Friday, August 14, 2009

1995 - rahsia biodata

Assalamualaikum wbt,

1995, Darjah 6 belian SRKTN - Seminggu lagi cuti sekolah akan bermula, beerti akan tamatlah zaman sekolah rendah gua. Awal tahun depan gua pi sekolah pakai seluar kaler hijau. Lepas ni kalau gua nampak budak-budak pakai seluar kaler biru ponteng sekolah lepak bawah pokok ceri memang gua lempang sekor-sekor.

Pada minggu terakhir tu, ramai makwe-makwe carik gua suruh tulis dalam buku biodata. Kalau dalam buku biodata diorang tu tak ada nama legend seperti gua maka tak lengkaplah buku tersebut. Tapi gua pun licik, gua mengenakan syarat, makwe-makwe pun kena tulis biodata diorang dalam buku latihan kulit coklat gua. Sebenarnya gua tak tengok pun buku tu lepas makwe-makwe tu tulis. Banyak lagi urusan lain gua nak buat, nak uruskan kompeni supply guli lagi, nak tengok cerita suria baja hitam lagi, nak plan aktiviti cuti sekolah lagi. Mana gua ada masa nak baca biodata makwe-makwe tu termasuklah biodata Raja Fatin Farhana. Maka berkuburlah buku biodata tersebut bersama-sama buku sasbadi matematik cikgu anuar sadat dan buku-buku lain.

**********

Ogos 2009 - 14 tahun kemudian.
Ketika proses mengemas kotak-kotak dan buku-buku lama dalam stor rumah mak gua maka gua dipertemukan semula dengan buku biodata kulit cokelat tersebut.
Gua selak helaian demi helaian, sampailah ke helaian yang ditulis oleh makwe pertama gua - Raja Fatin Farhana.

Nama penuh: Raja Fatin Farhana
Nama manja: Rahsia
Tarikh lahir: Rahsia
Tempat lahir: Rahsia
Hobi: Rahsia
Cita-cita: Rahsia
Minuman kegemaran: Rahsia
Makanan kegemaran: Rahsia
Ucapan: Rahsia
Darah gua menaik semacam, aper jadah semua rahsia. Gua capai talipon terus call dia.

"Weh biodata yang lu tulis 14 tahun lepas dalam buku gua ni semua benda rahsia. Baik tak payah tulis..."

"hahahaha.. I ingat dah besar nanti you kawin dengan I. Pasal tu I tulis semua rahsia. I pikir satu hari nanti you akan tau sendiri. Tapi sebab you dah kawin dengan orang lain nanti I tulis yang baru I email kat you lah ok"

Sekali lagi lu buat gua terdiam..

apei - budak kampung

15 .:

•·.·´¯`·.·• naDDy •·.·´¯`·.·• said...

suh dia kasi coklat lagi eh..hehe..

Aku... Dia... Kamu.. said...

Huhuuuuhu..lu nyesal ker apei? Igt2 bini lu sama bro!

Ammal said...

Woiiiii!!!
Ingat bini woiiii!!!

Kang layan lebey2, ada yang sangkut plak. Dah la orang tu single lagik! Ko jangan Pei! Ko buat perangai, kot nak tengok silambam aku kluar, ko buat la!!!

tumbler biru said...

patutlah bila cikgu tanya cita-cita aku, sumpah laju je aku jawab nak jadi ape.

sebab aku tanak kawin dengan dia rupanya. hailah cikgu shahrin. nasib kau lah yerk. :P

arfahadnan said...

raja farhana tuh mmg target kau dari dulu erk..

ish..ish..ish..

cahaya said...

mcm frust je bunyi ayat Nor Fatin Farhana tue?
kantoi ada hati kat en.apei..tapi en.apei wat tak tau kat die...kikikih(^^p)

suria baja hitam mmg layan seh...
siap wat tali pinggang die tu dgn tali pinggang askar abah lagi...huhuhu(~~')

cahaya said...
This comment has been removed by the author.
cahaya said...

mcm frust je ayat raja Farhana tue?
kantoi ada hati kat en.apei..tapi en.apei wat tak tau kat die...kikikih(^^p)

suria baja hitam mmg layan seh...
siap wat tali pinggang die tu dgn tali pinggang askar abah lagi...huhuhu(~~')

Yot | is | Yati said...

silap langkah la pulak raja farhana tu

qishie said...

haha...kecik2 dah plan kawin..
gila advance dak2 zaman dulu..
huhu

langkasuke said...

sekali lg gua terdiam baca entry lu ni..

hahahahaha..

Ann said...

wow kecik2 dh mantap...dh pk kawen...

tp nsihat aku, jgn pk kan sgt, nnti terbabas lak, igt anak bini tu...haha

CHEDEM said...

gua pun tumpang senyum jugak ahh....

Bondarock said...

1995 lu baru habis darjah 6 ? Hari tu bukan lu ckp lu sebaya gua ke ? 1995 gua dh masuk IPTA dah !!! Kencing !!

apei said...

naddy - asyik coklat jer.. leh kena kencing masis oo

aku dia kamu - nyesal tu tak laa

ammal - cakap ajer la lu nak mintak tolong gua adjust tu fatin untuk lu..

tumbler biru - kau ni memilih sgt..

arfahadnan - dari darjah 4 beb..

cahaya - biasa arr legend mcm gua awek memang berebut.

yot - hahahha...

qishie - budak2 zaman sekarang lagi advance, belum kawin dah tapi dah pandai buat rakaman mcm orang kawin.amacam?

langkasuke - hahaha...

ann - citer lama.. tetiba teringat.

chedem - tumpang senyum jer? bila gua leh tumpang motor lu?

bonda - lu jgn nak memandai, gua 1995 tu, bulu kaki pun tak ada lagi tau!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...