Tuesday, July 28, 2009

jenayah berat

Assalamualaikum wbt,

Malam tadi lepas isya' gua terus masuk bilik nak tido. jam baru pukul 9.30pm. Entah aperhal ngantok semacam. Puan Marlina gua tengok dah lama dah lelap. Tinggal gua dengan Orked.

'Orked jom papa tidokan'

'mamamamama....uhuhuhh' jawap orked.

'Mama dah tidor dah, jom tido papa bagi susu botol ye' gua angkat orked masuk dalam babycot. Gua suap susu dan tepuk bontot dia dengan harapan dia tido cepat. Mata gua dah makin berat.

10 minit berlalu Orked buat muka selamber sikit tak ada tanda-tanda nak tido. 'Oklah, Orked tido sebelah papa ngan mama tapi jgn nakal' Gua baringkan Orked tengah2 antara gua dan puan marlina.

5 minit berlalu gua terus bersabar dan menepuk bontot Orked. 'Orked ni bila nak tido ni, papa dah ngantok ni!'

'wawawa..huhu..papa...'panjang pulak jawapan orked kali ni. Gua tau time tido dia lambat lagi.

Gua teruskan jugak menepuk sambil nyanyi lagu nasyid, entah bila gua yang terlelap.

Tetiba gua tersentak mcm ngigau plak. Orked dah tak ada kat atas katil. Satu bilik gua carik, dalam bilik air pun tak ada. Gua tengok kat bilik sebelah pulak...

dalam kegelapan itu Orked sedang sibuk memasukkan jari-jarinya ke dalam lobang plug yang suisnya sudah sedia on (mungkin orked yang on-kan)..

Nasib baik gua tersedar...

Gua tak akan bagi tau rahsia ni kat puan marlina melainkan kalau gua dah bersedia..

apei - budak kampung

p/s: risau betol gua dengan Orked ni, nakal dia semacam beb. Gua tak dapat bayang mcm mana kalau dia dah pandai jalan.

16 .:

arfahadnan said...

mak aih..
giler bahaya..


wife kau tak baca blog kau ker?

Ahkak mu di HQ yg ada HINI said...

Beli lock utk switch la wei!!
Bahaya tol...

suria j said...

aaa! bahye.

naDDy said...

ish bahaya~

sharamli said...

suiz tu kat bilik sebelah ke kt mna?
xphm...
xb0leh jln lagi..tp dh pandai tejun katil..

aik3...plik ni..cer xplain skit...

qishie said...

tak injured plak dak tu turun katil?

CHEDEM said...

huhuhuhu merbahaya pakcik...

paiseh said...

tutup suis utama time nak tido. selamat~

@tune® said...

laki mmg xpandai jaga anak

Yot | is | Yati said...

erk...puan marlina tak tau ke kewujudan blog ni?

apei said...

arfahadnan - wife gua tak tau pun gua ada blog.

ahkak di HQ - dah beli dah semalam.

suria - jenayah berat

naddy - memang pun

sharamli - rumah gua dia tingkat atas ada 3 bilik. gua tido di master bedroom, lagi 2 bilik gua jadikan bilik bacaan dan bilik tetamu. mula-mula gua tidokan orked di master bedroom. bila gua sedar orked sedang berada dibilik bacaan dan sedang bermain plug dibawah meja susun buku. katil gua tak la tinggi weh.. anak gua kalau turun dia akan turunkan kaki dulu. Pasaltu dia selamat turun tanpa cedera.

qishie - dia ada skill turun katil.

chedem - tau tak per..

paiseh - giler weh nanti jiran tuduh gua tak bayar bill api.

tune - leceh arr...

yot - pn marlina tak tau..hehehe.. kalau dia tau dengan rasminya gua akan tutup blog ni. sekian.

Miss Izah Mohamed said...

uih bahaye tol..
camne orked leh merangkak turun katil tu?? reti plak dia.. uhu

nextyme kene ati2 laa.. orked da reti tekan memacam tu.. adeh

mrblind said...

gua harap pn marlina akan baca blog ni..hahaha

sharamli said...

oo..0k2 dah phm..
len kali s0h 0rked tid0 s0rang je la...b0leh?

bp n0 f0n pn.marlina?nak sms s0h die baca bl0g ni...

apei said...

missizah - sekarang ni orked dalam pemerhatian dan kawalan ketat.

mrblid - gua dah cakap kalau dia tau gua ada blog ni memang gua tutup jer blog ni.

sharamli - lu jgn..kadang-kadang gua ada kutuk dia dalam blog ni.

Anonymous said...

perlu memeriksa:)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...