gua dan makanan malam

Assalamualaikum wbt,

Sejak Puan Marlina kembali semula menjadi wanita berkerjaya setelah bercuti panjang selama setahun, rutin kehidupan gua setiap malam adalah makan di kedai. Seminggu dua ni tekak gua dah tak berapa nak ngam dengan masakan kedai. Dah boring pun iyer gak. Dari bujang makan kat kedai tak kan dah kawin pun nak makan kat kedai. Tak 'familyman' lah macam ni.

'halo puan, malam ni makan mana?' gua menalipon puan marlina menggunakan talipon opis. Prepaid dah abis.

'mana-mana laa no problem janji abg belanja'

'ok mcm ni, malam ni abg masak. kita makan kat rumah ajer. amacam?'

'suka hati laa...'

*****
Awal-awal kat opis gua dah print resepi nasik goreng kampung dari internet. Sampai rumah terus gua masak nasik, sediakan bahan-bahan.

20 minit kemudian...

'jom la kita makan kat luar' sambil gua capai kunci kereta

muka puan marlina berubah 'ait kata tadi nasik goreng kampung super special dengan air sirap bandung selasih bagai?'

Gua buat tak layan sambil terus start enjin kereta.

Entah aperhal skill masak nasik gua dah jadi skill masak bubur pulak. Leceh betol..

apei - budak kampung

Comments

arfahadnan said…
nasik dah jadi bubur...
nak buat camner kan...
keh..keh..keh..x pro lar lu bro!
pesal ko tak sukat air beras betol2 bro..
klu orkid paham mesti digelakkan ayah dia guling..hehe
redSeptember said…
hang masak pakai dapur kayu ke apa? takkan masak nasi dalam rice cooker pun tak lepas??

adoiyayy....
hahahahahahhaha lawak gile :D
paiseh said…
resepi internet tu yg tipu...!
langkasuke said…
dah kawin bro.. semua skill memasak jd lupekan..
Monkey D Luffy said…
hahaha

SIFU pun kalau x praktik... tak mahir
'Aisyah Mahmood said…
alahaii..xpe xpe..cuba lagi..
practise makes perfect okie! ;)))
CHEDEM said…
Eloklah tuh...
apei said…
arfahadnan - aper lagi makan kat kedai ler..

aku dia kamu - duluuuu gua pro.. takat masak nasik tu aper la sgt.

eiza - rasa dah sukat betol dah.. rice cooker rosak kot?

red - gua orang kampung tak biasa pakai rice cooker, biasa pakai dapur kayu jer. hehe..

elsa - ceh..

paiseh - gua pun syak mcm tu gak..

langkasuke - tau pun..

d luffy - tulah pasal bro..

aisyah - tengok laa ada time nantu gua practice lagi.

chedem - ni kalau anuar sadat tau ni mau kena tempeleng gua!
This comment has been removed by the author.

Popular Posts