Monday, June 29, 2009

edi dan black

Assalamualaikum wbt,

Sabtu petang lepas balik dari rumah meor pasal kakak dia kawin edi pulak tepon gua suruh lepak kat gerai mail burger. Katanya ada perjumpaan penting. Cilakak betol, dah sedap-sedap perut kenyang makan nasik orang kawin patutnya kenalah layan tidor sejam dua baru ada suasana cuti di hujung minggu.

'gua sibuk petang ni tak boleh lepak, nak semayang kat surau lagi' gua cuba mengelak pelawaan edi padahal nak tidor.

'ni penting brader, ada barang baik gua nak tunjuk'

'saper lagi ada?' tanya gua

'ajed, black ngan apis dah compom (confirm) pasal gua belanja diorang nescafe ais, tapi makan gua tak belanja' terang edi

'ok laa.. kalau lu sampai awal order gua capaccino blanded cream lebih!' permintaan gua pun boleh tahan.

'buduh, kedai mail mana ada benda mcm tu, paling dasyat pun milo ais aje!' terus edi memutuskan talian.

*****
Pukul 5, gua bergerak ke gerai mail. 'aper nak jadi la gua ni asyik melepak tak abis-abis. Bila nak jadi Gabenor mcm ni' padahal tak sabar nak minum milo ais free...

'Tujuan gua memanggil lu orang semua pasal gua nak tunjuk satu barang' kata edi

'lu jual sabun ke? sejak bila plak lu join jadi ahli AVON ni?' kata black

'gua nak tunjuk, gua baru beli IPod beradeerrrrrr... sound dia memang power, screen lebar boleh pilih-pilih lagu.. cuba lu dengar lagu Hari Raya Hail Amir dengan Uji Rashid ni.. gua baru masuk pagi tadi ni.. dengar arr' kata edi sambil menghulur kepada black.

'Waaa betol laa sedap la sound dia. Base pun power, bergegar lubang hidung gua!' kata black.

edi merampas semula IPod beliau dan terus melempang kepala black 'bodoh, babi lu, earphone pakai kat telinga bukan kat hidung.. bingai!'

marah betol edi, dah la dia beli cash!..

Sejak itu edi dan black tidak bertegur sapa.. dah tua-tua pun perangai mcm budak tadika. Masa main bola elok pulak berkerjasama, keluar padang gaduh balik. Setan!

apei - budak kampung

14 .:

citahrudin said...

oooo..maksudnye black tu dgr ikut IDUNG, nafas ikut TELINGA r ye..

terer..terer

CHEDEM said...

elok lah tuh.

*Miss Geli^ said...

saya tak paham citer ni..citer ni pasal idung ke pasal ipod?

Ipod tu ape? kawan saya ada jugak nama epod...

macam mana tu?

Plis advais

arfahadnan said...

aku mcm kurang kefahaman lah..
rasa mcm baca kartun dalam ujang..

paiseh said...

black tu kaum orang asli mana??

apei said...

citahrudin - black memang keturunan alien.

chedem - haha..

misgeli - citer ni pasal edi gaduh ngan black pasal ipod. gua pun conpius. lu kena pikir secara mendalam. ada unsur nasihat.

arfah - gua memang saja buat orang conpius.

paiseh - alien beb..

Jard The Great said...

err...err...

Monkey D Luffy said...

kakaka

budak2

langkasuke said...

gua simpati dengan perangai kawan2 lu..

qishie said...

ahahaha...aku pun marah ipod aku org masuk dlm hidung..lagi2 kalau hidung stok 2 minggu tak korek plus tak buang bulu..:P

@tune® said...

Ipod bunyi power???
erm..

arituh..gua g sg wang,,gua ade jupe ipghone brand china mari..
lagi gempak wooo kalau gantung kt leher

FdausAmad said...

nama dah sama..gua kasik respek sepam!

apei said...

jard - hehe

capten - kanak-kanak..biarkanlah.

langkasuke - patut lu simpati dengan gua pasal dapat kawan2 mcm tu.

qishie - black korek hidung hari-hari dia kata.

tune - apasal nak kena gantung kat leher? sekarang kan stryle gantung kat tali pinggang.

FdausAmad - nasib baik bapak tak sama.

eiza in the house.. said...

dasyat la kawan2 bro gaduh..
ada uncur2 kebudakkan..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...