lokasi rahsia dan pusat operasi makanan

Assalamualaikum wbt,

July 27, 2009 - Gua memulakan operasi di sebuah lokasi rahsia. Tempat ni kutu-kutu kat opis panggil RC (recovery centre) tapi lidah gua lagi berat untuk mengelar tempat ini sebagai PoKI (Pusat Operasi Kakitangan Indie). Kawasan terpencil yang dikelilingi hutan simpan yang menghijau, udara yang segar dan nyaman. Tidak kurang jugak hidupan liarnya seperti beruk-beruk dan anjing liar. Kalau nasib tak berapa baik taik babi hutan pun lu orang boleh jumpa..

Dalam bilik yang menempatkan server dan seluas suku padang bola ni, gua duduk sorang-sorang. Dah rasa mcm gampang. Aircond plak tak reti nak slow-slow. Pakai baju 3 lapis pun sejuk lagi. Gua ingat nak kena beli sarung tangan plak lepas ni. Cakap pun mulut dah keluar asap sikit-sikit. Sebijik rasa macam duduk kat Cameron Highland.
Nasib baik internet kat sini boleh tahan laju.

Tadi gua ada talipon pihak pusat operasi makanan dari syarikat makanan McDonal suruh hantar burger 2-3 bijik untuk bekalan gua sampai petang. Kalau nak harapkan air milo, roti sapu kaya dengan gula-gula mentos yang bini gua bekalkan ni mana cukup.

Perbualan gua dengan pusat operasi makanan McDonal sebentar tadi yang sempat gua rakamkan.

Pusat operasi makanan (POM): helo nak order amender?
gua: hantar gua burger mekdonal bigmac 2, air satu, kentang yang besar satu.
POM: Encik nak tambah ice cream atau pie?
gua: ice cream gua tak nak. pie ok jugak. pie apa mekdonal ada?
POM: apple
gua: tak nak lah, bunyik mcm tak sedap!
POM: ok boleh saya tahu lokasi encik?
gua: oo gua ada kat PoKI ni..
POM: ooo apa alamat PoKI tu encik?
gua: Rahsia...
POM: Kalau macam tu mcm mana kami nak hantar pesanan encik?
gua: Oklah gua kasi klu, kalau lu pakai GPS lu boleh carik gua kat kordinat N03'3.777', E101' 33.400.
POM: jap saya check... oo cek berada di #####.. Ok 30minit kami akan buat penghantaran. Bayaran dibuat semasa penghantaran yer encik.
gua: bagus jugak syarikat lu ni ada GPS boleh tau lokasi rahsia gua.
POM: yer.. ini semua bagi memudahkan kami melayan pelanggan seperti encik.

Terus panggilan di putuskan, boleh tahan lorat awek dari POM tu.

30minit dah berlalu, tapi makanan gua tak sampai jugak lagi. Mungkin brader delivery sesat. tapi tak apa gua sabar menanti.

Sementara menanti gua tulis blog ni...

apei - budak kampung

Comments

qishie said…
macam haram punya perangai!
haha..
naDDy said…
rahsia betol.sampai kena guna koordinat. mekdi dah sampai lom?
wakakaa.. punyelaa nk berahsia..
rasenye xsampai laa mekdi tu.. makan jelaa roti kering cicah air milo.. gagaga
arfahadnan said…
kau mcm buat mission 007..
berahsia bagai..
minum jer lah milo tuh..
jdi sihat dan kuat tau..

deliver mekdi tuh dah makan sendiri dah order kau tuh..

hahahaha..
sharamli said…
jgn ng0rat awek tu suda..
suria j said…
hamboi, gaye cam cite starwars je :p
dh dpt mekdone belom?
~mardihah~ said…
eleh..macam lah dihah tak tahu kat mana....
dakgilachoc said…
pusat operasi rahsia ke? ntah2 jamban kot..heh!
langkasuke said…
lu jangan bg gua syak macam2..
paiseh said…
gua dah tau lu kat mana.. lu igt kat mekdi je ada GPS?? hahahaha...!

Popular Posts