Friday, July 31, 2009

Saya baru beli motor.

Assalamualaikum wbt,

Jiran sebelah rumah gua bawak motor ego kaler pink, letak gambar pink panter konon nampak manja, pagi-pagi hidup motor press minyak kuat-kuat konon kasi panas enjin. Bawak motor dah mcm setan laju tak tentu arah. Kelmarin nyaris nak langgar anak Munir. Nasib baik tak kena tempeleng. Parking motor pun boleh tahan mcm gampang ikot suka hati kadang-kadang depan pagar rumah gua pun boleh jadi pot parking dia. Itu gua tak cerita lagi scene basuh mator di hujung minggu. Dari pagi boleh bawak ke magrib. lap motor nampak bersungguh bekilat tak jugak. Kalau lu nak basuh motor sampai pagi besok pun gua peduli apa tapi aper kes kalau nak basuh motor jer lu mesti bukak radio kuat-kuat? dah tu lu kasi curah plak air sabun kat rumput rumah gua?

"Woi Shima, ingat lu anak dara gua tak berani tempeleng ke? Munir boleh la lu gula-gula kan. dengan gua jgn haraplah!"

apei - budak kampung

Thursday, July 30, 2009

Rock Acu Aki

Assalamualaikum wbt,

Sejak gua memulakan tugas sebagai agent di 'lokasi rahsia' ni, time main bola gua petang-petang memang lari. Nak amik anak lagi, nak tunggu bini balik kerja lagi. Paling awal gua sampai rumah pun pukul 7pm. Itu pun bawak keter dah mcm celaka sama mcm style reyes nak tengok cerita senario. Entah aper gian semalam gua bergegas jugak ke padang harap-harap dapat arr sepak bola sepam-dua. Tak dapat sepak bola, dapat sepak kaki black atau ajed pun jadi arr..

Sampai padang, kutu semua dah bukak kasut tanda permainan dah tamat. Yang tinggal pun seko dua warga afrika tengah sibuk timbang-timbang bola tepi padang. Gua memang tak into sgt main ngan warga afrika lepas matahari terbenam ni. Dah rasa mcm main bola dengan hantu, nampak baju ajer berjalan sana-sini.

Dah alang-alang sampai gua pun bertegur sapa lah ngan kutu-kutu. Kelihatan Pakcu Aki pun ada. Beliau merupakan satu-satunya warga emas dalam pasukan bola sepak taman perumahan gua. Seringkali menjawat jawatan sebagai pemain simpanan dalam setiap perlawanan persahabatan menentang pasukan taman-taman perumahan berhampiran kawasan cheras dan kajang. Ada pun hari tu dia main hanya sekadar 15minit pertama masa perlawanan persahabatan menentang pasukan tingkatan bawah 15 sekolah taman tun hussein onn. Pasukan taman gua kalah 3-0 (pasal gua tak ada masa tu!)

Kelihatan Pakcu Aki yang berusia 47 tahun bergegas semacam.

'Acu, nak cepat jer gi mana?' tanya black

'Giler mung, ore dah bang (azan) ni' jawap acu aki dalam dialek trengganu beliau.

'tak rock la acu.. sembanglah dulu...rokok pun tak isap lagi ni' kata ajed plak

'rock tu rock jugak, tapi hok smaye kena jaga. Mu tak cayer mu tengok handpong aku ni' sambil acu menunjukkan wallpaper handphone nyer. kelihatan gambar acu aki dizaman rocknyer dulu.

Gua pun tak tau mana dia rembat gambar ni. Kononya beliau adalah 2 dari kiri.

apei - budak kampung

p/s: Nasib baik gua sempat bluetooth gambar ni, tak sangka artis rupanya kawan aku ni..

Tuesday, July 28, 2009

jenayah berat

Assalamualaikum wbt,

Malam tadi lepas isya' gua terus masuk bilik nak tido. jam baru pukul 9.30pm. Entah aperhal ngantok semacam. Puan Marlina gua tengok dah lama dah lelap. Tinggal gua dengan Orked.

'Orked jom papa tidokan'

'mamamamama....uhuhuhh' jawap orked.

'Mama dah tidor dah, jom tido papa bagi susu botol ye' gua angkat orked masuk dalam babycot. Gua suap susu dan tepuk bontot dia dengan harapan dia tido cepat. Mata gua dah makin berat.

10 minit berlalu Orked buat muka selamber sikit tak ada tanda-tanda nak tido. 'Oklah, Orked tido sebelah papa ngan mama tapi jgn nakal' Gua baringkan Orked tengah2 antara gua dan puan marlina.

5 minit berlalu gua terus bersabar dan menepuk bontot Orked. 'Orked ni bila nak tido ni, papa dah ngantok ni!'

'wawawa..huhu..papa...'panjang pulak jawapan orked kali ni. Gua tau time tido dia lambat lagi.

Gua teruskan jugak menepuk sambil nyanyi lagu nasyid, entah bila gua yang terlelap.

Tetiba gua tersentak mcm ngigau plak. Orked dah tak ada kat atas katil. Satu bilik gua carik, dalam bilik air pun tak ada. Gua tengok kat bilik sebelah pulak...

dalam kegelapan itu Orked sedang sibuk memasukkan jari-jarinya ke dalam lobang plug yang suisnya sudah sedia on (mungkin orked yang on-kan)..

Nasib baik gua tersedar...

Gua tak akan bagi tau rahsia ni kat puan marlina melainkan kalau gua dah bersedia..

apei - budak kampung

p/s: risau betol gua dengan Orked ni, nakal dia semacam beb. Gua tak dapat bayang mcm mana kalau dia dah pandai jalan.

Monday, July 27, 2009

lokasi rahsia dan pusat operasi makanan

Assalamualaikum wbt,

July 27, 2009 - Gua memulakan operasi di sebuah lokasi rahsia. Tempat ni kutu-kutu kat opis panggil RC (recovery centre) tapi lidah gua lagi berat untuk mengelar tempat ini sebagai PoKI (Pusat Operasi Kakitangan Indie). Kawasan terpencil yang dikelilingi hutan simpan yang menghijau, udara yang segar dan nyaman. Tidak kurang jugak hidupan liarnya seperti beruk-beruk dan anjing liar. Kalau nasib tak berapa baik taik babi hutan pun lu orang boleh jumpa..

Dalam bilik yang menempatkan server dan seluas suku padang bola ni, gua duduk sorang-sorang. Dah rasa mcm gampang. Aircond plak tak reti nak slow-slow. Pakai baju 3 lapis pun sejuk lagi. Gua ingat nak kena beli sarung tangan plak lepas ni. Cakap pun mulut dah keluar asap sikit-sikit. Sebijik rasa macam duduk kat Cameron Highland.
Nasib baik internet kat sini boleh tahan laju.

Tadi gua ada talipon pihak pusat operasi makanan dari syarikat makanan McDonal suruh hantar burger 2-3 bijik untuk bekalan gua sampai petang. Kalau nak harapkan air milo, roti sapu kaya dengan gula-gula mentos yang bini gua bekalkan ni mana cukup.

Perbualan gua dengan pusat operasi makanan McDonal sebentar tadi yang sempat gua rakamkan.

Pusat operasi makanan (POM): helo nak order amender?
gua: hantar gua burger mekdonal bigmac 2, air satu, kentang yang besar satu.
POM: Encik nak tambah ice cream atau pie?
gua: ice cream gua tak nak. pie ok jugak. pie apa mekdonal ada?
POM: apple
gua: tak nak lah, bunyik mcm tak sedap!
POM: ok boleh saya tahu lokasi encik?
gua: oo gua ada kat PoKI ni..
POM: ooo apa alamat PoKI tu encik?
gua: Rahsia...
POM: Kalau macam tu mcm mana kami nak hantar pesanan encik?
gua: Oklah gua kasi klu, kalau lu pakai GPS lu boleh carik gua kat kordinat N03'3.777', E101' 33.400.
POM: jap saya check... oo cek berada di #####.. Ok 30minit kami akan buat penghantaran. Bayaran dibuat semasa penghantaran yer encik.
gua: bagus jugak syarikat lu ni ada GPS boleh tau lokasi rahsia gua.
POM: yer.. ini semua bagi memudahkan kami melayan pelanggan seperti encik.

Terus panggilan di putuskan, boleh tahan lorat awek dari POM tu.

30minit dah berlalu, tapi makanan gua tak sampai jugak lagi. Mungkin brader delivery sesat. tapi tak apa gua sabar menanti.

Sementara menanti gua tulis blog ni...

apei - budak kampung

Friday, July 24, 2009

minggu depan

Assalamualaikum wbt,



Lepas semayang asar tadi.

boss: minggu depan tak payah datang opis
gua: kenapa boss? saya kena buang keje ke?
boss: awak kena pi recovery centre
gua: sampai bila?
boss: sampai management suruh awak balik semula ke opis
gua: abis aper saya nak buat kat sana?
boss: tidor pun boleh tapi jgn sampai saya tau!

Gua ingin mengumumkan gua akan memakan gaji buta mulai 27 Julai 2009 sehingga satu tarikh yang akan diberitahu kelak.

apei - budak kampung

p/s: saper ada lobang-lobang business online sila bagi tau gua memandangkan gua akan ada banyak masa terluang nanti.

Wednesday, July 22, 2009

main bola full-time 90minit pun tak penat mcm jaga budak weh..

Assalamualaikum wbt,





"Orked, papa dah kata berapa kali jgn sepahkan tisu!" sabar gua dah hampir nak hilang. Orked kelihatan selamber ajer..

"Orked, mama dah penat nak kemas rumah. Baru tadi Mama sapu rumah ni Orked sepahkan tisu pulak" tambah puan marlina.

"emm..kaka..wawa..huhu.." jawap Orked ringkas sambil tangan cuba mencapai tong biskut pulak.

"biarlah dia. jom la kita sambung main PS ni" kata gua kepada puan marlina sambil mata tertumpu pada game fifa street soccer.

apei - budak kampung

Monday, July 20, 2009

Kena gigit

Assalamualaikum wbt,

Hari ni mood gua agak down. Semalam time tidur, telinga gua cedera teruk kena gigit ngan anak gua. Entah mana belajar entah! dan sejak semalam baru gua perasan anak gua dah ada gigi kecik sebatang.

Ajed kata beli permainan yang nampak mcm teliga tapi dibuat dari getah biar dia gigit. Hari ni gua nak pi carik kat kedai mainan. Gua dah hilang sabar, apa jadah asal nampak telinga gua ajer nak gigit.

apei - budak kampung

p/s:kekerapan gua meng-update sekarang agak menurun. 2-3 minggu kebelakangan ni jugak gua kerap terlupa password blog gua sendiri. Aperhal entah?!

Thursday, July 16, 2009

mencukur

Assalamualaikum wbt,

Malam semalam Mr G a.k.a man (adik lelaki gua) telah mengajak gua 'mengeteh' sepam. (minum teh tarik sambil lepak kat kedai mamak). Lama gak tak jumpa dia.

Lokasi lepak adalah cheras perdana. Sedang bersembang-sembang tetiba ada sorang awek yang tak cun menegur adik gua

'hai man sampai sini you lepak?'
'sajer jer..'jawap adik gua selamber
'Ooo you kata adik you sorang ajer itu pun pompuan tak bagi tau i pun you ada adik lelaki. Sorok adik ek?' kata pompuan itu. Hampir tersedak gua dengan lengok bahasa gedik beliau.
'weh ni abang gua la. Gua adik' kata Mr G
'Takkan abang lagi muda dari adik kooooottttt?. Dah la you ni..daaaaaa' sambil melambai tanggan dan beredar.

Tu yang gua malas nak cukur misai ngan janggut..

apei - budak kampung

Wednesday, July 15, 2009

Reyes

Assalamualaikum wbt,

Semalam gua balik lambat. Entah aper angin gua jadi auto rajin siapkan semua kerja lepas bos gua cakap gua nampak handsome pakai baju kemeja belang-belang dengan tie ada gambar bunga.

Memandangkan semalam gua tak memandu, jadi gua bercadang untuk menumpang kereta rakan-rakan yang duduk berhampiran rumah gua. Apa jadah dah hensem-hensem nak naik lrt pulak.

Gua dapat akal untuk menalipon reyes yang gua syak masih belum balik sebab dia suka layan awek kat facebook lepas opis hour.

'bro, lu dah balik ke kat opis lagi?' gua talipon reyes pakai talipon opis.
'opis. pukul 930pm gua chow!'
'gua tumpang lu sampai rumah'
'ok no hal 920 tunggu gua kat basement tempat gua parking lambogini gua' kata reyes dengan sombong padahal pakai wira second-hand.

*****
Dalam perjalanan menuju rumah, gaya pemanduan reyes tak ubah macam orang mabuk. Laju tak tentu pasal. Gua sound gak 'ni apahal lu bawak keter mcm cilaka ni?'

'gua nak cepat bro nak kena sampai rumah sebelum pukul 10'
'rilek arr buat apa nak terkejar-kejar lu bukan ada bini pun!'
'aper gila lu, kang gua terlepas cerita senario amacam?'jawap reyes sambil buat muka garang.

Barulah terjawap persoalan yang menghantui gua selama ini, kenapa reyes letak gambar azlee senario sebagai wall-paper handphone beliau.

apei - budak kampung

Sunday, July 5, 2009

aper jadah macam-macam aznil?

Assalamualaikum wbt,

Dulu gua tak pernah percaya bila cikgu maznah cakap tv boleh mempengaruhi pemikiran para pelajar masa bapak gua datang sekolah amik report card gua yang lagi banyak merah dari biru tulisan dalamnya.

Sampai rumah pung-pang-pung-pang bapak gua nasihatkan gua jgn terpengaruh dengah tv.

'apei pi mancing kat titi ikot kodi bukan pasal terpengaruh tv. tapi kodi tu yang ajak!' kecik-kecik gua dah pandai menjawap.

'tengok report card ni, bahasa melayu pun dapat 20%. hari-hari cakap bahasa melayu pun boleh fail. Heran aku..aku nak buang tv ni.' marah betol bapak gua hari tu. tak tau la sama ada marah kat gua atau marah kat tv.

Itu berbelas tahun dulu, biarlah. pada gua tv tak mempengaruhi apa-apa pun sampai lah kelmarin anak gua dah pandai merengek nak tengok cerita macam-macam aznil. Pastu sambung pulak siaran pilihan bini gua dari chanel merepek 104. Kelab pop, ceria artis malaysia, trek selebriti, anak wayang lepastu macam-macam aznil balik!

Tak ada cerita lain ke?

apei - budak kampung

Thursday, July 2, 2009

kalau dah jutawan takan nak main blog lagi

Assalamualaikum wbt,

Alhamdulillah, berkat kesabaran dan ketekunan gua mengusahakan perniagaan keluarga akhirnya gua dengan rasminya telah bergelar jutawan. Bukan jutawan rupiah weh.. ni jutawan ringgit malaysia. Tapi kalau ditukar ke matawang USD sikit lagi nak jadi jutawan.

Sejak bergelar jutawan, gua dah tak berapa nak join kutu-kutu lepak kat kedai mamak. Macam tak ada masa depan. Sukan pun dah bertukar dari bola sepak ke Golf dan kadang-kadang terlajak ke sukan motor berkuasa tinggi seperti kereta turbo. Kalau main go-kart bila duit gua nak abis!

Bini gua pun dah jarang-jarang masak kat rumah. Hari-hari makan kat hotel. Sampai waiter hotel pun dah kenal gua. Belum duduk dia dah tau gua nak minum milo ais kurang manis. Orang lain ada mcm tu? Takat Roti canai ABC Mydin kat Mahkota Cheras tu kucing anak gua tak lalu nak makan.

Dari segi penampilan, gua tidak lagi menyarung baju-baju bundle. Paling-paling kodi pun baju jenama polo, itu pun buat bawak pi dusun nak kutip durian dengan rambutan. Kotor sikit terus buang, takkan nak pakai baju kotor pulak walaupun basuh kuman tetap ada. Nanti berkuman la kulit gua! Penjagaan muka dan bentuk badan pun kena dititikberatkan. Contohnya seperti minggu lepas, gua ke spa untuk rawatan kulit muka. Service bagus dan charge pun tak la mahal sgt. Sekali rawatan baru lebih kurang 3000 ringgit sahaja. Awek yang membuat rawatan pun manis-manis bukan mcm pramugari air asia. Iklan dalam surat khabar semua manis-manis, kalau naik kapal terbang gua lagi sanggup buat-buat tidor dari ternampak diorang.

Di spa rawatan kulit muka..

'Tuan apei, sila tutup mata dan rileks.. saya akan buat rawatan terbaik untuk tuan!' kata awek di spa tersebut.

Tangan bukan main lembut, rasa mcm nak tertidor.

Pangggg... berdesing telinga gua!

'Woi apa main tampar-tampar ni, nanti I report kat manager you!' tengking gua kepada awek spa tersebut yang tetiba menampar muka gua yang licin mcm muka khair toyo.

'Apa manager-manager? dah bangun pi semayang siap pi kerja. Orang kejut buat tak tau ajer!' jawap puan marlina.

Mimpi malam tadi buat gua rasa malas betol nak kerja hari ni. Pagi-pagi cek akaun bank baki tak sampai pun 5 angka. cilakak betol.

apei - budak kampung

p/s: betol ke minum kopi power root boleh jadi jutawan? mcm tahyul aje bunyiknya.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...