, WA on Sunday, June 21st, 1998

apei - budak kampung

p/s: dipetik dari tulisan miss.nurfakhzan.

Monday, June 22, 2009

soalan buyong kepada gua.

Assalamualaikum wbt,

lepas main bola dengan team negro, sambil-sambil bukak kasut buyong tanya gua. Entah mana dia dapat akal tanya gua soalan mcm tu 'apersal kau kerja bank? tak kerja bomba ke? JPJ ke? majlis daerah ke? jual goreng pisang ke? apersal mesti bank?'

'pasal gua dah kena tipu...'

*****

1994 - Kelas 5 Berlian. Ajem adalah budak pandai dalam kelas gua. Pengetahuan am pun boleh tahan. Apa yang ajem cakap semua fakta. Kalau cikgu tanya cita-cita, orang lain semua nak jadi bomba dengan polis termasuk lah gua tapi ajem cakap nak jadi Gabenor.

'weh gabenor tu kerja mcm mana?' tanya gua

'kau ni memang bebal, gabenor tu kerja dia rilek jer. Hari-hari sain duit. Gabenor tu orang kaya kau tau tak?' jawap ajem keling.

'lagi apa yang best jadi gabenor tu?' tanya gua lagi tak puas hati. Tak tau pulak gua ada kerja yang lagi best dari polis. Pasal polis boleh tembak orang.

'kalau kau jadi gabenor, kau pergi kedai tak payah bawak duit' terang ajem

'apersal pulak? tadi kau kata gabenor kaya. Ni dah tak ada duit pulak?' tanya gua lagi

'gabenor tu takat pi kedai akam nak beli jajan bawak pen aje. Lepas akam dah kira semua jajan tu dia sain ajer kat kertas surat khabar lepas tu tulis la berapa ringgit kat kertas tu. Itu pun dah laku mcm duit'

'best betol.. aku nak jadi gabenor jugak laaa....' terus mulai hari tu gua menanam cita-cita untuk menjadi seorang gabenor.

*****
Berpuluh tahun kemudian, selepas gua dah kerja bank beberapa tahun barulah gua tahu ajem tipu gua!

apei - budak kampung

Thursday, June 18, 2009

Liga Afrika di Cheras.

Assalamualaikum wbt,

2-3 hari kebelakangan ni ada 4-5 kutu dari afrika join main bola ngan gua. Katanya datang Malaysia pasal nak jual penapis air. Badan besar-besar mcm orang wrestling, lengan ajer dah besar peha gua. Kaki semua saiz 12 ke atas. Tendang bola laju mcm peluru, muka pun garang, main langsung tak senyum. Bahasa pertuturan dalam padang pun dah jadi bahasa orang putih, buyong pun dah pandai cakap orang putih sikit-sikit. Skill main bola budak-budak afrika ni pun boleh tahan. Takat black jadi defender, sambil makan karipap ajer dia gelecek. Dengar cerita petang ni ada lagi 2-3 budak afrika nak turun join. Cilakak gua dah rasa mcm main liga afrika pulak.

apei - budak kampung

Wednesday, June 17, 2009

Mr G (II)

Assalamualaikum wbt,

truutthhh..hp gua ber-vibrate. Panggilan dari Mr G 'terima kasih bro' kata Mr G

'ok no problem' balas gua.

'ajed kata lu tulis dalam blog'

'sajer, nak bagi tau satu dunia lu mengada'

'ngan saper lagi gua nak ngada. Weh lu kasi tepek gambar gua sekali'

'gambar lu lama-lama ada laa'

'tarak hal laa, ok bro got to go'

'k chow'

apei - budak kampung


p/s: cilakak dah bagi duit nak suruh letak gambar pulak.

gambar Mr G kat tempat parking kapal.

Mr G

Assalamualaikum wbt,

Lepas isya' gua melepak ajer depan tv tengok cerita orang putih. trruutthhh... hp gua ber-vibrate.

'along, aku ada benda sikit nak discuss' terdengar suara Mr G a.k.a man di hujung talian.

'amender?' tanya gua ringkas

'mintak 2ribu nak tambah beli motor' kata Mr G

'lu dah discuss ngan Dato' sri? tak mintak dia ke?'

'dia suruh carik sendiri la brader...'

'betul lah tu, carik la sendiri yang nak pakai motor tu pun lu'

'alaaa takkan top-up 2 ribu pun tak boleh?' rayu Mr G

'tarak! Ok chow' gua memutuskan panggilan...

*****

4 tahun dahulu, gua baru start kerja. Duit pun tak ada banyak sgt masa tu. Gua teringin nak pakai kereta pasal walaupun gua baru start kerja, tapi gua masih study secara part-time. Setelah berbincang dengan Datin Sri, gua mengambil keputusan untuk bertanya pendapat Dato' Sri pulak dan manalah tau kalau-kalau dia nak tolong tambah skit down-payment.

'ayah, nak bincang skit'

'pasal apa?'

'apei ingat nak angkat kereta. Kereta kecik je senang nak pi kelas lepas kerja. Kancil pun jadilah'

'ada duit nak bayar downpayment?' tanya dato sri lagi.

'ada, tapi tak cukup sikit lagi. Kalau ayah tak kisah ingat nak pinjam skit. Nanti gaji apei bayar'

'tak boleh! usaha sendiri. Ayah dulu semua benda buat sendiri. Atok kau jgn harap nak tolong. Budak-budak sekarang ni manja'

3 bulan jugak gua ikat perut nak kumpul down-payment nak beli kereta. Hari pertama gua bawak balik kereta sendiri ke rumah, ayah orang pertama tepuk tangan. 'Bagus..bagus..syabas.. baru nampak mcm anak lelaki' gua masih tak paham maksud ayah masa tu.

*****
Aku tau apa yang Mr G rasa sekarang. Untung dia ada abang.

Gua capai hp dan sms Mr G 'bagi gua no akaun lu, esok gua bank-in'

apei - budak kampung

Tuesday, June 16, 2009

Mat Ropi bukan kawan gua!

Assalamualaikum wbt,

Minggu sudah gua memenuhi jemputan seorang rakan yang baru berkahwin ke rumah rehat keluarganya di Janda Baik. Katanya ada kenduri sikit, tapi bila sampai gua tengok kendurinya berat ke party ajer.

'lu kata ada kenduri brader' tanya gua

'kenduri ke party ke ada beza ke brader. Jemput makan bro. Hari tu kawin gua tak dapat nak jumpa semua member, so 'kenduri' hari ni gua set special untuk member2 rapat' kata Mat Ropi sombong gayanya.

Masuk waktu asar...

'brader, gua nak semayang asar jap'
'ok..ok.. lu pakai bilik kat atas. tapi sejadah tak ada. lu pandai-pandai la'
'no problem, gua memang spare sejadah dalam kereta'

Hati gua dah tak sedap. Cilaka betol, rumah besar sejadah tak ada.

Lepas berwudhu' gua masuk ke bilik yang Mat Ropi cakap. Kiblat plak jadi problem.

'Ropi, lu sini kejap'

'amender lagi bro?'

'lu tunjuk gua kiblat'

'gua tak sure la.. lu pandai-pandai la'

Gua angkat kaki, terus chow. Nasib baik ada masjid dekat-dekat situ.

Gua pelik mcm mana Mat Ropi boleh steady ajer walaupun tak tau kiblat kat mana. Nenek gua selalu pesan, biar tak cukup makan, jgn tak cukup agama.

apei - budak kampung

Monday, June 15, 2009

cukup sampai disini..

Assalamualaikum wbt,

Gua ingat nak berhenti main blog. Anak gua dah semakin membesar dan memerlukan perhatian dari ayahnyer.

Selamat tinggal blog.

apei - budak kampung

Wednesday, June 10, 2009

Muhammad Lazim Bin Aliman (Ajem)

Muka ganas dah mcm komunis, lepak kedai mamak pakai singlet gambar naga. seluar jeans bundle koyak kat lutut. Tali pinggang ada gambar tengkorak. Isap rokok satu hari 2 kotak. Makan meggi ulam dengan cili api. Bawak kereta 'Lancer' (Proton Wira) dan mcm samseng. Salah cakap sikit nak gaduh. Main judi kuat. Semayang jumaat selalu miss. Main bola tak pernah score. Citer pung-pang-pung-pang dia ajer yang betol. Orang citer pasal bola dia pun nak citer bola. Hamilton pun dia cakap main untuk German. Curik selipa time semayang terawih. Pernah kerja jadi bonzer kat kelab dangdut 2 minggu. Rompak makcik jual jajan kat taman tasik. Kerja sekarang curik besi.

Pukul 2 pagi tepon gua menangis gaduh ngan awek. Mcm cilaka!

apei - budak kampung

Monday, June 8, 2009

Sila ambil serius!

Assalamualaikum wbt,

Ini adalah pesanan dari orang-orang besau PBB, sila ambil serius!

*****
wahai ahli-ahli sekalian.mintak kerjasama ye..tlg war-warkan pasal gath kat blog korang..details seperti di bawah :

tarikh : 3/10/09 (check-in,tengah hari) - 4/10/09 (check-out)
tempat : PD
kos : rm100-RM200 (per head) , RM300 (per family) <--bajet kasar:
untuk penginapan,BBQ,doorgift, hadiah.:

masa makan lain-lain tanggungan sendiri.tolong war-warkan kat blog sebab kita nak tengok berapa ramai boleh join gath ni,dan utk buat bajet yang lebih telus.lagipun,tak ramai kot pemblog lain yang berfesbuk kan?

thankies!C:

*****

boss gua cuti minggu ni, tapi dia dah pesan tak boleh tulis blog lebih dari 5 minit sehari. Pasal tu gua copy paste ajer arahan orang-orang besau PBB. ni pun dah 2 minit. tinggal lagi 3 minit. Kalau yang lelaki nak pergi boleh bagi tau kat Mr.Blind. Kalau awek-awek sila bagi tau kat gua.

Sekian.

apei - budak kampung

Sunday, June 7, 2009

Mimpi Puan Marlina minggu lalu.

Assalamualaikum wbt,

Malam sabtu minggu lalu, gua bersama keluarga mertua menghabiskan masa di sebuah resort di PD. Malam itu kami ber-BBQ dan bebual-bual menghabiskan masa. Ada yang mengusik bertanya bila Orked nak dapat adik?

'huhuhuhu.. nanti dulu lah.. sorang ni pun rasa kucar-kacir' jawap puan marlina selamber.

'saya tak kisah, lagi ramai lagi bagus. Wahahahahaa' gua mencelah sambil ketawa mcm sarip dol samseng kampung dusun.

'tak payah nak mengada. Buat susu anak pun fail!' kata puan marlina sambil menjeling gua.


*****

Pukul 3 pagi, gua tersedar. Gua tengok puan marlina mengigau.. berpeluh-peluh.. air-cond 16'c.

'ina..ina.. bangun. kenapa ni?' gua mengejut puan marlina

'mimpi..........' jawap beliau ringkas kemudian menyambung semula tidur.

Pagi esok ketika bersarapan gua bertanya 'mimpi apa semalam?'

'Oooo takut betol mimpi semalam'

'Yelah mimpi aper?'

'Orked dapat adik kembar!' jawap puan marlina selamba sambil makan nasik lemak.

phobia beliau mungkin kerana Orked yang kini 'King of Nakal'...

apei - budak kampung

Friday, June 5, 2009

mohd naim

Assalamualaikum wbt,

Amaran: Sebab rajin gua tulis panjang sikit. Tapi tak payah komen ramai-ramai. Nanti Dr Mahathir kecik ati.

Satu petang yang cuaca cun mcm duduk kat eropah pasal baru lepas hujan sekitar pertengahan Febuari 2009. Time mood main bola baru nak mari. Puan Marlina dengan mesra menegur gua dari dapur.

'Abg, tolong beli kicap ngan roti'

'Tak boleh, hari ni ahad, kedai tutup. Lagi pun abg nak main bola ni. Black cakap kalau abg tak main bola rumah kita kena bakar mlm ni' gua cuba menakut-nakutkan.

'pegi kedai 24 jam yang nama 7e tu bukak. Beli dulu pastu main laa'

'alaa baru abg ingat minyak keter dah abis!' gua cuba bertindak licik

'suka hati laa.. kicap dah abis. nanti jgn cakap tak selera makan pasal tak ada kicap!' puan marlina mengunakan alasan kicap untuk mengugut gua. Gua tewas!

*****

Pasaraya Oriental. Gua mencapai kicap dan roti. Mood gua memang dah down pasal time main bola dah lari skit. Time nak bayar tengok muka casher pulak tak cun buat mood gua lagi down. Kalau emosi tak tenteram macam mana gua nak score sampai 3 bijik petang ni?! elok time gua nak bayar, sorang budak kecik potong line terus pi kat budak casher yang tak cun tadi.

'kak roti ni berapa ringgit?' sambil memegang roti coklat jenama gardenia yang harga rm1.30.

'satu ni harga singgit tiga kupang' jawap casher yang tak cun. Budak tu kembali meletakkan roti di atas rak dan terus berlalu. Selesai bayar harga roti dan kicap, gua pecut ke kereta. Ternampak budak tadi berdiri tercegat tepi kereta gua sambil mengira-ngira beberapa keping duit syiling.

'nak beli aper' tegur gua

'nak beli roti encik'

'kenapa letak balik roti tadi?'

'duit tak cukup. ada 80sen ajer'

'nama adik aper?' tanya gua


'mohd naim' jawap naim ringkas.

'mak ayah mana? Duduk mana?' gua syak budak ni lari dari rumah tido kat cyber cafe

'mak dah tak ada, ayah kerja. Saya duduk kat rumah teres depan sana'

'adik nak roti aper? abg belikan'

'tak per encik. tak payah. nanti ayah marah'

'jgn degil. abg tempeleng karang!'

Gua bawak semula budak tu ke Pasaraya Oriental dan biarkan ajer dia amik roti aper dia nak. Selesai bayar gua hantar naim balik rumah. Dalam kereta sempat gua sembang dengan dia. Naim budak berusia 10 tahun, badan kurus, pakai baju lusuh. Tapi belajar bagus, pengetahuan
am pasal bola pun boleh tahan. Paling gua kagum pasal dia wakil sekolah main takraw ngan bola. Tengok muka pun gua tau budak ni jenis sukan punya kaki. Muka garang sama mcm gua!

'mana rumah?' tanya gua

'tu encik yang pagar kelabu tu'

'saper ada kat rumah?'

'saya ngan adik ajer'

Gua sempat masuk rumah naim jumpa adik dia. Betol sangkaan gua, dia orang susah. Rumah pun tak berapa terurus.

'malam karang nak makan aper?' tanya gua

'ni ada roti yang encik beli ni'

'sikit sgt tu, takper malam nanti abg hantar makanan. Bini abg masak sedap. Tambah plak ada kicap yang abg beli ni'

'eh encik dah kawin? saya ingat sekolah lagi. Nampak muda' gua senyum ajer pasal gua tau budak-budak tak pandai menipu.

'ok abg balik dulu. nak main bola. nanti malam abg datang!'

'Terima kasih banyak encik, nanti ada masa ajar saya skill kaki laju yang mcm ronaldo tu boleh?' kata naim

'no hal, tu budak-budak mcm kau pun boleh buat!'

*****

Gua terus pecut ke padang. nasib baik kutu semua baru nak pakai kasut. kalau tak malam nanti tak pasal bomba kena kerja overtime sebab Black bakar rumah gua. Patutlah Black beriya suruh gua turun main, rupanya awek dia datang tengok dia main bola. Menyedari hakikat itu, gua main biasa-biasa aje. Kutu lain pun gua tengok mcm banyak bagi chance kat Black tunjuk skill. Pas bola pun cantik-cantik biar black boleh score. Tapi macam cilakak jugak main, sebijik pun tak boleh nak score. Terpaksa gua yang kena score.

Sampai rumah, gua cerita ngan puan marlina kejadian mohd naim. Dia pun setuju gua tapau sikit nasik buat hantar kat naim dan adiknya dengan syarat beliau nak ikot sama. Mungkin puan marlian takut gua gunakan alasan nasik sebagai cara untuk keluar pada waktu malam dan bergembira bersama ajed, buyong, black, dan kutu-kutu lain di kedai mamak.

Sampai di rumah mohd naim, gua tengok rumah gelap-gelita. Gua bagi salam. Mungkin diorang tertido gua pikir.

'Assalamualaikum.....' 4-5 kali gak gua bagi salam. Last-last pakcik sebelah rumah yang keluar.

'carik saper dik?' tanya pakcik sebelah rumah naim

'nak hantar makanan ni kat naim'

'naim?' tanya pakcik tu lagi

'naim yang dok sini la.. baru petang tadi saya hantar dia'

'adik salah rumah kot?' tanya pakcik tu lagi. siap buat muka kerut.

'eh tak laa ni la rumah nyer..' muka gua pun dah naik kerut gak.

'adik, rumah ni memang kosong dah setahun lebih tak ada orang duduk. Orang yang duduk sini dulu pun cina. mana ada naim!'

*****

Dalam perjalanan pulang, puan marlina cakap 'dah agak dah!'. Pendek tapi penuh makna.

'Tak percaya dah laa... nampak kesan tanah dari slipar naim tu ada lagi atas karpet alas kaki kereta'

Puan marlina senyap. Kepala gua masih lagi tertanya-tanya saper naim?

apei - budak kampung

Thursday, June 4, 2009

Arahan NPGK

Gua dah tampal. Naib President Gila Kuasa (NPGK) cakap kalau tak tampal boleh kena tempeleng. Dah mcm komunis. Nasib baik gua bukan orang-orang besau perindustrian blogger bersatu.



apei - budak kampung

Wednesday, June 3, 2009

retro '96 - Pengalaman saya di sekolah asrama

Assalamualaikum wbt,

Amaran: Jangan baca jika anda seorang penghidap *cocorochenism.

Lama tak lama sangat gua kira sekitar awal tahun 1996, time tu kumpulan new boyz belum ada lagi. Tapi kalau XPDC memang tengah hit. Kalau lu tak ada kaset XPDC, lu memang super kodi. Masa tulah gua dapat masuk sekolah asrama. Nenek gua paling bangga, sampai Fuad kampung sebelah pun tau. Tapi masa hari pendaftaran line-up yang eskot gua biasa-biasa ajer. Tak macam budak lain, dah macam rombongan.

Setelah selesai pendaftaran, line-up yang terdiri dari mak, bapak dan adik-beradik gua pun nak balik. Alasan hari nak hujan. Tak logik langsung.

Dorm A1, ada 8 orang. Campur ngan senior tingkatan 3. Perangai sorang-sorang macam gampang. Kalau cakap tak boleh nak baik-baik. Kalau pow biskut gua tak pernah ada belas kasihan. Makan maggi kari kasi tumpah atas katil gua. Lepas main bola stokin sidai kat tingkap. Time prep tido. Curik shampoo rejoice yang nenek gua kasi buat basuh kasut bola. Amik tie gua buat tali sidai baju. Tido berdengkor, ada sesetengah kes tido mengigau cakap jawa. Nenek gua selalu pesan, jgn jadi samseng, belajar rajin-rajin, jgn melawan cikgu, duit biasiswa jimat-jimat. banyak lagi. Tapi sabar gua ada batas.

Gua sekolah asrama 1 penggal ajer. Satu malam seminggu sebelum cuti sekolah, Ashaari Jaafar senior tingkatan 3 satu dorm ngan gua di kejarkan ke Hospital. Gua dah cakap awal-awal, benda lain lu boleh gurau tapi kalau dah sampai letak bangkai lipas bawah bantal memang darah gua menaik semacam. Dengan kayu hoki gua libas lengan Ashaari Jaafar. Lipas dengan gua memang dari dulu tak pernah ngam!

Gua dengar citer Ashaari Jaafar terpaksa pakai tangan kiri masa amik peksa PMR.

apei - budak kampung

p/s: tingkatan 4 gua masuk sekolah asrama teknik. lepas gua citer kat senior tingkatan 5, sorang pun tak berani angkat muka bila selisih ngan gua. Kalau boleh gua tak nak citer tapi adem rono buat gua teringat.

*cocorochenism = fobia terhadap serangga kaler coklat, ada kaki tajam, bersesungut dan boleh terbang (lipas).

Tuesday, June 2, 2009

sibuk

Assalamualaikum wbt,
Minggu ni gua sibuk. Bukan main-main punya sibuk. Nak lepak kat kedai *makcik sukat minum teh pukul 10 pun tak sempat apetah lagi nak tulis-tulis blog. Polisi baru di bawah pemerintahan adik beradik Chen Peng "jika anda mampu berjalan ke tandas, beerti anda tiada kerja!". Cit! Gua dah spare 3 botol kosong air mineral. Kalau bugler boleh buat takan gua tak boleh.

gua dah rasa mcm badut

apei - budak kampung

p/s: makcik sukat ialah peniaga gerai dekat opis gua.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...