Friday, August 14, 2009

Gua dan kakitangan aneh (3)

Assalamualaikum wbt,


sambungan dari bahagian 2 tekan sini, tak baca lagi bahagian 1 tekan sini.


Di pantry, ketika makan nasik lemak.

"sedap nasik lemak ni, mana beli?" tanya gua

"segambut, aku dok sana.."

"weh aku tanya sikit kau jgn marah. Aperhal kau suka bawak sikat?"

"pasal aku nak sikat rambut"

"ada satu petang tu pulak aku nampak kau cakap sorang-sorang depan tingkap. garang betol muka kau masa tu. kau cakap ngan saper?"

"ngan mak aku"

"aku tak nampak pun mak kau kat depan tingkap tu?"

"aku cakap pakai bluethoot earhpone lah, memanglah kau tak nampak mak aku pasal mak aku kat rumah. Mak aku talipon cakap masa dia kemas rumah dia tak perasan terpijak PSP aku. Mau tak serius muka aku"

"Oooo...kau tiap-tiap hari bawak 2 nasik lemak kan? satu lagi untuk saper?"

"biasa aku beli satu nasik lemak, satu lagi tu meehon. Pagi aku makan meehon, tengahari aku makan nasik lemak. Nak save budget brader nak kawin. Tapi hari ni saje aku beli 2 nasik lemak. Dengar perot kau bunyik aku syak kau tak breakfast lagi. kan? kan? Nak save budget nak kawin jugak ke?"

"hahaha.. aku dah kawin. Anak sorang"

"Ooo yer ke? weh best tak kawin?"

"emm... kalau lu tau bestnya kawin tu sumpah lepas UPSR dulu kau nak kawin dah. bla..bla..bla...." terus gua sembang pasal kawin plak dengan dude. Sejak tu semua persoalan tentang kelakuan aneh dude telah terjawap.

apei - budak kampung

p/s: selalulah bersangka baik..

16 .:

arfahadnan said...

korang dah jadi best friend lah ni?

BFF - BESTFRIEND FOREVER

cahaya said...

wah,,,,
dah terjawab lah sume persoalan selama ni eh "mike"?kukukuku..
bagus2...
takdelah pk yg bkan2 lagi kan..
(^^P)

Yot | is | Yati said...

bro mike..hahahha cakap pakai bluetooth tak leh blah la. sumpah nak gelak guling2 tapi kat ofis tak bole la buat gini. kang ofismate ai kes dia sama macam lu plak bro

qishie said...

padahal sebelum ni lu bersangka ape tah kat dia.huhu

@tune® said...

untung bakal bini

langkasuke said...

baru sedar ke weh.. lu mane selalu sangka baik ngn org..

Ann said...

hehe...tu je rupenya...kecian bro tu..
sape punye psl la ni mybbkn kitorg slh anggap kt mamat tu?

tumbler biru said...

tolonglah sampaikan salam aku kat dude!

Monkey D Luffy said...

tapi wajibkan sikat rambut setiap masa?

hahaha

sharamli said...

sian dy...xpasal2 disangka xbaik..muahaha

mEiZ SHA said...

hehehehe
baguih la hang bro..:)
berterus terang
:)
ahhahaa

CHEDEM said...

bluetooth rupernyerrrr

*Miss Geli^ said...

kau ni jaat la..asal ko suka pitnah dia??

apei said...

arfahadnan - hari jumaat gua keluar semyang ngan dude, dia belanja gua cendol plak. gua syak dia nak jadi kawan gua.

cahaya - cilakak, 'mike' tu nama berok leman boroi kat kampung gua!

yot - saper la cipta earphone bluetoot tu kan.. mengelirukan betol!

qishie - pada gua strenger adalah orang jahat.

tune - aperhal untung? entah2 dah kawin pun bini dia makan nasik lemak gak!

langkasuke - sial!

ann - lu jgn bersangka buruk kat orang lain..

tumbler biru - gua cakap kat dude "tumbler biru kem salam kat lu!" dude jawap "woi mangkok, tumbler mana boleh cakap!" gua diam ajer.. yang penting gua dah sampaikan salam. Malas gua nak gaduh.

monkey d luffy - nak kawin bro, penampilan kena sentiasa kemas.. hehe..

sharamli - hahahaha...

miezsha - gua malas nak berperasangka buruk. nanti menimbulkan fitnah plak.

chedem - mcm gampang perangai, dalam opis pun nak pakai bluetoot. bukan tengah bawak kereta pun. tu semua nak buat gua berperasangka buruk.

missgeli - gua bukan pitnah, gua keliru sikit jer..

tumbler biru said...

alhamdulillah pei,

kau mmg amanah. dan tetap tegar menyampaikan amanah aku walaupun lepas ni, dude sure akan kelasifikasikan kau sebagai separa mental :P

•·.·´¯`·.·• naDDy •·.·´¯`·.·• said...

ha...kan baik je dude ni.penyiasatan tamat.tak aneh dah la kan?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...