Wednesday, August 12, 2009

saya lelaki, suami dan ayah kepada mereka.

Assalamualaikum wbt,

Sejak gua kawin 2 tahun lalu, gua perhatikan terdapat banyak perubahan dalam diri gua. Perubahan tu bukanlah gua buat-buat tapi datang dengan sendiri. Takpelah biar gua kongsi sikit-sikit. Nak tau lebih lu orang kawin sendiri la!

Duit - Sebelum kawin biasanya gua akan habiskan duit gua berat ke arah perkara yang sia-sia tapi mengembirakan hati seperti tengok wayang dengan awek-awek, lepak mamak sampai subuh, beli baju harga ratus-ratus, modify kereta letak tv, beli handpon canggih boleh cakap sambil tengok muka, Pi Phuket naik kapal terbang balik hari dan banyak lagi keje merepek yang gua buat. Tapi lepas kawin, ada duit gua teringat nak beli susu anak, pampers, nestom, ada lebih sikit teringat plak bini ada mintak nak beli keperluan dia. Kadang-kadang bawak anak bini pi makan tempat best-best. Tapi untuk diri sendiri kadang-kadang gua terlupa. Bini gua ada ingatkan last sekali gua beli baju kemeja pi opis sebulan sebelum gua kawin 2 tahun lepas.

Ibadat dan mengingati Tuhan - Sebelum kawin, gua semayang gak bukan tak semayang. Tapi biasa arr kalau semayang subuh tu sikit lagi nak abis time. Semayang zohor tu kadang-kadang gua sekalikan ajer ngan asar. Magrib sibuk main bola kat tengah padang (nasib baik tak mampos kena sambr petir!), orang sibuk bangun nak semayang tahjud, gua baru sibuk nak semayang isya'. Pendek kata ibadat gua tak beratkan sgt. Tapi lepas kawin, alhamdulillah sembahyang dah jadi on time, dah kerap plak pi masjid jemaah, kalau tak sempat gua akan jemaah ajer kat rumah. Yang paling gua bangga dengan diri sendiri bila gua pi semayang sekarang dah pandai pakai songkok. Kalau dulu jgn haraplah nak semayang pakai songkok, nanti lari eligment rambut belah tepi gua.

Keperihatinan - Sebelum kawin, kalau ada budak-budak kecik mintak sedekah masa gua tengah makan kat kedai, gua tengking ajer lagi-lagi kalau awek-awek buat hal time tu. Pastu tengok dalam tv cerita pasal kanak-kanak kena dera sikit gua tak rasa apa. Apahal gua nak kena sedih bukan keluarga gua pun. Tapi sekarang, gua tak boleh tengok budak-budak kecik mintak sedekah ni, tengok budak kena dera, budak kecik terbiar, budak kecik kena buang dalam tong sampah. Sedih tu datang lain macam brader.. sensitip tu menaik semacam jer. Apa jadah air mata gua meleleh tengok documentari pasal budak-budak palestin mati kena bom. Kalau kutu-kutu tau jatuh rank gua sebagai king of garang! Bukan apa, cuma gua terbayangkan kalau lah itu anak gua.

Teknik Pemanduan - Dulu sebelum kawin gua bawak mini cooper kelisa modified ada tv, enjin letak air compressor bagi ada pick-up konon dan cara pemanduan gua kalau biasa-biasa gua buat dari tol duta ke tol bidor 25 minit jer. Kadang-kadang akak tol gate tu pun tanya gua 2-3 kali tak percaya gua masuk dari tol duta. Dia ingat gua masuk dari tol sungkai. Masa tu sikit tak pikir nyawa sendiri apatah lagi gua nak pikir nyawa orang lain. Lepas kawin gua tukar kereta pakai ferrari buatan malaysia dengan keupayaan enjin 1.3L. Cara pemanduan steady-steady ajer. Pantang nampak R n R mesti kena berhenti, bini nak pi toilet la, anak nak tukar pampers la, nak beli jajan buat makan dalam kereta la, nak beli air sirap la. Time average yang gua amik dari tol duta ke tol bidor sekarang adalah 4 jam. Ada sesetengah kes yang rare boleh membawa kepada 6 jam. Dah macam pi kelantan weh..

Corak kehidupan (gua amik contoh weekend) - Dulu sebelum kawin, gua biasanya akan bangun tidor seawal pukul 12.30 tengahari, selepas bersarapan yang telah Datin Sri (mak gua) sediakan gua akan mula main game sampai petang, lepas tu gua calling kawan-kawan ajak main bola, lepas main bola pulang ke rumah dan bersiap-siap untuk sesi pekena teh sampai awal pagi. Kadang-kadang sesi pekena teh gua boleh melarat sampai ke negeri-negeri jiran. Dah mcm setan kehidupan. Lepas kawin ni awal pagi solat subuh, bini gua sediakan bfast. Lepas pekena breakfast keluar pi pasar beli barang nak masak, balik rumah bini gua masak, gua jaga orked sambil cuci kereta dan kemas rumah. tepat-tepat pukul 1pm gua makan tengahari dengan hidangan lazat-lazat air tangan isteri. Lepas tu solat zohor jemaah kat masjid atau rumah. Belah petang bawak anak bini jalan-jalan, dinner kat luar. Sampai rumah layan tv ala-kadar terus masuk bilik tidor awal. Bila kutu-kutu call ajak pekena teh, biasanya hujung minggu gua tak layan. Biasanya suara-suara sumbang akan kedengaran dihujung talian seperti "palat la apei takut bini!" tapi gua peduli aper.. lu orang tak ada bini boleh arr cakap.

Rezeki - Dulu sebelum kawin, nenek selalu tanya "kau ni bila nak kawin?". Gua pun selalu jawap "mana ada duit, kawin tu mahal macam nak buat bunglo 3 tingkat tau" tapi nenek cakap "bila kita berdoa dan bersungguh-sungguh nak buat benda baik Tuhan akan tolong. Lepas kawin rezeki lebih murah, lebih berkat" gua ingat nenek sembang kosong ajer. Tapi memang betol apa nenek cakap. Rezeki lebih murah, lebih berkat lebih-lebih lepas ada anak. Tak cayer? cuba la.

Nabi pun cakap kepada sesiapa yang berkemampuan tetapi tak nak kawin melalui hadistnya, "Kamu berkata begitu, ingatlah demi Allah sesungguhnya aku adalah orang yang paling takut kepada Allah dan yang paling taqwa kepada-Nya, tetapi aku berpuasa dan kadangkala tidak berpuasa; aku sembahyang dan aku tidur; dan juga kahwin dengan perempuan. Barangsiapa tidak suka dengan sunnahku, dia bukanlah pengikutku".

Dalam Quran pun ada tulis "Maka kahwinilah perempuan-perempuan yang kamu sukai dua, tiga atau empat. Tetapi jika kamu tidak dapat berlaku adil diantara isteri-isteri kamu, maka hendaklah kamu berkahwin seorang sahaja." (An-Nisa: 3)

apei - budak kampung

p/s: saper dah nak kawin boleh contact gua, ada tips berguna yang gua boleh share (lelaki sahaja).

12 .:

*Miss Geli^ said...

dah nak kawen ke nak kawen lagi baru bole kontek kau??

citahrudin said...

betul r..kazen aku sejak kawen hari tu..terus berubah jadi orang yang amat prihatin pada kitorang..
heran wo..

tapi

bagus..bagus..

tabik spring untuk bapak-bapak semacam ko..

arfahadnan said...

tak hengat..
pegi phuket balik ari..


membazir itu amalan syaithon..

apei said...

missgeli - dua-dua golongan gua boleh tolong. no hal.

citahrudi - hehehe..

arfahadnan - ada berani buat la..

•·.·´¯`·.·• naDDy •·.·´¯`·.·• said...

wah...bagus2...tapi tak semua yang berubah ke arah kebaikan.kira apei dapat taufik dan hidayah la.tahniah dan teruskan sampai akhir hayat..

dah macam ucapan plak aku..hehe

sharamli said...

ceit...ni yg buat rasa mer0nta2 nak kawen ni.....

langkasuke said...

jangan risau apie, gua nak kawin nnt gua tipon lu.. gua ajak lu makan kenduri sekali.. amcm?..

apei said...

naddy - terima kasih.

sharamli - bila lu balik keje dapat cium anak lu..perhh rasa hilang semua masalah.. best!

langkasuke - agak2 gua dapat makan satu meja ngan lu tak masa hari kawin lu nanti?

qishie said...

aku nak tengok perangai abang aku pas kawen nanti camne..

sekarang dia garang nak mampos..
tp kadang2 baik gak dgn aku..
ngee...

tumbler biru said...

apei

gile lah. aku terlepas entry ni.

terus aku tgk jam, dah pukul 11.20pm. tok kadi dah tido agaknya.

adoii..tunda hari lain lah nampaknya.

KESAL *sigh*

apei said...

qishie - dulu kutu-kutu panggil gua 'king of garang' sekarang diorang panggil gua 'king of takut bini' mcm celaka. tengok nanti abg lu berubah.

tumblerbiru - hahaha.. nanti bg tau ajer gua..

Bondarock said...

Beb ... lu lupa lagi satu perubahan...PERUBAHAN FIZIKAL LU! *kenyit mata belah kiri* heh !

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...