Mr G

Assalamualaikum wbt,

Lepas isya' gua melepak ajer depan tv tengok cerita orang putih. trruutthhh... hp gua ber-vibrate.

'along, aku ada benda sikit nak discuss' terdengar suara Mr G a.k.a man di hujung talian.

'amender?' tanya gua ringkas

'mintak 2ribu nak tambah beli motor' kata Mr G

'lu dah discuss ngan Dato' sri? tak mintak dia ke?'

'dia suruh carik sendiri la brader...'

'betul lah tu, carik la sendiri yang nak pakai motor tu pun lu'

'alaaa takkan top-up 2 ribu pun tak boleh?' rayu Mr G

'tarak! Ok chow' gua memutuskan panggilan...

*****

4 tahun dahulu, gua baru start kerja. Duit pun tak ada banyak sgt masa tu. Gua teringin nak pakai kereta pasal walaupun gua baru start kerja, tapi gua masih study secara part-time. Setelah berbincang dengan Datin Sri, gua mengambil keputusan untuk bertanya pendapat Dato' Sri pulak dan manalah tau kalau-kalau dia nak tolong tambah skit down-payment.

'ayah, nak bincang skit'

'pasal apa?'

'apei ingat nak angkat kereta. Kereta kecik je senang nak pi kelas lepas kerja. Kancil pun jadilah'

'ada duit nak bayar downpayment?' tanya dato sri lagi.

'ada, tapi tak cukup sikit lagi. Kalau ayah tak kisah ingat nak pinjam skit. Nanti gaji apei bayar'

'tak boleh! usaha sendiri. Ayah dulu semua benda buat sendiri. Atok kau jgn harap nak tolong. Budak-budak sekarang ni manja'

3 bulan jugak gua ikat perut nak kumpul down-payment nak beli kereta. Hari pertama gua bawak balik kereta sendiri ke rumah, ayah orang pertama tepuk tangan. 'Bagus..bagus..syabas.. baru nampak mcm anak lelaki' gua masih tak paham maksud ayah masa tu.

*****
Aku tau apa yang Mr G rasa sekarang. Untung dia ada abang.

Gua capai hp dan sms Mr G 'bagi gua no akaun lu, esok gua bank-in'

apei - budak kampung

Comments

mrblind said…
ceh..up diri sendiri ke apa ni..steady steady..
apei said…
blind - gua nak kasi tau budak2 zaman sekarang ni memang mengada-ngada.
*Miss Geli^ said…
along, ai pun ada masalah..ai tak cukup lagi 500 nak beli henpun baru..henpun sekarang ni out of date la long..kekawan sume pakai tepon yang pakai sentuh sentuh ngan jari..ai pun nak long.tak vok la kalu pakai henpun buruk ni..tolong yer long..no akaun maybank aku 166010043885...

aku pun adik ko jugak...
arfahadnan said…
mmg pun budak skng nih manja..
termasuk lah aku..
hahaha..

tapi mintak tolong ayahanda bonda adalah jalan terakhir.. selagi termampu usaha sendiri lah kan..

tapi ko bagus arr..
teruskan menjadi abg yg baik..
atle ♥ waT¡e said…
untung la ade abg mcm nih..huh! jgn x kenang budi dah la ek...
Monkey D Luffy said…
betul2

cara dato' sri tu betul
apei said…
missgeli - gua tak ada adik umur 31

arfahadnan - bagus..bagus...

atlewati - setakat ni nampak alhamdulillah belum ada lagi berani tak kenang budi. hehehe..

monkey d luffy - tapi gua terseksa brader..
Liliyuli said…
tu la..untung mr G ada abang..mcm wa gak..untung adik² wa ada kakak mcm wa..
abg long....
kite adik beradik kan?
kan?
kan?
lama tak jumpe abg long...
CHEDEM said…
Hehehe nasib kita lebih kurang le bro.Nanti gua post camana wa dapat motor 1st gua masa kat Penang ni.Ombak 125....kesayanganku.
@tune® said…
sib baik atuk gua x wat cam tuh kt bapak gua...
mEiZ AraNda said…
heheheh
wahh bestnyer.;)


baik laa abg dia ni..........;p
n a d e a said…
eh tetibe je nk jd adik ko gak. haha ;)
apei said…
liliyuli - gua nak jadi adik lu bleh?

pari-parisyurga - tarak! dah full.

chedem - orait....

tune - mesti lu spoil..

miezaranda - hehehee...

nadea - adik angkat boleh. nak?
Yot | is | Yati said…
tu dia...dan dan beratur adik2. hahahah
redSeptember said…
abang ceq dulu senang je nak dapat kereta. tak kerja lagi, baru masuk uni.

"ma, i nak kereta"

"you nak, you pergi urus sendiri la"

"betul ni?"

"whatever"
-----------------------------------
selang beberapa hari....
"ma, jom gi bayar down payment. satria GTi tu i dah book dah"

"owh.... ok."

masa tu abang aku baru umur 21.

gila ahhh...

apa2 pun... hang memang hati terang arr pei. untung ada orang macam ko ni :)
apei said…
yot - tu yang pelik tu...

fifa - mungkin lebih mulia sikit dari mrblind (budak yang komen no 1)

red - abg lu sgtlah beruntung.

Popular Posts